You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Batu Arang


48100 Batu Arang, Selangor Darul Ehsan.
BBB 7307
JADUAL PELAKSANAAN
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2.0
MATA PELAJARAN
HARI
8:00 – 10:00 PAGI 10:30 PAGI – 12:30 TENGAH HARI
Isnin BAHASA INGGERIS TEKNOLOGI MAKLUMAT
REKA BENTUK TEKNOLOGI
Selasa BAHASA MELAYU
PENDI JASMANI & KESIHATAN
PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Rabu
PENDIDIKAN MORAL PENDIDIKAN MUZIK
Khamis MATEMATIK BAHASA ARAB
Jumaat SAINS SEJARAH
* Berkuatkuasa pada 25 Januari 2021 dan akan dilanjutkan mengikut makluman

Medium
1. Whatsapp – Semua makluman berkaitan tugasan murid walaupun menggunakan medium yang
lain.
2. Rakaman video – Pengajaran oleh guru bagi suatu tajuk pembelajaran. Boleh tonton berulang
kali sebagai panduan.
3. Google Classroom (GC) – Latihan dinilai secara automatik dan tidak perlu maklumkan semula
kepada guru.
4. Google Meet – Perjumpaan atas talian mengikut waktu yang dipersetujui oleh ibu bapa dan
penjaga agar tidak berlaku sebarang masalah dan ketidakselesaan.
5. YouTube – Perlu melanggan (subscribe) perkongsian tersebut sebagai panduan pembelajaran
murid.
6. Facebook Live – Pengajaran langsung guru dan video perlu simpan sebagai panduan.
7. Lembaran kerja (modul) – Berbentuk buku dan akan diedarkan setiap minggu. Ibu bapa dan
penjaga perlu mengambil modul di sekolah. Murid-murid perlu menjawab soalan-soalan di dalam
modul tersebut dan dikembalikan ke sekolah seterusnya mengambil modul yang baharu untuk
dijawab.

Rujukan
Pautan berikut adalah buku teks digital yang boleh digunakan sebagai panduan pembelajaran:
https://t.me/bukuteksdigitaltrieze

Penglibatan
1. Ibu bapa dan penjaga berperanan memantau dan membantu pembelajaran anak-anak di rumah.
Sebarang masalah berkaitan aktiviti pembelajaran, boleh berbincang dengan guru secara
berhemah.
2. Semua murid diharapkan dapat mengikuti PdPR agar tidak berlaku keciciran dalam pembelajaran
dan memastikan kesinambungan akademik berterusan.

Terima kasih.

NINI NAFAIZAH BINTI MOKHTAR


Guru Besar,
SK Batu Arang.

You might also like