You are on page 1of 19

Meningkatkan Kemahiran dan Penguasaan murid bagi Topik “Pembahagian Sel”

dengan Menggunakan Alat Bantu Mengajar “i-MOM FC”.


Nurul Shafiah binti Mustafa Kamal
SMK Perempuan Perak
No.247 Jln Raja Permaisuri Bainun
30250, Ipoh Negeri Perak
05-2548116 (Pejabat/ Faks)

019-6500107 (Bimbit)
g-94188177@moe-dl.edu.my

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdP saya dalam pengajaran di bawah tajuk
genetik dengan menggunakan kaedah alat bantu mengajar yang direka sendiri oleh saya yang
dinamakan “i-MOM FC” singkatan kepada “Interaktif Mitosis or Meiosis Flashcard”. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan
sasaran seramai 12 orang murid kelas 4SV SMK Perempuan Perak, Ipoh pada tahun 2022.
Murid didapati menghadapi masalah membezakan gambar rajah dalam setiap fasa mitosis
dan meiosis. Berdasarkan masalah tersebut, maka wujudlah inovasi kad imbas “i-MOM FC”
dimana ianya dalam bentuk kad imbas yang bersaiz kad nama (9.5 cm x 5.5 cm),
mempunyai grafik gambar setiap fasa dalam proses pembahagian sel seterusnya mempunyai
penerangan yang ringkas untuk fasa tersebut. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini
menggunakan kaedah pemerhatian, rakaman video, semakan dokumen, markah ujian
diagnostik serta maklum balas murid. Ujian diagnostik digunakan untuk mengukur prestasi
dan tahap penguasaan murid terhadap topik pembahagian sel. Dapatan menunjukkan 8
daripada 12 orang murid menunjukkan peningkatan markah selepas intervensi dijalankan.
Konklusi daripada data yang diperoleh, kajian telah berjaya membuktikan bahawa
penggunaan “i-MOM FC” ini dapat membantu murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pembahagian sel (P&P) Sains.

1
Abstract
This study aims to improve my PdP practice in teaching under the title of genetics by using a
self-designed teaching aids method designed by me named "i-MOM FC" abbreviated to
"Interactive Mitosis or Meiosis Flashcard". The study was conducted using the design of an
action study involving a target group of 12 students of the 4SV class of SMK Perempuan
Perak, Ipoh in 2022. Pupils were found to have trouble distinguishing diagrams in each phase
of mitosis and meiosis. Based on the problem, there was an innovation of the "i-MOM FC"
flashcard, which is in the form of a business card-sized flashcard (9.5 cm x 5.5 cm), has a
graphic picture of each phase in the cell division process and then has a simple description
for that phase. The data collected in this study used observation methods, video recording,
document review, diagnostic test scores as well as pupil feedback. Diagnostic tests are used
to measure the performance and level of mastery of pupils on the topic of cell division. The
findings showed that 8 out of 12 pupils showed improved scores after the intervention was
carried out. In conclusion from the data obtained, studies have successfully proven that the
use of "i-MOM FC" can help pupils in the process of teaching and learning cell division (P&P)
Science.

1. Pengenalan

Idea untuk menghasilkan inovasi “i-MOM FC” ini tercetus kerana murid masih tidak
mampu mengingati proses yang terlibat dalam pembahagian sel iaitu Mitosis dan
Meiosis walaupun telah diajar di dalam kelas. Setelah menjalankan ujian diagnostik,
didapati 12 orang murid kelas 4SV tidak mencapai tahap penguasaan yang baik
dengan markah kurang 40%. Hasil tinjauan guru, murid didapati menghadapi
kesukaran dalam memahami dan mengingat proses yang berlaku dalam mitosis dan
meiosis kerana gambar rajah yang digunakan hampir sama dan murid selalu keliru
dan tertukar antara mitosis dan meiosis. Berdasarkan pemerhatian, murid lebih
cenderung kepada PdP secara tidak langsung iaitu lebih dikenali sebagai bermain
sambil belajar. Ini disokong oleh Kamisah & Aini, 2013 iaitu kemahiran dan
pengetahuan kanak-kanak berkembang baik apabila terlibat dengan aktiviti
bermain yang dikongsi dengan rakan dan disokong oleh orang dewasa. Hasil
pemerhatian guru juga mendapati murid kelas 4SV menghadapi masalah mengingati
terma-terma sains yang digunakan seperti kromatid kembar, gen, kromosom homolog
dan sentromer yang begitu asing pada murid kerana murid tidak pernah mendengar
dan mempelajari semua terma sains ini semasa di menengah rendah.

2
2. Fokus kajian

Kajian ini adalah berfokus untuk menambah baik amalan PdP saya untuk mengajar
murid dalam menguasai kemahiran dengan menggunakan inovasi i-MOM FC. Isu
keprihatinan kajian ini berkisar kepada masalah utama kajian bagi topik “Cell Division”
di dalam Kertas 1 dan Kertas 2 dan dapat dibahagikan kepada beberapa aspek fokus
kajian antaranya ialah:

i- murid tidak berupaya membina lukisan rajah melibatkan perlakuan kromosom pada
setiap peringkat dalam fasa mitosis dan meiosis dengan jelas dan tepat;

ii- murid keliru dan kurang arif mentafsir maklumat tentang perlakuan kromosom
yang terdapat dalam proses Mitosis and Meiosis.

iii- murid kurang arif dalam jumlah kromosom pada peringkat-peringkat tertentu
pembahagian sel.

iv- subtopik “pembahagian sel” ini kebiasaannya keluar di dalam soalan SPM Kertas
2 Sains; dan calon Sains SPM mudah hilang markah di dalam Kertas 2 kerana
terdapat Bahagian B yang sukar untuk diskor iaitu Esei.

3. Objektif Kajian
3.1 Objektif umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
mengenalpasti dan menganalisis peringkat-peringkat kromosom di dalam
tajuk “Pembahagian Sel” melalui alat bantu mengajar “i-MOM FC”.

3.2 Objektif khusus


3.2.1 Untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengenalpasti isi
penting konten antara Mitosis dan Meiosis.
3.2.2 Untuk menambahbaik kaedah pengajaran guru ke arah yang lebih
berfokus serta mengutamakan sudut pandangan murid supaya murid
dapat memahami dan menguasai tajuk pembahagian sel dengan
berkesan.
3.2.3 Menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid untuk
belajar

3
4. Persoalan Kajian
i- Bagaimanakah guru dapat membantu murid meningkatkan kemahiran dalam
menguasai isi kandungan bagi topik pembahagian sel?
ii- Bagaimanakah untuk memastikan murid dapat memahami terma-terma sains
yang digunakan dalam topik pembahagian sel dengan baik?

5. Kumpulan Sasaran

Melibatkan 12 orang murid Tingkatan 4SV 2022 yang secara umumnya


mempamerkan pencapaian yang lemah. Mereka ini terdiri daripada 12 orang murid
perempuan di SMK Perempuan Perak, Ipoh.

4
6. Kepentingan Kajian
6.1 Murid
Murid dapat menguasai cara untuk memahami konten dan mengenalpasti kata
kunci, menghafal fakta dalam bentuk ayat dan gambarajah seterusnya dapat
menjawab soalan berkaitan topik Mitosis dan Meiosis Kertas 1 dan Kertas 2 Sains
SPM dengan mudah.
6.2 Guru
Guru dapat meningkatkan kemahiran pengajaran dan mengenalpasti kaedah
yang sesuai bagi topik pembahagian sel dan seterusnya bab yang lain di dalam
Sains. Selain itu, guru juga dapat mengenalpasti murid yang lemah dalam topik
tertentu dan mencari kaedah yang sesuai untuk membolehkan murid memahami
konten, menghafal dan seterusnya menjawab soalan bagi topik ini dalam SPM.

6.3 Sekolah
Pihak sekolah dapat menaikkan GPS dalam SPM.

5
7. Metodologi Kajian dan Analisis
Teknik, dapatan, dan analisis kajian yang dijalankan adalah seperti yang ditunjukkan di
dalam Rajah 1.

Intervensi Ujian
Ujian
Pemerhatian Temubual menggunakan Diagnostik Refleksi
Diagnostik
MOM FC Ulangan

Rajah 1: Aliran prosedur kajian

7.1 Pemerhatian
Guru menyoal murid dengan meminta murid melukiskan gambarajah kromosom
di dalam peringkat-peringkat pembahagian sel tanpa merujuk buku. Semasa aktiviti
dijalankan dapat diperhatikan bahawa terdapat ramai murid yang tidak
berkebolehan untuk melukis perlakuan kromosom dengan tepat apabila disuruh
melakukannya di hadapan kelas. Kajian diteruskan dengan membuat soal selidik
terhadap pelajar.

7.2 Soal selidik


Guru bertanya murid masalah yang murid hadapi untuk menguasai tajuk
pembahagian sel. Murid diminta menulis pendapat peribadi masing-masing di atas
kertas. Guru mengumpul jawapan dan refleksi murid-murid untuk dianalisis.
Dapatan menunjukkan bahawa mereka tidak mampu menyusun rajah mitosis dan
meiosis dengan tepat dan seringkali terkeliru anatara rajah pembahagian sel
mitosis dan meiosis. Secara keseluruhannya dapat dirumuskan murid
menghadapi masalah dari aspek:

● sukar membezakan fasa-fasa dalam pembahagian sel antara mitosis dan


meiosis kerana gambar rajah kelihatan sama pada pandangan murid.
● sukar menghafal dan mengingati terma-terma yang digunakan dalam
proses pembahagian sel.

7.3 Ujian diagnostik


Ujian diagnostik dilakukan untuk mengesan dan mengenalpasti kelemahan utama
murid dalam tajuk pembahagian sel.

6
Analisis keputusan ujian diagnostik ditunjukkan seperti Jadual 1 di bawah.
Bil. Julat markah (%) Bilangan murid
1 0-20 1
2 21-40 10
3 41-60 1
4 61-80 0
5 81-100 0
JUMLAH 0

Jadual 1 : Analisis keputusan ujian diagnostik (Awal)

7.4 Tindakan (Penggunaan i-MOM FC)


Tindakan seterusnya selepas ujian diagnostik ialah Penggunaan Interaktif “Mitosis or
Meiosis Flash Card”. Di bawah adalah langkah-langkah intervensi yang dijalankan
dengan menggunakan i-MOM FC

7.4.1 Langkah 1: Penerangan


Guru memberi penerangan tujuan melaksanakan intervensi bagi tajuk
pembahagian sel ;mengenalpasti dan membezakan antara Mitosis dan
Meiosis sebagai aktiviti pemulihan kepada murid. Guru memaklumkan
tentang penggunaan i-MOM FC kepada murid.

7.4.2 Langkah 2: Membentuk kumpulan


Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan kecil (1 kumpulan 4 orang
murid). Guru mengedarkan satu set i-MOM FC kepada setiap kumpulan.

7.4.3 Langkah 3: Melabel


Guru kemudiannya meminta murid menyusun flashcard (SET A) secara
rawak di atas meja dan meminta murid mengenalpasti jenis (fasa)
pembahagian sel bagi setiap kad gambar tersebut (Mitosis atau Meiosis).
Murid boleh merujuk buku teks semasa aktiviti dijalankan. Seterusnya
murid diminta menulis jawapan fasa dalam mitosis dan meiosis di atas
kertas dan memasukkan jawapan ke dalam sisipan i-MOM FC. Guru
menyemak jawapan murid dan meminta murid membuat pembetulan
setelah menerangkan apakah kesilapan yang telah murid lakukan.

7
7.4.4 Langkah 4: Menganalisis

Murid kemudian diberikan kad imbas (SET B) dan murid perlu


memadankan jawapan dengan informasi yang dinyatakan diatas kad
imbas. Setelah itu, guru menyemak jawapan murid dan murid diminta
membuat padanan semula sekiranya melakukan kesilapan. Murid boleh
merujuk buku teks semasa aktiviti ini. Informasi di atas kad imbas adalah
berkaitan dengan perlakuan kromosom dalam setiap fasa mitosis dan
meiosis.

Penekanan diberi kepada perkara berikut:

(i) Pemisahan dan pengutuban kromatid/kromosom

(ii) Fungsi gelendong dan sentromer

(iii) Pembentukan sel baharu

(iv) Kepentingan proses mitosis dan meiosis.

7.4.5 Langkah 4: Pengukuhan (SET A dan SET B)


Langkah yang seterusnya ialah murid dikehendaki bekerjasama secara
berpasangan. 2 pasangan yang berbeza akan bergilir bertanyakan soalan
(flash the card) dengan menggunakan i-MOM FC dan pasangan lain perlu
memberi jawapan yang tepat. Murid tidak dibenarkan merujuk buku teks
semasa aktiviti ini dijalankan.

Cara belajar dengan i-MOM FC

1. Murid (Pasangan A) duduk dengan selesa menghadap rakan murid


yang lain (Pasangan B).
2. Murid memilih kad secara rawak dan memegang kad pertama supaya
pasangan lain dapat melihat bahagian hadapan dengan jelas.
Bahagian belakang tidak boleh dipamerkan (jawapan).
3. Sekiranya perlu, baca depan kad imbas. Masa 5 saat diberikan untuk
mempertimbangkan soalan pada kad imbas dan memikirkan
jawapannya.
4. Jika jawapan yang diberikan adalah betul, letakkan kad imbas di
sebelah kanan.
5. Sekiranya jawapan tidak tepat atau tiada respons, murid perlu
memberitahu jawapan yang betul dan letakkan kad-kad imbas di dalam
timbunan di sebelah kiri murid.

8
6. Setelah selesai semua kad imbas tersebut, murid perlu mengulang sesi
pengajaran dengan kad imbas yang tidak dijawab dengan betul (di
sebelah kiri).
7. Setelah selesai, murid bertukar peranan dan aktiviti diulang bagi
pasangan yang lain pula meneka.

7.5 Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik ulangan pula dijalankan selepas intervensi dijalankan. Soalan-soalan


di dalam ujian hanya mengambil soalan topik “Pembahagian Sel” yang terdapat dalam
Modul Kertas 1 dan Kertas 2 SPM. Jadual di bawah mempamerkan analisis perbezaan
bagi ujian diagnostik (awal dan ulangan) yang dikira berdasarkan peratusan.

Jadual 2: Analisis perbezaan keputusan ujian diagnostik

Bil. Nama pelajar Markah Ujian Diagnostik Perbezaan


Awal (%) Ulangan (%) (%)
1 Chan Li Xin 45 45 -
2 Koo Kar Mei 35 65 +30
3 Kwan Kai Mun 40 45 +5
4 Lai Yan Yee 30 50 +20
5 Liew Jing Yan 30 30 -
6 Lim Jia Yi 25 55 +30
7 Ng Qiao Lin 40 50 +10
8 Nuraishah 40 40 -
9 Nurul Syuhada 30 75 +45
10 Seow Xu Yen 30 30 -
11 Song Xin Ning 10 20 +10
12 Wong Xue Qi 40 50 +10

Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan di dalam ujian diagnostik ulangan selepas


intervensi menggunakan i-MOM FC dijalankan. Terdapat seorang murid yang menunjukkan
peningkatan ketara iaitu peningkatan kepada 75%, 2 orang murid yang masing-masing
mendapat markah 65% dan 55% menunjukkan peningkatan sebanyak 30%, 5 orang murid
menunjukkan peningkatan sederhana manakala 4 orang murid tiada perubahan markah.
Perbezaan markah dalam ujian diagnostik dapat dirumuskan seperti di dalam Jadual 2.

9
Bil. Julat markah (%) Bilangan murid
Ujian Diagnostik Awal Ujian Diagnostik Ulangan
1 0-20 1 1
2 21-40 10 3
3 41-60 1 7
4 61-80 0 1
5 81-100 0 0
JUMLAH 12

Jadual 3: Perbezaan markah dalam ujian diagnostik

Rajah 2 menunjukkan graf prestasi keputusan murid selepas ujian diagnostik ulangan
dijalankan.

Rajah 2: Graf analisis peningkatan dan perbezaan ujian diagnostik

10
7.6 Refleksi

Penggunaan i-MOM FC buat pertama kali menunjukkan peningkatan yang baik bagi
sesetengah murid. Berdasarkan borang maklum balas murid, 10 daripada 12 orang murid
bersetuju bahawa penggunaan kad imbas "Interaktif Mitosis or Meiosis Flash Card"
atau i–MOM FC ini meningkatkan pemahaman mereka dalam tajuk pembahagian sel
dengan lebih baik. 10 daripada 12 murid bersetuju i-MOM FC membantu mereka kekal
fokus semasa sesi pembelajaran.

Tahap kesetujuan:
1- Sangat Tidak Setuju 2- Tidak Setuju 3- Tidak Pasti 4- Setuju 5- Sangat Setuju

11
Namun begitu, terdapat beberapa murid yang tidak menunjukkan perubahan. Antara
faktor yang mungkin menyebabkan hal ini kerana murid menghadapi masalah dari segi
penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah dan sukar untuk memahami kehendak soalan.
Terdapat murid yang tidak boleh membaca dan mempunyai tahap motivasi yang rendah
seperti tidak bersungguh-sungguh semasa menjalankan aktiviti menggunakan i-MOM FC
semasa sesi pembelajaran merupakan antara punca yang dapat diperhatikan oleh guru.

8. Jadual Pelaksanaan

Jadual 4: Jadual pelaksanaan kajian

Perkara Tarikh
Merancang kertas kerja 10 Jun 2022
Tinjauan awal 16 Jun 2022

Menghasilkan soalan ujian diagnostik 18 Jun 2022


Menjalankan ujian diagnostik 20 Jun 2022
Menganalisis data ujian & menghasilkan 21 Jun 2022
data dalam bentuk Jadual
Merancang dan membina alat bantu 22-25 Jun 2022
mengajar i-MOM FC
Menyusun aktiviti (tindakan) 26 Jun 2022
i- Memperkenalkan i-MOM FC
ii- Menjalankan sesi intervensi
bersama murid sasaran menggunakan
ABM i-MOM FC yang dihasilkan.
Menganalisis data ujian ulangan & 27 Jun 2022
menghasilkan
data analisis dalam bentuk jadual dan graf

Membuat refleksi 28 Jun 2022


Menghasilkan laporan 29 Jun 2022

12
9. Kos Kajian

Kos perbelanjaan sepanjang kajian adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.

Jadual 4: Kos perbelanjaan kajian

Jenis Bahan Kuantiti X Harga Seunit Jumlah Kos

Card holder 4 X RM 5.00 RM 20.00

Kad laminate 5 X RM 2.00 RM 10.00

Fotostat bahan & laporan kajian RM 5.00 RM 5.00

JUMLAH RM 35.00

10. Cadangan

Kaedah ini perlu diteruskan kerana ia dapat membantu murid dalam membandingbeza
antara mitosis dan meiosis dan seterusnya menjawab soalan berbentuk analisis. Ianya
dapat mengatasi kelemahan mereka, sedikit sebanyak dapat menambahbaik lagi
keputusan mereka. Diharapkan kajian ini dapat dimurnikan atau ditambah baik oleh
pengkaji yang lain dimasa akan datang, mungkin dengan cara mengkaji rekabentuk dan
teknik mengulang menjadi lebih mudah. Adalah juga dicadangkan Teknik kad imbas
dalam pembelajaran boleh juga digunapakai dalam kajian akan datang boleh dilakukan
bagi topik-topik yang memerlukan murid mengingat dan membantu murid fokus semasa
sesi pembelajaran. Antara cadangan penambah baikan yang boleh dibuat juga ialah
dengan menjalankan aktiviti menggunakan i-MOM FC secara nisbah 1:1 dan bukan 2:2
supaya murid dapat melibatkan diri secara 100% dan tidak bergantung kepada rakan
sepasukan sahaja.

11. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian tindakan memang berkeupayaan menyelesaikan atau


sedikit sebanyak memperbaiki P&P. Hasil kajian ini mendapati bahawa pembelajaran
menggunakan i-MOM FC ini mampu memberikan kefahaman dan penguasaan lebih baik
kepada murid lemah. Murid yang sebelum ini memberikan tanggapan bahawa topik ini
sukar, mereka telah berjaya menunjukkan kesan positif dan menunjukkan pencapaian
yang memberangsangkan.

13
Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Huraian sukatan pelajaran Sains Tingkatan 4.


Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Buku manual kajian tindakan. (Edisi ke-3).
Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1998). Action research planner, 3 rd ed. Victoria: Deakin
Univeristy Press.

Nurriswin Jumadi. (2011). Keberkesanan Kad Imbas Terabest Dalam Meningkatkan


Pemahaman Pelajar Bagi Subjek Ukur Terabas Di Kolej Komuniti Jelebu. Kolej Komuniti
Jelebu, Jalan Seperi, 71600 Kuala Klawang, NEGERI SEMBILAN

Razunari Rodzali. (n.d). Mengaplikasikan teknik 5M untuk meningkatkan penguasaan


topik `Cell Division` dalam Biologi. Dicapai pada Jun 6, 2013, daripada
http://norkhatimah.smkbt.com/pluginfile.php/170/mod_page/content/1/KT_BIOLOGI.p df

Kamisah, O., & Aini, N. (2013). B.: Teachers and students as game designers: designing
games for classroom integration. New Pedagogical Approaches in Game Enhanced
Learning: Curriculum Integration, 102-113.

PROPROFSFLASHCARDS. "MEIOSIS/MITOSIS” Retrieved 20 Jun 2022.Meiosis/ Mitosis Flashcards


by ProProfs (proprofsflashcards.com)

14
‘ Lampiran 1

Borang soal selidik yang dijawab oleh pelajar (Google form)

15
Lampiran 2
Soalan ujian diagnostik

16
Lampiran 3
Gambar semasa aktiviti intervensi menggunakan alat bantu mengajar “i-MOM FC”
dijalankan.

17
Lampiran 4
Gambar semasa aktiviti intervensi menggunakan alat bantu mengajar “i-MOM FC”
dijalankan.

18
Lampiran 5
Interaktif “Mitosis or Meiosis Flash Card” atau “i-MOM FC”

19

You might also like