You are on page 1of 1

EPPA3053 PERAKAUNAN PENGURUSAN

LATIHAN KULIAH 3 : BELANJAWAN KEWANGAN

Syarikat Gas Waja membekal beberapa jenis gas terpilih kepada pengguna industri di sekitar
Lembah Klang. Data berkaitan operasi syarikat adalah seperti berikut:

1. Jualan dibelanjawankan ialah RM330,000 bagi bulan November 2021, RM300,000 bagi
bulan Disember 2021 dan RM320,000 bagi bulan Januari 2022.
2. Kutipan jualan dijangkakan 85% dalam bulan jualan, 14% dalam bulan selepas jualan
dan bakinya dijangka tidak dapat dikutip.
3. Belian barangniaga yang bakal dibuat ialah RM198,000 bagi bulan November dan
RM180,000 bagi bulan Disember. Kesemua belian dibuat secara kredit.
4. Polisi pembayaran belian barangniaga yang diamalkan adalah 40% dalam bulan belian
dan 60% dalam bulan selepas belian.
5. Lain-lain belanja bulanan berjumlah RM21,000.
6. Susutnilai bulanan berjumlah RM21,000.

Kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti syarikat pada 31 Oktober 2021 adalah seperti berikut:

Syarikat Gas Waja


Kunci Kira-Kira pada 31 Oktober 2021
Aset: RM
Tunai 22,000
Akaun Belum Terima (bersih) 83,000
Inventori 158,400
Bangunan dan Peralatan (bersih; susutnilai terkumpul RM594,000) 1,004,000
Jumlah Aset 1,267,400

Liabiliti dan Ekuiti:


Akaun Belum Bayar 156,000
Saham Biasa 650,000
Pendapatan tertahan 461,400
Jumlah Liabiliti dan Ekuiti 1,267,400
*Sila abaikan kesan cukai*

Dikehendaki:
Sediakan jadual dan belanjawan berikut bagi bulan November dan Disember 2021:
a) Jadual Jangkaan Kutipan Tunai
b) Jadual Jangkaan Pembayaran Tunai
c) Belanjawan Tunai.

You might also like