You are on page 1of 21

BAB IV : ANALISIS KAJIAN

4.1 PENGENALAN BAB

Bab ini akan membincangkan tentang hasil kajian yang diperolehi hasil daripada

borang soal selidik yang telah diedarkan dan dijawab oleh pihak responden. Namun

sebelum itu bab ini terlebih dahulu akan menyentuh tentang kandungan borang soal

selidik yang diedarkan beserta lokasi dan kaedah persampelan yang dilakukan untuk

mendapatkan responden.

4.2 LOKASI SOAL SELIDIK

Rajah4.2 (a) Lokasi soal selidik dijalankan iaitu terdiri daripada tujuh buah kampung
Secara umumnya telah diketahui bahawa responden yang terlibat adalah di

kalangan penduduk tempatan yang berada di sekitar kawasan pelancongan homestay di

bangunkan iaitu di sekitar kawasan Homestay Air Manis. Walaupun pada dasarnya,

homestay Air Manis mempunyai peserta yang berasal daripada beberapa buah kampung

berlainan, namun tumpuan pelancongan homestay adalah lebih tinggi dikawasan pejabat

pengurusan homestay Air Manis, yang juga merupakan kediaman pengurus homestay

iaitu En Subani bi Marzuki yang terletak di Kampung Batu 37 darat, Sabak Bernam.

Pusat berkumpul untuk pelancong juga hanya berada kurang 2 km dari pejabat

homestay.

Oleh yang demikian pelancong akan datang ke kampung tersebut dahulu

sebelum diberikan tempat penginapan mereka samaada dikampung yang sama atau di

kampung lain yang bersebelahan iaitu Kampung Batu 38, Kampung Batu 39, Kampung

Tebuk Pulai, Kampung Batu 2 dan Kampung Sekendi.

Berdasarkan situasi tersebut, responden yang dipilih adalah terdiri daripada

penduduk yang tinggal di keenam-enam buah kampung tersebut. Ini kerana sudah

semestinya di setiap kampung tersebut mempunyai rumah yang dijadikan penginapan

peserta homestay. Oleh itu, suatu anggapan dibuat bahawa kebarangkalian untuk

penduduk kampng tersebut mengetahui tentang pembangunan pelancongan homestay

di kampung mereka adalah lebih tinggi berbanding kampung-kampung lain di Sabak

Bernam yang tidak terlibat dan jauh kedudukannya dari kawasan homestay.
4.3 KANDUNGAN DAN KAEDAH PENGEDARAN BORANG SOAL SELIDIK

Borang soal selidik yang disediakan adalah terdiri daripada beberapa sub-topik

yang penting dan diolah berdasarkan objektif kajian yang telah ditentukan. Bahagian

pertama borang soal selidik adalah berkenaan maklumat demografi penduduk iaitu

dalam bentuk maklumat peribadi responden. Bahagian seterusnya berkaitan dengan

faktor penarik dan penolak penglibatan penduduk tempatan terhadap program

homestay. Bahagian ketiga adalah melibatkan kesan pembangunan pelancongan

homestay tehadap penduduk. Bahagian terakhir adalah berkenaan cadangan dan saranan

mereka untuk membangunkan lagi pelancongan homestay di Homestay Air Manis

khususnya dan di Sabak Bernam umumnya.

Berkenaan dengan pengedaran borang soal selidik, borang tersebut telah

diedarkan kepada responden yang telah ditentukan iaitu penduduk tempatan di keenam-

enam kampung tersebut. Pemilihan responden dilakukan secara rawak iaitu dengan

menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Sebanyak 70 set borang soal selidik

telah diedarkan kepada penduduk dengan mengunjungi rumah mereka satu demi satu

dan juga mencari mereka di tempat tumpuan iaitu seperti di kedai runcit, pasar mini,

sekolah dan di tempat-tempat tumpuan lain yang ada di kampung-kampung tersebut.

Pembahagian soal selidik tidak dihadkan kepada hanya beberapa responden

untuk setiap kampung kerana pengkaji menganggap keenam- enam kampung tersebut

sebagai satu kawasan kajian dan bukannya sebagai kawasan kajian yang berbeza.

Tambahan pula pembahagian kampung hanya signifikan untuk tujuan pentadbiran tidak
dari segi interaksi sosial kerana sempadan kampung tidak menghalang interaksi

penduduk di sesuatu kawasan.

4.4 HASIL SOAL SELIDIK

4.4.1 Maklumat Demografi Responden

JANTINA

Lelaki

Perempuan

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60%

Rajah 4.4.1 (a) Graf peratusan responden mengikut jantina

Berdasarkan kajian yang dilakukan, 56% daripada bilangan responden adalah

lelaki dan 44% daripadanya adalah di kalangan wanita. Bilangan resonden lelaki adalah

lebih ramai kerana kebanyakannya berada keluar dan mudah ditemui berbanding kaum

wanita yang lebih banyak menghabiskan di rumah. Responden lelaki banyak ditemui di

gerai-gerai minuman, di kedai runcit dan tempat-tempat tumpuan yang lain. Manakala,

responden wanita kebanyakannya ditemui dengan mengunjungi mereka di rumah dan

ada juga yang dijumpai sedang melakukan aktiviti di luar rumah.


UMUR

65>

41-65

26-40

18-25

<18

0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 45% 50%

Rajah 4.4.1 (b) Peratusan responden mengikut umur

Berdasarkan rajah di atas, di dapati bilangan responden yang paling ramai

adalah di dalam lingkungan umur 41 hingga 65 tahun iaitu sebanyak 46% diikuti

dengan mereka yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun sebanyak 30%.

Responden dalam lingkungan umur 25 hingga 40 tahun mudah paling bayak ditemui

kerana mereka golongan yang aktif dalam aktiviti ekonomi dan mudah ditemui.

Terdapat juga golongan warga emas dan golongan remaja di bawah 18 tahun yang

menjadi responden dalam soal selidik ini.

BANGSA

Melayu

Cina

India

Lain-lain

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80%


Rajah 4.4.1 (c) Peratusan responden mengikut bangsa

Berdasarkan rajah di atas, majoriti responden adalah berbangsa melayu iaitu

76% dan seterusnya diikuti oleh bangsa Cina dan India sebanyak 12% dan 10%. Bagi

lain-lain pula iaitu bagi responden yang berbangsa Indonesia yang juga menetap

dikampung ini peratusan mereka adalah sebanyak 2%. Jika dibandingkan dengan profil

penduduk di kawasan ini, majoriti penduduk kampung sememangnya orang melayu

yang majoriti berketurunan jawa atau banjar.


TARAF PENDIDIKAN

Lain-lain

Kolej, Universiti

SPM,STPM

UPSR, PMR

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80%

Rajah 4.4.1(d) Peratusan responden mengikut taraf pendidikan

Berdasarkan rajah di atas di dapati majority penduduk kampung mempunyai

taraf pendidikan sehingga ke tahap SPM dam STPM iaitu sebanyak 78%. Manakala

bagi mereka yang mempunyai pendidikan sehingga PMR atau UPSR, peratusan mereka

adalah sebanyak 7% dan mereka terdiri daripada warga emas yang dahulunya mampu

belajar hingga ke tahap sekolah rendah dan awal menengah sahaja. Ada juga responden

yang berpendidikan tidak formal iaitu sebanyak 3% yang iaitu belajar agama di sekolah

pondok. Tidak terkecuali juga mereka yang berkelulusan kolej dan universiti sebanyak

12%. Peratusan responden yang menyambung pelajaran ke peringkat yang tinggi seperti

universiti tidak ramai kerana kebanyakan mereka tiada di kampung dan yang ramai

didapati adalah golongan dewasa yang terdiri daripada ibu apa mereka yang

sememangnya menetap di kampung.


PEKERJAAN

Tidak Bekerja

Pelajar

Bekerja sendiri

Kerajaan

Swasta

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70%

Rajah 4.4.1(e) Graf Peratusan responden mengikut pekerjaan

Berdasarkan rajah di atas, majoriti penduduk bekerja sendiri iaitu sebanyak

65%. Bekerja sendiri di sini bermaksud mereka melakukan kerja-kerja kampung yang

berkaitan dengan pertanian khusunya sebagai peladang kebun kelapa sawit, pisang, dan

sebagainya. Ada juga yang berniaga sendiri dengan membuka kedai, gerai dan

sebagainya. 11% daripada mereka merupakan pekerja kerajaan dan 11% daripada

mereka merupakan pekerja swasta. Terdapat juga golongan pelajar sebanyak 8% dan

tidak bekerja 2%. Tidak bekerja disini merujuk kepada mereka yan sudah pencen.
JUMLAH PENDAPATAN

RM2001 dan ke atas

RM10001 - RM2000

RM1000 dan ke bawah

0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 45% 50%

Rajah 4.4.1 (f) Graf peratusan responden mengikut pendapatan

Kebanyakan responden mempunyai pendapatan dalam lingkungan RM 1001-

RM2000 iaitu sebanyak 48% dan RM 1000 dan kebawah sebanyak 39%. Bagi mereka

yang berpendapatan RM2001 dan ke atas, Peratusan mereka adalah senyak 13%.

Peratusan pendapatan ini dilihat bersesuai dengan pekerjaan mereka dimana

kebanyakan mereka adalah bekerja kampung berbanding pekerjaan yang professional.


4.4.2 Penerimaan Dan Penglibatan Terhadap Program Homestay

TEMPOH MENETAP DI KAWASAN KAJIAN

47%
39%

12%
2%

0-19 20-39 40-50 60 tahun tahun


dan ke atas

Rajah 4.4.2 (a) Graf peratusan responden berdasarkan tempoh menetap di

47%

29%

8% 10%
6%

Rajah 4.4.2 (b) Graf peratusan responden berdasarkan waktu mereka mengetahui

tentang kewujudan HAM.


Berdasarkan rajah 4.4.2 (a), majoriti penduduk merupakan penduduk asal di

kawasan kajian iaitu seramai 47% dari mereka telah menetap selama 20 hingga 39

tahun diikuti oleh 39% peratus penduduk yang telah menetap selama 40 hingga 60

tahun. Bakinya sebanyak 12% telah menetap dari 0 hingga 19 than dan 2% telah

menetap lebih daripada 60 tahun.

Sementara daripada rajah 4.4.2(b), di dapati majoriti responden mendapat tahu

berkenaan kewujudan homestay adalah dalam lingkungan 1 hingga 2 tahun yang lepas

iaitu sebanyak 47% diikuti dalam tempoh 3 hingga 4 tahun yang lepas sebanyak 29%.

Namun agak mengejutkan, apabila masih terdapat responden yang baru mengetahui

tentang homestay hanya selepas soal selidik dilakukan.

Berdaarkan rajah 4.4.2 (c) pula, sumber di mana pertama kali mereka mendapat tahu

adalah majoritinya daripada orang penduduk kampung, keluarga serta rakan-rakan

mereka iaitu sebnayak 57%. Iklan atau papan tanda di jalan raya juga merupakan

medium kedua terbanyak iaitu sebanyak 21% . Media massa dan peranan jawatankuasa

pengurusan juga turut memainkan peranan walaupun dengan peratusan yang sedikit

iaitu masing-masing 2% dan 6% sahaja.

SUMBER PERTAMA KALI MENDAPAT TAHU


Pengurus/ jawatan kuasa/urusetia homestay
Menerusi aktiviti homestay yang dijalankan
Orang kampung/rakan-rakan/ahli keluarga/ saudara
Iklan /papan tanda di jalan raya/
Media massa- (surat khabar, internet)
6% 2%
14%
21%

57%
Rajah 4.4.2 (c) Carta pai sumber dimana pertama kali mendapat tahu

PERSETUJUAN TERHADAP PENUBUHAN HOME-


STAY
Bersetuju Tidak Bersetuju

4%

96%

Rajah 4.4.2 (d) Peratusan responden berdasarkan persetujuan penubuhan homestay

Berdasarkan rajah di atas, 96% daripada responden bersetuju manakala 4% lagi

tidak bersetuju kerana gusar terhadap kedatangan pelancong yang akan membawa

budaya yang tidak sihat.


PENERIMAAN DAN INTERAKSI DENGAN
PELANCONG
Tidak menerima kedatangan pelancong
Menerima pelancong tetapi tidak pernah berinteraksi
Menerima pelancong dan pernah berinteraksi

28%

16%

56%

YA TIDAK

Rajah 4.4.2 (e) Peratusan responden berdasarkan penerimaan dan interaksi dengan

pelancong

Berdasarkan rajah di atas, didapati 84% responden tidak mempunyai masalah untuk

berinteraksi dengan pelancongan. Namun, daripada jumlah tersebut hanya 28% sahaja

pernah berinteraksi dengan pelancong yang datang ke homestay. 56% daripada mereka

pula menyukai untuk berinteraksi dengan pelancong namun masih belum berpeluang

untuk beramah mesra dengan mereka.


PENGLIBATAN DALAM PROGRAM
HOMESTAY
Tidak terlibat Terlibat secara langsung
Terlibat secara tidak langsung

25%
54%

21%

YA TIDAK

Rajah 4.4.2 (f) Peratusan responden berdasarkan penglibatan dalam program homestay

Berdasarkan rajah di atas, 54% daripada responden tidak terlibat dalam

pelancongan homestay dan sebaliknya yang terlibat adalah 56%. Namun demikian, 25%

daripada mereka yang terlibat hanyalah terlibat secara tidak langsung dan hanya 21%

yang terlibat secara lansung terutama sebagai pemilik kediaman untuk penginapan

homestay.
PERSEPSI BERKENAAN DAYA TARIKAN DI
DAERAH SABAK BERNAM

62%

33%

5%

YA TIDAK TIDAK PASTI

Rajah 4.4.2 (g) Graf peratusan responden berdasarkan persepsi mereka terhadap daya

tarikan di daerah Sabak Bernam

Berdasarkan rajah di atas, di atas sebannyak 62% responden mengakui bahawa

daerah Sabak Bernam sememangnya mempuyai potensi untuk pembangunan

pelancongan homestay kerana mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Selebihnya

iaitu 33% daripada responden berpendapat bahawa mereka tidak dapat melihat daya

tarikan yang banyak di daerah ini untuk menarik pelancong datang kerana Sabak

Bernam bukanlah sebuah daerah yang terkenal sebagai destinasi pelancongan. 5%

daripada responden pula tidak begitu pasti samaada Sabak Bernam mempunyai tarikan

atau tidak.
4.2.4 Kesan pembangunan pelancongan dalam apek ekonomi sosial dan persekitaran.

Untuk kajian dari segi kesan dan faktor, skala likert dengan lima kelas

digunakan untuk mendapatkan tahap persepsi penduduk dengan lebih tepat.Untuk

menganalisanya, kaeadah index digunakan dengan meletak nilai pemberat mengikut

tahap persepsi seperti dalam jadual berikut:

Persepsi Nilai
Pemberat

Sangat Setuju 5
Setuju 4
Tidak Pasti / Neutral 3
Tidak Setuju 2
Sangat Tidak Setuju 1

Rajah 4.2.4 (a) Jadual nilai pemberat berdasarkan tahap persepsi

Pengiraan index ini adalah berdasarkan langkah berikut. Pertama, bilang

responden yang menjawab soalan yang dikemukakan iaitu yang telah diberi symbol

seperti I, II,III IV dan V akan dikira jumlahnya mengikut tahap persepsi. Setelah selesai

menentukan jumlah responden yang menjawab untuk semua tahap, nilai pemberat untuk

setiap tahap di darabkan dengan jumlah responden yang berada dalam tahap tersebut

dan tambahkan kesemua hasil darab tersebut untuk mendapatkan jumlah keseluruhan

pemberat.
Jumlah keseluruhan tersebut akan dibahagikan semula dengan bilangan

keseluruhan responden iaitu 70 orang. Nilai yang diperoleh tersebut akan di bandingkan

berdasarkan skala yang diberi seperti dalam rajah 4.2.3(b) di bawah.

Skala index Persepsi keseluruhan

4.00-4.99 Sangat setuju

3.00-3.99 Setuju

2.00-2.99 Tidak Setuju

1-1.99 Sangat tidak setuju

Rajah 4.2.4 (b) Jadual analisis persepsi keseluruhan berdasarkan skala index.
i. Kesan Ekonomi

Persepsi Nilai I II III IV V


Pemberat
Sangat Setuju x5 23 12 14 3 15

Setuju x4 40 38 46 18 23

Tidak Pasti / x3 2 18 7 42 32
Neutral
Tidak Setuju x2 5 2 3 6 0

Sangat Tidak x1 0 0 0 1 0
Setuju

Jumlah 291 270 281 214 263


(Berdasarkan
Pemberat)
/ 70 4.16 3.86 4.01 3.06 3.76
Nilai index
Rajah 4.2.4 (i) Jadual analisis kesan pelancongan homestay terhadap aspek ekonomi

I. Membantu dalam meningkatkan pendapatan penduduk


II. Membantu perkembangan Industry Kecil Sederhana (IKS)
III. Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru
IV. Menambah kepercayaan pihak kerajaan untuk memberikan peruntukan bagi
membangunkan kawasan pelancongan
V. Meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat

Berdasarkan nilai index yang dihasilkan kesan I dan III merupakan kesan

yang paling utama berlaku kerana persepsi keseluruhannya adalah sangat bersetuju.

Bagi kesan II, IV dan V persepsi keseluruhannya adalah bersetuju. Ini bermaksud

kesemua kesan tersebut adalah berlaku dalam pembangunan pelancongan homestay

di HAM.
ii. Kesan Sosial.

Persepsi Nilai Pemberat I II III IV V


Sangat Setuju 5 12 20 15 0 0

Setuju 4 49 43 45 20 8

Tidak Pasti / 3 6 5 7 33 48
Neutral
Tidak Setuju 2 3 2 3 10 9

Sangat Tidak 1 0 0 0 7 5
Setuju

Jumlah 280 291 282 206 199


(Berdasarkan
Pemberat)
Nilai index / 70 4.00 4.16 4.03 2.94 2.84

Rajah 4.2.4 (ii) Jadual analisis kesan pelancongan homestay terhadap aspek sosial

I. Meningkatkan kemahiran komunikasi penduduk terutamanya dalam berinteraksi


dengan orang luar
II. Mewujudkan hubungan yang baik dan erat dikalangan masyarakat tempatan
III. menambahkan kemahiran keusahawanan dan kepimpinan dalam masyarakat
IV. Membawa budaya yang tidak sihat ke kampung seperti pergaulan bebas, arak,
pemakaian yang tidak sopan dan sebagainya
V. Menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak kerana mereka yang
menyertai homestay lebih mendapat keutamaan dan keistimewaan

Berdasarkan nilai index yang dihasilkan kesan I, II dan III merupakan kesan

yang paling utama berlaku kerana persepsi keseluruhannya adalah sangat bersetuju.

Bagi kesan IV dan V persepsi keseluruhannya adalah tidak bersetuju dan ia

menunjukkan kesan tersebut tidak berlaku secara signifikan di HAM.


iii. Kesan Persekitaran

Persepsi Nilai I II III


Pemberat
Sangat Setuju 5 15 30 13

Setuju 4 40 33 28

Tidak Pasti / Neutral 3 12 5 25

Tidak Setuju 2 3 2 4

Sangat Tidak Setuju 1 0 0 0

Jumlah (Berdasarkan 277 301 260


Pemberat)
3.96 4.30 3.71

Rajah 4.2.4 (iii) Jadual analisis kesan pelancongan homestay terhadap aspek sosial

I. Menyebabkan penambah baikan kemudahan-kemudahan awam di kawasan kajian


Contoh: jalan raya, air, elektrik, saliran
II. Menjadikan suasana kampung menjadi lebih cantik, bersih, ceria
III. Menaikkan imej kampung anda dan mebuat kampung lebih dikenali oleh
masyarakat luar.

Berdasarkan nilai index yang dihasilkan kesan I merupakan kesan yang paling

utama berlaku kerana persepsi keseluruhannya adalah sangat bersetuju. Bagi kesan II

dan III persepsi keseluruhannya bersetuju dan ia menunjukkan kesemua kesan

berlaku di pembangunan pelancongan homestay di HAM.

4.3 Kesimpulan Bab


Berdasarkan hasil kajian yang telah dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah

dan jadual, gambaran awal secara umum berkenaan dengan beberapa bahagian dalam

pembangunan pelancongan homestay di Homestay Air Manis sudah boleh dilihat.

Analisis yang lebih terperinci berkenaan untuk setiap bahagian akan dibincangkan

dalam bab seterusnya iaitu bab kesimpula kajian.

You might also like