You are on page 1of 1

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

LANJUTAN PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KE ATAS KERETA PENUMPANG


(TERMASUK MPV DAN SUV) COMPLETELY KNOCKED-DOWN (CKD), COMPLETELY
BUILT-UP (CBU) IMPORT BAHARU DAN CBU IMPORT TERPAKAI DI BAWAH PELAN
JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA)

Sukacita dimaklumkan bahawa bagi terus memacu momentum pekembangan sektor automotif,
Kementerian Kewangan bersetuju untuk meluluskan lanjutan pengecualian seperti berikut:

a. pengecualian sepenuhnya cukai jualan yang dikenakan ke atas kereta penumpang (termasuk
MPV dan SUV) CKD; dan

b. pengecualian 50 peratus cukai jualan yang dikenakan ke atas kereta penumpang (termasuk MPV
dan SUV) CBU import baharu dan CBU import terpakai.

Pengecualian ini akan berkuatkuasa dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.

Kementerian Kewangan Malaysia


Putrajaya
29 Disember 2020

You might also like