You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SERI MULIA Kod Sekolah:

1. Nama Guru
JUHAIDA BINTI LOKMAN

2. Judul PENGURUSAN DAN 3. Bidang: KEWANGAN


PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini sesuai untuk semua lapisan umur sebagai rujukan untuk mempraktikkan hukum faraid
dalam pembahagian harta pusaka. Ia menganfungi 7 bab.

Bab 1 – dimulakan dengan pengenalan ilmu faraid termasuk kaedah mempelajarinya. Ia


membincangkan hak-hak si mati yang perlu diselesaikan oleh waris-waris iaitu, belanja
pengurusan jenazah, menyelesaikan hutang dan menunaikan wasiat si mati.

Bab 2 – Ia menyentuh tentang perkara asas dalam ilmu faraid iaitu berkaitan dengan rukun,
sebab, syarat dan halangan daripada menerima pusaka.Pusaka terbentuk daripada 3 unsur iaitu
si mati, waris dan harta. Bagi menentukan seseorang itu berhak menerima atau tidak,didasarkan
kepada sebab perkahwinan dan keturunan di mana syarat penting bagi perwarisan, waris
mestilah hidup pada masa pemilik harta meninggal dunia. Ini bermakna, masa dan tarikh
kematian adalah asas penting untuk menentukan status seseorang itu berhak mewarisi pusaka
atau tidak.

Bab 3 – Ia menghuraikan tentang kaedah-kaedah seseorang itu menerima pusaka, diikuti


dengan kaedah pembahagian dengan contoh-contoh serta rajah yang memudahkan pemahaman.
Waris lelaki terdiri dari 15 orang bermula dari anak lelaki hinggalah suami dan tuan yang
membebaskan hamba. Waris perempuan terdiri dari 10 orang bermula anak perempuan
hinggalah isteri dan tuan yang membebaskan hamba. Setelah mengetahui siapa yang berhak
menerima harta di kalangan lelaki dan perempuan, mewarisi secara fardu, mewarisi secara
asabah dan lain-lain barulah pembahagian akan dibuat.

Bab 4 – Ia menghuraikan tentang kaedah pembahagian dan pengiraan. Dimulakan dengan fasal
pertama antara waris utama, waris ganti, waris kedua/sisi. Fasal kedua kaedah pembahagian
datuk bersama saudara si mati. Fasal ketiga kaedah pengiraan. Contoh : Seorang mati
meninggalkan 1 isteri, 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan dan seorang saudara seibu sebapa
lelaki. Waris yang berhak ialah isteri 1/8 bahagian, anak lelaki dan perempuan mendapat Asabah
Bi al-Ghairi manakala saudara seibu sebapa lelaki gugur.

Bab 5 - Penyelesaian kes Munasakhat dan Takharuj ada persamaan- nya dari segi bentuk
dan kaedah pengiraan. Bagi kes Munasakhat, waris yang berhak meninggal dunia
sebelum sempat pusaka si mati asal difaraidkan. Bahagian waris yang mati kemudian
itu dibahagikan kepada waris-waris- nya dan pengiraan dibuat serentak mengikut
kaedah pengiraan Munasakhat. Bagi kes Takharuj pula, waris yang berhak masih hidup
tetapi menarik diri daripada menerima pusaka dan bahagiannya diberikan kepada waris
yang dpersetujuinya. Pengiraannya juga dilakukan serentak. Ka edah pengiraan
Munasakhat dan Takharuj adalah hampir sama. Cuma terdapat sedikit perbezaan semasa
pembahagian dilakukan iaitu bagi kes Munasakhat, pembahagian kepada waris si mati
kedua dan seterusnya dibuat mengikut hukum faraid, sedangkan pembahagian kepada
waris yang menerima bahagian waris yang menarik diri dibuat mengikut persetujuan
bersama waris-waris yang terlibat.

Bab 6 - Sebahagian besar daripada masyarakat kita, menangguhkan pembahagian


pusaka disebabkan oleh beberapa faktor di mana faktor yang terpenting ialah sikap
waris-waris itu sendiri yang tidak mengambil berat, membuat tanggapan yang salah
dan memandang remeh terhadap harta pusaka.
Suatu pembaharuan terhadap minda masyarakat perlu disuntik agar waris-waris
memberi perhatian yang sewajarnya terhadap penyelesaian harta pusaka. Anggapan
dan pandangan mereka seharusnya diubah agar berfikiran lebih rasional dan
bertanggungjawab dengan cara menyampaikan kepada mereka ilmu pengetahuan yang
luas berkaitan dengan pembahagian pusaka. Adalah ditakuti sikap melengah-
lengahkan penyelesaian pusaka boleh mengakibatkan satu mala petaka yang besar
iaitu perpecahan keluarga. Berpecahnya sesuatu keluarga itu bermakna musnahlah
struktur keturunan si mati di mana anak-anak si mati misalnya, tidak bertegur sapa dan
mengasingkan diri di antara satu sama lain dan keadaan sebegini diikuti oleh generasi
berikutnya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Dapat menambah kefahaman tentang permasaalahan dan penyelesaian pembahagian harta


pusaka mengikut Hukum Faraid iaitu mengikut hukum atau nilai agama dengan mengambilkira
pelbagai aspek. Ilmu ekonomi, kewangan dan matematik yang diaplikasikan dapat menambahkan
lagi ilmu pengetahuan sedia ada.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dapat diaplikasikan sebagai nilai tambah yang berkaitan dengan Ekonomi iaitu Ekonomi Islam,
Kewangan, Pendidikan Islam dan juga Matematik. Juga sebagai perkongsian ilmu untuk
memantapkan atau menambahkan nilai tanggungjawab terhadap diri seseorang. Dan seterusnya
dapat menjadikan seseorang pendidik itu lebih bertanggungjawab, berintegriti dan lebih prihatin.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( JUHAIDA BINTI LOKMAN ) ( )

You might also like