You are on page 1of 1

SJKC HAU LIM,

SUNGAI BALANG, MUAR,


D/A 84150 SEMERAH, BATU PAHAT Tel : 06-9882922
JOHOR. Email : jbc505hl@gmail.com

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :JBC5025/ 100/18/1

Tarikh : 14 Oktober 2021


Kepada:
Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Muar,
Pejabat Pelajaran Daerah Muar,
JKR 242, Jalan Arab,
84000 Muar.
(U.P. : Pn Lailizah )

Tuan,

Permohonan Sokongan Daripada Bahagian Psikologi dan Kaunseling

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, Saya Pn Khing Mui Choo selakunya Guru
Besar SJKC Hau Lim ingin melaporkan dengan ketidakpuashatian perkhidmatan pembantu tadbir sekolah
yang semakin menjadi-jadi sehingga menjejaskan keberkesanan urusan-urusan pengurusan dan pentadbiran
di sekolah.

2. Pegawai-pegawai tersebut, iaitu Pn ZAINAWATI BT JASMANI dan Pn SYAMIMI BINTI AMIR


didapati tidak dapat melakukan tugas rasminya dengan baik dan sempurna.

2.1 Kegagalan mengikuti arahan pihak pentadbir menyebabkan dokumen-dokumen tidak dihantar
pada tepat masanya.

2.2 Kerap masuk lewat dan balik awal menyebabkan ketiadaan pekerja di pejabat.

2.3 Sikap kerja yang terlalu pasif dan menangguh kerja sehingga saat akhir menyebabkan
pihak sekolah kerap menerima teguran oleh PPD.

3. Sehubungan dengan perkara itu, saya selakunya Guru Besar dalam jawatankuasa tindakan tatatertib
telah sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat kepada mereka supaya memperbaiki sikap dan semangat
bekerja. Namun, dua pegawai ini masih mengulangi sikap yang tidak diingini.

4. Justeru, Pihak sekolah amat berharap pihak tuan dapat memberikan bimbingan psikologi dan
kaunseling dalam membantu pihak sekolah mengenai perkara tersebut. Pihak sekolah amat berharap
kerjasama daripada pihak tuan. Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( KHING MUI CHOO )


Guru Besar
SJKC Hau Lim, Muar

You might also like