You are on page 1of 12

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca

Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Abstrak
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca kepada semua murid
supaya memenuhi impian warga sekolah agar kadar buta huruf di kalangan
murid-muridnya adalah sifar. Justeru itu, satu kajian telah dilaksanakan ke
atas murid-murid tahun 2 berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun
semasa mereka di tahun 1.Tinjauan awal telah menunjukkan murid-murid
ini tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi KVKVK. Dalam
kajian ini kaedah pembelajaran Masteri telah diaplikasikan di dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (P & P). Penggunaan teknik latih tubi dan
bercerita berdasarkan pengetahuan sedia ada lebih memudahkan lagi
murid mengikuti proses P & P yang dijalankan. Selain itu, murid disajikan
dengan bahan bantu mengajar yang menarik serta tulisan berwarna
mengikut suku kata. Teknik ini telah berjaya menarik minat mereka untuk
membaca. Setiap hari murid akan dibekalkan dengan perkataan dari ayat
mudah kepada satu perkataan yang panjang seperti ‘penggunaan’ dan agak
susah. Ia bertujuan mendedahkan murid-murid dengan perkataan yang
lebih mencabar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini
dapat membaca ayat yang mengandungi gabungan suku kata KVKV dan
KVKVK dengan mudah tanpa perlu mengeja. Oleh yang demikian,
kaedah pembelajaran masteri amat sesuai digunakan di kalangan murid-
murid pemulihan kerana ia telah berjaya membawa mereka ini belajar
dalam suasana yang menyeronokkan.

1. Refleksi P & P Yang Lalu


Keputusan peperiksaan akhir tahun 2004 mendapati 26 orang murid atau 18% daripada
keseluruhan murid Tahun Satu sekolah ini gagal menguasai kemahiran membaca secara
total. Maksud total ialah murid-murid ini gagal mengenal huruf, tidak dapat menyebut
suku kata KVKVK, dan tidak boleh membatangkan perkataan. Situasi ini telah
menimbulkan kebimbangan semua pihak terutamanya pihak pentadbir, penjaga, PIBG,
dan guru-guru.

1
Selepas kajian dibuat, didapati kumpulan ini terdiri daripada:
a) Majoriti golongan yang berpendapat rendah seperti pemandu lori, pekerja am,
pekerja kilang, dan peniaga kecil.
b) Mereka yang mengharapkan pihak sekolah sahaja sebagai satu-satunya
penyampai maklumat dan ilmu.
c) Mereka yang tiada diberi perhatian daripada ibu bapa terhadap kemajuan
pelajaran.
d) Mereka yang menghadapi masalah keluarga.

Sehubungan dengan itu, satu tindakan sistematik dan terancang melalui kajian tindakan
telah diambil bagi mengatasi masalah ini supaya mereka tidak terus ketinggalan pada
masa akan datang.

2. Isu Keprihatinan
Analisis daripada keputusan akhir tahun 2004 menunjukkan 18% daripada keseluruhan
murid-murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca. Membaca merupakan
komponen utama dalam 3M di dalam KBSR. Kegagalan membaca secara langsung akan
menggagalkan pembelajaran individu kerana bahasa adalah merentas kurikulum.
Keadaan ini akan memberi kesan yang ketara dalam penguasaan penulisan dan pengiraan.

Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada:


i ) Keupayaan berfikir yang rendah.
ii) Tidak dapat memberi tumpuan yang lama.
iii) Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata.
iv) Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.

Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada di


sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah
disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas alam
persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat dan
ketidakstabilan sosial.

2
3. Objektif Kajian
Objektif utama pengkaji menjalankan kajian ini ialah untuk:
A Mengenal pasti murid-murid yang lemah dan tidak tahu membaca.
B Membantu dan membimbing murid yang tidak tahu membaca.
C Meningkatkan kemahiran membaca bagi murid-murid yang lemah.
D Membentuk kaedah mengajar yang sesuai dengan kehendak dan keupayaan
murid.
E Menyelesaikan masalah kemahiran membaca supaya tidak berterusan hingga ke
tahap 2.
F Memupuk minat membaca di kalangan murid-murid.

4. Kumpulan Sasaran
Pelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan 22 orang murid Tahun Dua Bestari sekolah
ini dengan mengambil kira batasan-batasan berikut:
A Mencakupi masalah membaca di kalangan murid-murid.
B Dijalankan sepenuh masa selama tiga bulan.

Hasil dapatan kajian ini, diharapkan murid-murid dapat:


A Memahami maksud yang tersirat di dalam bahan bacaan.
B Menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi.
C Bersaing untuk meningkatkan kemahiran sesama rakan sebaya.

5. Pelaksanaan Kajian

5.1. Tinjauan Masalah


Dalam perlaksanaan program ini, masalah dikenal pasti melalui :
i. Perbincangan dengan guru pemulihan
ii. Pemerhatian
iii. Ujian Pra

3
i. Perbincangan dengan guru pemulihan
Perbincangan dengan guru pemulihan diadakan untuk mengenal pasti murid yang benar-
benar layak sahaja untuk mengikuti kelas ini. Hasil dari perbincangan ini, mendapati
murid-murid ini sememangnya menghadapi masalah penguasaan kemahiran membaca
melibatkan suku kata yang panjang seperti gabungan KV dan KVK . Disebabkan mereka
tidak dapat membaca maka minat untuk mendalami lagi bacaan semakin pudar dan secara
tidak langsung timbullah masalah disiplin seperti membuat bising dan mengganggu
rakan-rakan sebaya yang lain.

ii. Pemerhatian
Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat ke atas kumpulan sasaran. Hasil
yang diperoleh mendapati mereka hanya boleh membaca perkataan-perkataan yang
mengandungi dua suku kata sahaja. Gejala ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang
menguasai kemahiran membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup seperti
‘malam’, ‘musim’ , ‘bakul’ dan sebagainya. Kesan daripada masalah tersebut secara tidak
langsung menyebabkan mereka gagal menguasai kemahiran membaca sepenuhnya.

iii. Ujian pra


Ujian ini dijalankan kepada semua murid yang terlibat untuk mengetahui sejauh mana
mereka dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat asas. Setelah dianalisis
keputusannya, majoriti murid-murid ini gagal menguasai kemahiran membaca peringkat
asas terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata KV dan KVK (rujuk Jadual 1).

Jadual 1: Keputusan Ujian Pra


Markah ( % ) Jumlah Murid Peratus
10 12 55
20 3 14
30 5 23
40 1 4
50 1 4
60 0 0

4
70 0 0
80 0 0
90 0 0
100 0 0
Jumlah 22 100

Dapatan di atas menunjukkan:


a 4 % murid berjaya mendapat markah > 50%
b 27% murid mendapat markah antara 30% - 40%
c 69% murid mendapat markah < 20%

Dapatan daripada analisis ini jelas menggambarkan kepada kita betapa pentingnya
rawatan segera dilakukan agar masalah ini dapat diselesaikan. Oleh yang demikian,
beberapa tindakan telah dilakukan bagi memulihkan murid-murid ini.

5.2 Rawatan
Tindakan awal yang dijalankan bagi membantu murid-murid ini menguasai kemahiran
membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata kv dan kvk ialah dengan
mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai. Pengkaji telah memilih untuk
menggunakan kaedah pembelajaran masteri di dalam bilik darjah. Memandangkan
kaedah lebih menjurus kepada kebolehan seseorang, maka ia amat sesuai digunakan
untuk kumpulan sasaran.

5.2.1 Aktiviti Rawatan


i. Stesen Bacaan
Pengkaji telah menyediakan ‘Stesen Bacaan’ di salah satu sudut di dalam kelas. Di stesen
ini, disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti :
a Kad suku kata
b Kad perkataan
c Kad ayat
d Carta cerita pendek ( Big Book )

5
Stesen ini diwujudkan bertujuan memberi ruang kepada murid-murid untuk mengisi masa
terluang selepas selesai sesuatu aktiviti. Mereka akan membaca di stesen ini setelah guru
mengesahkan yang mereka berjaya melaksanakan aktiviti yang diberi. Aktiviti ini dapat
mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Murid berlumba-lumba menyelesaikan
aktiviti dengan jayanya untuk melayakkan mereka pergi ke stesen bacaan. Murid yang
telah berjaya membaca bahan yang disediakan di stesen ini dengan lancar akan diberi
hadiah.

Kaedah pembelajaran masteri telah dipilih memandangkan kumpulan sasaran merupakan


golongan yang melakukan sesuatu mengikut minat. Dalam kaedah pembelajaran masteri,
aspek utama yang diberi penekanan adalah pembelajaran mengikut kebolehan. Oleh itu,
sekiranya kumpulan sasaran diberi tugasan yang mereka boleh lakukan mengikut
kebolehan sedia ada, secara tidak langsung dapat menarik minat mereka terhadap proses
P & P. Selain itu, pembelajaran masteri lebih memberi peluang individu itu untuk
bertindak atas usaha sendiri tanpa arahan guru. Kaedah ini lebih kepada konsep
pembelajaran kendiri iaitu guru hanya bertindak sebagai pembimbing. Akhir sekali,
dalam kaedah ini murid dapat beralih ke tahap yang lebih tinggi selepas berjaya pada
tahap sebelumnya.

Stesen 1
Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang
menggabungkan KV dan KVK seperti ‘bakul’ dan ‘jalan’. Murid-murid dikehendaki
mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna
tulisan pada kad tersebut.
KAD SUKU KATA

ba + kul = bakul

ja + lan = jalan

6
la + wa + tan = lawatan

se + ko + lah = sekolah

Tulisan berwarna di atas menunjukkan gabungan suku kata KV + KVK dan KV + KV + KVK.

ja berwarna biru

lan berwarna merah

Penggunaan tulisan berwarna pada setiap perkataan juga adalah penting. Ia bertujuan
untuk memudahkan kumpulan sasaran mengenal pasti dan membezakan antara suku kata
KV dan KVK. Malahan penggunaan warna pada suku kata juga dapat memudahkan
murid untuk mengeja ataupun membaca sesuatu perkataan yang diberi. Secara tidak
langsung, aktiviti ini dapat membantu murid membaca cepat .

Stesen 2

Di dalam stesen ini, pengkaji menyediakan kad perkataan yang mengandungi gabungan
suku kata KV dan KVK seperti:

KAD PERKATAAN

memasak

tembikai

7
permata

membaca

Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku
kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat melihat
peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini.

Stesen 3

Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah seperti:

KAD AYAT

1. Ibu memasak nasi lemak di dapur.

2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.

3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan

4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan

8
Dalam melaksanakan aktiviti ini, guru menggunakan dua langkah
a Pengukuhan
Pengkaji meminta murid mengeja dan membatangkan suku kata. Kemudian murid
dikehendaki menyebut suku kata berwarna dan membatangkan perkataan.Ini adalah
sebagai pengukuhan aktiviti di stesen-stesen sebelumnya.

b Pengayaan
Pengkaji meminta murid-murid membaca terus ayat tunggal yang diberi. Kemudian
pengkaji bersoal-jawab untuk mengetahui tahap kefahaman murid terhadap ayat yang
dibaca. Dengan demikian, murid dapat menguasai dua kemahiran serentak, iaitu
membaca dan memahami teks bacaannya.

Stesen 4

Di stesen 4 ini, pengkaji menyediakan ‘Big Book’ . ‘Big Book’ adalah sebuah buku yang
dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik. Ayatnya
adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang.

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:


a Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil
pengetahuan am dan sedia ada.
b. Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja.
c Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai
pengukuhan.
d Penilaian

5.3 Ujian Pos


Ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran setelah proses rawatan selesai dijalankan.
Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik yang dilaksanakan.
Dapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan ada peningkatan berlaku walaupun tidak
secara keseluruhannya (rujuk Jadual 2).

9
Jadual 2: Keputusan Ujian Pos
Markah ( % ) Jumlah murid Peratus
10 2 9
20 3 14
30 2 9
40 2 9
50 3 14
60 2 9
70 4 18
80 3 14
90 1 4
100 0 0
Jumlah 22 100

Dari dapatan di atas menunjukkan:


a 59.4 % murid berjaya mendapat markah > 50%
b 18 % murid mendapat markah antara 30% - 40%
c 23% murid mendapat markah < 20%

Dapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid telah berjaya
menguasai kemahiran daripada kaedah yang dijalankan (rujuk Jadual 3 dan Rajah 1).

Jadual 3: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos


Markah % Pelajar % Pelajar
( Ujian Pra ) ( Ujian Pos )
10 55 9
20 14 14
30 23 9
40 4 9
50 4 14

10
60 0 9
70 0 18
80 0 14
90 0 4
100 0 0
100 100

PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN


POST
BILANGAN MURID

15

10 UJIAN PRA
5 UJIAN POST

0
10 20 30 40 50 60 70 80 90 100
MARKAH

Rajah 1: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

6. Kesimpulan
Dapatan dari kajian yang dijalankan terbukti menunjukkan kaedah pembelajaran
mengikut kebolehan (stesen) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan
kumpulan sasaran secara positif. Kenyataan ini dapat dikukuhkan lagi dengan
perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan ke atas mereka.
Selain itu, ia turut meningkatkan keyakinan diri murid untuk terlibat dalam proses P &
P. Hasil dari ujian pos yang dijalankan terhadap kumpulan sasaran dapat menjelaskan
bahawa kaedah pembelajaran adalah faktor penting untuk meningkatkan penguasaan
sesuatu kemahiran. Kaedah Pembelajaran Masteri yang cuba diterapkan oleh pengkaji
menampakkan hasil yang membanggakan.

11
Melalui kaedah ini, kumpulan sasaran merasakan diri mereka lebih dihargai dan secara
tidak langsung telah berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka. Malahan semangat
ingin berjaya yang ditunjukkan oleh mereka amat mengagumkan. Perubahan sikap yang
positif kepada kumpulan sasaran turut membantu kejayaan mereka. Oleh yang demikian,
wujudlah suasana P & P yang lebih menyeronokkan. Kumpulan sasaran juga lebih
berminat untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan kerana mereka memahami apa
yang dipelajari. Selain itu, respons baik yang diberi oleh mereka terhadap P & P secara
tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru. Ini adalah kerana setiap aktiviti yang
dirancang dapat diikuti dengan penuh minat. Disebabkan semangat ingin berjaya telah
wujud dalam diri mereka, dengan sendirinya murid-murid ini menggunakan masa
terluang dengan aktiviti membaca bahan yang disediakan .

7. Cadangan Kajian Seterusnya


Pengkaji menyarankan bahawa murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan
pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang
sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali
maklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau bagaimanapun,
peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka
benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Bahan yang diberi juga tidak boleh
terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat
merasa bosan.

12

You might also like