You are on page 1of 5

PANITIA SAINS 2021

SMK TRIANG 3,
28300 TRIANG, PAHANG
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA TAHUN 2021

Tempat : Pusat Sumber


Tarikh / Hari : 26 Januari 2021 / Selasa
Masa : 11.00 am – 12.00 am
Kehadiran :
1. Pn Haslinda Binti Tahir (Ketua Bidang Sains & Matematik)
2. Pn Nur Akmal binti Azmi (bersebab)
3. Pn Nor Azizah Binti Abd Ghani (KP Sains)
Tidak Hadir :
1. En Nasir bin Tarli (bersebab)

AGENDA MESYUARAT
1) Ucapan pengerusi

2) Maklumat guru matapelajaran

3) RPT

4) eRHP – Pdpr dan SPM 2020

5) Laporan PdPR

6) Jadual mengajar

7) Makmal 1. Kimia, 2. Biologi, 3. Fizik

8) PBO – Lembaran kerja,

9) Modul – Ikut Tingkatan

10) Program/Perancangan panitia 2021,

11) Penjajaran Kurikulum – Menghabiskan silibus tahun 2020

12) Streaming Sains Tulen

13) Kursus/PLC guru, KSSM, aplikasi online


1. Kata aluan Ketua Bidang Sains dan Matematik
1.1 Pn Haslinda mengucapkan terima kasih dengan kehadiran ahli-ahli dalam
mesyuarat kali pertama. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-
Fatihah.
1.2 Semua guru dalam bidang sains dan matematik diminta mengisi borang
maklumat guru.

2. Maklumat Peribadi Guru.

2.1 Semua guru sains dan matematik diminta untuk memberikan maklumat
peribadi untuk simpanan rekod panitia.
Tindakan : Semua guru sains

3. Rancangan pengajaran Tahunan , DSKP, Rancangan pengajaran harian.

3.1 Rancangan pengajaran tahunan (RPT) akan disediakan guru sains sendiri.
RPT adalah berdasarkan format terkini KPM, berdasarkan DSKP.
3.2 Masa PdPC Jadual waktu (1) 2021 turut terlibat sama seperti masa yang
diperuntukan untuk KSSM. Tempoh 1 masa lebih pendek (30 minit) tetapi
bilangan masa dalam seminggu adalah 5 berbanding 4 untuk tahun sebelum
ini.
Tindakan : Semua guru sains

4. e-RPH.

4.1 Semua guru mesti membuat serta menghantar e-RPH setiap minggu.
Penghantaran akan dilakukan setiap hari Jumaat atau sebelum berakhir
minggu berkenaan.
Tindakan : Semua guru sains
5. Laporan PdPR

5.1 Semua guru perlu menghantar laporan PDPR melalui link yang diberikan oleh
JPN, setiap hari apabila telah tamat PdPc secara online. Penghantaran
selewat-lewatnya jam 8.00 am keesokkan harinya.
6. Jadual Waktu Mengajar

5.1 Jadual waktu mengajar akan diselaraskan mengikut ketetapan oleh pihak
kementerian. Penambahan masa pembelajaran dari 5 waktu seminggu
kepada 6 waktu seminggu.
Tindakan : Makluman
7. Makmal Sains

7.1 Hanya 3 makmal sahaja yang akan diguanakan untuk sesi 2021. Makmal
tingkat 1 untuk Biologi, tingkat 2 untuk Kimia, tingkat 3 untuk Fizik.
Tindakan : Makluman
8. Lembaran Kerja.

8.1 Persejutuan telah dicapai dimana setiap 2 minggu 1 helai lembaran kerja
diberi kepada murid mengikut topik yang dipelajari mereka.

Tindakan : Semua guru sains


9. Modul

9.1 Modul pula lebih merujuk untuk pelajar menengah atas. Modul yang akan
digunakan adalah modul perkongsian guru cemerlang negeri
pahang.Penggunaan soalan-soalan tahun lepas dan juga soalan JUJ
digalakkan untuk menyesuaikan pelajar dengan soalan sebenar SPM.

Tindakan : Semua guru sains


10. Program/Perancangan panitia 2021.

10.1 Perbincangan bersama ahli panitia sains untuk merancang program.


JADUAL PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PANITIA SAINS 

BIL AKTIVITI OBJEKTIF UTAMA STRATEGI  HASIL AKTIVITI


PELAKSANAAN
1 Info sains Memberi pelbagai info Murid membaca Menambah
dalam bidang sains. pelbagai artikel pengetahuan sains.
Menambahkan mengenai sains Meningkatkan
pengetahuan sedia melalui sudut info tahap penguasaan
ada murid terhadap sains. bahasa Inggeris
pelajaran sains. melalui ruangan
kamus.
2. Kuiz sains - Menambahkan daya a) Dilaksanakan Murid dapat
ingatan   secara lisan menguatkan
  jangka panjang b)Dilaksanakan memori di samping
murid. secara bertulis dan menambah
-Melatih murid supaya murid menjawab pengetahuan
boleh berfikir secara secara individu di
cepat dan tepat dalam kelas.
c) dilaksanakan
semasa minggu
bersama PSS
3.  Pertandingan Mengaplikasikan Dilaksanakan Melahirkan murid
reka cipta sains pengetahuan sains secara merentas yang mampu
yang telah dipelajari bersama panitia merekacipta dan
Kemahiran Hidup. kreatif
Pertandingan secara
berkumpulan pada
minggu bersama
PSS.
-Melibatkan semua
murid .
4. Kelas Memberi pendedahan -Melibatkan murid Menambahkan
kecemerlangan tambahan di samping tingkatan 3 dan 5 kecekapan dan
PT3 dan SPM mengadakan latih tubi -Diadakan selepas meningkatkan daya
secara intensif waktu persekolahan. ingatan.
-Dijalankan selama
2 jam
5 Ceramah teknik Memberi pendedahan Melibatkan semua Meningkatkan
menjawab tambahan mengenai calon PT3 dan SPM penguasaan teknik
Soalan PT3 dan teknik menjawab Ceramah menjawab soalan
SPM soalan PT3 dan SPM disampaikan oleh degan lebih
penceramah berkesan
jemputan.
6 Pembimbing Memberikan Melibatkan pelajar Meningkatkan
rakan sebaya keselesaan kepada cemerlang keyakinan diri .
(PRS) pelajar untuk bertanya
berkenaan topik atau
konsep sains yang
mereka kurang faham
atau kurang jelas.

11. Penjajaran Kurikulum – Menghabiskan silibus tahun 2020

11.1 Semua guru diminta memastikan sukatan pelajaran untuk tahun 2020 telah
diselesaikan, sehingga Mei 2021.
Tindakan : Semua guru sains

12. Streaming Sains Tulen


12.1 Pemilihan pelajar untuk aliran sains tulen adalah berdasarkan pencapai akhir
tahun tingkatan 2 dan penilaian semasa guru yang mengajar mereka pada tahun 2020
Tindakan : Makluman

12. Kursus/PLC guru, KSSM, aplikasi online

12.1 Setiap guru bertanggungjawab untuk merekod segala kursus atau PLC yang
mereka hadiri.
Tindakan : Makluman
13. Penutup

13.1 Ucapan penangguhan oleh Pn Haslinda selaku pengerusi mesyuarat


Panitia pertama bagi tahun 2021 dan jutaan terima kasih .

13.2 Semoga apa yang dibincangkan dalam mesyuarat ini dapat


dilaksanakan dengan lebih berkesan dan praktikal serta
dipermudahkan segala urusannya dengan izin Allah swt.
Tindakan : Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tenghari

Disediakan oleh : Disahkan oleh:


___________________ ______________________
( NOR AZIZAH BINTI ABD GHANI ) (HASLINDA BINTI TAHIR)
Ketua Panitia Sains Ketua Bidang Sains dan Matematik
SMK TRIANG 3 SMK TRIANG 3

You might also like