You are on page 1of 18

1.

0 PENGENALAN

Coffee table ini merupakan kesinambungan hasil pembelajaran subjek Teori Rekabentuk Produk yang merangkumi seni halus, seni gunaan
dan seni reka. Teori semiotik, estetika, dan persepsi visual banyak dijadikan sebagai sandaran dalam suatu binaan, lukisan serta produk agar
sesuatu produk berfungsi. Dengan itu, Teori Monumen Patung Standing Budhha dihuraikan dan dibukukan dalam bentuk coffee table bagi
memenuhi syarat pembelajaran Teori Rekabentuk Produk.

2.0 LATAR BELAKANG

Monumen “Patung Standing Budhha” di Wat Phithikyan Phutthaktham Kampung Balai, Bachok merupakan objek atau bentuk-bentuk seni
buatan manusia berbentuk 3 demensi (3D). Patung ini bertujuan untuk penyembahan dan perayaan mengikut kepentingan agama dan budaya.
Patung lebih sinonim dengan saiz yang besar yang mewakili seseorang manusia atau haiwan. Kadangkala patung lebih besar seperti gergasi
daripada saiz manusia sebenar. Patung ini diperbuat daripada bahan tahan cuaca dan persekitaran, bersesuaian dibina di persekitaran awam.
Logam tahan karat seperti stainless steel dan keluli digunakan sebagai struktur. Logam lembut seperti gangsa, tembaga dan aluminium adalah
paling kerap digunakan. Kesimpulannya, Patung ini mempunyai konsep, kepentingan, persembahan, gaya, tujuan, bentuk figura manusia atau
haiwan bagi memenuhi tuntutan agama dan ritual.

1
3.0 PERMASALAHAN

Terdapat permasalahan yang berlaku semasa melaksanakan kajian ini, antaranya ialah

i) Kekurangan maklumat dan bahan rujukan berkaitan dengan teori reka bentuk secara lebih terperinci. Hal ini dapat dilihat daripada kesukaran
untuk memperolehi maklumat semasa berada ditempat kajian akibat tiada kerjasama oleh pihak mereka dan kekurangan bahan rujukan di
internet.

ii) Kekurangan pendedahan mengenai keunikan yang terdapat di Standing White Buddha. Hal ini demikian kerana, tiada lagi penyelidikan
terperinci berkenaan dengan keunikan budaya, agama, dan reka bentuk.

iii) Tiada pendokumentasian maklumat berkaitan teori reka bentuk. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilakukan adalah bagi memberi maklumat
kepada penyelidikan lain, masyarakat dan pelancong luar untuk membuat rujukan.

4.0 KEPENTINGAN

Berikut adalah beberapa kepentingan kajian berdasarkan kajian ini. Antaranya ialah

i) Dapat memberi pendedahan berkaitan teori reka bentuk yang terdapat pada “Standing White Buddha”

ii) Dapat mengetahui nilai estetika, budaya dan agama. Hal ini dapat dilihat melalui nilai sesuatu monumen yang rata-ratanya adalah simpanan
Negara yang lama usianya dan masyarakat dapat melihat lagi budaya dan sejarah yang boleh menjadi panduan pada masa akan datang serta
dipelihara dan dikembangkan ke peringkat lebih tinggi.

iii) Dapat melambangkan identiti Negara yang mempunyai nilai sejarah dan budaya yang tinggi.

iv) Dapat memulihara warisan Negara dan mengatahui perkembangan dan asal-usul melalui penyelidikan yang dilakukan terhadap monumen.

2
5.0 KAJIAN TERDAHULU

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa hasil kajian penyelidik terdahulu telah dikaji bagi memenuhi kehendak kajian yang
dijalankan ini. Terdapat beberapa sumber yang telah diambil bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan, antaranya ialah melalui
jurnal, buku, laman sesawang dan sebagainya. Beberapa aspek telah diberikan penekanan iaitu dari segi seni bina monumen,
sumber binaan monumen, pemeliharaan monumen dan pandangan muslim terhadap seni figura.

Pada suatu ketika dahulu, agama Buddha tidak membenarkan penghasilan patung Buddha. Namun begitu, ia menerima
pengaruh daripada kesenian Yunani dan Hindu, maka pada akhir abad pertama Masihi patung Gautama Buddha pun
dihasilkan. Sebelum patung Buddha dilahirkan ke dunia ini, orang-orang hanya menggunakan sistem perlambangan dan
simbolisma yang menggunakan objek-objek seperti stupa,padma,pohon bodi, taman rusa, gajah, tapak kaki dan sebagainya
untuk memberikan makna-makna tertentu yang berkaitan dengan Gautama Buddha, Nor Azlin Hamidon ( 2000 ).

Menurut pandangan dari agama islam sendiri mengenai seni figura ini, secara umumnya diketahui bahawa Islam telah
secara terang dan nyata mengharamkan pembuat patung dan gambar daripada menghasilkan objek atau lukisan yang
menyerupai makhluk hidup, apatah lagi untuk tujuan penyembahan dan pengangungan.

Dalam seni bina figuratif,, ternyata bahawa orang-orang Arab sebelum daripada kelahiran Islam sememangnya telah
mengenali seni figuratif dari masyarakat Kristian di Barat dan di kota Byzantin. Setelah kedatangan Islam, terdapat seolah-
3
olah satu persetujuan oleh masyarakat Islam untuk menolak seni figuratif sebagai dekorasi di dalam bangunan-bangunan
Islam, khususnya seni bina yang berkaitan dengan kelangsungan ibadat seperti Kubah Batu dan Masjid Damsyik.

4
6.0 SEJARAH

Lebih kurang 200 tahun dahulu, penduduk keturunan Siam dan Cina di Kampung Balai telah membuat kebajikan dan dengan semangat ajaran
Buddha telah bermurah hati menyedekahkan lebih kurang 2 ekar tanah untuk mendirikan wat. Beliau menamakan wat ini sebagai Wat
Balaiwaknara. Semenjak saat itulah beliau mengajar para penduduk Kampung Balai dengan ajaran agama Buddha. Beliau juga mengajak
penduduk kampung bergotong-royong untuk mendirikan bangunan sebagai tempat beribadat. Usaha tersebut dijalankan hinggalah ke akhir
hayatnya.

Setelah Phrak Arthikan Bok meninggal. Phrak Arthikan Sakmudi pula dilantik menjadi ketua sami. Beliau juga berasal dari Kampung Balai. Atas
usaha beliau dengan kerjasama daripada penduduk kampung dewan perhimpunan dan tempat kediaman parasami Berjaya dibina. Beliau
menjadi ketua wat hingaa ke akhir hayatnya. Seterusnya, seorang lagi sami dari Kampung Balai iaitu Phrak Arthikan Terk telah dilantik menjadi
wat ini. Atas kerjasama dan kesepakatan penduduk kampung, sebuah dewan santapan Berjaya dibina. Walaubagaimanapun beliau berhenti
menjadi sami dan kembali kepada cara hidup orang biasa.

Kemudian, seorang lagi sami dari Kampung Kok Serawa, Tumpat iaitu Phrak Arthikan Nop mengambil alih wat ini. Beliau meneruskan usaha
untuk mengubah suai bangunan wat dengan bantuan penduduk kampung. Namun begitu juga memilih jalan untuk kembali kepada cara hidup
orang biasa. Lantaran itu, wat ini terbiar lebih kurang 20 tahun lamanya kerana tiada sami yang sanggup menjaganya hinggalah wat tersebut
dipenuhi dengan semak samun. Kemudian terdapat pula seorang sami dari Phattalung, Thailand iaitu Phrak Arthikan San menjadi ketua wat
ini. Dengan usaha beliau itu akhirnya berjaya membina patung Phrak Sang Kachai. Sungguhpun begitu, beliau jua berundur daripada menjadi
sami dan kembali kepada cara hidup orang biasa.

Wat ini kemudiannya ditinggalkan sekali lagi beberapa tahun hinggalah ditumbuhi hutan berlukar. Mengikut kalender Buddha iaitu pada tahun
2521 bersama dengan tahun masihi 1978, Konsul Thai Prapote Nakrin Thaklangkoon Na Ayyuthaya bermesyuarat dengan penduduk Kampung

5
Balai untuk memilih ketua sami. Akhirnya persetujuan diambil dengan memilih Phrak Arthikan Bunkerth Jaddapakyo, seorang samio dari
kampung Borsamit, Tumpat Kelantan sebagai ketua sami wat tersebut. Beliau kemudiannya berundur kembali kepada hidup cara orang biasa.

Sekali lagi wat ini terbiar kerana tiada sami hinggalah kawasan wat ditumbuhi hutan belukar. Keadaan ini amat merunsingkan Phrak Khru
Wiriyaksangoon (than Phut) meninggal dunia pada 1-1-1991 beliau meminta Por Tar Eu Ang Kee supaya menjaga wat ini dengan baik.

Berdasarkan Kalender Buddha iaitu pada tahun 2536 bersamaan tahun masihi 1993 datang pula seorang sami bernama Ajchan Porchai dari
Lopburi, Thailand dan bertapa (Samadhi) di dalam hutan berlukar di kawasan wat ini. Akhirnya beliau membersihkan kawasan ini dan
mengambil keputusan untuk menetap dan menjaga wat ini. Selepas itu beliau dilantik menjadi ketua sami. Wat ini ditukar kepada nama baru
iaitu Wat Phuthiyan Phut Thak Tham semenjak dari saat itu beliau mengajar penduduk kampung dengan ajaran Buddha dan amalan memakan
sayur-sayuran atau vegetarian. Semenjak dari itu, penduduk kampung mula mengunjungi ke wat tersebut. Dengan murah hati pengunjung
telah mendermakan wang untuk membaiki wat tersebut dan akhirnya Berjaya mencecah RM3000.00. Dengan kerjasama penduduk kampung
telah Berjaya mendirikan tempat bermandi wap herba. Permandian wap herba ini dapat mengubati penyakit secara tradisional.

Hasil daripada dermaan orang ramai, akhirnya bangunan dewan dan patung kuang Yim Berjaya didirikan. Bangunan asal wat ini telah
dipindahkan dan diusung oleh para penduduk kampung ke suatu sudut yang sesuai dan dijadikan tempat kediaman para sami. Orang ramai
dari seluruh pelusuk negeri dan Negara Malaysia malahan dari Negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura, Brunei, Hongkong dan Jepun
mula mengunjungi dan menghulurkan derma kepada wat ini.

Pada hari ini, bersamaan dengan 1mei 2000 tercatatlah sejarah dengan perasmian Pagar Naga berkembar Wat Photiyan Phut Thak Tham
yang terpanjang di Asia Tenggara.

6
7.0 LOKASI

Lokasi Wat Photiyan Phut Thak Tham berada di Kampung Balai, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia. Lebih kurang 200 tahun dahulu, penduduk
keturunan Siam dan Cina di Kampung Balai telah membuat kebajikan dan dengan semangat ajaran Buddha telah bermurah hati
menyedekahkan lebih kurang 2 ekar tanah untuk mendirikan wat. Sehingaa sekarang Wat tersebut berdiri gah dan dikunjungi oleh pengunjung
pelbagai negeri.

7
8.0 JENIS MONUMEN

‘Standing White Buddha’ boleh dikompilasikan dalam bentuk monumen. Monumen merupakan binaan atau bangunan yang diperbuat daripada
batu bata. Ianya dibangunakan dengan bertujuan untuk memperingati orang ternama atau suatu peristiwa penting. Monumen boleh dikelaskan
kepada beberapa jenis iaitu candi, kuil, wat, stupa, arca dan patung. Istilah patung dan arca sememangnya merujuk kepada aktiviti penghasilan
objek buatan manusia yang bersifat 3-dimensi. Merujuk kepada penghasilan, patung lazimnya dibuat dalam saiz yang besar, dan ditempatkan
di lokasi yang menjadi tumpuan awam. Patung juga bertujuan untuk penyembahan dan perayaan mengikut kepentingan agama-budaya.
Standing White Buddha merupakan sebuah patung yang didirikan sebagai satu bentuk kemegahan dalam agama Buddha dan menjadi mercu
tanda keagungan kuasa Tuhan.

8
8.1 KONKRIT

Konkrit merupakan bahan binaan yang mempunyai nilai ekonomi yang baik dan juga mudah diperolehi. Ia juga lebih tahan lasak dan tidak
memerlukan penyenggaraan berkala yang kerap. Konkrit didefinisikan sebagai suatu daya pra-mampatan yang dikenakan kepada konkrit untuk
menghasilkan tegasan dalaman yang kekal dalam konkrit itu. Ini bermakna daya mampatan awal dikenakan kepada konkrit itu. Ini bermakna
daya mampatan awal dikenakan kepada konkrit sebelum ia berkhidmat. Konkrit juga diguna pakai dalam pembinaan patung ini dengan
menggabungkan penggunaannya dengan keluli. Penggunaan konkrit adalah untuk memastikan patung kekal kukuh dan tidak mudah
mengalami kerosakan akibat faktor-faktor tertentu selain dari menguatkan fungsi keluli.

8.2 KELULI
Keluli merupakan bahan binaan utama dalam industri pembinaan sejak beberapa dekad yang lalu. Hal ini kerana binaan keluli adalah mudah
dan senang dibina dan diubahsuai untuk reka bentuk tertentu.
Berdasarkan kajian, kami mendapati keluli digunakan dari pelbagai aspek, antaranya untuk mengukuhkan patung dan bagi membentuk rupa
patung tersebut. Dalam pembinaan patung ini, keadaan patung yang berdiri dan memegang kelopak teratai memerlukan kepakaran dalam
pembinaannya. Maka penggunaan keluli adalah bahan yang paling sesuai untuk membentuk gaya tersebut.

8.3 BATA
Penggunaan bata dalam industri pembinaan dunia telah mempunyai sejarah yang lama. Tamadun Mesir suatu masa dahulu banyak
menggunakan bata bakar untuk membina bangunan-bangunan mereka (Varghese, 2006).
Dalam pembinaan patung ini, batu digunakan bagi membina tapak untuk menegakkan patung tersebut. Pengunaan bata adah bagi memastikan
patung tersebut mendapat sokongan yang secukupnya sebelum didirikan dan untuk mengurangkan risiko ianya daripada runtuh dan retak.

9
8.4 MOZAIK

Salah satu bahan yang diperlukan dalam pembinaan patung ini. Konsep marmar merupakan bahan yang menjanjikan kecantikan dan
keceriaan kepada penggunaannya. Penggunaan marmar pada pembinaan patung ini memudahkan dalam proses pembersihan patung,
sebagai menarik perhatian, memaparkan kelembutan dalam pembinaan dan memberi pantulan sekiranya berada dalam kedudukan tinggi.
Ciri marmar yang tahan lama juga boleh menjadi faktor utama kenapa ianya digunakan dalam pembuatan. Jika dilihat dari jauh, patung
‘Standing White Buddha’ membiaskan pantulan cahaya sekiranya terkena sinaran cahaya matahari. Ini adalah hasil penggunaan batu marmar
selain warnanya yang putih adalah disebabkan oleh penggunaan batu marmar yang berwarna putih.

10
9.0 TEORI REKABENTUK.

METASYMBOL- BUNGA TERATAI

Bunga teratai merupakan salah satu simbol “nasib” dalam agama Buddha. Tumbuh di air berlumpur, dan itu adalah gambaran yang
memberikan sebagainya pertama dan paling harfiah makna bunga tersebut iaitu bermaksud terbit dan mekar di atas kegelapan untuk mencapai
pencerahan.

Makna kedua, ialah berkaitan dengan kemurnian. Ini menyerupai memurnikan roh yang lahir dalam kesuraman. Bagi makna ketiga pula,
mengacu pada kesetiaan. Mereka yang bekerja untuk naik di atas air berlumpur akan memerlukan pengikut yang setia.

Warna sangat penting dalam makna tersirat bunga teratai dalam Buddhisme. Bagi warna putih bunga teratai memberi makna pada kemurnian
pemikiran dan roh. Teratai putih melambangkan bodhi ( dalam bahasa Sansekerta bermaksud untuk mencapai pencerahan ). Murni
melambangkan tubuh badan, fikiran dan jiwa, bersama-sama dengan kesempurnaan spiritual dan perdamaian dari sifat seseorang
berdasarkan ajaran agama Hindu. Bunga teratai biasanya dilengkapi dengan lapan kelopak, yang sesuai dengan lapan jalan untuk mengetahui
hukum alam dengan benar. Teratai putih dianggap sebagai teratai dari Buddha dan sangat bermakna kaitannya dengan simbol bagi ajaran
agama Buddha.

1. Mengapa kepala patung Sang Buddha ada bulatan-bulatan kecil ?

Semasa Pangeran Siddhattha meninggalkan istana pada ketika dahulu, beliau telah memotong rambut. Rambut yang tersisa telah membentuk
lingkaran-lingkaran kecil dari arah lingkaran ke kanan. Oleh sebab itu,terdapat bulatan-bulatan kecil pada kepala patung Sang Buddha. Hal ini
merupakan salah satu dari tiga puluh dua tanda Manusia Agung yang terdapat pada diri seorang Buddha.

2. Mengapa patung Sang Buddha ada duduk, berdiri, tidur, dan sikap tangannya berbeda-beda ?

11
Patung Sang Buddha diperbuat dari keadaan bentuk badan dan tangan yang berbeza untuk menggambarkan posisi Sang Buddha dalam
keadaan meditasi mahupun untuk menggambarkan keagungan Sang Buddha.

3. Mengapa patung Sang Buddha duduk di atas bunga teratai ?

Patung Sang Buddha Patung Sang Buddha digabungkan dengan bunga teratai untuk melambangkan sesuatu yang tetap bersih dan suci
walaupun tumbuh di tempat yang berlumpur dan kotor. Hal ini kerana, Sang Buddha merupakan mahkluk yang suci dari segi batin yang tidak
dicemari dengan kokotoran.

4. Apa fungsi patung Sang Buddha itu ?

Bagi umat Buddha, patung Sang Buddha berfungsi untuk mengingatkan mereka akan Sang Buddha yang telah mencapai Penerangan
Sempurna sehingga mendorong mereka untuk lebih berusaha sungguh-sungguh dalam menjalani ajaran Sang Buddha untuk memperolehi
kebahagiaan di dunia. Sepanjang siang dan malam mereka selalu merenungkan sifat-sifat mulia Sang Buddha dengan penuh kesedaran
(Dhammapada 296)

5. Mengapa patung Sang Buddha telinganya panjang dan kepalanya agak menjorok ke atas tidak seperti manusia biasa ?

Patung Sang Buddha diperbuat dalam keadaan begitu, untuk bersesuaian dengan ciri-ciri seorang Buddha yang terdapat dalam Kitab Suci.
Oleh kerana itu penampakan patung Sang Buddha agak berbeza dengan manusia biasa kerana mencirikan seorang Manusia yang Agung.
Antara salah satu tanda dari Manusia Agung adalah kepala yang bagaikan kepala berserban.

12
10.0 CADANGAN

Dalam bahagian ini, kami akan memberikan penerangan mengenai langkah penjagaan dan pemeliharaan Patung Sang Buddha yang dianggap
suci bagi masyarakat penganut hindu. Dalam bahagian ini, kami akan mengelaskan kepada tiga bahagian iaitu kepada individu, masyarakat
dan institusi bagi menerangkan fungsi bagi ketiga-tiga bahagian tersebut untuk memastikan Patung Sang Buddha dijaga dengan teliti dan tidak
mengalami kerosakan akibat kecuaian dan kerosakan kesan daripada tindakan alam sekitar yang berinteraksi sebagai agen perosak.

10.1 INDIVIDU

13
Bagi mereka yang menganut agama buddha mereka semestinya mempunyai kesedaran untuk menjaga dan memelihara Patung Sang Buddha
daripada mengalami sebarang kerosakan akibat tindakan tidak bertanggungjawab individu itu sendiri. Yang mana mereka yang mencintai
agama akan mempunyai pendirian dan jati diri untuk memastikan Patung Sang Buddha yang mereka anggap sebagai dewa berada dalam
keadaan bersih dan rapi bebas daripada segala kekotoran dan kerosakan kerana kesucin yang dipercayai dimiliki oleh Patung Sang Buddha
tidaak seharusnya dicemari akibat tidak bertanggungjawab penganut agama mereka sendiri malah penganut agama lain juga diberi amaran
supaya tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh penganut agama buddha sebagaimana mereka mempunyai kepercayaan terhadap agama
masing-masing.

Selain itu, sebagai individu yang bertanggungjawab mereka harus memiliki sikap perihatin dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan
kesedaran diri, keluarga, dan masyarakat mereka sendiri supaya dapat menjaga kesucian agama mereka daripada bercampur dengan budaya,
amalan agama lain yang berlainan dengan ajaran mereka. Ini demikian kerana agama mereka mengamalkan konsep pendamaian, kebersihan,
kesucian, dan kehormatan yang tinggi untuk dicapai dalam diri mereka. Untuk mencapai tahap kesempurnaan dalam diri bagi penganut agama
mereka maka mereka perlu memastikan keadaan Sang Buddha sentiasa berada dalam keadaan sempurna kerana mereka mengganggap
Sang Buddha sebagai dewa yang tertinggi.

10.2 MASYARAKAT.

Bagi masyarakat, mereka perlu bekerjasama dalam memastikan keadaan Patung Sang Buddha sentiasa dijaga dengan baik dan teliti. Bagi
memastikan perkara ini, masyarakat perlu dipupuk dengan nilai norma masyarakat yang saling bekerjasama untuk memelihara keadaan
Patung Sang Buddha daripada sebarang ancaman kerosakan terutamanya daripada faktor alam sekitar seperti cuaca, suhu, kelembapan dan
juga bencana alam serta akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab melakukan kerosakan.

Hal ini demikian kerana, masyarakat berfungsi sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk memelihara Patung Sang Buddha. Sekiranya
masyarakat peka terhadap keadaan monumen yang dibina maka keadaan yang selamat akan wujud bagi menyempurnakan fungsi dan

14
kepercayaan masyarakat penganut hindhu terhadap Sang Buddha itu sendiri. Kesedaran dalam diri masyarakat untuk menjaga Sang buddha
bergantung kepada kepekaan dan keperihatinan ibu bapa dan sami yang bertanggungjawab mendidik anak-anak serta penganut agama itu
sendiri untuk mentaati agama masing-masing.

Peranan ahli masyarakat bagi membantu pihak sami menaiktaraf tahap bangunan-bangunan serta kemudahan awam bagi keselesaan mereka
sendiri adalah bergantung kepada peranan masayarakat mereka sendiri untuk menambah baik sistem kemudahan bagi institusi keagamaan
mereka.

10.3 INSTITUSI

Bagi institusi pula, khususnya institusi sami buddha yang berperanan menjaga monumen tersebut untuk memastikan Patung Sang buddha
yang dipuja berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kerosakan, mereka perlu memberi perhatian terhadap penjagaan dari
segi pembersihan dan pencucian patung tersebut. Mereka perlu memastikan patung tersebut sentiasa dibersihkan pada setiap waktu yang
ditetapkan supaya keadaan patung itu berada dalam keadaan sempurna seperti yang diakui oleh kepercayaan mereka.

Mereka juga perlu memberi kesedaran dan peringatan terhadap penganut agama mereka supaya sentiasa mentaati dan mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan oleh agama mereka agar tidak terpesong dan tidak merosakkan ajaran mereka. Kepercayaan meraka adalah
berdasarkan kesucian Patung buddha maka mereka perlu menjaga dan memastikan pusat ajaran meraka sentiasa kukuh dan terjaga.

Sebagai badan yang bertanggungjawab, mereka perlu sentiasa peka dan sentiasa memantau keadaan patung buddha agar tidak mengalami
sebrang cacat cela kerana dipercayai mempunyai kehormatan yang tinggi dan tiada cacat cela mengikut kepercayaan dan ajaran mereka.
Badan sami juga sentiasa menaiktaraf tahap kebersihan dan kemudahan awam yang disediakan untuk pengunjung serta penganut agama
mereka supaya senang untuk datang menjalankan upacara keagamaan mereka.

15
Pihak sami juga perlu kerap menjalankan aktiviti pemujaan secara besar-besaran untuk menarik penganut agama mereka suapaya berkunjung
ke tempat agama mereka bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan mencintai agama masing-masing. Peranan sami dan
badan kebajikan mempunyai peranan penting dalam menguruskan hal ehwal pembangunan dan kebajikan masyarakat dan agama buddha
bagi menjaga keselesaan penganut agama mereka.

‘Standing White Buddha’ boleh dikompilasikan dalam bentuk monumen. Monumen merupakan binaan atau bangunan yang diperbuat daripada
batu bata. Ianya dibangunakan dengan bertujuan untuk memperingati orang ternama atau suatu peristiwa penting. Monumen boleh dikelaskan
kepada beberapa jenis iaitu candi, kuil, wat, stupa, arca dan patung. Istilah patung dan arca sememangnya merujuk kepada aktiviti penghasilan
objek buatan manusia yang bersifat 3-dimensi. Merujuk kepada penghasilan, patung lazimnya dibuat dalam saiz yang besar, dan ditempatkan
di lokasi yang menjadi tumpuan awam. Patung juga bertujuan untuk penyembahan dan perayaan mengikut kepentingan agama-budaya.
Standing White Buddha merupakan sebuah patung yang didirikan sebagai satu bentuk kemegahan dalam agama Buddha dan menjadi mercu
tanda keagungan kuasa Tuhan.

16
11.0 KESIMPULAN.

Kesimpulannya, pembinaan monumen Standing White Buddha yang berasaskan kepercayaan masyarakat penganut hinddu buddha yang
mempercayai patung tersebut sebagai dewa untuk disembah dan dijadikan sebagai tuhan bagi masyarakat mereka yang mana mereka
percayai patung tersebut mempunyai sifat-sifat murni yang tiada tolak banding kesempurnaannya. Pembinaan monumen daripada binaan batu-
bata dan konkrit bagi melambangkan kemegahan dan kekuatan seperti bangunan dengan saiznya pada saiz yang agak besar turut dipengaruhi
dengan beberapa kepercayaan berdasarkan peristiwa penting bagi agama mereka sehingga mereka menggangap patung ini sebagai kuasa
tuhan yang paling agung.

Dari segi bentuk yang berbeza-beza bagi setiap patung di beberepa lokasi berlainan juga adalah berdasarkan fungsi dan mengikut kesesuaian
patung tersebut dibina. Namun bagi agama buddha, buddha dianggap suci kerana dipengaruhi unsur mitos yang agung dan bebas dari
ketidaksempurnaan atau kecacatan. Kerana ,itulah buddha dianggap sebagai dewa dan contoh yang sempurna.

Setiap kepercayaan masyarakat adalah berdasarkan corak pemikiran, bentuk pembangunan masyarakat, tahap pendidikan serta ketaatan
terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kelompok masyarakat mereka sehingga mereka percaya kepada sesuatu yang mereka alami
dengan perasaan dan pemikiran. Begitu juga dengan pembelajaran subjek Teori rekabentuk produk yang mana dalam subjek ini pelajar diberi
fakta bahawa dalam sesuatu produk yang dicipta adalah berdasarkan kewujudan beberapa elemen seperti seni halus, seni gunaan, seni reka,

17
disokong dengan beberapa teori yang mengukuhkan hujah dengan adanya teori semiotik, estetika, dan persepsi visual yang menjadikan
sesuatu bentuk itu sempurna.

Maka tidak hairanlah mengapa wujud pelbagai agama dan kepercayaan dalam masyarakat yang berlainan kawasan dan negara. Setiap agama
mempunyai fungsi yang tertentu mengikut kepercayaan sesuatu masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan.

Bibliography
Abidinhazir, Z. (2014). Arca dan Patung : suatu kefahaman konsep. Jurnal Seni dan kefahaman seni, 160.

18

You might also like