You are on page 1of 7

POLA AYAT DASAR

(FRASA)
AYAT DASAR IALAH AYAT YANG MENJADI
DASAR ATAU SUMBER BAGI PEMBENTUKAN
SEMUA AYAT LAIN DALAM SESUATU BAHASA.

AYAT DASAR TERDIRI DARIPADA SUBJEK DAN


PREDIKAT.

POLA AYAT DASAR


TERDAPAT 4 JENIS FRASA DALAM POLA AYAT
DASAR IAITU ;

I) FRASA NAMA (FN)


II) FRASA KERJA (FK)
III) FRASA ADJEKTIF (FA)
IV) FRASA SENDI NAMA (FSN)
FRASA NAMA + FRASA NAMA
CONTOH AYAT : FN + FN

SUBJEK PREDIKAT
1) Budak lelaki itu adik Kamal.

2) Neeta seorang guru.

3) Encik Jason ialah pengerusi Kelab Badminton.

*** Penggunaan kata pemeri (ialah/adalah) SEBELUM kata nama sering digunakan.
FRASA NAMA + FRASA KERJA
CONTOH AYAT : FN + FK

SUBJEK PREDIKAT
1) Mei Ling berjalan kaki ke sekolah.

2) Ibu sedang memasak di dapur.

3) Puan Ann masih bekerja di pejabat.

*** Penggunaan kata bantu (sedang, masih, akan, belum, sudah, telah, pernah,
boleh, dapat, harus, patut, mesti, hendak, mahu) SEBELUM kata kerja sering
digunakan.
FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF
CONTOH AYAT : FN + FA

SUBJEK PREDIKAT
1) Lukisan milik Anthony amat cantik.

2) Kawasan taman itu sangat kotor.

3) Ukiran kayu ini sungguh unik.

*** Penggunaan kata penguat (amat, sangat, sungguh, dan paling) SEBELUM kata
adjektif sering digunakan.
FRASA NAMA + FRASA SENDI NAMA
CONTOH AYAT : FN + FSN

SUBJEK PREDIKAT
1) Encik Paul ke kedai runcit.

2) Baju kebaya ini untuk kakak saya.

3) Pejabat Julia di Puchong.

*** Contoh kata sendi nama ialah ; di, ke, untuk, dengan, dari, daripada, pada,
kepada, umpama, macam, terhadap, sejak, sampai, hingga, antara, demi, bagi,
akan, oleh, tentang.
TIPS MENGENAL PASTI FRASA DALAM
AYAT
1. Mengenal pasti SUBJEK dan PREDIKAT dalam ayat.
2. Mengenal pasti apakah jenis kata (kata nama, kata kerja, kata adjektif atau
kata sendi nama) untuk perkataan pertama dalam bahagian PREDIKAT.
3. Jika perkataan pertama dalam bahagian PREDIKAT bukanlah keempat-
empat jenis kata tersebut, lihat perkataan berikutnya.

Contoh : Ali memotong rumput. (FN + FK)


(Subjek) (Predikat)

Contoh : Ali sedang memotong rumput. (FN + FK)


(Subjek) (Predikat)

You might also like