You are on page 1of 2

BINCANGKAN KESAN- KESAN YANG BERLAKU SELEPAS TERCETUS PERISTIWA DAHAGI

INDIA PADA TAHUN 1857

PENDAHULUAN

 Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi India terhadap
pemerintahan British.

 Orang India menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk membebaskan negara daripada
pemerintahan British.

 Pada peringkat awal pemberontak mencapai kejayaan, namun akhirnya British berjaya
menundukkan pemberontakan tersebut.

 Peristiwa ini meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap sistem pentadbiran di
india

ISI-ISI PENTING

1.PEMBUBARAN SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS

 Peristiwa Dahagi menunjukkan kegagalan Syarikat Hindia Timur Inggeris memerintah


India.Mengikut Akta kerajaan India yang dikuatkuasakan pada tahun 1858, Syarikat Hindia
Timur Inggeris dibubarkan.

 Perkembangan ini menyebabkan India menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.Semua dasar
dan hal ehwal pentadbiran India diletakkan di bawah Setiausaha Negara India.Setiausaha
Negara dibantu oleh sebuah Majlis yang dianggotai oleh 15 orang ahli. Pentadbiran India
dijalankan oleh Gabenor Jeneral yang diberi gelaran Wizurai.

2.PERUBAHAN DALAM SISTEM PENTADBIRAN

 Kerajaan British menubuhkan Majlis Kerja dan Majlis Perwakilan bagi melicinkan sistem
pentadbiran. Bilangan perwakilan dalam Majlis Kerja dan Majlis Perundangan ditambah
menerusi Akta Majlis India 1861.

 Mulai tahun 1862, perwakilan daripada kalangan orang-orang India dilantik dalam Majlis
Perundangan.Timbul rasa tidak puas hati kerana bilangan perwakilan daripada orang India
amat kurang dalam Majlis Perundangan.

3.PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG LESAP WARIS

 Kerajaan British mengambil keputusan untuk menghapuskan Undang-Undang Lesap


Waris.Undang-undang ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin-
pemimpin tempatan.

 Pemimpin yang tidak mempunyai waris dibenarkan mengambil anak angkat untuk dijadikan
waris yang sah.
4.PEMERINTAHAN MOGHUL BERAKHIR

 September 1857, British berjaya menawan semula kota Delhi daripada pemberontak.

 British bertindak menangkap Maharaja Bahadur Shah II dan baginda dibuang negeri ke
Myanmar. Pemberontakan 1857 menandakan pemerintahan Moghul di India telah digantikan
oleh pemerintahan Inggeris.

5.PENYUSUNAN SEMULA PASUKAN TENTERA

 Kerajaan British mengenakan kawalan terhadap pasukan tentera dan hubungan luar negeri
mereka.

 British menyusun semula pasukan tentera bagi mengukuhkan kedudukan mereka. Angkatan
tentera meriam diletakkan di bawah kawalan askar-askar British sepenuhnya.Markas-markas
tentera yang penting diletakkan di bawah kawalan askar-askar British.

6.KEDUDUKAN PUTERA-PUTERA RAJA

 Tahun 1858,Ratu Victoria mengumumkan bahawa putera raja tempatan tidak akan
kehilangan hak-hak seperti yang dinytakan dalam perjanjian sebelum ini.

 Baginda memberi keampunan kepada mereka yang terlibat dalam Dahagi India kecuali
mereka yang terlibat dalam pembunuhan rakyat british

PENUTUP

 Peristiwa ini meninggalkan kesan untuk kebangkitan semangat kebangsaan dalam kalangan
penduduk tempatan.Selepas peristiwa ini,British melakukan perubahan dalam sistem
pentadbiran dan ketenteraan.

 Perubahan ini dilakukan bagi mengelakkan penentangan daripada penduduk tempatan dan
mengukuhkan kedudukan mereka.

You might also like