You are on page 1of 1

Selamat sejahtera kepada guru dan kawan-kawan saya. Nama saya Morjes Voo.

saya akan

kongsikan dialog tahniah saya kepada seorang sahabat yang telah memenangi suatu
pertandingan.

Morjes : Hai, Adi ! Awak sedang buat apa?

Adi : Hai, Morjes. Saya tidak sedar akan kedatangan awak. Tiba-tiba sahaja awak
muncul. Saya sedang membersihkan kamera saya.

Morjes : Tahniah, Adi ! Gambar foto awak telah memenangi hadiah pertama
dalam pertandingan fotografi kolej kita.

Adi : Terima kasih. Saya pun tidak menyangka bahawa gambar foto saya akan
terpilih. Maklumlah, ini kali pertama saya menyertai pertandingan fotografi.
Tambahan pula, gambar foto peserta-perserta lain yang dipamerkan di dalam
dewan sekolah sepanjang bulan lepas bagus belaka.

Morjes : Siapakah yang mengajar awak teknik mengambil gambar?

Adi : Ayah sayalah. Bukankah ayah saya mengusahakan kedai gambar? Minat
kami sama. Ayah yang mengalakkan saya menyertai pertandingan fotografi
tersebut, selain memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya tentang teknik
mengambil gambar yang baik.

Morjes : Adakah awak akan menjadikan bidang fotografi sebagai kerjaya?

Adi : Tidaklah. Bidang fotografi sekadar hobi sahaja.

Morjes : Apakah yang awak buat dengan wang tunai lima ratus ringgit yang
awak menangi itu?

Adi : Saya menyimpan wang itu di bank untuk saya gunakan bagi pendidikan
saya pada masa hadapan.

Morjes : Seronok berbual dengan awak sehingga tidak sedar hari sudah lewat.
Saya balik dahululah, Adi.

Adi: baiklah. Jumpa lagi di kolej esok.

You might also like