You are on page 1of 1

Abdullah bin Abduraman

Kursus Kokurikulum Berkredit Robocon 1 Seksyen 1


Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Ts. Dr. Mohd Azham bin Azmi


Pengetua
Kolej Kediaman Dalam Kampus, UTHM

Melalui :
Dr. Mohd Azhar bin Harimon
Ketua Jabatan (Keusahawanan, Daya Usaha dan Inovasi
dan Sastera Liberal)
Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 20 Disember 2022

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN AKTIVITI KOLEJ KEDIAMAN TUN


FATIMAH BAGI PROGRAM KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT, ANJURAN PUSAT
PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Kursus Kokurikulum Berkredit Robocon 1 Seksyen 1 akan
menganjurkan program Zoombit Lebih Menarik Daripada Zumba.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk menggunakan Dewan
Aktiviti Kolej Kediaman Tun Fatimah bagi tujuan melaksanakan program tersebut yang akan
berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23 – 24 Disember 2022 (Jumaat – Sabtu)


Masa : 7.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Dewan Aktiviti Kolej Kediaman Tun Fatimah

4. Semoga perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan pihak tuan. Bersama-sama ini
dilampirkan salinan kelulusan kertas kerja program untuk makluman dan rujukan pihak tuan. Sekiranya
pihak tuan memerlukan maklumat lanjut berkenaan program ini, pihak tuan boleh hubungi saya di talian
017-3426099.

Segala kerjasama, perhatian dan sokongan dari pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

ABDULLAH BIN ABDURAMAN


Kursus Kokurikulum Berkredit Robocon 1 Seksyen 1
Tel.: 017-3426099

You might also like