You are on page 1of 4

Tajuk : Sejarah Perkembangan Kampung Kundur, Rembau Pada tahun 1998 Hingga 2020

1.0 Pengenalan
Kampung kundur merupakan sebuah kampung yang terletak di pedas, Negeri sembilan.
Dipercayai asal nama kampung kundur ini daripada sebuah pokok kundur. Terdapat tiga
kawasan nama kampung ini iaitu Kampung Kundur Hulu, Kampung Kundur Hilir dan Kampung
Kundur Tengah. Kampung ini mempunyai keunikan tarikannya terutama kedai makan yang
bernama “ Grobok salai” dimana dapat menarik perhatian pelancong untuk datang ke kawasan
kampung kundur. Antara makanan yang dapat permintaan tinggi ialah masak gulai cili api
dimana makanan ini sudah menjadi hidangan utama dan lambang sejarah bagi daerah Pedas,
Rembau. Nama asal usul Pedas, Rembau ini datangnya dari rasa pedas kerana kebanyakan
makanan di Negeri Sembilan ini pedas-pedas belaka. Kampung kundur ini juga dikelilingi dua
buah pusat pengajian iaitu Kolej Kemahiran Mara Rembau dan Unit Komunikasi Korporat
UITM Rembau . Berdekatan kawasan Kundur Hulu Pedas yang bernama “D’Bukit” telah
menyediakan tempat penginapan yang selesa untuk pelancong yang mahu bercuti ala kampung
dalam suasana Hutan Lipur yang tenang.
Kampung Kundur juga merupakan tempat kelahiran Allahyarham Prebet Ujang Mormin pada 14
Jun 1921. Beliau telah meninggal pada usia 100 tahun pada 9 Februari 2021. Beliau merupakan
veteran perang dunia kedua yang berjuang bersama-sama dengan Allahyarham Leftenan Adnan
saidi ketika menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942.

2.0 Objektif
2.1 Mengenal pasti perkembangan Kampung Kundur, Rembau dari tahun 1998 hingga tahun
2020
2.2 Mengenal pasti perkembangan infrastruktur Kampung Kundur, Rembau dari tahun 1998
hingga tahun 2020
2.3 Mengenal pasti perkembangan sosioekonomi Kampung Kundur, Rembau dari tahun
1998 hingga tahun 2020

3.0 Permasalahan Kajian


3.1 Apakah perkembangan Kampung Kundur, Rembau dari tahun 1998 hingga tahun 2020
3.2 Apakah perkembangan infrastruktur Kampung Kundur, Rembau dari tahun 1998 hingga
2020
3.3 Apakah perkembangan infrastruktur Kampung Kundur, Rembau dari tahun 1998 hingga
tahun 2020

4.0 Skop kajian


Kajian yang tertumpu kepada 3 aspek iaitu :
1. Lokasi kajian – Kampung Kundur, Pedas, 71400 Rembau, Negeri Sembilan
2. Tempoh masa kajian – Tahun 1998 hingga 2020
3. Aspek yang dikaji -
a. Mengenal pasti perkembangan Kampung Kundur, Rembau dari tahun 1998 hingga
Tahun 2020
b. Mengenal pasti perkembangan infrastruktur Kampung Kundur, Rembau dari tahun
1998 hingga tahun 2020
c. Mengenal pasti perkembangan sosioekonomi Kampung Kundur, Rembau dari tahun
1998 hingga tahun 2020

5.0 Kajian Terdahulu


Menurut kajian W.G. Shellaber-1954, beliau menyatakan bahawa ada beberapa tempat-tempat
dan nama orang yang mengikut penulis sejarah Negeri Sembilan amnya dan Rembau khususnya
sebagai ada kaitan dengan Luak Rembau. Nama-nama tersebut adalah Kundur, Kuala Penajoh,
Lubok China dan Tun Rembau. Nama Kundur contohya, ia merupakan salah sebuah nama
kampung di daerah Rembau telah disebut semasa menceritakan tentang pembahagian tugas
untuk mempercepatkan proses pembinaan istana baru Sultan Mahmud Shah (1459-1477).
Beliau juga telah berpendapat dalam peta d’Eredia tahun 1613 Masihi, Rembau telah ada di
samping nama-nama kelang, Sungai Ujong, Johol dan Jempul. Catatan ahli sejarah Portugis
menyatakan, peta d’Eredia itu sungguhpun tidak menyebutkan apakah bangsa orang yang
menduduki Rembau pada masa Portugis menakluki Melaka tahun 1511, tetapi dengan jelas
menerangkan bahawa Rembau adalah sebahagian daripada daerah Kerajaan Melayu Melaka.
6.0 Kaedah kajian
Penyelidik akan menjalankan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan bukti yang kualitatif
dan benar. Antara kaedah kajian yang dijalankan ialah :

6.1 Kaedah kepustakaan – Kaedah ini membantu penyelidik untuk memperoleh


maklumat daripada jurnal dan internet dan ini telah menyumbang kepada hasil
kajian penyelidik.
6.2 Kaedah Temubual – Kaedah ini membantu penyelidik dapat mengadakan temu
bual di Kampung Kundur, Rembau bagi menjalankan penyelidikan.
6.3 Kaedah Lapangan – Melalui kaedah ini, penyelidik akan melawat ke lokasi
Kajian iaitu Kmapung Kundur, Pedas, 71400 Rembau, Negeri Sembilan.

7.0 Struktur Esei

7.1 Pengenalan - menceritakan asal usul Kampung Kundur dengan lebih terperinci. Selain itu,
pengkaji menceritakan tempat-tempat yang menarik yang berkaitan di tempat kajian. Akhir
sekali, memberi contoh tokoh yang lahir di tempat kajian pada 14 Jun 1941. Allahyarham Prebet
Ujang Mormin merupakan veteran perang dunia kedua yang berjuang bersama-sama dengan
Leftenan Adnan Saidi ketika menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942.
7.2 Bahagian isi-isi kajian :
7.2.1 perkembangan Kampung Kundur, Rembau dari tahun 1998 hingga
tahun tahun 2020
7.2.2 perkembangan infrastruktur Kampung Kundur, Rembau dari tahun
1998 hingga tahun 2020
7.2.3 perkembangan sosioekonomi Kampung Kundur, Rembau dari tahun
1998 hingga tahun 2020
7.3 Kesimpulan
Penyelidik berharap supaya kajian ini akan memberi manfaat kepada pembaca hasil kajian
dan penyelidik berharap supaya mengetahui dan mengenang jasa tokoh yang telah berjuang bagi
menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Selain itu, penyelidik juga berharap bahawa
akan adanya lebih ramai pembaca mengetahui sejarah dan perkembangan yang berlaku di
Kampung Kundur ini agar tidak luput ditelan zaman.

8.0 Penutup
Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan oleh penyelidik dapat mengetahui sejarah latar
belakang, cabaran dan perkembangan serta tokoh yang ada di Kampung Kundur. Kampung
Kundur di Rembau. Penyelidik berharap kajian yang dilakukan ini akan banyak memberi
manfaat kepada pembaca hasil kajian dan penyelidik yang berusaha sedaya upaya untuk
mendapatkan maklumat yang betul dan jelas. Selain itu, penyelidik juga berharap bahawa akan
berusaha menyiapkan tugasan kajian ini salam masa yang ditetapkan dengan sempurna.

9.0 Rujukan/Bibliografi
1. Harian Metro 2021 yang bertajuk Jalan Tok Ujang, Hargai Jasa Prebet Ujang Mormin.
Diakses pada 12 Oktober 2021 di paparan https://www.hmetro.com.my
2. University of Malaya yang bertajuk sejarah rembau dan sistem pentadbirannya. Disiarkan di
paparan http://studentsrepo.um.edu.my.

You might also like