You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUNKU

Jalan SS 1/11, Kampung Tunku


47300 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 603-7876 9050


Faks : 603-7876 4951
Emel : bbb8305@btpnsel.edu.my

Rujukan Kami :SKKT 800-2/5/2( )


Tarikh : 14 Januari 2019

Kepada :

Asmahani binti Ahmad,


Pen. PPD Pembangunan Sukan,
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
Jalan SS7/19, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor

Puan,

MAKLUMAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2019

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku akan mengadakan


Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh : 26 Januari 2019 ( Sabtu)


Masa : 7.30 pagi – 10.30 pagi.
Tempat : Persekitaran Perumahan Kampung Tunku.

3. Untuk makluman Puan, Kejohanan Merentas Desa merupakan satu program tahunan sekolah
untuk memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat dan potensi dalam acara larian jarak jauh. Di
samping pencarian bakat untuk Kejohanan Merentas Desa MSSD. Namun begitu aspek keselamatan
murid juga diutamakan. Pihak sekolah telah memohon bantuan pengawasan daripada balai polis yang
berdekatan bagi memastikan kelancaran aktiviti dan keselamatan murid terjamin.

4. Bersama-sama surat ini disertakan lampiran peta laluan Larian Merentas Desa yang akan
dijalankan.

Keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Puan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.................................................................
(KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL AZID)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku

You might also like