You are on page 1of 5

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

RUANG DALAM LUKISAN

Definisi

Ruang ialah jarak di antara objek yang mempunyai rongga dan wujud secara nyata atau ilusi.
Ruang nyata (fizikal) wujud di persekitaran objek buatan manusia dan alam semula jadi,
manakala ruang ilusi merupakan ruang yang wujud pada permukaan dua dimensi seperti
lukisan dan catan.

Jenis Ruang

Ruang terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

a) Ruang nyata
b) Ruang ilusi

Ruang Nyata

Ruang nyata ialah ruang fizikal yang wujud di sekeliling persekitaran tiga dimensi. Ruang
nyata terbahagi kepada dua, iaitu:

a) Ruang terbuka
Ruang terbuka ialah kawasan atau ruang yang luas atau lapang.

b) Ruang tertutup
Ruang tertutup ialah kawasan atau ruang yang kecil atau terhad.

Ruang Ilusi

Ruang ilusi ialah gambaran imej tiga dimensi yang wujud pada permukaan 180 o. Ruang ilusi
terbahagi kepada tiga, iaitu:

a) Ruang rata
Ruang rata ialah jarak di antara objek dengan latar rata.

b) Ruang cetek
Ruang cetek ialah ruang di antara objek dengan latar dekat.

c) Ruang dalam
Ruang dalam ialah ruang di antara objek dengan latar jauh.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMPENA PKP COVID-19 TAHUN 2020 1


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

Lukisan yang menggambarkan Lukisan yang menggambarkan


ruang terbuka ruang tertutup

Ruang rata ialah jarak di antara Ruang cetek ialah ruang di antara Ruang dalam ialah ruang di antara
objek rata objek dengan latar dekat objek dengan latar jauh

Ruang Perspektif

Ruang perspektif melibatkan jarak di antara objek atau imej yang menggunakan kesan ilusi
tiga dimensi. Untuk menggambarkan ruang perspektif, pengkarya perlu memahami aras
mata dan titik lenyap.

Aras mata ialah paras kedudukan mata yang melihat sesuatu objek. Perbezaan paras
kedudukan mata akan memberikan gambaran imej yang berbeza.

Titik lenyap ialah titik pertemuan garisan perspektif.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMPENA PKP COVID-19 TAHUN 2020 2


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

Kedudukan imej kotak mengikut paras mata dan kedudukan dua titik lenyap

Perspektif satu titik lenyap

Perspektif dua titik lenyap

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMPENA PKP COVID-19 TAHUN 2020 3


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

Perspektif tiga titik lenyap

Pembahagian Ruang Dalam Karya

Ruang depan ialah objek yang mempunyai kedudukan paling hadapan, diikuti dengan objek
yang terdapat di bahagian tengah dan di bahagian paling belakang. Pembahagian ruang
dalam olahan karya dapat mewujudkan kesan ruang ilusi yang lebih jelas.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMPENA PKP COVID-19 TAHUN 2020 4


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

AKTIVITI PENGUKUHAN

Lakarkan semula lukisan di atas dengan mengaplikasikan ruang perspektif dua titik lenyap.

Catatan: Aktiviti pengukuhan ini buat di buku latihan. Apabila sudah siap, ambil gambar dan
hantar kepada saya (Cikgu Zailan) untuk disemak. Gambar di bawah adalah contoh aktiviti
pengukuhan yang pelajar buat, kerja ini sudah disemak dan dikembalikan kepada pelajar
terlibat.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMPENA PKP COVID-19 TAHUN 2020 5

You might also like