You are on page 1of 4

Cikgu Roslan Daud

UNTUNG RUGI PELABURAN

Standard Pembelajaran
2.3.2 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang
sesuai.

Baca bahan yang diberikan dengan teliti. Kenal pasti masalah yang terkandung dalam bahan dan cadangkan penyelesaian
masalah tersebut.
Di Malaysia, hartanah telah lama menjadi pilihan utama ramai individu dalam medan
pelaburan. Malaysia mempunyai berjuta-juta unit hartanah yang menjadi tumpuan rata-
rata rakyat Malaysia seperti rumah, apartmen atau kondominium, lot kedai, ruang niaga
atau tanah. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli hartanah, terdapat
beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan seperti lokasi, reputasi syarikat pemaju,
jenis hartanah, harga, kebolehcapaian, infrastruktur dan juga kemudahan awam.
Hartanah bukanlah aset yang sentiasa mudah untuk dijual semula dan biasanya dianggap
sebagai pelaburan jangka masa panjang.
Pelabur mahu menjanakan keuntungan yang lebih banyak dalam jangka masa yang
pendek, salah satu pilihan terbaik ialah pelaburan saham. Pelaburan saham ialah
seseorang membeli saham yang dikeluarkan oleh syarikat yang disenaraikan. Pelabur
berpeluang memperoleh sebahagian daripada keuntungan syarikat sebagai dividen.
Pelabur boleh membeli saham pada bila-bila masa dan menjualnya bila-bila masa jika
mereka memerlukan dana. Pasaran saham adalah tidak stabil kerana boleh meningkat
atau merosot secara mendadak. Anda boleh melantik broker saham jika ingin melabur
dalam pasaran saham.

Ramai yang berkata bahawa pelaburan emas ialah aset dan pelaburan paling stabil.
Berdasarkan statistik, umumnya nilai emas dilihat berpotensi untuk naik dari tahun ke
tahun. Namun, kita perlu faham bahawa emas paling ideal dijadikan pelaburan jangka
masa panjang. Emas bersifat universal kerana boleh dijual di mana-mana kedai emas
seluruh dunia pada bila-bila masa. Emas memerlukan tempat simpanan yang selamat di
dalam rumah. Dalam ledakan teknologi, semakin banyak peluang untuk penipu yang
mencari mangsa dengan pelaburan emas. Banyak syarikat yang menawarkan skim
pelaburan emas telah diserbu Bank Negara Malaysia.

(1) __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(2) __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(3) __________________________________________________________________

1
Cikgu Roslan Daud
LATIHAN
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Bahan 1

Laporan Pasaran Hartanah 2015 yang dilancarkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta minggu lalu menunjukkan
kelembapan aktiviti pasaran hartanah negara masih lagi berterusan sejak 2013. Bilangan transaksi jual beli hartanah secara
keseluruhannya menurun 5.7 peratus daripada 384,060 kepada 362,105 di antara tahun 2014 dengan 2015. Melihat keadaan
pasaran semasa, ramai kalangan pembeli rumah sama ada pembeli kali pertama ataupun pembeli berpengalaman terus
merungut dengan persekitaran ekonomi yang mencabar.
Walaupun statistik menunjukkan kadar kelulusan pinjaman harta kediaman sebenarnya meningkat daripada 47.9
peratus pada 2012 ke paras 52.2 peratus pada 2015, bakal pembeli masih lagi runsing dengan kebolehmampuan membeli
rumah disebabkan oleh kos sara hidup yang semakin meningkat serta komitmen sedia ada. Usaha berterusan pihak kerajaan
untuk melaksanakan projek berimpak tinggi juga akan merangsang pertumbuhan hartanah.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pasaran hartanah optimis atau pesimis?’
oleh Sr Sulaiman Saheh,
Berita Harian Online, 29 Ogos 2016

Bahan 2

Tidak ramai yang tahu, tanggal 31 Oktober ialah hari sambutan Hari Tabungan Sedunia. Menyelusuri sejarah, Hari
Tabungan Sedunia mula disambut pada 31 Oktober 1924 yang diputuskan ketika Kongres Bank Simpanan Antarabangsa kali
pertama di Milano, Itali. Matlamat utamanya adalah untuk menyemai minat menabung dalam kalangan orang ramai di seluruh
dunia. Pengurusan kewangan yang lemah disebabkan oleh perbelanjaan tidak teratur menyebabkan seseorang itu gagal
mengatur kewangannya dengan sihat.
Tinjauan Tingkah Laku Kewangan AKPK 2018 (AFBes’18) menunjukkan tahap kesejahteraan kewangan dalam kalangan
orang dewasa yang bekerja di negara ini masih berada pada tahap rendah. Hal ini dikatakan demikian kerana keberhutangan
yang berpunca daripada komitmen yang banyak perlu dihadapi majikan. Penting untuk rakyat terus dididik dengan budaya
menabung, bukan sahaja ketika sudah mencapai usia dewasa, sebaik-baiknya dimulakan sejak kecil lagi.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pengurusan kewangan lemah punca gagal menyimpan’
oleh Mohd Nasaruddin Parzi,
Berita Harian Online, 31 Oktober 2020

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata menyemai minat. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan sebab masyarakat kurang membeli rumah dan
menabung. [3 markah]

(iii) Kini, terdapat pelbagai bentuk pelaburan, antaranya hartanah, emas, unit amanah dan saham. Sehubungan dengan itu,
pelaburan wajar dilakukan oleh golongan muda kerana banyak memberikan manfaat kepada diri mereka.
Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat tersebut? [3 markah]

(iv) Ayah anda akan berpencen tidak lama lagi. Jadi, beliau akan mendapat wang imbuhan hasil daripada perkhidmatannya
dalam bidang keguruan. Beliau tidak mahu membelanjakan wang tersebut dengan membeli kereta atau melancong
sebaliknya beliau bercadang mahu membeli sebuah rumah untuk dijadikan aset. Selain itu, rumah itu juga boleh dijadikan
sebagai pelaburan.
Sebagai anak yang prihatin, cadangkan ciri-ciri rumah yang perlu dipertimbangkan oleh ayah anda untuk dijadikan
pelaburan pada jangka masa panjang. [4 markah]

2
Cikgu Roslan Daud
UNTUNG RUGI PELABURAN

Standard Pembelajaran
2.3.2 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang
sesuai.

Baca bahan yang diberikan dengan teliti. Kenal pasti masalah yang terkandung dalam bahan dan cadangkan penyelesaian
masalah tersebut.
Di Malaysia, hartanah telah lama menjadi pilihan utama ramai individu dalam medan
pelaburan. Malaysia mempunyai berjuta-juta unit hartanah yang menjadi tumpuan rata-
rata rakyat Malaysia seperti rumah, apartmen atau kondominium, lot kedai, ruang niaga
atau tanah. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli hartanah, terdapat
beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan seperti lokasi, reputasi syarikat pemaju,
jenis hartanah, harga, kebolehcapaian, infrastruktur dan juga kemudahan awam.
Hartanah bukanlah aset yang sentiasa mudah untuk dijual semula dan biasanya dianggap
sebagai pelaburan jangka masa panjang.
Pelabur mahu menjanakan keuntungan yang lebih banyak dalam jangka masa yang
pendek, salah satu pilihan terbaik ialah pelaburan saham. Pelaburan saham ialah
seseorang membeli saham yang dikeluarkan oleh syarikat yang disenaraikan. Pelabur
berpeluang memperoleh sebahagian daripada keuntungan syarikat sebagai dividen.
Pelabur boleh membeli saham pada bila-bila masa dan menjualnya bila-bila masa jika
mereka memerlukan dana. Pasaran saham adalah tidak stabil kerana boleh meningkat
atau merosot secara mendadak. Anda boleh melantik broker saham jika ingin melabur
dalam pasaran saham.

Ramai yang berkata bahawa pelaburan emas ialah aset dan pelaburan paling stabil.
Berdasarkan statistik, umumnya nilai emas dilihat berpotensi untuk naik dari tahun ke
tahun. Namun, kita perlu faham bahawa emas paling ideal dijadikan pelaburan jangka
masa panjang. Emas bersifat universal kerana boleh dijual di mana-mana kedai emas
seluruh dunia pada bila-bila masa. Emas memerlukan tempat simpanan yang selamat di
dalam rumah. Dalam ledakan teknologi, semakin banyak peluang untuk penipu yang
mencari mangsa dengan pelaburan emas. Banyak syarikat yang menawarkan skim
pelaburan emas telah diserbu Bank Negara Malaysia.

(1) Hartanah bukanlah aset yang sentiasa mudah untuk dijual semula.
(2) Hartanah biasanya dianggap sebagai pelaburan jangka masa panjang.
(3) Pasaran saham adalah tidak stabil.
(4) Emas memerlukan simpanan yang selamat di dalam rumah.
(5) Semakin banyak peluang untuk penipu mencari mangsa dengan pelaburan emas.

(1) Pelabur hartanah perlu menilai risiko pembelian hartanah dari pelbagai sudut.
(2) Pelabur hartanah hendaklah bersabar dan menunggu sekurang-kurangnya lima tahun.
(3) Pelabur saham haruslah mempunyai ilmu dan kepakaran menganalisis pasaran saham.
(4) Pelabur emas wajar mendapatkan perkhidmatan penyimpanan emas di dalam bank.
(5) Pelabur emas seharusnya menyemak latar belakang / status syarikat pelaburan emas.

3
Cikgu Roslan Daud
JAWAPAN LATIHAN

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata menyemai minat. [2 markah]

P1 menanam / memupuk keinginan / kecenderungan / kesukaan 2m

P2 menanam / memupuk minat 1m
P3 menyemai keinginan / kecenderungan / kesukaan 1m
[2 isi cukup]
[markah maksimum : 2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan sebab masyarakat kurang membeli rumah dan
menabung. [3 markah]

Persamaan sebab masyarakat kurang membeli rumah dan menabung :

P1 komitmen sedia ada 1m
P2 perbelanjaan tidak teratur 1m
Sebab masyarakat kurang membeli rumah :
P3 kos sara hidup yang semakin meningkat 1m
Sebab masyarakat kurang menabung :
P4 komitmen yang banyak 1m
[3 isi cukup]
[markah maksimum : 3 markah]

(iii) Kini, terdapat pelbagai bentuk pelaburan, antaranya hartanah, emas, unit amanah dan saham. Sehubungan dengan itu,
pelaburan wajar dilakukan oleh golongan muda kerana banyak memberikan manfaat kepada diri mereka.
Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat tersebut? [3 markah]

Manfaat-manfaat golongan muda melakukan pelaburan :

P1 golongan muda dapat memperoleh keuntungan / pendapatan 1m
P2 golongan muda lebih bersedia pada masa hadapan / hari tua 1m
P3 golongan muda dapat menggunakannya pada waktu kecemasan 1m
P4 golongan muda boleh mengurus kewangan dengan bijak / mengelakkan hutang 1m
P5 golongan muda dapat menyambung pelajaran 1m
[2 isi cukup]
[markah maksimum : 3 markah]

(iv) Ayah anda akan berpencen tidak lama lagi. Jadi, beliau akan mendapat wang imbuhan hasil daripada perkhidmatannya
dalam bidang keguruan. Beliau tidak mahu membelanjakan wang tersebut dengan membeli kereta atau melancong
sebaliknya beliau bercadang mahu membeli sebuah rumah untuk dijadikan aset. Selain itu, rumah itu juga boleh dijadikan
sebagai pelaburan.
Sebagai anak yang prihatin, cadangkan ciri-ciri rumah yang perlu dipertimbangkan oleh ayah anda untuk dijadikan
pelaburan pada jangka masa panjang. [4 markah]

Sebagai anak yang prihatin, cadangan ciri-ciri rumah yang perlu dipertimbangkan oleh ayah saya untuk dijadikan
pelaburan pada jangka masa panjang :
P1 pemaju yang stabil + supaya tidak menimbulkan risiko rumah terbengkalai 1m
P2 lokasi yang strategik + agar mudah disewa beli 1m
P3 harga yang berpatutan + supaya tidak menambahkan beban hutang 1m
P4 infrastruktur yang disediakan + agar memudahkan kehidupan pembeli 1m
P5 kemudahan awam yang lengkap + supaya menjimatkan wang pembeli 1m
P6 persekitaran yang kondusif + agar menjamin ketenangan pembeli 1m
[3 isi cukup atau 2 isi dengan huraian]
[markah maksimum : 4 markah]

You might also like