You are on page 1of 11

BML 3123

ANALISIS WACANA BAHASA MELAYU

TUGASAN INDIVIDU

NAMA MUHAMAD NUR AIMAN BIN


KAMARUDIN
NO.MATRIK D20171079568
KUMPULAN C
PROGRAM ISMP BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH DR. MOHAMAD ROZI BIN KASIM
Bi Perkara Muka surat
l
1. Pengenalan 1

2. Analisis data Korpus DBP 2-6

3. Teori yang dipilih 7-8

4. Huraian Teori Model Tautan 9-10


Pindaan

5. Kesimpulan 11

Rujukan
1.0 Pengenalan

Analisis wacana merujuk kepada bidang yang mengkaji perkaitan satu-satu ayat dalam

sesebuah teks. Menurut Richards & Richards (2010:148), istilah wacana digunakan dalam

linguistik untuk merujuk kepada penggunaan bahasa yang berlaku secara berurutan dan

bentuknya lebih besar daripada ayat. Manakala menurut Idris Aman (2020:11), istilah wacana

itu sendiri ialah padanan istilah discource bagi bahasa Inggeris, discours dalam bahasa

Perancis, al-makalah bagi bahasa Arab atau tamhwa dalam bahasa Korea. Wacana

merupakan teks, iaitu unit bahasa yang melebihi unit teks. (Sanat Md. Nasir (1996) dalam

Mohd. Rashid Md. Idris (2004:8).

Asmah Hj. Omar (1980) dalam Nawi Ismail, Raminah Sabran, Wahida Abdul Wahid,

Mohd Sis Mohd Yatim & Zulkarnain Farihin Abdullah (2016:3), pula menyatakan bahawa

wacana ialah suatu unit atau satuan bahasa yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat,

ceraian, bab, siri atau sebagainya. Wacana boleh dianggap sebagai suatu unit ujaran yang

melebihi batas ayat dan diujarkan dalam konteks tertentu. Ini sejajar dengan Crystal (1992)

dalam Idris Aman (2020:11), mengatakan wacana sebagai regangan bahasa yang

berkesinambungan, khusunya bahasa lisan yang lebih besar daripada ayat, lazimnya

membentuk satu unit yang berkesatuan, seperti khutbah, hujah, jenaka atau cerita.

Analisis wacana merupakan suatu bidang analisis yang amat luas. Terdapat pelbagai teori

analisis wacana yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh bahasa terutamanya menerusi

Sanad Md Nasir, iaitu Model Tautan Pindaan. Justeru, kajian ini menggunakan Teori Model

Tautan Pindaan oleh Sanad Md Nasir (2002) yang merangkumi tiga jenis utama, iaitu tautan

perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Setiap tautan ini mengandungi

beberapa subjenisnya tersendiri. Namun, pengkaji telah memfokuskan kepada tautan


penghubung ayat tentangan sebagai kajian menganalisis dan menyaring satu nahu wacana

dengan menggunakan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.0 Analisis Taburan Data Korpus (Pangkalan Data Korpus DBP)

Sumber: Data Korpus Berkomputer DBP

Melalui taburan data Korpus DBP, pengkaji memilih nahu “tetapi” yang merupakan contoh

bagi tautan penghubung ayat tentangan. Terdapat sebanyak 100 senarai carian konkordans

bagi penggunaan kata “tetapi” yang terkandung dalam bahan seperti artikel, majalah dan

buku. Kata “tetapi” merupakan kata hubung yang banyak digunakan dalam pelbagai ayat

untuk menghubungkan atau menggabungkan perkataan dengan perkataan, frasa dengan frasa

dan klausa dengan klausa.


Sumber: Data Korpus Berkomputer DBP

Manakala melalui carian kolokasi kata yang terdapat dalam data Korpus DBP, kata “tetapi”

hanya merekodkan sebanyak 85 ayat sahaja. Merujuk Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj.

Sabran, Nawi Ismail & Ton Ibrahim (2016:179), kata “tetapi’ merupakan salah satu jenis kata

hubung gabungan berbentuk tunggal. Menurutnya lagi, kata hubung gabungan ialah kata

tugas yang menyambungkan dua atau lebih klausa utama atau klausa bebas yang setara untuk

membentuk ayat majmuk gabungan (Ahmad Khair Mohd. Nor et al., (2016:178). Oleh itu,

kata hubung “tetapi” merupakan kata yang menghubungkan dua klausa yang setara bagi

makna pertentangan. Ini dapat dilihat melalui data Korpus DBP apabila kata “tetapi”

digunakan dalam penulisan untuk memaparkan makna dan maklumat yang bertentangan.
Sumber: Data Korpus Berkomputer DBP

Berikut pula menunjukkan taburan bagi kolokasi kata bagi kata “tetapi”. Berdasarkan jadual

yang dipaparkan, kata “tetapi” telah menerima sebanyak 186 kekerapan penggunaan kata

tersebut di dalam ayat. Bagi taburan kolokasi kata dari sisi kiri menunjukkan sebanyak 84

kekerapan yang direkodkan, namun berbeza pula dari sisi kanan yang merekodkan sebanyak

102 kekerapan penggunaan kata. Ini menunjukkan penggunaan kata “tetapi” banyak

digunakan oleh penulis bagi mewujudkan makna yang bertentangan selain membentuk

wacana yang utuh.


3.0 Teori yang dipilih (Model Tautan Pindaan oleh Sanad Md Nasir (2002)

Pengkaji telah memilih Model Tautan Pindaan oleh Sanad Md Nasir (2002) untuk

menganalisis tautan penghubung ayat bagi jenis tentangan dalam kajian ini. Model ini ialah

penyusunan semula dan pindaan daripada model terdahulu yang dikemukakan oleh Halliday

dan Hassan. Model Tautan Pindaan ini terdiri daripada tiga jenis utama, iaitu tautan

perulangan (TP), tautan kolokasi (TK) dan tautan penghubung ayat (TPA). Kemudian, setiap

jenis tautan ini dibahagikan kepada beberapa subjenis, iaitu

1. Tautan Perulangan (TP)

I. Tautan Perulangan Rujukan (TP1)

II. Tautan Perulangan Penggantian (TP2)

III. Tautan Perulangan Elipsis (TP3)

IV. Tautan Perulangan Leksikal (TP4)

V. Tautan Perulangan Parafrasa (TP5)

VI. Tautan Perulangan Paralelisme (TP6)

VII. Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama (TP7)

2. Tautan Kolokasi (TK)

I. Tautan Kolokasi Antoniman (TK1)

II. Tautan Kolokasi Kohiponiman (TK2)

III. Tautan Kolokasi Hasil (TK3)

IV. Tautan Kolokasi Sifat (TK4)


3. Tautan Penghubung Ayat (TPA)

I. Tautan Penghubung Ayat Tambahan (TPA1)

II. Tautan Penghubung Ayat Tentangan (TPA2)

III. Tautan Penghubung Ayat Sebab-Musabab (TPA3)

IV. Tautan Penghubung Ayat Waktu (TPA4)

V. Tautan Penghubung Ayat Terusan (TPA5)

Namun dalam kajian ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada tautan penghubung ayat

tentangan, iaiti kata “tetapi” sahaja. Sanad Md Nasir (2002), tautan penghubung ayat

tentangan menggunakan penanda wacana atau kata hubung yang membawa maksud yang

bertentangan antara satu sama lain. Tautan ini akan menyediakan pembaca atau pendengar

untuk menerima unsur yang bersifat berlawanan selepas kehadiran penanda wacana atau kata

hubung yang dimaksudkan.


4.0 Huraian Nahu “tetapi” berdasarkan Model Tautan Pindaan oleh Sanad Md Nasir

(2002)

Tautan Penghubung Ayat Bertentangan (TPA2)


Contoh 1:

Sumber: Data Korpus Berkomputer DBP

Contoh 1 menunjukkan berlakunya pertentangan dalam ayat tersebut. Hal ini dikatakan

demikian kerana, wujud perkataan tetapi dalam ayat yang memperlihatkan pertentangan

dalam ayat sebelumnya dengan ayat selepasnya apabila penanda kata pertentangan itu

digunakan.

Contoh 2:

Sumber: Data Korpus Berkomputer DBP


Contoh 2 juga menunjukkan berlakunya pertentangan apabila terdapat nahu “tetapi” yang

menghasilkan pertentangan dengan ayat sebelumnya. Ini menunjukkan terdapat dua kata

majmuk gabungan dihubungkan dalam satu ayat dengan menggunakan kata “tetapi”.

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan kajian ini, jelas konsep tautan yang dibincangkan iaitu tauatn penghubung ayat

tentangan “tetapi” menerusi Model Tautan Pindaan Sanad Md Nasir (2002). Perkara yang

telah dibincangkan mengandungi definisi wacana, analisis wacana menurut tokoh-tokoh yang

mengkaji bidang ini. Melalui perkara yang dibincangkan kita dapat simpulkan wacana ialah

satu satuan bahasa lengkap unit ujaran yang terbina daripada unit bahasa yang melebihi batas

ayat dan disampaikan dalam suatu konteks tertentu. Wacana ini memperlihatkan butir-butir

fikiran yang dikembangkan dengan pelbagai cara khususnya sebagai penghubung antara ayat

dengan ayat sehingga terbentuk satu satuan yang utuh.


Rujukan

Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail & Ton Ibrahim (2016).

Tatabahasa Asas Kedua. Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sendirian Berhad.

Idris Aman. (2020). Analisis wacana. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

JC. Richards & Richard Schmidt. (2010). Longman Dictionary of LANGUAGE TEACHING

AND APPLIED LINGUISTICS Fourth edition.

https://doi.org/10.4324/9781315833835

Mohd Rahid Md. Idris. (2004). Analisis wacana cerpen dari perspektif struktur maklumat

dan struktur tema. Kuala Lumpur: ACH Communications Sdn. Bhd.

Nawi Ismail, Raminah Sabran, Wahida Abdul Wahid, Mohd Sis Mohd Yatim & Zulkarnain

Farihin Abdullah (2016). Bahasa Melayu Topikal Penggal 3 Tingkatan 6. Kundang Jaya,

Selangor. Pustaka Salam Sendirian Berhad.

You might also like