You are on page 1of 11

ORANG INDIA PERTAMA MENJADI ANGGOTA MAJLIS

PERUNDANGAN
DI NEGERI-NEGERI SELAT DAN PERSEKUTUAN
Oleh Khoo Kay Kim

Kajian mengenai penghijrahan orang-orang India ke Tanah


Melayu tidak begitu mendesak dan banyak telah ditulis mengenai
pertubuhan dan kawalan buruh India di negara ini. Namun, terdapat
banyak aspek sejarah orang India di sini yang diabaikan. Satu daripada
yang menarik berhubung dengan ini ialah status politik di Tanah
Melayu semasa tempoh pentadbiran kolonial. Ia secara
perbandingannya cukup diketahui, dan tidak seperti orang Cina yang
kedudukan mereka di sini lebih kabur, kedudukan orang India agak
lebih selamat di bawah naungan Kerajaan British di India. Rakyat India
tidak pernah merasa berpuas hati dengan perhatian yang diberikan
oleh Kerajaan mereka kepada masalah orang-orang India di luar
negara, bagaimanapun, adalah benar bahawa koloni-koloni dan negeri-
negeri yang dinaungi oleh British tidak secara mudahnya boleh
mendapatkan buruh-buruh dari India tanpa perlu mematuhi syarat-
syarat ketat yang dikemukakan oleh Pemerintah India.
Berkemungkinan Pemerintah India tidak didorong oleh motif altruistik
tetapi tekanan politik. Apa juga sebabnya, perhatian utama tulisan
ialah hanya untuk menunjukkan betapa kadangkala berkesannya
tindakan yang boleh atau diambil oleh India dalam membuat
perubahan dalam dasar kolonial tempatan kepada orang-orang India.
Kes yang dibincangkan memberi perhatian kepada pelantikan orang
India sebagai anggota Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat dan
Persekutuan.
Seawal tahun 1922, dalam proses menentukan aturan baru
penghijrahan orang-orang India ke Tanah Melayu, di bawah Seksyen 10
Akta Penghijrahan Orang-Orang India pada tahun itu, Pemerintah India
menarik perhatian Pemerintah Negeri-Negeri Selat terhadap beberapa
isu antaranya ialah persoalan perwakilan orang-orang India di Majlis
Perundangan Negeri-Negeri Selat, persoalan yang dibangkitkan dari
semasa ke semasa oleh Akhbar India di kedua-dua negara, India dan
Tanah Melayu.1 Berkaitan soal ini, Pemerintah Negeri-Negeri Selat
menjawab:
Buat masa ini belum ada orang India dalam Majlis
Perundangan, namun dalam kandungan perlembagaan
kedua-dua Majlis berkaitan perwakilan dan pembukaan
keanggotaan memang sedang dipertimbangkan, justeru itu
persoalan perwakilan orang India juga turut
dipertimbangkan Pada masa ini Anggota-Anggota tidak
rasmi dilantik oleh Yang Dipertuan Raja melalui cadangan
Gabenor kecuali dalam dua kes, Dewan Perniagaan
(Singapura dan Pulau Pinang) menamakan calon.2
Beberapa bulan kemudian, Pemerintah India bertanya sama ada orang-
orang India yang bermastautin tetap di Tanah Melayu telah, atau
akan, mempunyai hak-hak dan peluang bagi menyertai perkhidmatan
Kerajaan dan mendapat kenaikan pangkat seperti yang dinikmati oleh
orang-orang Melayu.3 Dalam soal ini, jawapan balas Kerajaan
tempatan tidak begitu menyenangkan;
Berhubung Koloni Negeri-Negeri Selat, baik orang-orang
Melayu mahu pun orang-orang India tidak boleh menyertai
peperiksaan kemasukan ke Perkhidmatan Awam Tanah
Melayu, yang dihadkan kepada mereka yang berketurunan
Eropah di kedua-dua tempat dan begitu juga untuk
jawatan-jawatan pentadbiran tertinggi.
Berhubung dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,
kedudukannya juga sama dalam hal peperiksaan
kemasukan biasa tetapi dengan kebenaran dan
persetujuan DYMM Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, satu skim dikenali sebagai Skim Pegawai-
Pegawai Melayu kini dijalankan di mana orang Melayu
yang telah mengikuti pendidikan di Maktab Melayu, Kuala
Kangsar layak setiap tahun selepas peperiksaan

1 C.O. 273/517, F.M. Baddeley (Timbalan O.A.G.) kepada W. Churchill, 11 Sept. 1922;
lampiran 2, Setiausaha Pemerintah India kepada Setiausaha Kolonial, S.S., 3 Julai
1922; C.O. 717/32, Sir George Maxwell kepada C.O., 26 Sept. 1923.
2 C.O. 273/517, Baddeley kepada Churchill, 11 Sept. 1922; lampiran 3, Setiausaha
Kolonial, Negeri-Negeri Selat kepada Setiausaha Pemerintah India, Jabatan Hasil dan
Pertanian (Penghijrahan), 29 Julai 1922.
3 C.O. 273/521 Sir Lawrence Guillemard kepada Duke Devonshire, 18 Mac 1923;
lampiran 1, Timbalan Setiausaha Pemerintah India kepada Setiausaha Kolonial,
Negeri-Negeri Selat, 30 Januari 1923.
kemasukan untuk tempoh percubaan. Mereka yang
mengikuti percubaan di bawah skim ini layak untuk
dipromosi bagi pelantikan sebagai Majistret dan Timbalan
Pegawai Daerah dan kemudian dipromosi ke jawatan yang
ada dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu.
Keistimemaan ini hanya diberikan kepada orang Melayu di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kerana Dasar British yang
melindungi Negeri-Negeri Melayu bagi membantu DYMM
Raja-Raja dalam mentadbir negara mereka. Ia tidak dibuka
kepada mereka yang mempunyai kerakyatan lain, (sama
ada Eropah mahu pun Asia) yang bermastautin tetap di
Tanah Melayu, dan berdasarkan dasar yang disebut di atas,
adalah mustahil untuk membukanya.4
Namun, persoalan wakil India dalam Majlis Perundangan Negeri-Negeri
Selat selesai dengan cepat. Pada awal tahun 1923, P. K. Nambyar 5
telah dilantik menganggotai Majlis.
Tidak lama selepas soal perwakilan India dalam Perundangan Negeri-
Negeri Selat selesai, Pemerintah India kemudian membangkitkan pula
soal perwakilan India dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Setelah
menyemak beberapa dokumen berkaitan perlembagaan Majlis yang
diterima daripada Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,
Pemerintah India menulis:
Pemerintah India maklum bahawa terdapat peruntukan
dalam Perjanjian Persekutuan 1895, yang kemudiannya
dipinda, untuk Pesuruhjaya Tinggi, Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, menamakan empat orang anggota rasmi ke
dalam Majlis Persekutuan, dan tidak ada undang-undang
menyatakan syarat kerakyatan anggota-anggota ini.
Dapatan bancian pada tahun 1921 menunjukkan orang
India dari segi bilangannya merupakan satu daripada tiga

4 Ibid., lampiran 2, Setiausaha Kolonial, Negeri-Negeri Selat kepada Pemerintah India


(?) 1923.
5 Dia sudah menjadi ahli Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang pada masa
itu. Sebelum dilantik ke dalam Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat, dia dilantik
menjadi ahli Jawatankuasa Imigresyen India pada 1 Ogos 1922. Nambyar ialah
seorang pemilik estet dan seorang peguam. Dia diterangkan oleh E.W.F. Gilman,
Pengawal Buruh, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, sebagai
seorang yang sentiasa bersimpati dengan nasib kurang baik rakyatnya. (C.O.
273/521, James kepada Duke Devonshire, 16 Februari 1923; lampiran C, Setiausaha
Kolonial, Negeri-Negeri Selat kepada Setiausaha Pemerintah India, 16 Okt. 1923
bersama lampiran).
komuniti terbesar di Negara itu. Justeru itu saya
mencadangkan agar komuniti India boleh meletakkan
harapan untuk mempunyai perwakilan dalam Majlis
Persekutuan dan bertanya sama ada Pesuruhjaya Tinggi
ada berhasrat untuk menamakan seorang India ke dalam
Majlis ini pada masa terdekat.6
Majlis Persekutuan telah disusun semula pada Januari 1923 kerana
penambahan dua anggota seorang Melayu dan seorang Cina yang
dilantik.7 Oleh kerana tidak ada orang India yang dilantik, orang India
di banyak negeri telah mengadakan pertemuan-pertemuan bagi
membincangkan isu tersebut. Delegasi dipilih untuk bertemu di Kuala
Lumpur pada 15 April 1923 dan mereka sebulat suara meluluskan satu
resolusi:
Mesyuarat wakil-wakil orang India yang menetap di Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu ini memutuskan bahawa
bantahan dibuat kepada Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya
Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bersama cadangan
supaya diadakan wakil orang-orang India dalam Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu bersama dalam Majlis
8
Persekutuan.
Satu memo telah dihantar kepada Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence
Guillemard. Ia dimulakan dengan merujuk kepada satu kenyataan yang
dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi semasa mengumumkan penyusunan
semula Majlis:
Tuan Yang Terutama, selepas mengumumkan barisan Majlis
Persekutuan yang akan meningkat dengan mengalukan
penambahan seorang anggota Cina dan seorang anggota
Melayu, dengan mengatakan ia terkait dengan situasi unik
Persekutuan dan orang mudanya, adalah tidak elok untuk
memindanya sehingga dipastikan tanpa soal bahawa

6 C.O. 273/524, L.O. kepada C.O., 30 Mei 1923; lampiran. Timbalan Setiausaha
Pemerintah India kepada Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 3 Mei 1923.
7 Dengan penyusunan semula Majlis itu, komposisinya terdiri daripada: 12 rasmi
Pesuruhjaya Tinggi, Ketua Setiausaha, empat orang raja-raja, empat orang Residen,
Penasihat Undang-Undang dan Penasihat Kewangan; 8 tidak rasmi lima orang
Eropah, dua orang Cina dan seorang Melayu.
8 C.O. 717/28, Guillemard kepada Duke Devonshire, 8 Ogos 1923; lampiran 2, Memo
kepada Pesuruhjaya Tinggi pada 25 Julai 1923, ditandatangani oleh S. M. Sharma, M.
Cumarasami, S. K. Krishnan, I. Mohd Ghows, R. D. Ramasamy dan K. A. Narayan
(Setiausaha Kehormat).
perubahan dibuat untuk kepentingan sebenar orang-orang
Melayu. Kami mengambil risiko mengusulkan bahawa
kehadiran orang India dalam Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu sentiasa merupakan kepentingan yang baik
kepada orang-orang Melayu dan dengan adanya
perwakilan mereka dalam Majlis Persekutuan sambil
menambah kepada kepentingan Tanah Melayu dan orang
Melayu, pada masa yang sama akan memuaskan aspirasi
peraturan yang ada.
Justifikasi untuk menerima perwakilan orang India dikemukakan
berasaskan perkara-perkara berikut:
(1) Bilangan mereka yang ramai.
(2) Modal dan perdagangan orang India.
(3) Buruh di kalangan orang India.
(4) Status dan hak orang-orang India yang bermastautin
tetap dalam Persekutuan Negeri Melayu.
(5) Status dan hak orang-orang India dalam Empayar
British.

Bancian pada tahun 1921 menunjukkan bahawa dalam Persekutuan


Negeri Melayu, terdapat 510,821 orang Melayu, 494,548 orang Cina
dan 305,219 orang India. Menurut memo yang diberikan, angka
penduduk Melayu adalah termasuk orang Melayu yang asing dan itu
menyebabkan jumlah penduduk Melayu asal adalah lebih kurang
sama ramai dengan orang India. Dalam soal modal dan perdagangan,
memo itu menyatakan:
Selepas menyemak dan mengkaji dengan teliti kami
mendapati bahawa pelaburan orang India dalam hartanah
dan modal orang India yang berlegar dalam pelbagai
dagangan dan perusahaan di Persekutuan Negeri Melayu
kini tidak kurang daripada 200 juta dolar. Banyak juta
daripada jumlah ini digunakan dalam perniagaan
perbankan yang dijalankan oleh orang-orang India yang
memberi pinjaman seperti Ceti, yang tidak seperti bank
yang hanya memberi layanan kepada segelintir orang kaya
dan ada keistimewaan, memberi bantuan kewangan
kepada perniagaan orang-orang dari kelas miskin,
pertengahan dan kaya dalam masyarakat umum. Orang-
orang India mempunyai banyak kepentingan dalam
hartanah tidak boleh alih di seluruh Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, dan berminat dalam semua perusahaan bagi
membangunkan Negeri-negeri ini: dengan ramai daripada
mereka menjadi tentera dan polis, mereka juga cukup
diwakili dalam pelbagai jawatan penting perkhidmatan
awam.
Keperluan melindungi Buruh India juga turut ditekankan:
Jika buruh India menjadi keperluan di negara ini maka
perwakilan yang wajar juga adalah satu keperluan. Buruh
memerlukan pengiktirafan dan perlindungan seperti mana
modal. Kami tidak mempersoalan keseriusan pihak
berkuasa dalam melindungi buruh India, tetapi adalah lebih
elok kepada dunia jika perlindungan mahu diberikan dan
diberikan.
Dalam hujah lain yang dimajukan ialah orang India, sebagai rakyat
DYMM Raja-Empayar mempunyai hak untuk menuntut keistimewaan
politik dan sivik dan menikmati semua hak dan keistimewaan apa pun
sama dengan kelas rakyat British yang lain bukan hanya di India dan
United Kingdom tetapi juga di semua Koloni dan Negara-Negara
Naungan British. Prinsip ini, menurut petisyen itu, telah diperakui oleh
Persidangan Imperial yang dibuat pada tahun 1921. Orang Inggeris
telah memilih seorang India untuk mewakili daerah Inggeris; anugerah
bangsawan telah diberikan kepada seorang India, Lord Sinha, bagi
membolehkan beliau duduk dalam Dewan Negara dan orang-orang
India telah dipilih untuk mewakili India dalam Persidangan Imperial
serta Liga Negara-Negara. Oleh itu, selagi rakyat British dan orang
Cina asing layak mempunyai perwakilan dalam Majlis Persekutuan,
tuntutan rakyat India DYMM Tuanku Raja untuk mendapat perwakilan
tidak boleh dicabar. Dinyatakan secara khusus bahawa jika sekiranya
di Negeri-Negeri Selat komuniti India boleh mendapat perwakilan maka
terdapat sebab lebih kuat untuk keistimewaan ini diberikan di Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu kerana penduduk India lebih ramai mencecah
tiga kali ganda bilangan yang ada di Negeri-Negeri Selat.
Pesuruhjaya Tinggi tidak begitu memberi perhatian kepada memo ini
dan kepada delegasi yang datang menyerahkannya kepada beliau.
Beliau lebih gusar tentang jawapan balas kepada surat daripada
Pemerintah India. Beliau tidak boleh bersetuju dengan permintaan
Pemerintah India kerana, menurutnya,
aspek tidak rasmi Majlis Persekutuan tidak disusun
dengan melihat kepada kaum-kaum anggota kedudukan
mereka dalam bercakap untuk satu daripada industri
utama atau bagi pihak masyarakat umum. Perkara ini
terpakai kepada anggota-anggotanya yang berbangsa
Eropah dan Cina.9
Raja-Raja Melayu juga dikatakan menentang idea perwakilan orang
India. Tambahan pula, dia tidak melihat terdapat cukup kapitalis India
untuk menjustifikasi perwakilan berhubung kepentingan kewangan.
Namun, jika sekiranya berlaku nanti pada bila-bila masa orang India
dilihat layak untuk berada dalam Majlis, bukan sebagai perwakilan
India, tetapi untuk bercakap bagi kepentingan yang mustahak,
Gabenor akan menerima mereka sebagai layak.
Ketua Setiausaha, Sir George Maxwell, yang sedang bercuti di England
ketika itu, turut dirundingi. Beliau tidak sepenuhnya bersetuju dengan
Pesuruhjaya Tinggi. Dalam perkara perwakilan kaum, misalnya, Sir
George menyatakan:
Saya boleh mengatakan tanpa rasa takut ianya
bertentangan bahawa kita jelas sedar bahawa kerakyatan
akan menjadi ujian, dengan idea yang samar (tetapi biasa)
iaitu kerakyatan anggota telah menjadikan seseorang itu
bernilai bagi Majlis dalam menyuarakan pandangan rakyat
negara itu, dan sebarang cadangan menggantikan
anggota Cina dengan seorang rakyat yang lain atau
menamakan pengganti seorang anggota Eropah dengan
seorang rakyat lain akan dilihat sebagai hilangnya
keyakinan dan akan dibantah keras.10
Bagaimanapun, beliau tidak menghujahkan keperluan seorang wakil
India berada dalam Majlis Persekutuan. Penjelasan beliau mengenai
keadaan yang mendorong tuntutan itu penting diberikan perhatian.
Tuntutan mendapat seorang anggota India dalam Majlis
Persekutuan bukanlah baru. Ia telah dibangkitkan dari
semasa ke semasa dalam surat khabar di India dan Tanah
Melayu, dan kembali diam. Ia muncul kembali, dengan
lebih lantang, kerana terkait dengan soal penghijrahan
buruh India. Saya fikir bahawa saya betul jika mengatakan

9 Ibid.
10 C.O. 717/32, Sir George Maxwell kepada C.O., 26 Sept. 1925.
pertimbangan yang diberikan oleh DYMM Raja-Raja; Ketua-
Ketua Orang Melayu yang berada dalam Majlis-Majlis
Negeri, dan masyarakat umum Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, ialah tuntutan semasa untuk mendapat seorang
anggota India dalam Majlis Persekutuan:
(i) Telah digunakan secara tidak adil sebagai tuas politik
berhubung dengan undang-undang penghijrahan
buruh India;
(ii) Hanya dituntut oleh parti anti-British di India,11 dan
segelintir orang India yang mahu menonjolkan diri
dan agak tidak penting di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu;
(iii) Tidak, dengan apa cara pun, diwajarkan oleh
kepentingan orang-orang India yang menetap di
sana kecuali buruh-buruh;
(iv) Akan, dengan apa cara pun, banyak menambah baik
buruh-buruh India.
Bagaimanapun, dia cenderung untuk memberi kelonggaran kepada
orang-orang India dengan cara melantik anggota India ke dalam
Majlis-Majlis Negeri, tindakan yang juga dianggap oleh Pesuruhjaya
Tinggi sebagai tidak bijak. Sir George merasa yakin beliau boleh
memujuk Raja-Raja untuk menerima kelonggaran ini. Beliau sedar ini
tidak akan memuaskan orang-orang India tempatan, tetapi dapat
memujuk Pemerintah India.12 Oleh kerana pandangan berbeza antara
Pesuruhjaya Tinggi dan Ketua Setiausaha, hal ini dibiar tidak
diselesaikan untuk seketika.13
Di India, tuntutan untuk melayani orang India di Malaysia dengan lebih
baik terus berlaku. Bahkan Kongres India turut memberikan
sebahagian perhatian kepada Tanah Melayu. Biro Perisikan Politik di
Singapura menyatakan pada Jun 1926:

11 Di-Italic-kan oleh saya.


12 Delegasi yang berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi telah, sebenarnya,
memaklumkan kepada beliau bahawa perwakilan dalam Majlis-Majlis Negeri tidak
boleh diterima sebagai cara untuk memuaskan aspirasi mereka. Kepada Sir George
Maxwell, ini tidak penting kerana beliau percaya delegasi itu telah dipengaruhi oleh
dua fakta yang tidak akan diterima oleh Kerajaan, (i) bahawa anggota Majlis
Persekutuan mempunyai gaya Berhormat dan (ii) ucapan-ucapan mereka dilapor.
13 Bila Pesuruhjaya Tinggi & Ketua Setiausaha berbeza pendapat mengenai
keinginan sebenar Raja-Raja, kami lebih tidak tahu (Lihat C.O. 717/32), minit
Maxwell kepada C.O., 26 Sept. 1923).
Menurut Bombay Chronicle, penyusunan semula Jabatang
Luar Negeri, Kongres National India sedang disediakan di
mana satu program kerja bagi tahun 1926 dihentikan.
Satu buku rujukan akan disediakan untuk memberi
maklumat berguna tentang rakyat India di luar negara,
manakala Pertubuhan Orang-Orang India di Koloni-Koloni
British akan bersama menghantar laporan mereka tentang
situasi pendidikan Penduduk India kepada Kongres
Nasional India sebelum November 1926.
Satu siasatan juga akan dibuat mengenai keadaan imigran
yang pulang dan usaha yang dibuat untuk membantu isu-
isu kepentingan orang India di luar negara dengan cara
sebaran propaganda di Akhbar dan melalui ceramah.14
Maka, pada tahun 1927, hal berkaitan perwakilan India telah dibawa
untuk dibincang sekali lagi; kali ini, Wizurai India, Lord Irwin, memberi
perhatian peribadi kepadanya. Pada 21 Sept. 1927, beliau menulis
kepada Sir Hugh Clifford, pengganti Guilemard:
Tujuan utama saya kini ialah merujuk kepada persoalan
lain yang menjadi perkara perbincangan antaa Kerajaan
kita dari semasa ke semasa sejak tahun 1923. Ini adalah
persoalan berkaitan pelantikan seorang anggota India
dalam Majlis Persekutuan. Banyak telah diperkatakan
mengenainya di pelbagai tempat, dan Kerajaan anda
nampaknya bersimpati dengan permintaan kami. Namun
setakat ini tidak ada apa yang dilaksanakan dan persoalan
ini kekal seperti asalnya. Saya tahu Kerajaan kamu telah
pun mencalonkan Pengawal Buruh untuk melindungi
kepentingan Buruh, di mana ia berkaitan dengan ramai
penduduk India di Tanah Melayu, dan daripada apa yang
saya saksikan di Gilman, saya boleh menyatakan beliau
adalah seorang pelindung yang sangat memahami
kepentingan buruh. Namun ini tentunya tidak memuaskan
sentiment orang India sama ada di negara ini atau di Tanah
Melayu. Fakta bahawa orang India kini secara praktikalnya
berada dalam Majlis Perundangan di setiap Koloni dan
Negara Naungan Ratu, misalnya Kenya, dengan sendirinya

14 C.O. 273/534, H. Marriott (Timbalan Gabenor) kepada L.C.M.S. Amery, 13 Ogos


1926; lampiran, MBPI No. 40 Jun 1926, item 270.
telah menarik perhatian kepada persoalan tidak adanya
seorang India dalam Majlis Persekutuan anda dan ia
menimbulkan kekesalan. Saya boleh percaya ada
kesukaran di pihak anda, dan saya berharap anda tidak
merasakan saya mencampuri urusan yang berada di luar
tanggungjawab saya Pada masa yang sama situasi kami
di sini sangat sukar dan saya sendiri amat menghargai jika
anda dapat membantu kami menanganinya.15
Clifford, yang pernah menjadi Gabenor di Ceylon sebelum tiba di Tanah
Melayu untuk mengetuai pentadbiran, merasakan, sebelum menerima
surat Lord Irwin, bahawa tuntutan untuk perwakilan adalah sesuai
dengan keadaan semasa, bukan sahaja tidak dapat dielakkan tetapi
sangat wajar. Dia menerangkan:
Perlu diperakui pelantikan Anggota India ke dalam Majlis
Persekutuan adalah sesuatu yang elok, bukan sahaja
praktikal, tetapi atas sebab-sebab politik bahawa ia akan
memuaskan tuntutan, tetapi tidak memberi kesan serius
kepada keberkesanan Majlis atau menambah dengan
banyak keupayaan semasa untuk melihat dan melindungi
kepentingan orang India atau orang Ceylon16. Sebaliknya,
saya melihat ia sebagai perkara terpenting di mana
pelantikan tersebut perlu dibuat sesegera mungkin, dan
lebih utama lagi, ia perlu menjadi satu tindakan spontan
Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Sekiranya ia
ditunda sehingga ada bisikan yang menghasut di mana
orang Ceylon yang berpendidikan, berbanding dengan
orang India tempatan, merupakan protagonist utamanya
akan tersebar menjadi pekikan, yang sangat buruk, di
mana kelantangan dan hasutan berterusan selalunya
berakhir dengan penerimaan tuntutan, yang pasti akan
diterima dalam fikiran seksyen penduduk asing tempatan
yang mempunyai kecenderungan politik. Itulah situasi
cemas pernah dialami di Ceylon, sebagai contoh, yang
mengajar kita, jika boleh, dielakkan.17

15 Lihat C.O. 717/59, Clifford kepada Amery, 30 Dis. 1927.


16 Nota penterjemah: kini Sri Lanka.
17 Sir Samuel Wilson, seorang pegawai kanan Pejabat Kolonial, tidak begitu
menerima hujah-hujah Clifford. Dia menyatakan: Saya semakin letih dengan hujah
kebaikan memberi secara sukarela adalah baik kerana pemberian akan pasti dibuat
kerana hasutan! Saya pernah mendengarnya sebelum ini, dan saya masih berfikir
Malah Sir Hugh Clifford bersedia untuk menamakan seorang wakil India
dan Ceylon untuk Majlis.18 Namun, mungkin selepas berunding dengan
Pemangku Ketua Setiausaha dan Pengawal Buruh, menukar fikirannya
dan meminta untuk dibenarkan mencadangkan hanya seorang India,
mengingatkan, pada masa yang sama, komuniti Ceylon perlu diajar
untuk melihat dia sebagai jurucakap mereka.19 Nama akhir yang
dihantar untuk diluluskan oleh Pejabat Kolonial ialah Subbiah Naidu
Veerasamy, seorang peguam India yang mengamalkan undang-undang
di Kuala Lumpur, dinyatakan sebagai seorang lelaki yang mempunyai
cukup pendidikan dan peribadi baik, yang dicalonkan untuk tujuan ini
oleh Pengawal Buruh India.20 Pencalonan itu diterima oleh Pejabat
Kolonial dan pada awal tahun 1928 Veerasamy menjadi orang India
pertama dijadikan anggota Majlis Perundangan Persekutuan. Pada
tahun 1929, Louis Thivy telah dilantik ke dalam Majlis Perak. Namun
hanya pada tahun 1932 Majlis Negeri Selangor dan Negeri Sembilan
mempunyai anggota India S. N. Veerasamy sekali lagi di Selangor
dan Dr. S. R. Krishnan di Negeri Sembilan.21

banyak pemberat boleh diletakkan kepadanya, terutama apabila berurusan dengan


masyarakat pelbagai kaum yang hanya sebilangan kecil daripada mereka pedulikan
politik. (Lihat minit 2 November 1927 pada Ibid.)
18 C.O. 717/58, panggilan Clifford kepada Amery, 29 Okt. 1927.
19 C.O. 717/58, panggilan Clifford kepada Amery, 6 Nov. 1927.
20 C.O. 717/58, panggilan Clifford kepada Amery, 30 Dis. 1927.

21 Lihat S. Arasaratnam, op. cit. ms. 86; George Netto, Indians in Malaya, Singapura,
1961, ms. 60.

You might also like