You are on page 1of 3

nota sjh1105 RAM JSS 2012/13

Peningkatan Tamadun
PENGENALAN

Tamadun awal manusia terus berkembang kerana masyarakat sentiasa berusaha untuk mencapai
kemajuan. Peningkatan berlaku setelah tamadun berkembang. Umumnya peningkatan tamadun
merujuk kepada kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan
sepenuhnya persekitaran bagi membentuk kehidupan yang lebih kompleks, yang dapat dikaitkan
dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun
dapat diukur melalui pencapaian manusia dari segi sosial, politik dan ekonomi. Hal ini dapat dilihat
dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China.

Latar Belakang

Tamadun Yunani

1. Lokasinya berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi


oleh Laut Aegen dan Laut Meditteranean.

2. Bermula dengan pembentukan petempatan manusia di negara kota polis.

3. Pembentukan negara kota terbentuk daripada gabungan beberapa buah kampung dan bandar
sekitar tahun 1000 – 8 000 SM.

4. Negara kota Yunani ialah sebuah kota yang dikeliligi kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat
pasar, kubu, kuil dan istana.

5. Negara kota yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth yang terletak berhampiran
Laut Meditterranean.

6. Setiap negara kota mempunyai corak pemerintahan dan undang-undang negara tersendiri serta
memiliki beberapa tuhan.

7. Mereka sentiasa bersatu padu walau pun kadang-kadang berlaku peperangan antara negara kota.

Tamadun Rom

1. Terbentuk di kawasan bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber di Lembah
Latium.
2. Masyarakat Latin menduduki Lembah Latium.
3. Lembah ini berkembang menjadi penting semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 SM.
4. Majlis Perbandaran diwujudkan di setiap bandar yang akan menjalankan pentadbiran tanpa
diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.

1
nota sjh1105 RAM JSS 2012/13

5. Kesan daripada kewujudan Majlis Perbandaran ini telah membawa kemajuan dan keselesaan
hidup di bandar.
6. Bandaraya dibina secara terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem
pemanas, rumah ibadat, teater, rumah mandi awam, sarkas dan tempat berdialog.
7. Antara bandarnya ialah Bandar Pompei

3) Sila nyatakan kepentingan polis kepada Tamadun Yunani.

Jawapan

Maksud: negara kota @ polis yang menggabungkan tiga komponen, iaitu bandar utama, bandar kecil
dan Kawasan kampung. Kepentingan polis: ibu kota dan sebagai pusat tumpuan masyarakat.Di tengah-
tengah polis, terdapat acropolis, iaitu pusat komuniti yang dilindungi oleh kubu. Acropolis merupakan
lokasi yang paling strategik dari keselamatan, pentadbiran dan komunikasi yang dilengakapi dengan
rumah ibadat, bangunan kerajaan, istana dan rumah golongan bangsawan.Terdapat kawasan lapang
yang dikenali sebagai agora yang digunakan sebagai tempat pertemuan dan pasar awam. Contoh polis:
Athens, Sparta dan Corinth

4) Terangkan perkembangan sistem pemerintahan dalam kalangan

masyarakat Athens.

Jawapan

F1 Monarki

H1a Sistem beraja yang berasaskan keturunan

H1b Raja dibantu oleh Konsul

H1c Terdiri daripada golongan bijak pandai

F2 Oligarki

H2 Pemerintahan yang dikuasai oleh sebahagian kecil golongan yang

berkuasa

F3 Aristokrasi

H3 Pemerintahan yang dikuasai golongan bangsawan

F4 Tirani

2
nota sjh1105 RAM JSS 2012/13

H4a Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang zalim

H4b Menindas rakyat

F5 Demokrasi

H5a Pemerintahan yang dipilih oleh rakyat

H5b Melalui pengundian

You might also like