You are on page 1of 1

Ruj. Kami: SKPKM.

600-3/6/3(49)

Tarikh: 7 Oktober 2022

Pengurus,

Boulevard Shopping Mall Miri

Untuk perhatian

Ramlah Baro

Junior Executive

Function & Marketing

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN TANPA BAYARAN BERSEMPENA PROGRAM


SEMARAK SENI 2022

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri akan mengadakan
program Semarak Seni 2022 yang akan melibatkan murid-murid berkeperluan khas dari sekolah
rendah dan menengah di sekitar daerah Miri pada ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Disember 2022

Hari : Khamis

Masa : 9:30 pagi sehingga 2:00 petang

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon kebenaran daripada pihak tuan agar dapat
menggunakan kemudahan dewan di Boulevard Shopping Mall Miri.

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan boleh berhubung terus dengan
Cikgu Mohamad Abidin bin Sipek di talian 011-19337223 atau Cikgu Jimmy Peter di talian 013-
4719375.

Sekian, terima kasih.

You might also like