You are on page 1of 2

SJPSS

Ujian Topikal 1, 2021


Bahasa Melayu Tingkatan Lima
[30 markah]

Jawab semua soalan.

Soalan 1 (Morfologi)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senarai dua kata nama am dan dua kata kerja
transitif. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Rumah panjang Annah Rais merupakan rumah panjang masyarakat Bidayuh yang
masih kukuh berdiri hingga kini. Para penghuninya masih mengamalkan budaya dan tradisi
zaman dahulu. Rumah panjang itu terletak di Padawan, iaitu berhampiran dengan sempadan
Kalimantan, Indonesia. Rumah panjang ini menjadi destinasi pelancongan yang popular
kerana jaraknya dari bandar raya Kuching tidak begitu jauh, iaitu lebih kurang 60 kilometer.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh pengunjung di sini, termasuklah melihat penduduk
kampung membuat kraf tangan, memetik dan memproses lada, mencuba makanan tradisional
atau belajar bermain peralatan muzik tradisional.

Dipetik dan diubah suai daripada


Menyingkap Keunikan Rumah Panjang Annah Rais
Oleh Sapphira Izwah Kazaruddin
Dewan Siswa Bil. 7 / 2020
[8 markah]

Soalan 2 (Penyuntingan Teks)

Dalam petikan 1, terdapat tujuh kesalahan bahasa, dan dalam petikan 2 terdapat tujuh
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan,
anda tidak boleh menyenaraikan jumah kesalahan yang lebih daripada yang dinyatakan
dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Berekreasi di pantai bersama-sama dengan keluarga dan sahabat-handai merupakan


satu aktiviti yang digemari oleh masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana ia dipercayai
mampu menyegarkan minda dari kesibukan rutin harian. Antara aktiviti rekreasi yang
menarik yang boleh dilakukan termasuklah beriadah, berkayak, bercanoe, dan berenang.

1
Walau bagaimanapun, pantai rekreasi mudah terjejas oleh pencemaran dari kawasan
pertanian, air kubahan, haiwan liar dan domestik, dan penguna pantai.

Dipetik dan diubah suai daripada


Selamatkah Aktiviti Rekraesi di Pantai?
Oleh Neni Iffanida dan Suriyanti Su
Dewan Kosmik Bil. 12 / 2020
[7 markah]

Petikan 2

Ancaman wabak COVID-19 adalah krisis kesihatan yang sedang dialami oleh
Malaysia, dan peningkatan jumlah kes menular penyakit tersebut pasti mempengaruhi
keadaan ekonomi negara. Situasi pertumbuhan ekonomi negara mula tersekat dan terjejas
dengan ketara menyusul perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) secara
komprehensif mulai bulan Mac 2020. Akibatnya, orang ramai kurang keluar rumah dan
kurang melakukan aktiviti peniagaan seperti biasa.

Dipetik dan diubah suai daripada


Sektor Industri Penentu Nasib Rakyat
Oleh Saw Teck Chew
Dewan Ekonomi Bil. 12 / 2020
[7 markah]

Soalan 3 (Bahasa Melayu Standard)

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan
raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunya. Telah
kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka
Paduka Bubunya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan
Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu
marah, lalu disuruh berlengkap akan menyerang Melaka.

Dipetik daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like