You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM
AL-QURAN
DIHATIKU
1. PENDAHULUAN

Penubuhan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Skudai Kiri (PAKK Skudai) di bawah


Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Daerah Johor Bahru bertujuan untuk
membantu kanak-kanak berhampiran mendapatkan satu sistem sokongan
berbentuk pusat setempat yang menyediakan dan menawarkan pelbagai
aktiviti berfaedah seperti tempat tuisyen, tempat menyelesaikan tugasan
sekolah, tempat bermain yang menyediakan pelbagai permainan serta
aktiviti dan sebuah tempat yang boleh mengisi masa lapang kanak- kanak
berhampiran dari terlibat dengan pelbagai aktiviti yang tidak sihat serta
negatif.

Selari dengan tujuan penubuhan PAKK Skudai ini, wajarlah satu program
yang bermanfaat secara berkala diadakan bagi memberikan satu bentuk
perkongsian ilmu dan pengalaman yang berharga buat kanak-kanak.
Program yang dirangka haruslah dalam bentuk pembelajaran melalui
aktiviti bagi menarik minat kanak-kanak untuk turut serta di dalam program
ini.

Harapan dan wawasan ibu bapa dan PPKK sendiri adalah untuk
membantu menerapkan sahsiah yang baik dalam kehidupan seharian,
selain daripada sekadar berfokus kepada kecemerlangan akademik.
Landasan kepada kecemerlangan diri itu pula sangat bergantung pada
penghayatan agama. Perkara asas bagi penghayatan agama ialah dengan
membaca Al Qur’an. Setiap orang Islam bertanggungjawab mempelajari Al
Quran untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat kerana Al-Quran
merupakan sebuah kitab panduan dan pegangan hidup bagi memandu
seluruh muslimin dan muslimat ke jalan yang diredhai Allah.

Bagi memulakan langkah untuk memulakan aktiviti kanak-kanak di PAKK


Skudai ini, satu program bertajuk “Al-quran Dihati” yang bakal diadakan
dalam bentuk kem sehari dicadangkan untuk diadakan. Melalui program
ini, peserta akan menghayati kandungan Al-Quran melalui aktiviti seperti
pencarian harta karun, melukis doodle dan membuat eksperimen sains.

2. OBJEKTIF
2.1 Menyemai rasa cintakan Al-Quran
2.2 Menghayati kandungan Al-Quran melalui pelbagai aktiviti hands-on
2.3 Memupuk kesedaran pelajar ke arah memahami pengajaran daripada Al
Qur’an dan seterusnya membudayakan Al Qur’an dalam kehidupan.
2.4 Kanak-kanak belajar untuk bergaul sesama sendiri
2.5 Menanamkan rasa yakin diri di kalangan peserta
2.6 Membina semangat bekerjasama di dalam kumpulan

3. LOKASI/ TARIKH/ MASA


Lokasi : Pusat Aktiviti Kanak-kanak, kampong Skudai Kiri
Tarikh : 22 Julai 2023
Masa : 9 pagi hingga 4 petang

4. SASARAN PENYERTAAN
Program ini direka agar bersesuaian dengan kanak-kanak berumur 10 tahun
hingga 12 tahun, atau yang sedang berada di tahap 2, Sekolah Rendah.
Sasaran bilangan penyertaan adalah seramai 30 orang.

5. CADANGAN AKTIVITI/ PENGISIAN


Sesuai dengan program berebntuk kem, modul program dirangka melibatkan
aktiviti menyeronokkan secara ‘hands-on’ dengan penglibatan kesemua
peserta. Setiap peserta akan dibekalkan dengan bahan bercetak untuk
melaksanakan aktiviti dan juga sebagai rujukan setelah mereka
menyelesaikan program.
6. MODUL

SLOT PENERANGAN PERALATAN


PENGENALAN Penceramah akan memperkenalkan Tiada
diri, memberitahu peraturan dan
Masa : 30 minit memberikan sedikit gambaran
berkenaan aktiviti yang bakal
dijalankan.

ICE BREAKER Peserta akan diberikan sehelai Template BINGO


template dengan beberapa soalan di dan pensel
AKTIVITI 1 atasnya. Peserta perlu mencari
BINGO seseorang yang memenuhi kriteria
Masa : 20 dalam template tersebut.
minit
Peserta pertama yang dapat BINGO
adalah pemenang.

PEMBAHAGIAN Peserta akan perlu mencari haiwan


KUMPULAN yang terdapat dalam handout yang
diberikan dan membentuk kumpulan
dengan hanya membuat bunyi
haiwan tersebut tanpa menyebut
nama hairan.

REHAT (SARAPAN PAGI)


SLOT AKTIVITI Penderamah akan berkongsi Sirah Slide
kisah Nabi Muhammad semasa kecil.
AKTIVITI 2
SIRAH
RASULULLAH
Masa : 20 minit

AKTIVITI 3 : Secara dalam kumpulan, peserta Klu


KOD RAHSIA perlu mencari beberapa bahan
Masa : 30 minit tertentu dan diberikan kepada
penceramah untuk mendapatkan
petunjuk bagi menyelesaikan kod
rahsia.

AKTIVITI 4 Peserta akan diajak untuk Slide


AL-FATIHAH DAN memperbaiki bacaan Al-Fatihah dan
MAKNA menghayati makna Al-Fatihah

Masa : 10 minit
AKTIVITI 5 : Semua peserta diberikan template Pensel
DOODLE AL- makna bagi setiap ayat dalam surah Kertas
FATIHAH Al-Fatihah.
Masa : 30 minit
Kemudian, peserta perlu melukis
sesuatu yang bagi mereka,
meggambarkan maksud ayat
tersebut.

AKTIVITI 6 Secara bergilir, peserta perlu Bebola kapas


memindahkan sebiji bebola kapas Kertas mahjung yang
TIUPAN dari Point A ke Point B, dengan dilukis laluan dari
BERARAH hanya meniupnya, tanpa Point A ke Point B
Masa : 30 minit menggunakan tangan.

Kumpulan pertama yang berjaya


memindahkan bebola kapas dari
Point A ke B adalah pemenangnya

REHAT (MAKAN TENGAHARI DAN SOLAT)


AKTIVITI 7 Peserta membuat bentuk bulatan dan
melakukan aseperti arahan
JIJO Penceramah
Masa : 20 minit
AKTIVITI 6 Peserta akan beratur dalam satu Kain penutup mata
barisan, kecuali seorang yang akan
PENUNJUK ARAH menjadi ketua.
Masa : 30 minit
Setiap peserta akan ditutup mata,
melainkan ketua.

Dari jauh, Ketua perlu memberikan


arahan kepada ahli kumpulan untuk
menuju ke arahnya

AKTIVITI 8 Penceramah dan peserta kan saling


mengimbas semula aktiviti yang telah
REFLEKSI DAN dijalankan sepanjang hari dan
PENUTUP berbincang tentang hasil dapatan dri
aktiviti tersebut.
Masa : 15 minit
Penyampaian hadiah, sijil dan sesi fotografi berkumpulan. Bersurai
7. KEWANGAN DAN KOS PROGRAM
Kos yang dikenakan adalah sebanyak RM25.00 bagi setiap peserta, yang
akan ditanggung sepenuhnya oleh PPKK. Kos tersebut merangkumi kos
bahan bercetak, kos peralatan untuk aktiviti, kos makan, sijil, hadiah, bayaran
kepada fasilitator dan juga penceramah.

Jumlah kos = RM250.00 x 30 peserta


= RM750.00

Disediakan oleh

……………………………………..
Pn.Norzita Binti Nordin
Setiausaha PPKK
Daerah Johor Bahru

Disemak oleh, Diluluskan oleh,

……………………………………. …………………………………
Encik Mohd Afifi Bin Mohd Adzhar Tuan Haji Manayi Bin Ibrahim
Timbalan Pengerusi PPKK Pengerusi PPKK
Daerah Johor Bahru Daerah Johor Bahru

You might also like