You are on page 1of 2

TAJUK : PERTANDINGAN TULISAN JAWI

Tulisan Jawi umpama gerbang pembelajaran tentang Islam dan juga merupakan
warisan kebudayaan Melayu yang unggul. Sejarah pendidikan di Nusantara dan
Tanah Melayu menunjukkan betapa akrabnya masyarakat Melayu dengan tulisan
Jawi sebagai wahana yang mengangkat tahap keilmuan mereka di mercu
kecemerlangan. Apatah lagi dengan hakikat bahawa kitab suci al-Quran hanya
dapat dibaca menerusi penguasaan tulisan Jawi yang baik. Demikian juga Pendeta
Za’aba telah menyusun satu sistem tulisan Jawi untuk tujuan persuratan bahasa
Melayu yang diterima pakai hingga ke hari ini. Maka, Panitia Pendidikan Islam, sk
Hujung Bandar berasa terpanggil untuk mengadakan pertandingan tulisan Jawi
sempena Karnival Kesenian Islam 2023 dalam kerangka yang lebih kreatif bagi
memantapkan lagi kesedaran yang sudah pun bersemi dalam kalangan murid
sekolah ini. Pertandingan Tulisan Jawi ini boleh dianggap sebagai suatu
kesinambungan ke arah pengukuhan kecekapan murid menggunakan sistem tulisan
Jawi yang tepat dengan lebih berkesan.

2 MATLAMAT
   
     Menyemarakkan Semula Kecintaan Terhadap Tulisan Jawi Dalam Kalangan
Pelajar
3 RASIONAL

     2.1   Masih terdapat pelajar yang kurang cekap dalam sistem tulisan Jawi
     2.2   Tulisan Jawi hanya digunakan untuk tujuan peperiksaan
     2.3   Buku bahasa Melayu bertulisan Jawi semakin lenyap di pasaran
     2.4   Sistem komunikasi atas talian juga didominasi tulisan rumi
     2.5   Tulisan Jawi tidak dihargai dalam urusan komersial
     2.6   Penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar sekolah begitu terhad

4 OBJEKTIF
     4.1    Menerima pendedahan sistem tulisan Jawi yang tepat

     4.2    Menggunakan kaedah tulisan Jawi yang berkesan


5 KUMPULAN SASARAN
6 FORMAT PERTANDINGAN
7 MASA PERSEMBAHAN
8 ETIKA PAKAIAN
9 PEMARKAHAN
10 KAEDAH PENJURIAN
11 PENGHAKIMAN
12 HADIAH /SIJIL
13 TARIKH TUTUP PENYERTAAN
14 KEPUTUSAN PERTANDINGAN
15 PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Penutup

Sesungguhnya daya usaha bagi memartabatkan kedudukan dan penggunaan


tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat seharusnya bermula dalam dunia
pendidikan, termasuk di sekolah. Mudah-mudahan usaha kecil ini mendapat
keberkatan dan redha Ilahi, Insya-Allah. Terima kasih kepada semua pihak yang
sudi menghulurkan sumbangan sehingga memungkinkan program yang dirancang
ini beroleh kejayaan. Amin.

Disediakan oleh:                                                                                            Disemak


oleh:

You might also like