You are on page 1of 27

LAPORAN PERJALANAN PENGURUSAN SEMINAR ANTARABANGSA

PENDIDIKAN KHAS
RANTAU ASIA TENGGARA SIRI KE-7 2017 UKM MALAYSIA, UPI INDONESIA,
UNIVERSITAS NEGERI MALANG DAN SEMEO SEN (ICSAR 2017)

Nama : Bungawali binti Abduh


No. Matrik : P83308
Jawatan dalam program : Setiausaha
Laporan disediakan sebagai : Tugasan laporan seminar bagi Kursus Seminar
Pendidikan Khas (GCGB6463)

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Profesor Madya Dr.
Mohd Hanafi bin Mohd Yasin dan Doktor Mohd Mokhtar bin Tahar kerana memberi
kepercayaan kepada saya untuk memegang jawapan sebagai setiausaha dalam program
yang melibatkan percambahan ilmu pengetahuan antara dua negara iaitu Malaysia dan
Indonesia ini.
Berikut merupakan perjalanan tugas saya sebagai Setiausaha yang melibatkan
penyediaan kertas kerja, surat menyurat serta maklumat peserta merangkumi maklumat
artikel, maklumat peribadi, maklumat penerbangan dan maklumat penginapan. Semua
maklumat ini disediakan bagi memenuhi keperluan dari semasa ke semasa pengurusan
program antara ahli jawatankuasa Malaysia dan Indonesia supaya perjalanan program
menjadi lancar dan berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.

1. MENYEDIAKAN KERTAS KERJA


Pada 4 November 2016 saya telah menyiapkan kertas kerja Seminar Angtarabangsa Pendidikan
Khas Rantau Asia Tenggara siri ke-7, tahun 2017. Penyedian kertas kerja ini adalah bertujuan
memberi makluman dan kelulusan dari pihak pengurusan universiti dan fakulti terhadap program
yang akan dilaksanakan. Ia juga disediakan sebagai satu perancangan untuk pelaksanaan
program serta sebagai garis panduan dalam pengurusan dan pelaksanaan program.
Kerjasama dari wakil pelajar bagi 3 program Sarjana dalam aspek penentuan nama ahli
jawatankuasa diperolehi terlebih dahulu bagi melengkapkan bahagian jawatankuasa pelaksana
seminar. Kertas kerja yang sudah disiapkan kemudiaannya di emailkan kepada Ketua kursus
iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Hanafi Mohd Yasin untuk tujuan pengeditan dan mendapat
kelulusan dari pihak pentadbir Universiti kebangsaan Malaysia (UKM). Seterusnya kertas kerja
yang telah di sahkan di emailkan kepada wakil pelajar Semeo Sen iaitu Encik Hazzlan bin Sama
dan Eksekutif Bangi iaitu Muhamad Muttaqiin bin Mohd Mohsin pada 14 November 2016. Ia
sebagai panduan dan rujukan dari aspek perlantikan Ahli jawatankuasa dan makluman
perancangan serta objektif program.
2. MENYEDIAKAN JADUAL AHLI JAWATANKUASA
Penyediaan jadual ini bertujuan untuk menyediakan ruang kepada pihak wakil pelajar Semeo Sen
dan Esekutif Bangi untuk mengisi nama-nama ahli jawatankuasa yang difikirkan sesuai dengan
tugas yang disenaraikan agar kerjasama antara 3 kumpulan pelajar kursus Seminar Pendidikan
Khas dapat dibentuk walaupun berada di tempat dan Program Sarjana yang berlainan iaitu di
UKM, Melaka dan Esekutif Bangi. Jadual ini di emailkan kepada wakil pelajar masing-masing
melalui email pada 7 November 2016.

3. MENYEDIAKAN FORMAT SURAT PELEPASAN SEMINAR KEPADA PESERTA


Saya telah menyediakan surat pelepasan untuk 8 orang pelajar sarjana UKM Bangi. Surat
pelepasan tersebut diperlukan untuk makluman pihak majikan masing-masing dan untuk proses
permohonan cuti bagi tujuan program ini. Format surat pelepasan ini juga diemailkan kepada
wakil pelajar Semeo Sen dan Esekutif Bangi pada 8 November 2016 untuk tujuan yang sama.
Bagi peserta luar UKM, surat pelepasan diemailkan kepada pengerusi program iaitu Mohd Hafiz
bin Baharom agar dapat di sampaikan kepada mereka melalui email ICSAR atau email individu.
Format surat pelepasan ini telah diperbaiki bentuk kepala suratnya dan diagihkan semula kepada
wakil pelajar pada 28 November 2016 untuk tindakan selanjutnya.

4. MENYEDIAKAN FORMAT JADUAL MAKLUMAT PESERTA SEMINAR


Format jadual maklumat peserta ini terdiri dari 4 buah jadual yang memaparkan maklumat yang
berlainan iaitu:

i. Jadual maklumat nama penuh pembentang, kad pengenalan dan tajuk artikel. Jadual ini adalah
untuk rujukan penyediaan sijil pembentang yang akan dibuat oleh ahli jawatankuasa (AJK)
pihak Universitas Malang, Indonesia.

ii. Jadual maklumat semua peserta seminar dan ahli keluarga (sekiranya turut serta) meliputi
nama pembentang, tajuk dan tema artikel, nama penulis bersama, email, alamat dan nombor
telefon yang boleh dihubungi. Maklumat pada jadual ini dijadikan rujukan sepanjang perjalanan
program bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengannya.

iii. Jadual maklumat penerbangan peserta seminar meliputi nama peserta, tarikh pergi dan balik
dari Surabaya, Indonesia, masa penerbangan dan nama pesawat bagi setiap jadual penerbangan
tersebut. Jadual ini penting kerana ia akan digunakan oleh pihak agensi pelancongan Indonesia
yang menguruskan pengangkutan dan penginapan peserta seminar dari Malaysia.

iv. Jadual maklumat peserta mengikut bilik hotel. Jadual ini juga perlu supaya pembahagian
peserta mengikut bilik hotel iaitu dua orang bagi setiap bilik dapat dilakukan dengan lancar.
Ianya mengambilkira status rakan sebilik samaada keluarga, rakan atau suami isteri disamping
menentukan rakan sebilik yang mempunyai jadual penerbangan pada tarikh yang sama. Ini
kerana ada peserta seminar yang balik pada 24 haribulan, 23 haribulan dan 22 haribulan.
Pada peringkat awal, keempat-empat jadual ini di emailkan kepada setiap wakil pelajar dan
pengerusi pada 12 November 2016 untuk dilengkapkan mengikut bilangan peserta. Jadual yang
telah dilengkapkan diterima semula dan disatukan untuk membentuk satu jadual maklumat
semua peserta yang lengkap. Maklumat peserta ini sentiasa dikemaskini mengikut perubahan
bilangan peserta yang bertambah atau berkurang berikutan pendaftaran semasa peserta serta
bilangan ahli yang menyertai pakej lawatan dan yang tidak mennyertai pakej.
Jadual maklumat ini dijadikan panduan oleh saya, Doktor Mokhtar, Profesor Hanafi serta
AJK yang terlibat yang memerlukan maklumat bilangan peserta dari semasa ke semasa untuk
urusan pakej lawatan, yuran, maklumat pengeditan artikel seminar serta maklumat yang
diperlukan oleh AJK Universitas Negeri Malang dari semasa ke semasa melalui e-mail dan
aplikasi ‘wassap’.

5. MENERIMA DAN MENGAGIHKAN SURAT JEMPUTAN UNIVERSITAS NEGERI


MALANG.
Pada 13 Disember 2016 saya telah mendapat format surat jemputan seminar Universitas Negeri
Malang daripada Doktor Mohd Mokhtar untuk diagihkan kepada setiap peserta. Surat jemputan
tersebut telah saya emailkan kepada pengerusi program iaitu Mohd Hafiz bin Baharom untuk di
agihkan kepada semua peserta seminar melalui E-mail ICSAR.

6. MENCATAT HASIL PERBINCANGAN MESYUARAT DAN MENYEDIAKAN


MINIT MESYUARAT
Perjumpaan kali pertama antara pelajar kursus Seminar Pendidikan Khas UKM, Semeo Sen dan
Eksekutif Bangi telah berlansung pada 22 Disember 2016. Semasa perjumpaan ini, semua
peserta kursus telah berpeluang berkenal-kenalan, bermesyuarat dan membuat persepakatan
tentang tugas pengumpulan bahan seminar dan kutipan duit kos pembelian cenderamata. Saya
bertindak sebagai pencatat minit mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat.
Perjumpaan ini juga dilakukan sebagai kelas pembentangan akhir artikel kajian bagi
setiap peserta kursus sebelum bertolak ke Indonesia pada 19 hb Januari 2017. Pada perjumpaan
ini, Profesor Madya Dr. Mohd Hanafi dan Doktor Mokhtar memberikan taklimat berkenaan
program yang akan berlansung di Surabaya dan Universitas Negeri Malang dan persediaan yang
perlu di beri perhatian oleh setiap peserta seminar sebelum dan semasa keberangkatan ke
Indonesia..

MASALAH YANG DIHADAPI:


1. Sukar mendapat maklumat yang tepat bagi setiap peserta dan prosesnya mengambil masa yang
lama kerana perlu mejejaki peserta yang tidak dikenali melalui nombor telefon atau e-mail yang
kurang tepat. Tugasan setiap ahli jawatankuasa juga agak kabur bagi ahli yang berada di luar dari
UKM menyebabkan ada diantara AJK yang terpaksa menyelesaikan tugas secara individu tanpa
bantuan ahli kumpulan jawatankuasanya.
2. Bilangan peserta yang mengikut pakej dan yang tidak mengikut pakej sentiasa berubah dari
semasa ke semasa menyebabkan harga pakej lawatan juga berubah. Sebilangan peserta
mempunyai alasan tersendiri untuk keluar dari kumpulan yang mengikut pakej lawatan UKM
kerana tidak terikat dengan apa-apa bayaran pendahuluan pakej. Keadaan ini menyebabkan
jadual maklumat peserta sentiasa diubah dan dikemaskini. Begitu juga perubahan harga pakej
lawatan yang naik dan turun bergantung kepada bilangan peserta yang menyertainya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Pertemuan antara pelajar kursus Seminar pendidikan Khas dilakukan sebanyak 3 kali iaitu
perjumpaan pertama semasa taklimat kursus, perjumpaan pada pertengahan semester dan pada
akhir semester. Perjumpaan ini boleh dibuat mengikut jadual kuliah yang dipersetujui oleh
semua pelajar dan tenaga pengajar. Dengan adanya perjumpaan yang berkala ini, perjalanan
kuliah kursus serta perancangan program seminar boleh di laksanakan serentak disamping dapat
menyelesaikan segala isu dan permasalahan yang timbul secara bersama. Segala maklumat dan
tindakan yang akan dan telah diambil juga akan lebih tepat daripada dapatan maklumat secara
terus melalui perbincangan. Disamping itu, perkembangan tugasan setiap ahli jawatankuasa
boleh diketahui dan diambil tindakan dari semasa ke semasa.

2. Sejumlah bayaran pendahuluan perlu dipersetujui dan dibayar oleh peserta seminar yang
membuat keputusan untuk mengikut pakej UKM sebelum namanya di daftarkan. Harga pakej
tertentu yang mengikut bilangan hari menyertai lawatan atau mengikut sasaran bilangan peserta
yang mendaftar boleh diwar-warkan lebih awal kepada semua peserta melalui media massa dan
elektronik supaya peserta boleh membuat keputusan yang tepat mengikut kekangan dan
keperluan masing-masing.

LAMPIRAN BERGAMBAR
PERJUMPAAN DAN MESYUARAT KALI PERTAMA PELAJAR KURSUS SEMINAR
PENDIDIKAN KHAS PADA 22 NOVENBER 2016

Perbincangan antara ahli jawatankuasa serta


aktiviti mengemaskini maklumat peserta

Profesor Madya Dr. Mohd Hanafi sedang memberi taklimat kepada


pelajar
Gambar kenangan pada kuliah dan perjumpaan
terakhir sebelum berangkat ke Indonesia

LAMPIRAN MINIT MESYUARAT


KURSUS SEMINAR PENDIDIKAN KHAS GCGB 6463
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PROGRAM SEMINAR ANTARABANGSA
UNIVERSITAS NEGERI MALANG (ICSAR)
BIL. 1/2016
TARIKH : 22 DISEMBER 2016
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER 3, FAKULTI PENDIDIKAN, UKM
PENGERUSI : PROFESOR MADYA Dr. MOHD HANAFI BIN MOHD YASIN
KEHADIRAN :

1. Profesor Madya Dr. Mohd hanafi bin Mohd Yasin (Ketua kursus)
2. Doktor Mohd. Mokhtar bin Tahar
3. Nor Fatihah Suhada binti Mohamed
4. Bungawali binti Abduh
5. Noriah binti Sha’arani
6. Nur Wahidah binti Md Hassan
7. Nurul Aina binti Zakariah
8. Hazzlan bin Sama
9. Widuri binti Jusoh
10. Siti Hawa binti Togimin
11. Norhayati binti Othman
12. Mohd Zulkarnain Abd. Wahab
13. Muhamad Muttaqiin bin Mohd Mohsin
14. Lok Sook Wei
15. Azlina binti Abdul Hasim
16. Sherene Tay Ai Hwa
17. Nurul Safura binti Rosli
18. Nursyamilah Abd. Maliki
19. Mohd. Anis bin Abd. Razak
20. Sairubariah binti Ali
21. Nur Maziah binti Baharom
22. Sunitha A/P Balakrishnan
23. Azhar bin Alias
24. Norfatin bin satar
25. Aliyah binti Yahya
26. Norzuliati binti Mohd Dzahir
27. Derwena binti Mohd Bazain

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. Mohd Hafiz bin Baharom

URUS SETIA MESYUARAT :


1. Puan Bungawali bt. Abduh

1.0 UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua pelajar melalui dan meminta semua ahli
jawatankuasa berkenal-kenalan dan memulakan perbincangan sesama ahli kumpulan.

2.0 PERKARA BERBANGKIT

2.1 Pengumpulan dan penyerahan artikel

2.1.1 Semua peserta pembentang di kehendaki menyerahkan artikel yang telah siap kepada
wakil pelajar masing-masing iaitu Encik Muhamad Muttaqiin bin Mohd Mohsin bagi pihak Esekutif
Bangi serta Puan Safura dan Puan Lok Suk Wei bagi pihak Semeo Sen pada 25 Disember 2016 untuk
di kumpulkan dan di edit oleh jawatankuasa editor mengikut format yang telah di tentukan oleh
pihak pengurusan.

2.2 Makluman penyediaan sijil penyertaan


Pihak Universitas Negeri Malang akan menyediakan sijil bagi setiap pembentang dan peserta
seminar.

2.3 Penyediaan hadiah dan cenderamata


Semua peserta dimaklumkan tentang rancangan penyediaan 4 set cenderamata untuk
diberikan kepada pihak pengurusan jawatankuasa program dan institusi pendidikan yang bakal
dilawati. Keempat-empat set cenderamata tersebut yang terdiri daripada plag dan Fenen
memerlukan setiap peserta kursus GCGB 6463 membayar RM15 untuk menampung kos
pembelian cenderamata tersebut. Semua ahli mempersetujui cadangan tersebut dan
membayar kepada AJK Cenderamata selepas mesyuarat tamat.

3.0 TAKLIMAT PROGRAM SEMINAR


Profesor Madya Dr. Mohd Hanafi bin Mohd Yasin serta Doktor Mokhtar bin Tahar memberikan
penerangan ringkas mengenai perancangan perjalanan program seminar dan lawatan yang
bakal diadakan di Indonesia. Para peserta diingatkan supaya membawa keperluan baju sejuk,
sarung tangan, penutup kepala dan baju hujan bagi menghadapi cuaca sejuk semasa beraktiviti
di sekitar Gunung Bromo, Malang, Indonesia.
Para peserta seminar juga dingatkan supaya membuat persiapan pembentangan
powerpoint yang memerlukan peserta membawa ‘pendrive’ dan mengapungkan bahan seminar
di email sendiri dan rakan-rakan sebagai ‘back-up’. Semasa taklimat ini juga Dr. Mohd Mokhtar
Dan Profesor Madya Dr. Mohd Hanafi memilih dan menentukan artikel yang bakal dimuatkan di
dalam Jurnal ICSAR, Jurnal Univeristas Negeri Malang dan Prosiding.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang

Disediakan oleh,
PUAN BUNGAWALI BINTI ADBUH
Setiausaha,
Program Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas
Rantau Asia Tenggara Siri ke-7 2017
UKM Malaysia-UPI Indonesia-Seameo Sen
LAMPIRAN KERTAS KERJA PROGRAM SEMINAR

KERTAS KERJA
INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION

IN SOUTHEAST ASIA REGION 7th SERIES 2017


(ICSAR 2017)
SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN KHAS RANTAU ASIA TENGGARA SIRI KE-7 2017
UKM MALAYSIA-UPI INDONESIA-SEAMEO SEN

TARIKH :
19 – 24 JANUARI 2017

TEMPAT :
UNIVERSITAS NEGERI MALANG, INDONESIA

ANJURAN:
PELAJAR SISWAZAH PENDIDIKAN KHAS UKM & SEKOLAH PASCA SARJANA,
UNIVERSITAS PENDIDIKAN INDONESIA, BANDUNG

DENGAN KERJASAMA
SEAMEO SEN

TEMA:
“ORIENTASI SEMULA PENDIDIKAN KHAS DALAM MENINGKATKAN BANTU-
DIRI KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS”
TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan dari Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia serta mendapatkan kerjasama dari Universitas Pendidikan Indonesia,
Bandung dan SEAMEO SEN bagi mengadakan Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia
Tenggara Siri Ke-7 2017 UKM Malaysia-UPI Indonesia-SEAMEO SEN.

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Khas sudah lama menjadi topik perbincangan di pelbagai peringkat. Pendidikan Khas telah
melalui banyak perubahan dan kemajuan dalam sistem pendidikan di rantau Asia Tenggara. Sehingga kini
Pendidikan Khas terus berkembang dan mengukuhkan kedudukannya dalam memberi pendidikan
seterusnya menyediakan peluang dan ruang untuk golongan kurang upaya berdikari dan menyumbang
kepada masyarakat dan negara. Namun begitu tidak dinafikan bahawa Pendidikan Khas masih
memerlukan pelbagai penambahbaikan daripada pelbagai aspek. Sistem pendidikan yang lebih berwibawa
dan dapat memenuhi keperluan golongan ini perlu diberi perhatian.
Seperti yang dinyatakan dalam bab 4 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, sebagaimana murid
bermasalah pendengaran yang mendapat sokongan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan dan
murid bermasalah pendengaran yang mendapat sokongan Bahasa Isyarat dan Komunikasi, murid
bermasalah pembelajaran juga memerlukan sokongan dan bantuan kurikulum vokasional. Ianya bagi
menyediakan mereka dengan kemahiran hidup selain sokongan kurikulum akademik arus perdana.
Selain itu, dalam Gelombang 1 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, kerajaan menggalakkan
murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah menyertai sekolah pendidikan khas yang
membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan
kemahiran sosial. Pelbagai usaha dilakukan dalam meningkatkan kualiti pendidikan inklusif dan
pendidikan khas untuk golongan ini yang melibatkan kerjasama organisasi NGO, sektor swasta,
organisasi antarabangsa dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid
berkeperluan khas dalam aspek nilai bantu diri dan potensi mereka.
Tanpa pendidikan yang sempurna dan sokongan yang sesuai, golongan kurang upaya akan
ketinggalan dalam arus pembangunan yang sedang pesat ini. Sehubungan itu, seminar ini yang
mengambil tema ‘Orientasi semula pendidikan khas dalam meningkatkan bantu- diri kanak-kanak dengan
keperluan khas’ sebagai tema utama akan menjadi satu landasan kepada seluruh intelektual, para pendidik
dan ahli akademik dalam bidang Pendidikan Khas untuk bersama-sama bertukar-tukar fikiran, idea dan
pandangan dalam meningkatkan nilai bantu-diri murid-murid pendidikan inklusif dan pendidikan khas.
2.0 MISI

Misi seminar ini adalah untuk mewujudkan satu landasan kepada seluruh intelektual, para pendidik dan
ahli akademik dalam bidang Pendidikan Khas untuk bersama-sama bertukar-tukar fikiran, idea dan
pandangan dalam meningkatkan nilai bantu-diri murid-murid pendidikan inklusif dan pendidikan khas.

3.0 MATLAMAT

Matlamat seminar iniadalah untuk mewujudkan satu landasan cetusan ilmu dalam kalangan seluruh
intelektual, para pendidik dan ahli akademik dalam bidang Pendidikan Khas agar dapat bercambah ilmu
berkaitan pendidikan khas di peringkat global dan seterusnya memberi manfaat kepada pengamalnya .

4.0 OBJEKTIF

Objektif seminar ini adalah seperti berikut:

i. Berkongsi dan menyebar pengalaman dan amalan terbaik;

ii. Mengenal pasti peluang dan cabaran dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan ekuiti
pendidikan bagi pelajar dengan keperluan khas;

iii. Membina jaringan antarabangsa dalam kalangan pendidik, penyelidik dan pengamal
untuk menyokong dan memudahkan usaha ke arah pembinaan persekitaran pembelajaran
inklusif.

5.0 TEMA

“ORIENTASI SEMULA PENDIDIKAN KHAS DALAM MENINGKATKAN BANTU-


DIRI KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS”

Sub-tema

1. Kurikulum dan Strategi Pembelajaran Mbk

2. Prevalensi dan Intervensi Awal MBK.


3. Etika dan akvokasi dalam Pendidikan Khas.

4. Transisi dan Peluang Pekerjaan bagi MBK

5. Pendidikan Vokasional

6. Bimbingan dn Kaunseling

7. Penaksiran

8. ICT dalam Pendidikan MBk

9. Pengurusan Pendidikan Khas

10. Perundangan

11. Khidmat Sokongan

12. Pendidikan Kemahiran

13. Latihan guru dan Perkhidmatan

14. Kemudahan Fizikal

6.0 ANJURAN

Pelajar Siswazah Pendidikan Khas Fakulti Pendidikan UKM & Sekolah Pasca Sarjana, Universitas
Pendidikan Indonesia, Bandung dengan kerjasama SEAMEO SEN

7.0 TARIKH

Tarikh : 19 hingga 24 Januari 2017

8.0 BILANGAN PESERTA

Anggaran : 300 orang

Yuran Penyertaan (Peserta / Pembentang Prosiding / Pembentang Poster)

Yuran Peserta/Pembentang Malaysia (Individu) : RM 200.00

Yuran Peserta/Pembentang Indonesia (Individu) : RM 200.00

Yuran Peserta/Pembentang Antarabangsa : RM 200.00


 Yuran penyertaan meliputi yuran seminar,fail, CD prosiding seminar,sijil, makan tengahari dan
kudapan pada hari seminar
 Pakej persidangan TIDAK termasuk penginapan dan pengangkutan dan prosiding seminar

9.0 TEMPAT PROGRAM

 Universitas Negeri Malang, Indonesia

10.0 PUBLISITI

▪ Poster

▪Buntng

▪Brochure

▪Banner

▪ Media elektronik (Facebook, Blog)

▪ Siaraya

11.0 CADANGAN PERASMI

Majlis Perasmian : Dekan Fakulti Pendidikan, Universitas Negeri Malang

Majlis Penutup : Timbalan Dekan Akademik Fakulti Pendidikan, Universitas


Negeri Malang

12.0 SASARAN

Seminar ini mensasarkan:-

 Pelajar Siswazah Pendidikan Khas UKM dan UPI


 Pelajar Siswazah IPTA, IPTS dan IPG Malaysia dan antarabangsa
 Pensyarah IPTA, IPTS dan IPG Malaysia dan antarabangsa
 Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan antarabangsa
 Pegawai Pendidikan Jabatan Pelajaran Malaysia dan Indonesia
 Pegawai Kerajaan Negeri
 Pentadbir dan Pengetua Sekolah Kerajaan, Swasta dan NGO
 Guru-Guru
 Ibu Bapa dan individu yang berminat termasuk OKU
 Pegawai Badan Bukan Kerajaan/Swasta

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Jawatankuasa Pelaksana Seminar

Pengerusi Bersama Prof Madya Dr HamidahYamat@Ahmad

Tim. Dekan Akademik

Fakulti Pendidikan, UKM

Dr. Djadja Raharja


KetuaJurusan Pendidikan Luar Biasa UPI

Ketua Prodi Kebutuhan Khusus,

Sekolah Pascasarjana UPI, Bandung


Setiausaha 1
Prof. Madya Dr. Mohd Hanafi Mohd Yasin
Setiausaha 2
UPI
Penyelaras
Dr. Mohd Mokhtar Tahar
Urusetia
Dr. Aliza Alias
Bendahari
Pn. Norshidah Mohd Salleh
Abstrak dan Prosiding
Kertas Kerja : Dr. Djadja Raharja (UPI)
Dr. Mohd Hanafi Mohd Yasin (UKM)

Dr. Mohd Mokhtar Tahar (UKM)

Pelajar Siswazah Fakulti pendidikan UKM dan UPI

Pengarah Projek : Mohd Hafiz bin Baharom & UPI

Bendahari : Nor Fatihah Suhada binti Mohamed Ali & UPI


Setiausaha : Bungawali binti Abduh & UPI

Editor / Penerbitan 1. Noriah binti Sha’arani


2. Nur Wahidah binti Md Hassan
3. UPI
4. UPI

Media Dan Komunikasi 1. Nurul Aina binti Zakariah


2. Hazzlan bin Sama (SEAMEOSEM)
3. UPI
4. UPI

Sijil, Cenderamata dan 1. Widuri binti Jusoh


Tag 2. Siti Hawa binti Togimin (SEAMEOSEM)
3. UPI
4. UPI

Protokol Dan Sambutan/ 1. Norhayati binti Othman


2. Mohd Zulkarnain Abd. Wahab (SEAMEOSEM)
3. UPI
4. UPI

Penyediaan Bahan 1. Muhamad Muttaqiin bin Mohd Mohsin (Bangi)


Seminar 2. Lok Sook Wei (SEAMEOSEM)
3. UPI
4. UPI

Penginapan / Pendaftaran 1. Nor Fatihah Suhada binti Mohamed Ali


2. Bungawali binti Abduh
3. Mohd Hafiz bin Baharom
4. UPI
5. UPI

Persiapan Tempat / 1. Norhayati binti Othman


Alatan Teknikal 2. Azlina binti Abdul Hasim (SEAMEOSEM)
/Logistik / Pengangkutan / 3. Sherene Tay Ai Hwa (SEAMEOSEM)
4. UPI
Bacaan Doa
5. UPI

Jamuan 1. Noriah binti Sha’arani


2. Nurul Safura binti Rosli (SEAMEOSEM)
3. Nursyamilah Abd. Maliki (SEAMEOSEM)
4. UPI
5. UPI

Pengacara Majlis 1. Mohd. Anis bin Abd. Razak (SEAMEOSEM)


Perasmian Penutup
Dan Teks Ucapan  2. Sairubariah binti Ali (SEAMEOSEM)
3. UPI
4. UPI

Jurugambar dan 1. Nur Maziah binti Baharom (Bangi)


Dokumentasi 2. Sunitha A/P Balakrishnan (Bangi)
3. Azhar bin Alias (SEAMEOSEM)
4. UPI
5. UPI

Pengerusi Sesi Bilik Seminar 1


Pembentangan /Penjaga 1. Nurul Aina binti Zakariah
Masa 2. Sharene Tay Ai Hwa (SEAMEOSEM)

Bilik Seminar 2
3. Norhayati binti Othman
4. Noriah binti Sha’arani

Bilik Seminar 3
5. Muhamad Muttaqiin bin Mohd Mohsin (Bangi)
6. Azhar bin Alias (SEAMEOSEM)

Bilik Seminar 4
1. Nor Suhaila binti Hussain (Bangi)
2. Lok Sook Wei (SEAMEOSEM)

Bilik Seminar 5
1. Norfatin bin satar (Bangi)
2. Nurul Safura binti Rosli (SEAMEOSEM)

Bilik Seminar 6
1. Nursyamilah binti Abd. Maliki (SEAMEOSEM)
2. Aliyah binti Yahya (SEAMEOSEM)

Bilik Seminar 7

1. Azlina binti Abdul Hasim (SEAMEOSEM)


2. Mohd Zulkarnain bin Abd. Wahab (SEAMEOSEM)

Bilik Seminar 8
1. Mohd. Anis bin Abd. Razak (SEAMEOSEM)
2. Norzuliati binti Mohd Dzahir (Bangi)
14.0 TENTATIF PROGRAM

Tentatif International Conference On Special EducationFor Southeast Asia Region 7 th Series 2017

(ICSAR 2017)

Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-7 2017
UKM Malaysia-UPI Indonesia-Seameo Sen

Tarikh / Hari / Masa Program Penerangan


19 JANUARI 2017 (KHAMIS)

4.30 petang Transportasi.


Bertolak dari LCCT ke Surabaya

Makan malam dan lawatan sekitar


surabaya
Bermalam di Surabaya

20 JANUARI 2017 (JUMAAT)

8.30 pagi Lawatan Ke Universiti Surabaya dan


Sekolah Pendidikan Khas
2.00 petang Bertolak ke Malang, singgah di
Labindo
8.00 malam Bermalam di Malang
21 JANUARI 2017 (SABTU)

8.00 pagi Seminar di Universiti Negeri Malang


4.00 petang Membeli belah dan lawatan sekitar
22 JANUARI 2017 (AHAD)

1.00 pagi Bertolak ke Gunung Bromo


3.00 pagi Bergerak ke puncak Bromo
Solat subuh di puncak Bromo
Lawatan ke ladangg epal dan strawberi
di Batu
Membeli belah
23 JANUARI 2017 (ISNIN)

Sepanjang Hari Aktiviti bebas/ Membeli belah atau


wisata yang lain

24 JANUARI 2017 (SELASA)

Membeli Belah Barangan kulit


6.30 petang Bertolak pulang ke Malaysia

15.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Perkara Nilai Jumlah(RM)

1 Beg dan alat tulis 300 unit x RM15.00 RM4500

2 Percetakan Prosiding 300 unit x RM60.00 RM18000


Persidangan

3 Makan Peserta 300 pax x 15.00 x 1hari RM4500

4 Sijil dan Tag Nama 300 unit x RM5.00 RM1500

5 Perhubungan Telefon RM1000 RM1000


Antarabangsa

6 Pengangkutan RM4000

7 Perbelanjaan Pensyarah Penginapan 150 x 2 x 4 hari RM3000


=1200
Mesyuarat Pra Seminar
Penerbangan700 x 2=1400

Pengangkutan

50 X 2 X 4 hari= 400

JUMLAH RM36,500

Anggaran Pendapatan

Bil Perkara Nilai Jumlah(RM)

1 Fakulti Pendidikan  5000 5000

2 Yuran peserta 300 orang x RM 200.00 60,000

  Jumlah   65000

Kekurangan Perbelanjaan RM28,500.00

Jangkaan Sumbangan Yang Bakal Diperolehi:

i. Yayasan
ii. Pihak swasta
iii. Badan Berkanun , dll

Hasil Seminar

1. Prosiding bercetak

2. CD Prosiding

16.0 PEJABAT URUSAN

Untuk keterangan lanjut mengenai seminar ini, sila hubungi:-

Mohd Hafiz bin Baharom Bungawali binti Abduh


Pengarah Projek Setiausaha
Seminar Internasional On Special Education For Seminar Internasional On Special Education For
Southest Asia RegionUKM-UPI-SEAMEO SEN Southest Asia RegionUKM-UPI-SEAMEO SEN
Siri 7/2017 Siri 7/2017
No. Telefon : 012- 4480602 No. Telefon : 019-2545455
Email : mhafiz1810@gmail.com Email : bungaduan@gmail.com

Emel : icsar17@gmail.com

17.0 PENUTUP

Jawatankuasa Seminar Internasional On Special Education For Southest Asia Region UKM-UPI-
SEAMEO SEN Siri 7/2017 berharap agar dapat memberi bantuan kewangan daripada Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia Selain itu, kami mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan seminar ini. Sekian, terima kasih
Disediakan oleh:

Prof. MadyaDr.Mohd Hanafi bin Mohd Yasin

Penyelaras Kursus GGGB6463 Seminar Pendidikan Khas

Semester 1 Sesi 2016/2017

Diluluskan Oleh

Prof Madya Dr HamidahYamat@Ahmad

Timbalan Dekan,

Akademik

Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia


LAMPIRAN FORMAT SURAT PELEPASAN
LAMPIRAN SURAT JEMPUTAN UNIVERSITAS NEGERI MALANG
LAMPIRAN KOMUNKASI DAN URUSAN MELALUI E-MAIL
(Beberapa contoh daripada 75 rekod email sepanjang pengurusan program)

You might also like