You are on page 1of 2

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Jalan Dato’ Abdullah, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Penaung Di Raja :
D.Y.M.M. Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Yang Di Pertua : Ketua Pesuruhjaya Cawangan :


Y.M Raja Datin Seri Dato’ Salbiah Binti Tengku Nujumudin, Cik Tamil Chelvee a/p Muthu,
Bangunan NSWO Jalan Raja Muda Ali, No. 28, Taman Tan Chee Hoe Off Jalan Tampin
70100, Seremban, Negeri Sembilan 70100, Seremban, Negeri Sembilan

Ruj.Kami;PPPMCNS/JPNS/BSS2023/001/JILID1(79)
Tarikh: 28 FEBRUAR1 2023

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,
Jalan Dato’ Hamzah,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan,

MEMOHON PELEPASAN AHLI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI


SEMBILAN KE BENGKEL SELALU SEDIA (BSS) TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan mengadakan


acara bengkel Selalu Sedia (BSS) dan Pembentangan Laporan Projek Khidmat Masyarakat 3
Bulan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 16 hingga 19 Mac 2023


Masa daftar : Jam 10.00 pagi pada Khamis 16 Mac 2023
Masa balik : Jam 10.00 pagi pada Ahad 19 Mac 2023
Yuran : RM250.00 seorang dibayar melalui KPC
Tempat : Kem Baitun Nur, Lot 2, Jalan Istana Lama,
Kampung Bandar, 42700 Banting Selangor
Pemimpin : Puan Zairina bt Abu Samah (SMK Datuk Mansor)
Terlibat

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama dan jasa baik pihak tuan untuk memberi pelepasan
kepada seorang pemimpin dan dua orang ahli Pandu Puteri Cawangan Negeri Sembilan yang
terlibat dalam acara tersebut. Senarai nama peserta dan borang-borang berkaitan adalah seperti
lampiran.

3.1 Lampiran 1 - Senarai nama calon Pandu Puteri Raja 2023


3.2 Lampiran 2 - Borang Penyertaan dan Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga
3.3 Lampiran 3 - Borang Kesihatan Peserta
3.4 Lampiran 4 - Senarai Keperluan Peribadi
4. Maklumat lanjut tentang perkara ini boleh dirujuk kepada Puan Aida binti Jusoh
(0183875606) Setiausaha Kehormat PPPMCNS. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak
tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(AIDA BINTI JUSOH)


Setiausaha Kehormat,
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

s.k: Ketua Penolong Pengarah UPBM

You might also like