You are on page 1of 2

PENGENALAN

DEFINISI PENILAIAN KURIKULUM

Penilaian merupakan satu proses yang menyeluruh untuk mengumpulkan data bagi sesuatu program
atau kurikulum (Abdul Rahim, 2007; Scriven, 1967). Penilaian merupakan langkah penting bagi
menilai keberkesanan dan kualiti sesuatu program supaya menepati objektif dan tujuan yang telah
ditetapkan (Abdul Rahim, 2007; Ornstein & Hunkins, 2009; Tuckman, 1985). Worthen dan Sander
(1987) menyatakan bahawa penilaian merupakan penentuan secara formal berkaitan kualiti,
keberkesanan atau nilai bagi sesuatu program, produk, perojek, proses, objektif atau kurikulum.
Manakala Cronbach (1963), pula menyatakan bahawa penilaian terhadap keberkesanan sesuatu
program tertumpu kepada hasil dan dijalankan seperti berikut: 1) keputusan untuk menambahbaik
sahaja; 2) keputusan terhadap pelajar dan guru; dan 3) keputusan mengenai pentadbiran dan
peraturan-peraturan. Stufflebeam (1971) menyatakan bahawa penilaian merupakan satu proses
menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan
mengenai tindakan selanjutnya. Manakala Mak Soon Sang (2008) menyatakan penilaian merupakan
satu proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, membuat analisa dan mendapatkan keputusan agar tindakan sewajarnya
dapat diambil.

Penilaian kurikulum merupakan salah satu proses dalam pembangunan kurikulum. (Oliva, 2005).
Penilaian kurikulum bukan hanya perlu apabila program sudah dilaksanakan tetapi penilaian juga
dijalankan sepanjang pembangunan kurikulum dan pelaksanaan kurikulum. Penilaian kurikulum
terbahagi kepada dua iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif (Scriven, 1967; Lewy, 1977;
Ornstein dan Hunkins, 2009). Penilaian formatif dijalankan semasa proses pembangunan kurikulum.
Ia dilaksanakan pada sub unit semasa proses pembangunan kurikulum dan diuji dalam situasi yang
lebih kecil untuk melihat keberkesanannya. Manakala Penilaian sumatif pula bertujuan untuk menilai
kualiti keseluruhan program yang dihasilkan dan dilaksanakan (Ornstein & Hunkins, 2009; Ishak,
2008; Razali, 1991). Penilaian sumatif dapat menentukan sama ada objektif kurkulum dapat
dicapai atau tidak oleh pelajar.

Penilaian sumatif juga bertujuan untuk membantu pihak yang berkepentingan untuk membuat
keputusan terhadap kurikulum yang telah dinilai (Scriven, 1967). Cronbach (1982) menjelaskan
bahawa terdapat tiga jenis keputusan apabila sesuatu penilaian telah dilakukan, iaitu;
i. Memperbaiki kursus, iaitu berkaitan dengan penentuan apakah jenis kaedah pengajaran yang sesuai,
apakah jenis peralatan yang sesuai dan dibidang apakah perubahan perlu dilakukan.

ii. Keputusan tentang individu yang dilihat dari segi mengenal pasti kehendak pelajar untuk
merancang kaedah pengajaran yang sesuai bagi mereka. Keputusan tentang individu yang digunakan
untuk menentukan tahap kebolehan pelajar untuk mengumpulkan mereka dalam kumpulan mengikut
kebolehan serta menentukan kelemahan pelajar yang dapat dikesan.

iii. Menentukan peraturan pentadbiran yang melihat setakad mana baiknya sistem persekolahan dan
juga menentukan setakad mana baiknya usaha guru di sekolah dalam melaksanakan dan
menterjemahkan kurikulum yang digunakan.

PENGGUNAAN MODEL SCRIVEN (GOAL FREE EVALUATION) DALAM PENILAIAN


KURIKULUM

Model ini dibina oleh Scriven pada tahun 1972. Beliau berpendapat bahawa penekanan kepada
matlamat yang telah ditentukan secara spesifik mengehadkan proses penilaian dan menyebabkan
hasil-hasil yang lain tidak diendahkan. Beliau mempercayai bahawa matlamat program atau aktiviti
tidak perlu diberikan penekanan yang terlalu tinggi untuk mengelakkan bias dan menyempitkan fokus
dalam penilaian.

Penilaian Bebas-Matlamat memberikan fokus kepada hasil sebenar bagi program atau aktiviti
berbanding dengan matlamat yang diinginkan. Penilaian Bebas-Matlamat akan menambahkan
kecenderungan untuk mengenal pasti sebarang bentuk hasil yang didapati daripada suatu kurikulum.

Model penilaian ini seringkali dilihat sebagai model yang tidak mementingkan hala tuju organisasi
kerana organisasi seringkali menjadikan matlamat sebagai perkara penting yang perlu dicapai.
Walaupun hasil akhir bagi penilaian akan diperoleh, namun tiada fokus kepada matlamat menjadikan
model ini tidak popular dalam bidang penilaian. Namun demikian, model ini masih boleh digunakan
dalam usaha mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesuatu kurikulum.

You might also like