You are on page 1of 1

Fokus Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada cabaran yang dihadapi oleh tenaga pengajar di Sekolah Seni Malaysia
Perak sejak penubuhannya. Kajian ini berfokus kepada (2) orang guru di Sekolah Seni Malaysia Perak
(SSeMPk) sebagai sampel kajian. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan iaitu
peserta kajian dipilih dalam kalangan murid guru yang telah mengajar di Sekolah Seni Malaysia Perak
(SSeMPk) sekurang-kurangnya dua tahun dan bersedia berkongsi pengalaman sebenar mereka (Patton,
1987).Pemilihan ini sangat bertepatan dengan objektif kajian kerana sebagai tenaga Sekolah Seni
Malaysia Perak (SSeMPk), mereka lebih banyak pengalaman dan dapat menghuraikan cabaran-cabaran
yang dihadapi secara langsung dari awal penubuhan Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMPk) sehingga
kini dari segi pengajaran, bilangan murid, dan lokasi Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMPk) tersebut.
Pendekatan kualitatif dipilih kerana kajian ini memberi fokus kepada penerokaan terhadap pengalaman
sebenar peserta kajian tentang cabaran yang dihadapi serta sokongan yang diperlukan (Creswell, 2003).
Sehubungan dengan itu, guru-guru akan diminta untuk menghuraikan inisiatif-inisiatif yang telah diambil
sejak penubuhan SSeMPk tersebut. Selepas mengambil inisiatif-inisiatif tersebut, saya akan
mengemukakan cadangan dalam penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Rujukan

Creswell, J.W. (2003). Research Design : Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches.

Thousand Oaks, SAGE Publications.

Patton, M.Q. (1987). How to Use Qualitative Methods in Evaluation. Newbury Park, California, SAGE

Publications, Inc.

You might also like