You are on page 1of 2

PELABURAN HARTANAH ZON KUALA LUMPUR, KOTA KINABALU DAN

KUCHING

1.0 PENGENALAN

Pelaburan hartanah secara amnya melibatkan hartanah yang dibeli bertujuan untuk pelaburan
seperti sewaan , tempat kediaman iaitu tempat tinggal sendiri yang dijadikan sebagai tempat
perlindungan dan spekulasi iaitu menjual semula dengan harga yang lebih tinggi. Pelaburan
ini merupakan pelaburan jangka masa panjang yang memberikan keuntungan dan pulangan
yang tinggi. Menurut Iman Nur Hakim et al (2022), hartanah adalah istimewa kerana
mempunyai ciri-ciri khas yang berbeza daripada perkara yang lain. Industri hartanah amat
penting bagi setiap negara dan industri ini merupakan antara nadi utama dalam pergerakan
ekonomi sesebuah negara.

Di Malaysia, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dalam tempoh suku


ketiga 2022 merekodkan pertumbuhan pesat sebanyak 14.2 peratus berbanding 8,9 peratus
pada suku kedua dan 5 peratus pada suku pertama (Kementerian Kewangan Malaysia, 2022).
Pada suku kedua, pasaran kediaman di Malaysia mencatatkan kenaikan harga berbanding di
Singapura, Indonesia, Vietnam. Ini menunjukkan Malaysia berada dalam ekonomi yang baik
dan keadaan ini akan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat. Apabila keadaan ekonomi
bertambah baik dan pendapatan isi rumah secara beransur- ansur meningkat, rakyat Malaysia
akan bersedia untuk melakukan lebih banyak perbelanjaan modal seperti membeli hartanah
untuk pelaburan di masa akan datang.

Keadaan ini boleh menjadi faktor kepada pemaju untuk memajukan industri
pembinaan di Malaysia. Penawaran yang banyak dalam sektor hartanah akan merangsang
permintaan yang tinggi. Kemudahan pinjaman yang diberikan oleh institusi kewangan ke atas
pulangan pinjaman kepada pemaju juga rendah maka penawaran kepada pasaran harta tanah
akan meningkat. Dengan ini akan memberi dorongan kepada spekulator tanah untuk memiliki
rumah lebih daripada dua akan meningkat. Ia juga akan memberi kesan kepada peningkatan
harga tanah rumah. Selain pedekatan melalui institusi kewangan sektor ekonomi juga
merupakan elemen penting dalam menentukan pasaran harta tanah di suatu tempat. Ini dapat
dilihat beberapa buah negeri di Malaysia mengalami lonjakan harga dengan kadar yang lebih
tinggi.

Di samping itu teknologi dan evolusi yang bergerak seiring dengan peredaran masa
mengubah minda dan persepsi rakyat Malaysia. Sehingga kini rumah merupakan satu
pelaburan bagi jangka masa panjang kepada pemilik rumah sekali gus menjadi pengukur
kepada taraf kehidupan seseorang. Malahan kriteria utama yang dicari oleh setiap individu
untuk membeli rumah ialah berdasarkan keselesaan, keluasan dan kemudahan asas serta
utiliti yang lengkap yang ditawarkan sesuai dengan harga yang diperolehi dan boleh
dinikmati secara berterusan.

Oleh itu, satu perbincangan secara lebih luas dalam pelaburan hartanah di kawasan
yang baru melibatkan tiga zon iaitu di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching akan
dilakukan unutk melihat secara terperinci perbezaan harga dengan keluasan kediaman di tiga
zon ini. Analisis data yang diperolehi daripada tinjauan ini akan dapat menunjukkan situasi
pelaburan hartanah yang berlaku masa kini.

RUJUKAN

Iman Nur Hakim Hamidon, Khadijah Md Ariffin, Abdul Jalil Omar (2022). Cabaran yang
Dihadapi oleh Agen Hartanah dalam Menjual Rumah Kediaman di Johor. Research in
Management of Technology and Business Vol. 3 No.1 (2022) 870-886 e-ISSN: 2773-5044

Zarinatul Ain Bt Akhirudin (2013). Pasaran Harta Tanah Kediaman Berdasarkan Implikasi
Penentuan Harga Rumah oleh Pemaju. Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti
Teknologi Malaysia.

You might also like