You are on page 1of 4

ANALISA DATA (ANALISIS INFERENSI)

1.0 Persoalan Kajian


Kajian ang dijalankan adalah berkaitan dengan tahap stress di sebuah institusi Latihan serta
faktor-faktor yang mempengaruhi tahap stress dalam kalangan pelajar.

2.0 Pernyataan Hipotesis kajian


Hipotesis pertama
H 0 : Tidak terdapat perbezaan tahap stress berdasarkan jantina/keturunan
H 1 : Terdapat perbezaan tahap stress berdasarkan jantina/keturunan
Hipotesis Kedua
H 0 : Tidak terdapat hubungan diantara tahap stress dengan pencapaian akademik
H 1 : Terdapat hubungan diantara tahap stress dengan pencapaian akademik

3.0 Variable view (SPSS)


4.0 Ujian Kenormalan/ Normality Test

Analisa ini dilaksanakan bagi menentukan bahawa keseluruhan data responden yang diperolehi
adalah “well modelled”, iaitu bertabur secara taburan normal atau tidak. Bagi mendapatkan
keputusan untuk analisa ini, Ujian Kenormalan (Normality Test) dilakukan keatas keseluruhan
data responden yang ada. Terdapat dua ujian normaliti yang sering digunapakai iaitu
Kolmogorov–Smirnov test dan Shapiro–Wilk. Dengan menggunakan SPSS, hasil daripada Ujian
Kenormalan yang dilakukan, Graf histogram di plot bagi menunjukan taburan data yang
mewakili 30 jawapan responden yang diperolehi sebagaimana Jadual dibawah.

Jadua; 1: Tests of Normality


Kolmogorov-Smirnova Shapiro-Wilk
Jantina Statistic df Sig. Statistic df Sig.
Min_Tahap_Stress Lelaki .261 17 .003 .897 17 .060
Perempuan .156 13 .200* .967 13 .852
*. This is a lower bound of the true significance.
a. Lilliefors Significance Correction

Berdasarkan Jadual keputusan Ujian kenormalan, Ujian Shapiro–Wilk adalah lebih sesuai untuk
digunakan dalam konteks kajian ini iaitu saiz sampel yang kecil (n<50 sampel) walaupun ianya
juga boleh digunakan dalam keadaan sampel saiz yang besar. Manakala ujian Kolmogorov–
Smirnov digunakan untuk saiz sampel n ≥50. Bagi kedua-dua ujian di atas, hipotesis null
menyatakan bahawa data yang diambil adalah daripada taburan populasi yang yang normal.
Apabila nilai P > 0.05, hipotesis null adalah diterima dan data boleh katakan mempunyai taburan
yang normal.

Dalam Jadual 1, nilai signifikan bagi Lelaki ialah (0.060 >0.05), manakala nilai signifikan bagi
perempuan ialah (0.852 > 0.05). Justeru, kedua-dua nilai-P bagi lelaki dan perempuan adalah
melebihi nilai 0.05. Oleh itu, hipotesis null pada hipotesis pertama adalah diterima dan taburan
data adalah bertabur secara normal.
5.0 Analisa Perbandingan Purata Berganda (Multiple Mean Comparisons Analysis)

Pada peringkat ujian ini, hipotesis kedua akan dipertimbangkan iaitu mengkaji hubungan
diantara tahap stress dengan pencapaian akademik. Keputusan Analisa dibentangkan pada jadual
di bawah. Analisis ini menggunakan Analisis Varians (ANOVA) Satu Hala yang merupakan
ujian statistik yang digunakan untuk membandingkan min bagi 3 atau lebih kumpulan sampel tak
bersandar untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min populasi
dari mana sampel telah dipilih.

Jadual 2: Model Summaryb


Adjusted R Std. Error of the
Model R R Square Square Estimate
1 .331 a
.109 .078 .43790
a. Predictors: (Constant), Min Tahap Stress
b. Dependent Variable: PNGS

Berdasarkan Jadual 2, nilai pekali korelasi (R-value) adalah 0.331 dimana ia menunjukkan
hubungan yang diantara tahap stress dengan pencapaian akademik.

Jadual 3: ANOVAa

Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.


1 Regression .659 1 .659 3.439 .074b

Residual 5.369 28 .192

Total 6.029 29

a. Dependent Variable: PNGS

b. Predictors: (Constant), Min Tahap Stress

Standardized
Unstandardized Coefficients Coefficients
Model B Std. Error Beta t Sig.
1 (Constant) 3.466 .352 9.839 .000
Min Tahap Stress -.220 .119 -.331 -1.854 .074
a. Dependent Variable: PNGS
Berdasarkan keputusan Ujian Anova Satu Hala yang telah dijalankan sepertimana di Jadual 3,
Nilai alpha (α) atau nilai signifikan untuk kajian ini adalah 0.05. Oleh kerana p-Value = 0.074
iaitu lebih dari nilai signifikan iaitu 0.05, ini bermaksud hipotesis null tidak ditolak dan hipotesis
alternatif diterima. Justeru, terdapat hubungan diantara tahap stress dengan pencapaian
akademik.

You might also like