You are on page 1of 18

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

BAB 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

a) Menerangkan perbezaan antara pentaksiran, pengujian, pengukuran dan


penilaian.
b) Membezakan antara pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif
c) Menjelaskan perbezaan antara ujian rujukan norma dan ujian rujukan
kriteria
d) Menerangkan ciri-ciri ujian yang baik

1.1 Mukadimah
1.2 Pentaksiran, pengujian,
pengukuran dan penilaian
1.3 Tujuan pentaksiran
1.4 Pentaksiran formatif & sumatif
1.5 Pentaksiran rujukan norma &
pentaksiran rujukan kriteria
1.6 Keselarain objektif, pengajaran Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran
dan pentaksiran Bab 2: Instrumen Pentaksiran Pendidikan
1.7 Ciri-ciri ujian yang baik Moral
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Ringkasan
Pendidikan Moral
Rujukan
Bab 4: Dokumen Standard Prestasi
Bab 5: Pentaksiran Domain Afektif
Bab 6: Dilema Moral
Bab 7: Projek
Bab 8: Pemerhatian
Bab 9: Pentaksiran Portfolio

1
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

1.1 Mukadimah

Pentaksiran ialah proses pengumpulan maklumat tentang tahap penguasaan pengetahuan,


kemahiran dan sikap/nilai murid. Tujuan pentaksiran ialah untuk mendapatkan gambaran
tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, menilai aktiviti yang dijalankan semasa
pengajaran dan pembelajaran, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran
dan pembelajaran dan memperbaiki pengajaran pembelajaran.

Pelbagai isu timbul daripada pentaksiran. Ada yang mencadangkan bahawa sistem
pendidikan Malaysia terlalu berfokus kepada peperiksaan. Ada yang mensyorkan pentaksiran
berasaskan sekolah harus diperluaskan. Ada pula pihak yang menyokong mengekal
peperiksaan berpusat. Ada pula yang mencadangkan bahawa sistem pentaksiran yang
diamalkan pada masa kini bebankan murid, guru, pentadbir dan ibu bapa. Sejauh manakah
anda bersetuju dengan pandangan-pandangan ini?

1.2 Pentaksiran, Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Semua guru mentaksir, menguji, mengukur dan menilai! Sejauh manakah anda bersetuju
dengan pernyataan ini berdasarkan pengalaman anda sebagai guru Bahasa Melayu? Kita akan
cuba menghuraikan keempat-empat konsep ini dengan merujuk kepada Rajah 1.1.

 PENTAKSIRAN: Pentaksiran ialah suatu proses mengumpul maklumat daripada


pelbagai sumber tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap /nilai pelajar (Huba dan
Freed, 2000). Perhatikan bahawa pentaksiran tidak terhad kepada mengumpul
maklumat tentang pengetahuan sahaja tetapi juga tentang kemahiran dan sikap/nilai
pelajar. Pentaksiran dalam Bahasa Melayu dapat memberi gambaran tentang
prestasi pelajar dalam bahasa berkenaan, aktiviti pembelajaran, kemahiran serta
sikap/ ilai ya g di iliki. U tuk e dapatka aklu at berke aa , pelajar perlu
diuji .

 PENGUJIAN: Pengujian ialah penggunaan instrumen atau alat yang cuba menguji
sebahagian tingkahlaku pelajar. Perhatikan bahawa kita tidak boleh menguji segala
tentang prestasi dalam Bahasa Melayu seorang murid. Oleh itu kita mengambil
sampel kebolehan dan keupayaan murid tentang kemahiran membaca, kemahiran
menulis, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Antara instrumen yang
lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah ujian bertulis, ujian lisan, jadual
pemerhatian, ujian kemahiran mendengar, projek dan sebagainya. Sesuatu ujian itu
terdiri daripada soalan-soalan yang menguji tahap kebolehan dan keupayaan pelajar
secara teratur dan sistematik.

2
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

PENTAKSIRAN



Ujian bertulis
Pengukuran

Ujian lisan


Pengujian Pemerhatian Skor/Markah Penilaian


Temu bual Gred


Projek Skala


Amali Band
Tugasan

Rajah 1.1 Proses Pentaksiran


Wow, IQ budak
ini ialah 150!

 PENGUKURAN: Untuk mengukur kebolehan


dan keupayaan murid, kita perlu memberi
sesuatu nilai yang merupakan angka yang
menunjukkan banyak mana telah dipelajari
(Ebel, 1986). Pengukuran ialah pemberian skor
atau markah atau menyatakan band yang
menunjukkan tahap pencapaian. Contohnya,
jika Siew Lan mendapat Band 5 dalam ujian
bacaan dan Mei Ling mendapat Band 4, kita
dapat membuat kesimpulan bahawa tahap
bacaan Mei Ling lebih rendah berbanding Siew
Lan. Kita mengukur untuk mendapatkan
aklu at te ta g apa keadaa ya . Maklu at tersebut u gki bergu a atau
tidak, bergantung ketepatan alat yang kita gunakan, dan kecekapan kita
menggunakannya.

 PENILAIAN: Setelah mengukur prestasi seseorang pelajar, langkah seterusnya adalah


membuat keputusan. Apabila kita menilai, kita mengatakan bahawa sesuatu itu
bagus, bersesuaian, sah, positif, dan sebagainya. Untuk membuat penilaian, kita
perlukan maklumat, dan ia diperolehi dengan mengukur menggunakan alat yang
boleh dipercayai.
Setiap hari kita menilai sesuatu atau seseorang! Pendidik sentiasa menilai pelajar
dan ia selalu dibuat dengan membandingkannya dengan suatu standard atau piawai.
apa yang diukur terhadap suatu kriteria yang ditentukan dan untuk memastikan

3
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

samada ianya telah dicapai, samada bersesuaian, samada ianya bagus, samada ianya
dapat diterima, samada ianya sah dan sebagainya.

a) Apakah pentaksiran?
b) Nyatakan perbezaan di antara penilaian dan pengukuran?
c) Berikan contoh-contoh ujian.

1.3 Tujuan Pentaksiran

“Kenapa kita perlu mentaksir murid?”. Jawapan yang lazim ialah untuk menentukan sama ada
murid ‘memahami’ atau boleh ‘lakukan sesuatu kemahiran. ‘Memahami’ditafsirkan sebagai
murid dapat mengingat kembali apa yang diajar. Ini ditentukan sama ada murid berkenaan dapat
memberi jawapan yang betul. Adalah lebih tepat jika kita mengatakan bahawa tujuan pentaksiran
ialah untuk menentukan sejauh manakah objektif pembelajaran atau hasil pembelajaran tercapai.
Lihat Rajah 1.2 yang menunjukkan beberapa tujuan pentaksiran murid (Linn & Gronlund, 2000).

Maklum Balas kepada


Ibu Bapa

Penempatan

Pensijilan

TUJUAN
PENTAKSIRAN Memperbaiki
Pengajaran

Diagnosis

Kegunaan oleh
Pentadbiran Sekolah

Rajah 1.2 Beberapa Tujuan Pentaksiran

MAKLUM BALASA KEPADA IBU BAPA


Keluarga ingin mengetahui kemajuan anak mereka di sekolah, dan ahli keluarga menghargai
contoh-contoh khusus tentang kemajuannya. Dengan menunjukkan contoh kerja anak mereka

4
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

daripada masa ke masa akan membolehkan ibubapa


mentaksir perkembangan dan kemajuan anak mereka. Adalah
penting memberi tahu cerita sepenuhnya apabila melaporkan
maklumat tentang kemajuan pencapaian pelajar. Dengan
bercakap dengan ibubapa tentang standard, berkongsi contoh
kerja pelajar, menggunakan rubrik dalam konferens, dan
membezakan di antara pencapaian dan kemajuan merupakan
di antara cara-cara untuk memastikan agar keluarga diberi
gambaran yang jelas tentang pembelajaran kanak-kanak

PENSIJILAN
Pensijilan mungkin merupakan sebab paling penting untuk
menjalankan pentaksiran. Contohnya, peperiksaan umum yang
dijalankan di dalam sistem persekolahan di akhir sekolah
menengah bertujuan menganugerahkan pelajar segolong sijil.
Markah yang diterima ditukarkan kepada gred abjad yang
melambangkan pencapaiannya dalam subjek berlainan dan
digunakan sebagai asas untuk perbandingan di antara pelajar.
Sijil yang diterima itu kemudiannya digunakan untuk memilih
pelajar samada untuk melanjutkan pelajaran, biasiswa ataupun
pekerjaan

MEMPERBAIKI PENGAJARAN
Sekiranya 60% pelajar gagal dalam suatu ujian,
adakah anda menyiasat samada strategi pengajaran-
pembelajaran anda bersesuaian atau anda
menyalahkan pelajar anda kerana lemah akademik
mereka, ataupun mereka tidak mengulang kaji
pelajaran? Ramai dalam kalangan pendidik akan
menyalahkan pelajar mereka. Maklumat tentang
pentaksiran bernilai untuk memberi indikasi hasil
pembelajaran manakah yang telah dicapai dengan
jayanya dan yang mana pelajar menghadapi
kesukaran. Keputusan pentaksiran bernilai memberi
indikasi tentang keberkesanan strategi pengajaran
yang dilaksanakan dan bahan pengajaran yang
digunakan. Ia juga memberi indikasi tentang sejauh mana pelajar telah memperoleh
pengetahuan terdahulu bagi menerima konsep dan prinsip yang dibincangkan. Data
pentaksiran juga boleh memberi gambaran tentang mengapa seseorang guru lebih berjaya
dalam mengajar segolongan pelajar daripada pelajar lain.

DIAGNOSIS
Penilaian atau pentaksiran Diagnostik dijalankan pada permulaan pengajaran atau unit untuk
sesuatu subjek bagi mentaksir kesediaan pelajar dan sebagai latar belakang kepada apa yang
akan diajar. Pentaksiran pra-pengajaran dilakukan apabila anda memutuskan perlunya
maklumat tentang seorang atau sekumpulan pelajar, ataupun seluruh kelas sebelum anda

5
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

boleh meneruskan dengan pengajaran yang


berkesan. Sebagai contoh, anda boleh melaksanakan
Ujian Bacaan untuk pelajar Tahun Satu bagi
mentaksir tahap pembacaan mereka. Berdasarkan
maklumat tersebut, anda mungkin berikan pembaca
lemah intervensi yang khusus atau pun tindakan
pemulihan. Ataupun, ujian-ujian tersebut mungkin
menunjukkan bahawa sesetengah pelajar membaca
pada tahap yang sangat tinggi dan anda mungkin
ingin mencadangkan agar mereka diberi program pengayaan. Contohnya, berdasarkan
maklumat pentaksiran seorang kanak-kanak mungkin didapati menghadapi disleksia
(dyslexic) dan akan diberi rawatan yang istimewa atau pun seorang pelajar yang telah
didiagnosis sebagai kurang upaya dalam pembelajaran mungkin diberi pendidikan khas.

PENEMPATAN
Selain persijilan, pentaksiran juga dijalankan untuk tujuan penempatan. Pelajar
dianugerahkan dengan berbagai keupayaan dan salah satu tugas sekolah adalah untuk
menempatkan mereka mengikut aptitude dan minat. Contohnya, sesetengah ujian digunakan
sebagai asas untuk menyalurkan pelajar mengikut aliran berdasarkan prestasi akademik
mereka. Telah menjadi tradisi bahawa kelas ‘A’ dan ‘B’ akan diisi dengan pelajar
berpencapaian tinggi berdasarkan keputusan peperiksaan akhir semester atau peperiksaan
akhir tahun. Ujian Penempatan telah digunakan dalam pra-sekolah untuk menyalurkan kanak-
kanak mengikut tahap pencapaian mereka! Amalan menempatkan pelajar mengikut
pencapaian akademik selalu diperdebat berdekad lamanya di mana sesetengah cendikiawan
menyokong dan ada pula yang membangkang penggunaannya.

KEGUNAAN OLEH PENTADBIRAN SEKOLAH


Sekolah mengumpul maklumat tentang pentaksiran bagi memastikan sejauh mana pencapaian
sekolah berbanding sekolah lain bagi semester atau tahun tertentu. Keputusan pentaksiran
juga bertujuan membuat perbandingan prestasi dari tahun ke tahun bagi sekolah tertentu.
Berdasarkan keputusan, pentadbir sekolah mungkin mengambil langkah tertentu untuk
memperbaiki kelemahan. Contohnya mengadakan sumber tambahan untuk pelajar yang
berpencapaian rendah sekiranya didapati bilangan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
membaca dan menulis semakin bertambah. Keputusan pentaksiran (khususnya berkaitan
perkembangan sosio-emosi) mungkin digunakan oleh pentadbir dan pembimbing sekolah
untuk merancang strategi intervensi untuk pelajar berisiko. Pentaksiran oleh pembimbing
boleh membantu untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah sosio-emosi yang
memerlukan perkhidmatan bimbingan atau dirujuk

Pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) - ialah menentukan bahawa


pelajar telah mempelajari sesuatu yang dapat diukur dengan pelbagai instrumen. Contohnya,
guru memberi ujian matematik tentang 'pecahan' dan dapati 10 murid dalam kelasnya tidak
tahu menyelesaikan masalah 'pecahan'.

6
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)- ialah menggunakan maklumat


yang diperolehi dengan pelbagai jenis instrumen untuk mempertingkatkan pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, guru mengadakan kelas pemulihan untuk membantu 10 murid
berkenaan menyelesaikan masalah 'pecahan'.

a) Terangkan bagaimana hasil pentaksiran digunakan oleh guru untuk


membaiki pengajaran.
b) Bagaimana hasil pentaksiran digunakan untuk pensijilan?
c) Bagaimana pihak sekolah menggunakan hasil pentaksiran?
d) Jelaskan bagaimana hasil pentaksiran digunakan oleh guru untuk
diagnosis.
e) Apakah perbezaa a tara pe taksira te ta g pe belajara da
pe taksira u tuk pe belajara ?

1.4 Pentaksiran Formatif dan Sumatif

Pentaksiran boleh dijalankan pada masa berlainan sepanjang tahun persekolahan dan
rancangan pentaksiran yang menyeluruh akan termasuk pentaksiran formatif dan sumatif.
Titik pada mana pentaksiran dibuat dan matlamat pentaksiran membezakan di antara kedua-
dua kategori pentaksiran.

Pentaksiran Formatif
Pentaksiran formatif selalunya dibuat pada permulaan tahun pengajaran, dengan itu memberi
peluang untuk mendapatkan bukti awal tentang pembelajaran pelajar dalam subjek atau suatu
titik pada program tersebut. Pentaksiran dalam kelas merupakan salah satu teknik pentaksiran
formatif yang paling terkenal. Tujuann teknik ini adalah untuk memperbaiki mutu
pembelajaran pelajar dan tidak harus berbentuk menilai atau tidak melibatkan menggred
pelajar.

Di dalam penilaian formatif guru membandingkan prestasi pelajar dengan prestasi pelajar lain
di dalam kelas dan bukan semuanya pelajar dalam tahun yang sama. Selalunya sebahagian
kecil kandungan diuji untuk melihat sejauh mana objektif telah dicapai. Pentaksiran Formatif
adalah berpusatkan tindakan dan menjadi asas pembaikan kaedah pengajaran.

Sebagai contoh, sekiranya seorang guru mendapati bahawa beberapa orang pelajar kurang
faham sesuatu konsep, dia mungkin mereka bentuk suatu aktiviti lain atau menggunakan
strategi pengajaran yang lain. Selain itu, pelajar juga boleh memantau kemajuan mereka
secara berkala menggunakan kuiz dan tugasan. Keputusan pentaksiran formatif digunakan
untuk mengubahsuai dan mengesahkan pengajaran. Secara pendeknya, pentaksiran formatif
adalah pentaksiran berterusan dan melibatkan kaji semula, dan pemerhatian tentang apa yang
sedang berlaku dalam bilik darjah.

7
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

Pentaksiran Sumatif
Pentaksiran sumatif adalah bercorak menyeluruh; menyediakan kebertanggung jawaban dan
digunakan untuk menyemak tahap pembelajaran di akhir program (kemungkinan di akhir
semester, tahun atau selepas dua tahun). Sebagai contoh, selepas tiga tahun dalam sekolah
menengah pelajar mengambil sebuah peperiksaan umum yang bercorak sumatif kerana ia
berasas kepada pengalaman pembelajaran terkumpul bagi pelajar tersebut. Pentaksiran
sumatif biasanya digunakan untuk menilai keberkesanan sebuah program pembelajaran pada
akhir tahun akademik atau pada waktu yang ditetapkan.

Matlamat pentaksiran sumatif adalah untuk membuat pertimbangan tentang kecekapan


seorang pelajar–selepas fasa pengajaran telah selesai. Sebagai contoh, peperiksaan umum di
Malaysia dilaksanakan di akhir 6 tahun sekolah rendah; di akhir sekolah menengah rendah
dan di akhir sekolah menengah atas. Itu semua merupakan pentaksiran sumatif untuk
memastikan tahap pemerolehan setiap pelajar di dalam subjek-subjek setelah penyampaian
kandungan sepanjang 2 hingga 3 tahun. Penilaian sumatif digunakan untuk memastikan
samada pelajar telah menguasai kecekapan khusus dang red abjad mungkin diberi untuk
mentaksir pencapaian pelajar. Lihat Jadual 1.1 yang menyenaraikan perbezaan di antara dua
ujian tersebut.

Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif

Dijalankan sepanjang proses Dijalankan di akhir suatu fasa


Bila dijalankan pengajaran-pembelajaran pengajaran-pembelajaran (e.g.di
akhir semester atau tahun)
Ujian kertas & pensil, pencerapan, Ujian kertas & pensil, ujian lisan
Kaedah kuiz, latihan, sesi amali dilaksanakan berkumpulan
dilaksanakan secara kumpulan dan
individu

 Untuk mentaksir kemajuan dan  Grading to determine if the


Matlamat
pemulihan untuk mereka yang 
mencadangkan langkah programme was successful.
To certify students and improve


tidak mencapai objektif the curriculum
Pemulihan atau pengayaan,
ataupun pengajaran semula
topic

Kuiz, esei, ujian diagnostik, laporan Ujian akhir, ujian umum, ujian
Contoh makmal dan rekod kelayakan, ujian standard

Jadual 1.1 Perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif

8
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

1.5 Ujian Rujukan Norma & Ujian Rujukan Kriteria

Terdapat dua jenis ujian bergantung kepada bagaimana hasilnya diinterpretasi dan digunakan.
Secara tradisi terdapat dua jenis ujian yang dikenali sebagai Ujian Rujukan Norma dan Ujian
Rujukan Kriteria.

Ujian Rujukan Norma


Sebab utama penggunaan ujian rujukan norma (norm-referenced) adalah untuk
mengklasifikasi pelajar. Ujian-ujian ini direka bentuk untuk menunjukkan perbezaan diantara
dan dalam kalangan pelajar agar menghasilkan darjat pelajar secara berurutan sepanjang
suatu kontinum pencapaian daripada pencapai tinggi hingga ke pencapai rendah (Anastasi,
1988). Untuk ujian rujukan norma, kumpulan pelajar yang representatif diberikan ujian dan
markah mereka dibandingkan dengan norma selepas melalui suatu proses pentadbiran dan
analisis yang rumit.

Sesiapa yang mengambil ujian rujukan norma boleh membandingkan markahnya dengan
norma. Contohnya, seorang pelajar yang memperoleh markah 70 dalam ujian norm-
referenced hanya akan Nampak jelas apabila markah itu dibandingkan dengan norma.
Apabila dibandingkan dengan norma, dan didapati markah pelajar itu adalah pada peratus ke-
80, ini bermakna bahawa dia telah mencapai tahap yang sama atau lebih baik daripada 80%
pelajar dalam kumpulam norma. Maklumat ini boleh menjadi berguna bagi memastikan
samada pelajar perlu bantuan pemulihan atau tidak, ataupun samada pelajar tersebut adalah
calon program pengayaan. Walau bagaimana pun, markah tersebut memberi maklumat yang
sedikit tentang apa yang pelajar tersebut tahu atau apa dia boleh buat. Kritikan utama ujian
norm-referenced ialah kerana ia selalunya fokus kepada mentaksir kecekapan asas tahap
rendah. Ujian rujukan norma selalunya mengukur hanya sekadar sampel kandungan
akademik yang diajar di sekolah seluruh negara.

Ujian Rujukan Kriteria


Ujian rujukan kriteria (criterion-referenced) dapat memastikan apa yang pelajar boleh buat
atau sebaliknya, dan tidak membandingkannya dengan pelajar lain (Anastasi, 1988). Ujian
rujukan kriteria melapor prestasi pelajar berbanding tahap prestasi yang ditentukan pada
suatu set matlamat atau hasil pembelajaran yang termaktub dalam kurikulum. Ujian rujukan
kriteria digunakan apabila guru ingin mengetahui sejauh mana pelajar telah memperoleh
pengetahuan dan kecekapam yang mereka diharap telah kuasai. Maklumat ini mungkin
digunakan sebagai maklumat untuk memastikan sejauh mana pelajar memperoleh kandungan
kurikulum dan sejauh mana sekolah mengajar kurikulum tersebut. Ujian rujukan kriteria
memberi butiran terperinci tentang sejauh mana pencapaian seorang pelajar bagi setiap
matlamat pendidikan atau hasil pembelajaran yang terkandung di dalam ujian tersebut.
Contohnya, markah bagi sebuah ujian rujukan kriteria mungkin menceritakan operasi
matematik mana seorang pelajar boleh laksanakan atau tahap masalah pembacaan yang
dialami pelajar. Lihat Jadual 1.2 yang menyenaraikan perbezaan di antara kedua-dua jenis
ujian.

9
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

 Membandingkan prestasi  Membanding prestasi pelajar dengan


Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria
Matlamat

 Memilih untuk  Sejauh mana pelajar telah memperoleh


pelajar dengan pelajar lain kriteria (e.g. hasil pembelajaran)
pelajar

 Memperbaiki
persijilan pengetahuan atau kecekapan
pengajaran &
pembelajaran
Jenis soalan Soalan daripada senang hingga Soalan hampir sama tahap kepayahan
susah dengan kriteria
Melapor Gred diberi Tiada gred diberi (samada
keputusan pengetahuan/kecekapan dicapai atau tidak
Liputan Liputan kandungan yang luas Aspek kandungan yang tertentu
Kandungan
Contoh UPSR, PMR, SPM peperiksaan Ujian kelas, latihan dan tugasan
umum, peperiksaan akhir
semester, peperiksaan akhir
tahun

Jadual 1.2 Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria

a) Bincangkan perbezaan di antara pentaksiran formatif dan


pentaksiran sumatif. Berikan contoh-contoh sesuai.
b) Apakah perbezaan di antara ujian rujukan norma dan ujian rujukan
kriteria daripada segi matlamat, jenis soalan, pelaporan keputusan
dan liputan kandungan?

1.6 Keselarian Antara Objektif, Pengajaran dan Pentaksiran

Adalah penting guru memastikan objektif, pengajaran dan pentaksiran adalah selari? Apakah
yang dimaksudkan? Lihat Rajah 1.3. Objektif pengajaran ialah untuk memperkembangkan
kemahiran ‘bacaan inferen’; iaitu murid dapat memahami mesej tersirat dalam bahan yang
dibaca. Tetapi dalam bilik darjah guru mengutamakan pengajaran bacaan pada tahap literal
atau mesej tersurat sahaja. Manakala, pentaksiran yang selaras dengan objektif, bertumpu
kepada pengujian kemahiaran inferen murid. Apakah akan terjadi?

10
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

Bacaan pada
Tahap Inferen

Bacaan pada
Tahap Literal

Objektif Pengajaran Pentaksiran

Rajah 1.3 Ketidakselarian antara Objektif, Pengajaran & Pentaksiran

 Objektif memerlukan bacaan inferen, iaitu maklumat atau mesej tersirat


Secara ringkas:

 Pengajaran bertumpu kepada bacaan literal iaitu maklumat tersurat dalam bahan

 Pentaksiran memerlukan murid memahami mesej tersirat dalam bahan bacaan.


bacaan

Tidaklah hairan apabila pencapaian murid rendah kerana ujian yang digunakan menguji
kemahiran yang mereka tidak diajar.

Bacaan pada
Tahap Inferen

Bacaan pada
Tahap Literal

Objektif Pengajaran Pentaksiran

Rajah 1.4 Keselarian antara Objektif, Pengajaran & Pentaksiran

11
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

Lihat Rajah 1.4 yang menunjukkan keselarian antara objektif, pengajaran dan pentaksiran. Untuk
mencapai objektif yang diingini, kaedah mengajar yang sesuai dilaksanakan. Instrumen
pentaksiran yang digubal selari dengan objektif yang ingin dicapai (Dwyer, 1991). Contohnya,
objektif pembelajaran yang dipilih ialah untuk memastikan sejauh manakah murid berjaya
membaca pada tahap inferen. Pelbagai kaedah dan aktiviti digunakan bagi membolehkan murid
membaca pada tahap inferen. Ujian yang digubal dan digunakan menguji kemahiran membaca
pada tahap inferen. Kesimpulannya, objektif, pengajaran dan pentaksiran adalah selari.

1.7 Ciri-Ciri Ujian yang Baik

Setiap kali kita terlibat dengan pentaksiran, kita perlu yakin dengan keputusan yang
diperolehi. Oleh kerana kita menilai manusia, kita perlu memastikan bahawa markah, band
atau skor yang diberikan kepada setiap betul-betul mencerminkan tahap keupayaan dan
kebolehan mereka.
Anda memberikan ujian Pendidikan Moral kepada sekumpulan pelajar Tahun 4 dan salah
seorang pelajar bernama Keng Yap telah mendapat markah 66% dalam ujian tersebut.
Sejauhmanakah anda pasti bahawa itu adalah markah sebenar Keng Yap? Apabila anda
membina sebuah ujian dan mentadbirkannya kepada murid, anda cuba untuk mengukur
markah sebenar murid. Markah sebenar merupakan suatu konsep yang hipotetikal tentang
keupayaan sebenar kecekapan dan kemampuan seseorang individu.

Adalah mustahil guru boleh membina sebuah ujian yang bebas daripada ralat. Bagaimana
pun ia tidak bermaksud bahawa ujian yang digubal guru tidak baik. Yang lebih penting
adalah saiz ralat itu.

Markah Sebenar = Markah yang Diperolehi + Ralat

Ralat mungkin timbul daripada faktor-faktor berikut:



Arahan tidak jelas


Soalan yang mengelirukan


Kepenatan murid
Murid meniru dan sebagainya

Faktor-faktor ini mungkin meningkatkan markah dan yang lain pula menyebabkan markah
yang diperolehi turun. Umum, lebih kecil ralat, lebih tepat markah sebenar murid. Sekiranya
anda yakin bahawa ujian anda (markah diperhatikan) mempunyai ralat yang kecil, maka anda
boleh dengan yakin membuat inferens bahawa markah Keng Yap 66% adalah hampir dengan
markah sebenarnya atau keupayaan sebenarnya dalam Pendidikan Moral. Untuk
mengurangkan ralat sesuatu ujian, anda perlu memastikan bahawa ujian mempunyai kesahan,
kebolehpercayaan. keobjektifan, kebolehtadbiran dan kebolehtafsiran yang tinggi (Lihat Rajah
1.5).

12
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

Kesahan

Kebolehpercayaan

Keobjektifan

Kebolehtadbiran

Kebolehtafsiran

Rajah 1.5 Ciri-Ciri Ujian yan Baik

1) KESAHAN
Kesahan ditakrifkan sebagai sejauh mana sesuatu ujian mengukur apa yang ia patut diukur.
Sekiranya ia tidak mengukur apa yang ia patut mengukur, maka ujian itu tidak boleh
digunakan kerana interpretasi yang dibuat berasaskannya tidak sah atau relevan (Nutall,
1987). Contohnya, ujian yang sepatutnya mengukur ‘keupayaan murid Tahun 6 berfikir secara
kritis’ tidak mengukur ‘keupayaan berfikir secara kritis’, maka ujian tersebut bukanlah sebuah
ujian yang sah.

Buruk kesannya jika guru membuat rumusan tentang apa yang muridr boleh atau tidak boleh buat
berdasarkan ujian tersebut. Inilah sebabnya ramai pakar pendidik menekankan kepentingan
kesahan ujian. Bagaimana pun, kesahan akan berbeza bagi setiap ujian bergantung kepada
kegunaannya. Contohnya, sesuatu ujian mungkin mempunyai kesahan yang tinggi dalam menguji
kebolehan menjelaskan konsep tetapi mempunyai kesahan rendah bagi menguji aplikasi konsep.

Messick (1989) sangat khuatir tentang interpretasi yang dibuat oleh guru tentang kebolehan
murid berdasarkan sesuatu ujian. Bayangkan kuasa yang dipegang oleh guru semasa menggubal
dan mentadbirkan ujian. Keputusan ujian yang diperolehi akan menentukan masa depan ratusan
murid. Tafsiran berdasarkan ujian yang mempunyai kesahan yang rendah akan memberi
gambaran yang tidak tepat tentang keupayaan dan kecekapan murid. Berikut ini ialah beberapa
jenis kesahan ujian:

 Kesahan Konstruk ialah sama ada ujian yang digubal mengukur konstruk atau ciri atau
fenomena yang ingin diukur. Contohnya, jika anda ingin menentukan tahap kemahiran
membaca murid, anda perlu memastikan ujian yang digubal mengukur kefahaman
membaca, penguasaan kosa kata, membaca untuk maksud literal dan membaca untuk
maksud inferens. Bagaimana guru dapat menentukan ujian yang digubal mempunyai
kesahan konstruk yang tinggi?

13
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

o Satu cara ialah dengan membanding atau menkorelesasi ujian pembinaan guru
dengan sesuatu ujian yang mengukur konstruk yang sama. Contohnya, guru boleh
membandingkan markah yang diperolehi dalam ujian yang digubal oleh guru
dengan ujian lain yang diberikan kepada sampel murid yang sama. Sekiranya
markah bagi kedua-dua ujian tersebut berkorelasi tinggi, maka guru boleh
membuat kesimpulan bahawa ujian yang digubal oleh guru mempunyai kesahan
konstruk yang tinggi.
o Satu lagi cara ialah dengan merujuk kepada teori. Contohnya, berdasarkan sudut
pandangan teori-teori pendidikan moral bacaan, guru dapat membina soalan-
soalan yang berkait rapat dengan hujah-hujah teori berkenaan pendidikan moral.

 Kesahan Ramalan ialah samada sesuatu ujian yang dibina oleh guru dapat meramal
dengan tepat prestasi atau keupayaan masa hadapan murid. Contohnya, keputusan STPM
digunakan untuk meramal prestasi dalam universiti. Kesukaran dalam menghitung
kesahan ramalan bagi STPM ialah kerana hanya mereka yang lulus peperiksaan itu yang
akan meneruskan pelajaran ke universiti (secara umumnya) dan kita tidak tahu
pencapaian pelajar yang gagal (Wood, 1991). Juga, hanya sebilangan kecil populasi yang
mengambil STPM dan korelasi di antara gred STPM dan prestasi di peringkat sarjana
muda mungkin tinggi.

2) KEBOLEHPERCAYAAN
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang
calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam sesuatu ujian pada hari pertama dan
mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu,
maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. Dengan perkataan lain,
kebolehpercayaan menunjukkan konsistensi sesuatu ujian dengan bertanya ‘adakah
mendapat skor atau markah yang sama sekiranya mereka mengambil ujian yang sama pada
sekali lagi?’. Sekiranya, markah yang diperolehi tidak konsisten, maka guru boleh
merumuskan bahawa ujian itu juga tidak sah kerana kandungan yang diuji tidak tepat. Berikut
ini ialah beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menentukan
kebolehpercayaan sesuatu ujian:

1. Uji-Uji Semulan (Test-Retest) yang sama sekali lagi. Markah yang diperolehi dalam
pentadbiran ujian pertama dikorelasikan dengan markah yang diperolehi dalam
pentadbiran kedua ujian tersebut. Sekiranya korelasi di antara kedua-dud markah tersebut
adalah tinggi maka ujian tersebut boleh dikatakan mmempunyai kebolehpercyaan yang
tinggi. Namun begitu, teknik uji-uji semula agak sukar dilaksanakan kerana murid
mungkin enggan mengambil ujian yang sama dua kali. Juga, murid mungkin dapat
mengingat kembali soalan-soalan ujian pertama.

2. Ujian Setara (Equivalent Test) - Bagi teknik ini, dua ujian yang setara ditadbirkan
kepada kumpulan murid yang sama. Kedua-dua ujian ini tidak serupa tetapi setara. Iaitu,
kedua-dua ujian mempunyai soalan-soalan berlainan tetapi mengukur konstruk (iaitu
pengetahuan, kemahiran atau sikap) yang sama. Markah atau skor yang perolehi dalam
kedua-dua ujian dikorelasikan dan jika angka korelasi adalah tinggi, kebolehpercayaan
ujian disifatkan sebagai tinggi. Kelebihan teknik ini ialah tidak ada pengaruh murid
mengingat kembali soalan-soalan. Suatu masalah dengan teknik ini ialah guru perlu
menghasilkan begitu banyak soalan.

14
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

3. Konsistensi Dalaman (Internal Consistency) – Teknik ini menentukan konsistensi


dalaman sesuatu ujian dengan menggunakan sesuatu formula. Hanya satu ujian yang
perlu ditadbirkan sekali kepada murd. Konsistensi dalaman ujian ditentukan dengan
mengira korelasi satu soalan dengan soalan-soalan lain dan keseluruhan ujian. Yang
dianggarkan ialah sejauh manakah soalan-soalan mencerminkan konstruk (pengetahuan,
kemahiran & nilai) yang diukur.

3) KEOBKETIFAN
Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memberikan
markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling
tinggi bagi ujian objektif (seperti soalan aneka pilihan, betul-salah, memadan dan sebagainya)
berbanding ujian subjektif (seperti ujian esei, projek dan sebagainya). Kemungkinan besar
pemarkahan ujian subjektif dipengaruhi oleh tafsiran atau perasaan emosi pemeriksa.
Sekiranya soalan-soalan objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

4) KEBOLEHTADBIRAN
Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka.
Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah
mencukupi. Lihat Jadual 1.3 yang menunjukkan masa yang dicadangkan untuk setiap jenis
soalan ujian. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan,
maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran
merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding
ujian subjektif.

Jenis Soalan atau Item Peruntukan Masa Bagi Setiap Soalan

Item betul/salah 20-30 saat


Item aneka pilihan (fakta) 40-60 saat
Item aneka pilihan (kompleks) 70-90 saat
Item memadankan (5 – 6 pilihan) 2-4 minit
Item jawapan pendek 2-4 minit
Item aneka pilihan (melibatkan pengiraan) 2-5 minit
Masalah dalam perkataan (kiraan mudah) 5-10 minit
Esei pendek 15-20 minit
Analysis data / membuat geraf 15-25 minit
Esei panjang 35-50 minit

Rajah 1.3 Peruntukan Masa Untuk Sesuatu Jenis Soalan Pentaksiran

[sumber: A.J. Nikto (2004). Educational assessments of students. Englewood Cliffs, NJ:
Prentice-Hall]

15
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

a) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan keselarian objektif, pengajaran


dan pentaksiran. Mengapakah ini penting?
b) Bincangkan beberapa jenis kesahan ujian.
c) Bagaimana guru dapat menentukan bahawa ujian yang gunakan itu
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi?
d) Mengapakah keobjektifan ujian penting?
e) Bincangkan masa yang perlu diperuntukkan untuk sesuatu jenis soalan.
Adakah anda bersetuju dengan cadangan Niko (2004)?

16
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

 Pentaksiran ialah suatu proses mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber


tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap /nilai pelajar

 Pengukuran ialah pemberian skor atau markah atau menyatakan band yang
menunjukkan tahap pencapaian.

 Untuk membuat penilaian, kita perlukan maklumat, dan ia diperolehi dengan


mengukur menggunakan alat yang boleh dipercayai.

 Pengujian ialah penggunaan instrumen atau alat yang cuba menguji sebahagian
tingkahlaku pelajar.

 Keluarga ingin mengetahui kemajuan anak mereka di sekolah, dan ahli keluarga
menghargai contoh-contoh khusus tentang kemajuannya.

 Penilaian atau pentaksiran Diagnostik dijalankan pada permulaan pengajaran atau unit
untuk sesuatu subjek bagi mentaksir kesediaan pelajar dan sebagai latar belakang
kepada apa yang akan diajar.

 Pentaksiran formatif selalunya dibuat pada permulaan tahun pengajaran, dengan itu
memberi peluang untuk mendapatkan bukti awal tentang pembelajaran pelajar dalam
subjek atau suatu titik pada program tersebut.

 Pentaksiran sumatif adalah bercorak menyeluruh; menyediakan kebertanggung


jawaban dan digunakan untuk menyemak tahap pembelajaran di akhir program
(kemungkinan di akhir semester, tahun atau selepas dua tahun).

 Sebab utama penggunaan ujian rujukan norma (norm-referenced) adalah untuk


mengklasifikasi pelajar.

 Ujian rujukan kriteria (criterion-referenced) dapat memastikan apa yang pelajar boleh
buat atau sebaliknya, dan tidak membandingkannya dengan pelajar lain.

 Untuk mencapai objektif yang diingini, kaedah mengajar yang sesuai dilaksanakan.
Instrumen pentaksiran yang digubal selari dengan objektif yang ingin dicapai.

 Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian.

 Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi
kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan
serentak.

17
Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

Linn, R & Gronlund, N. (2000). Measurement and Assessment in Teaching. New


Jersey:Prentice-Hall Inc.

Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Janjong Malim: Quantum Books

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Nitko, A.J. (2004). Educational assessments of students. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Dwyer, F. M. (1991). A paradigm for generating curriculum design oriented research


questions in distance education. Second American Symposium Research in Distance
Education, University Park, PA: Pennsylvania State University.

18

You might also like