You are on page 1of 25

TERAS

JATI DIRI

1
TERAS : Jati Diri

KRITERIA
: Kepercayaan Kepada Tuhan

CIRI-CIRI
: Keyakinan wujudnya Tuhan

AKTIVITI : Sorok Ayam

MASA : 30 minit

BAHAN
: Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menjelaskan bahawa setiap perkara yang dicipta ada tuannya.

LANGKAH :  Ketua kumpulan menggunakan teknik


penceritaan. (lampiran cerita)
 Ketua kumpulan bersoal-jawab dengan ahli Usrah SUMUR tentang
cerita yang disampaikan.
Soalan:-
1. Apa pengajaran yang kamu dapat melalui cerita ini?
2. Kenapa ahli Usrah SUMUR tersebut dipuji oleh gurunya?
3. Apakah nilai yang sepatutnya diterapkan dalam diri anda sebagai
seorang pelajar?
 Ketua kumpulan membuat rumusan terhadap maklum balas ahli Usrah
SUMUR.

REFLEKSI :  Sedar tentang adanya pencipta dan setiap perbuatan manusia


diperhatikan. Kesannya, dapat mengelakkan diri daripada terjerumus
ke lembah kehinaan.

2
“Terdapat sepuluh orang ahli Usrah SUMUR akan menamatkan ilmu
pengajiannya, lalu mereka pun menghadap tuan gurunya. Sebelum
pulang ke kampung masing-masing, setiap orang ahli Usrah SUMUR
tersebut telah diberikan seekor ayam oleh tuan gurunya. Guru itu
mengarahkan setiap orang ahli Usrah SUMUR menyembunyikan ayam
tersebut daripada pandangan orang lain. Masing- masing
menyembunyikan ayam tersebut. Setelah selesai, mereka berkumpul
semula. Semua ahli Usrah SUMUR dapat menyembunyikan ayam kecuali
seorang. Lalu gurunya bertanya “Mengapa kamu tidak mengikut arahan
saya untuk menyembunyikan ayam tersebut?” Jawab ahli Usrah SUMUR
itu, “Bagaimana saya ingin menyembunyikannya sedangkan Allah SWT
mengetahui di mana sahaja saya sembunyikan ayam ini.” Tindakan
beliau telah dipuji oleh gurunya.

3
TERAS :
Jati Diri
KRITERIA :
Kepercayaan Kepada Tuhan

CIRI-CIRI :
Mematuhi segala ajaran
AKTIVITI :
“Your Responsibility”

MASA :
30 minit
BAHAN : Kertas Mahjung dan marker pen

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyatakan tanggungjawab masing-masing mengikut bahagian yang
diberi.

LANGKAH : Ahli Usrah SUMUR dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan


dibekalkan dengan kertas mahjung dan marker pen.
 Setiap kumpulan diminta membuat Peta i-Think tentang tanggungjawab
sebagai anak, pelajar dan pemimpin.
 Ketua kumpulan meminta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja
mereka.
 Ketua kumpulan merumuskan hasil
pembentangan setiap kumpulan.

REFLEKSI : Setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan setiap tanggungjawab


akan dipersoalkan kelak.

*Peta I-Think sebagai lampiran.

4
TERAS : Jati Diri

KRITERIA :
Kepercayaan Kepada Tuhan

CIRI-CIRI :
Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan

AKTIVITI : Mari Jadi Komposer

MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas A4 dan pen

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima nikmat yang
dikurniakan.

LANGKAH :  Ahli Usrah SUMUR dibahagikan kepada tiga kumpulan.


 Ketua kumpulan meminta setiap kumpulan memilih sebuah lagu dan
mengubah lirik tersebut bertemakan syukur.
 Setiap kumpulan dikehendaki menyanyikan lagu
tersebut di hadapan.
 Ketua kumpulan meminta setiap kumpulan memberikan ulasan terhadap
lirik lagu kumpulan mereka.
 Ketua kumpulan membuat rumusan tentang aktiviti tersebut.

REFLEKSI :  Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan sama ada di darat, di langit dan
di lautan.

5
TERAS : Jati Diri

KRITERIA :
Berkeyakinan

CIRI-CIRI :
Tidak Mudah Terpengaruh

AKTIVITI :
Plus Minus

MASA :
30 minit

BAHAN :
Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Ahli Usrah SUMUR dapat menyatakan kepentingan memberi tumpuan
ketika dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
 Ahli Usrah SUMUR menjelaskan kepentingan fokus dalam melakukan
setiap aktiviti.

LANGKAH :  Ahli Usrah SUMUR diarahkan mencari pasangan masing-masing.


 Ketua kumpulan menamakan ahli Usrah SUMUR A dan B.
 Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menyebut perkataan yang
baik manakala ahli Usrah SUMUR B menyebut perkataan yang
berlawanan.
Contohnya : Lulus lawannya gagal.
 Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR bertukar menggunakan idea
yang sama antara ahli Usrah SUMUR B dan A.
 Ketua kumpulan meminta setiap ahli Usrah SUMUR memastikan
pasangan memberikan perkataan berlawanan yang betul.
 Sesiapa yang memberikan perkataan berlawanan yang salah dikira kalah.
 Beberapa orang ahli Usrah SUMUR diminta memberikan pendapat mereka
tentang aktiviti yang mereka buat.
 Ketua kumpulan membuat rumusan tentang aktiviti yang
telah dijalankan.

REFLEKSI : Yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan faktor
persekitaran adalah salah satu amalan yang baik.

6
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Berkeyakinan

CIRI-CIRI : Berwawasan / Berpandangan jauh

AKTIVITI : Vision Board

MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas dan pen

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyatakan impian yang ingin mereka kecapi.
 Menyatakan tiga tindakan yang perlu diambil untuk
mencapai impian itu

LANGKAH :  Ketua kumpulan memberikan sehelai kertas kepada setiap individu dan
meminta supaya mereka melipat kertas tersebut kepada tiga bahagian.
 Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR untuk menulis impian
mereka pada setiap lipatan.
 Ahli Usrah SUMUR diminta berkongsi impian masing-masing.
 Pada akhir aktiviti, Ketua kumpulan merumuskan bahawa setiap impian
sepatutnya dibahagikan dalam tiga fasa kehidupan akan datang iaitu lima
tahun, sepuluh tahun dan 20 tahun supaya ahli Usrah SUMUR dapat
meletakkan sasaran impian yang mampu mereka capai.

REFLEKSI : Setiap manusia mempunyai impian dalam kehidupan.


Setiap impian mesti diterjemahkan dalam tindakan.
Setiap impian mesti ada sasaran untuk menjadikan impian itu satu
kenyataan.

7
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Berkeyakinan

CIRI-CIRI : Beridea Kritis

AKTIVITI : Apakah itu?

MASA : 30 minit

BAHAN : Objek nyata (contoh: pen, jam dan kasut)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyatakan idea masing-masing dengan tujuan melatih ahli Usrah
SUMUR SUMUR berfikir dengan kritis.
 Menyatakan kepentingan setiap ciptaan.

LANGKAH :  Ahli Usrah SUMUR diminta menunjukkan objek nyata yang ada di sekitar
mereka.
 Mereka diminta menceritakan andai kehidupan mereka seperti objek nyata
yang mereka pegang bermula dengan ayat :
“Jika saya sebatang pen ................ ” (contoh)
 Selepas beberapa ahli Usrah SUMUR berkongsi idea mereka, ahli Usrah
SUMUR membuat kesimpulan.
 Ketua kumpulan membuat kesimpulan bahawa setiap benda mempunyai
peranan masing-masing yang berbeza. Contohnya setiap jari kita
mempunyai tugas yang berbeza-beza.

REFLEKSI : Setiap sesuatu yang diciptakan ada peranan masing-masing.


Setiap kelebihan tersebut hendaklah digunakan untuk kebaikan.

8
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Berkeyakinan

CIRI-CIRI : Sentiasa Menunaikan Kewajipan

AKTIVITI : Tiru Macam Saya

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Mengikut arahan yang betul dengan teliti.
 Ahli Usrah SUMUR perlu mengutamakan kewajipan .

LANGKAH :  Ketua kumpulan memberi arahan: “Sentuh anggota badan yang saya
sebut bukan anggota badan yang saya sentuh.” Contoh: Ketua kumpulan
menyebut, “Hidung.” Sedangkan Ketua
kumpulan memegang telinga.
 Ahli Usrah SUMUR sepatutnya memegang hidung bukan
memegang telinga.
 Ahli Usrah SUMUR perlu mengikut kata-kata
Ketua kumpulanbukannya pergerakan.
 Ahli Usrah SUMUR diminta memberi pandangan tentang aktiviti yang baru
sahaja dijalankan.
 Ketua kumpulan membuat kesimpulan dari aktiviti tersebut.

REFLEKSI :  Mendengar dan mematuhi arahan merupakan perkara yang penting


untuk menjadi insan yang cemerlang.

9
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Berkeyakinan

CIRI-CIRI : Kesungguhan Yang Tinggi

AKTIVITI : Menara Impian

MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas A4 dan klip kertas

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Mengaitkan atau menceritakan aktiviti yang dijalankan dengan perjalanan
mengejar cita-cita dan impian dalam kehidupan.

LANGKAH :  Ahli Usrah SUMUR dibahagikan kepada tiga kumpulan.


 Ketua kumpulan meminta supaya setiap kumpulan membina menara
menggunakan kertas dan klip kertas setinggi mana yang mereka mampu.
 Ahli Usrah SUMUR mempersembahkan hasil ciptaan bangunan mereka di
hadapan ahli Usrah SUMUR lain dan mengaitkannya dengan perjalanan
mengejar cita-cita dan impian dalam kehidupan.
 Ahli Usrah SUMUR diminta memberi pandangan tentang aktiviti yang baru
sahaja dijalankan.
 Ketua kumpulan membuat kesimpulan dari aktiviti tersebut.

REFLEKSI : 1.Perancangan yang rapi sebelum melakukan sesuatu amat penting untuk
mencapai kejayaan.
.Kerjasama dalam kumpulan dan kesungguhan amat
penting bagi menghasilkan gerak kerja yang sempurna.

10
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Sabar dan Tabah

CIRI-CIRI : Mudah menerima nasihat

AKTIVITI : Telefon Buruk

MASA : 30 minit

BAHAN : Pen dan Kertas

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyatakan kepentingan mendengar sesuatu dengan teliti sebelum
menyampaikannya kepada orang lain.

LANGKAH :  Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR membuat satu barisan.
 Ketua kumpulan memberikan keratan kertas yang mengandungi ayat
kepada orang pertama dan memberi masa sebanyak satu minit untuk
membaca ayat tersebut.
 Ketua kumpulan mengambil semula keratan kertas tersebut dan dalam
masa yang ditetapkan ketua berbisik kepada ahli di belakang dan
seterusnya sehingga ahli Usrah SUMUR terakhir.
 Ahli Usrah SUMUR terakhir menulis ayat yang disampaikan kepadanya
dan membacakannya di hadapan ahli Usrah SUMUR lain dan menyatakan
ayat yang mereka dapat.
 Ayat cadangan.
 ”KUMBANG HINGGAP DI KEMBANG. KEMBANG DATANG KUMBANG
TERBANG”
 Ahli Usrah SUMUR Sdiminta memberi pandangan tentang aktiviti yang
baru sahaja dijalankan.
 Ketua kumpulan membuat kesimpulan.

REFLEKSI : Mendengar dengan teliti sebelum menyampaikan sesuatu berita yang diterima
supaya tidak menjadi fitnah.
Memastikan setiap berita itu benar dan tepat sebelum disampaikan kepada
orang lain.

11
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Sabar dan Tabah

CIRI-CIRI : Bertolak Ansur

AKTIVITI : Sporting and Understanding

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Ahli Usrah SUMUR menyatakan mendengar arahan dan memberikan
kerjasama dalam kumpulan dan masyarakat memainkan peranan penting
dalam kehidupan.

LANGKAH :  Ahli Usrah SUMUR diberi arahan supaya berdiri dalam bulatan.
 Ketua kumpulan berdiri disuatu sudut diluar bulatan.
 Ahli Usrah SUMUR bergerak seorang demi seorang menghampiri Ketua
kumpulan.
 Ketua kumpulan membisikan perkataan “Ayam” kepada ahli Usrah
SUMUR pertama, perkataan “Itik” kepada ahli Usrah SUMUR kedua dan
perkataan “Kucing” kepada ahli Usrah SUMUR ketiga.
 Langkah di atas diulang kepada ahli Usrah SUMUR keempat dan
seterusnya.
 Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR
mencari rakan-rakan berdasarkan bunyi dan gaya binatang yang sama.
 Ahli Usrah SUMUR membunyikan dan
menggayakan binatang yang dibisikkan kepada mereka.
 Ahli Usrah SUMUR mencari rakan dan berkumpul
mengikut kumpulan binatang yang sama.
 Ahli Usrah SUMUR diminta memberi pandangan tentang aktiviti yang baru
sahaja dijalankan.
 Ketua kumpulan membuat kesimpulan.

REFLEKSI : Mendengar arahan dan memberikan kerjasama dalam kumpulan serta


masyarakat memainkan peranan penting dalam kehidupan.

12
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Sabar dan Tabah

CIRI-CIRI : Respon dalam semua majlis

AKTIVITI : Apakah benda ini?

MASA : 30 minit

BAHAN : Sebarang objek (pen, batu, kertas, daun dan lain-lain)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyatakan tindak balas dan maklum balas terhadap apa jua yang berlaku
di persekitaran kita.

LANGKAH :  Ketua kumpulan menunjukkan satu objek.


 Ahli Usrah SUMUR diminta untuk menyatakan sesuatu tentang objek
tersebut dan dilarang mengulang penyataan yang sama.
 Ahli Usrah SUMUR diminta memberi pandangan tentang aktiviti yang baru
sahaja dijalankan.
 Ketua kumpulan membuat kesimpulan.

REFLEKSI : Setiap orang berhak menyatakan pandangan dan bertindak pantas dalam
merebut peluang.

13
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Sabar dan Tabah

CIRI-CIRI : Tabah dan Tidak Putus Asa

AKTIVITI : Kisah dan Teladan

MASA : 30 minit

BAHAN : Lampiran kisah teladan

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyatakan nilai kesabaran dan ketabahan.
 Menyebut sifat-sifat yang boleh dicontohi melalui
kisah teladan yang dipaparkan.

LANGKAH :  Ketua kumpulan mengedarkan lampiran kisah teladan kepada ahli Usrah
SUMUR.
 Ahli Usrah SUMUR dikehendaki membaca dan memahami kisah tersebut
dalam masa lima minit.
 Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menceritakan semula kisah
tersebut beserta pengajarannya.
 Ketua kumpulan membuat rumusan.

REFLEKSI : Tabah dan tidak berputus asa ialah sifat yang wajib dicontohi
oleh semua.

14
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Memberikan hujah dengan idea yang bernas

AKTIVITI : Debat

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Mempertahankan hujah tentang tajuk yang diberi.

LANGKAH :  Ketua kumpulan membahagikan ahli Usrah SUMUR kepada dua kumpulan.
 Setiap kumpulan menghantar tiga orang wakil untuk
aktiviti debat.
 Ketua kumpulan memberikan tajuk dan membahagikan ahli Usrah SUMUR
pencadang.
 Ahli Usrah SUMUR memberikan hujah masing-masing dengan
bimbingan Ketua kumpulan.
 Ahli Usrah SUMUR diminta memberi pandangan daripada aktiviti tersebut.
 Ketua kumpulan membuat rumusan :
1. Berani kerana benar.
2. Bercakap benar walaupun pahit.
3. Melatih ahli Usrah SUMUR memberi idea yang
positif dan bernas.

REFLEKSI : Berani menegakkan kebenaran.

15
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Tegas Mempertahankan Keputusan

AKTIVITI : Yang Mana Satu?

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyatakan dua kepentingan mempertahankan
keputusan.
.

LANGKAH :  Ketua kumpulan melontarkan pertanyaan, “Antara telur dan ayam, yang
mana wujud dahulu?”
 Ahli Usrah SUMUR diarahkan supaya memikirkan hujah masing- masing.
 Bicara spontan dimulakan dengan membuat cabutan giliran yang diambil
di dalam kotak beracun yang mengandungi nama ahli Usrah SUMUR.
 Ahli Usrah SUMUR yang mendapat giliran pertama dikehendaki
memulakan bicara dan diikuti giliran yang seterusnya.
 Ahli Usrah SUMUR menyatakan pendapat masing-masing tentang
kewujudan telur dan ayam, mana yang dahulu wujud di dunia ini secara
spontan.
 Ketua kumpulan membuat rumusan bahawa kedua-dua jawapan betul.
Namun, cara kita mempertahankan sesuatu hujah itulah yang menentukan
sama ada kita berhujah secara ilmiah atau sekadar hujah kosong.

REFLEKSI : Tegas dalam menyatakan keputusan.

16
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Bertanggungjawab atas keputusan

AKTIVITI : The Power Of Love

MASA : 30 Minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ahli Usrah SUMUR dapat :


 Bertanggungjawab atas setiap keputusan yang dibuat.

LANGKAH :  Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menyenaraikan lima orang
yang paling disayangi. Contohnya ahli keluarga, kawan atau saudara
mara.
 Seterusnya ahli Usrah SUMUR diminta memadamkan satu demi satu
nama tersebut sehingga tinggal satu nama sahaja.
 Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menerangkan sebab empat
nama lain dipadamkan dan hanya satu nama yang dipilih.
 Ketua kumpulan membuat ulasan. Kadang-kala kita perlu membuat
keputusan yang sukar dalam hidup. Namun, keputusan mesti dibuat dan
setiap orang mesti bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat.

REFLEKSI : Kita mestilah bijak dalam membuat keputusan dan


bertanggungjawab
atas keputusan tersebut.

17
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Bijak membuat keputusan

AKTIVITI : Titanic

MASA : 30 Minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyatakan ketegasan ahli Usrah SUMUR terhadap keputusan yang
dipilih.

LANGKAH :  Ketua kumpulan memberikan situasi di dalam sebuah kapal yang akan
karam. Di dalamnya terdapat tukang masak, perempuan tua, kanak-
kanak, pakar ICT, peguam dan beberapa orang awam.
 Untuk mengelakkan kapal tersebut daripada karam, semua orang perlu
dikeluarkan kecuali dua orang.
 Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menyatakan dua orang yang
perlu kekal berada di dalam kapal tersebut.
 Ahli Usrah SUMUR diminta memberikan rasional dua orang tersebut perlu
selamat di dalam kapal tersebut.

REFLEKSI : Berani menyatakan sesuatu penegasan.

18
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Sanggup berkorban

AKTIVITI : Apa Sahaja Untukmu

MASA : 30 minit

BAHAN : Apa yang ada pada ahli Usrah SUMUR pada ketika itu.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyatakan kepentingan membantu antara satu sama lain.

LANGKAH :  Ketua kumpulan menyatakan situasi tentang seorang pelajar di sekolah


yang menghidap penyakit kritikal dan memerlukan dana untuk membiayai
perubatan di hospital.
 Ketua kumpulan meminta semua ahli Usrah SUMUR meletakkan wang
yang ada di hadapan mereka sebagai sumbangan.
 Ketua kumpulan melahirkan rasa terharu dan berbesar hati atas kesudian
dan keikhlasan ahli Usrah SUMUR atas sumbangan dan menyatakan
situasi tersebut hanya untuk menduga keikhlasan ahli Usrah SUMUR.
 Sebelum Usrah SUMUR tamat, Ketua kumpulan meminta ahli Usrah
SUMUR mengambil semula wang masing-masing.

REFLEKSI : Tolong-menolong amalan yang mulia.

19
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Semangat Juang

CIRI-CIRI : Aktif dalam setiap aktiviti

AKTIVITI : Brain Game

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR Sdapat :


 Menyatakan fokus adalah perkara penting untuk mencapai kejayaan.

LANGKAH :  Ketua kumpulan membahagikan ahli Usrah SUMUR kepada dua kumpulan.
 Ketua kumpulan menyebutkan satu ayat kepada ahli Usrah
SUMUR: “PAK BUSU TANAM BUNGA DALAM PASU”
 Ketua kumpulan memberi penerangan:
- Apabila Ketua kumpulan menyebut “Pak …”,
kumpulan yang ditunjuknya mesti menyebut “Busu”.
- Apabila Ketua kumpulan menyebut “…tanam bunga dalam …”
kumpulan yang ditunjuknya mesti menyebut “pasu”.
 Seterusnya Ketua kumpulan akan menyebut dengan cepat dan
menunjukkan ke arah mana-mana kumpulan yang dikehendaki dengan
pantas.
 Di sini tumpuan setiap ahli Usrah SUMUR sangat penting kerana perlu
peka terhadap sebutan Ketua kumpulan.
 Pada akhir permainan, Ketua kumpulan akan menyebut “lembu
minum?...” Ahli Usrah SUMUR sepatutnya menyebut “susu”.
 Melalui jawapan akhir ahli Usrah SUMUR, Ketua kumpulan membuat
rumusan tentang kepentingan fokus dalam kehidupan.

REFLEKSI : Fokus dalam melakukan sesuatu perkara amat penting untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang.

20
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Tekun sewaktu menjalankan tugas

AKTIVITI : Menara Kasut

MASA : 30 minit

BAHAN : Kasut

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Membina binaan yang tinggi dengan menggunakan kasut.

LANGKAH :  Ketua kumpulan membahagikan ahli Usrah SUMUR kepada dua kumpulan.
 Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR mengumpulkan kasut
masing- masing dalam kumpulan.
 Ahli Usrah SUMUR diminta membina menara yang tinggi dan kukuh
dengan menggunakan kasut ahli kumpulan sahaja.
 Ketua kumpulan meminta pandangan ahli Usrah SUMUR dan Ketua
kumpulan membuat rumusan.

REFLEKSI : Perancangan dan kerjasama penting untuk menjayakan


sesuatu perkara.

21
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan

AKTIVITI : Jurutera Kapal Pencen

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyatakan perlunya menjalankan tugas dengan
bersungguh-sungguh dalam apa jua keadaan.

LANGKAH :  Ketua kumpulan mengedarkan lampiran.


 Ahli Usrah SUMUR diminta membaca cerita
tersebut secara senyap dalam masa tiga minit.
 Ketua kumpulan bersoal jawab dengan ahli Usrah SUMUR tentang cerita
tersebut dan meminta ahli Usrah SUMUR menyatakan pandangan
masing-masing.
 Ketua kumpulan membuat rumusan.

REFLEKSI : 1. Bersungguh-sungguh asas kejayaan.


2. Istiqamah / konsisten dalam pekerjaan.

Seorang jurutera kapal yang sangat hebat ingin bersara daripada kerjayanya. Majikannya meminta
jurutera kapal tersebut untuk membina sebuah kapal yang terakhir sebelum beliau bersara.
Jurutera tersebut mengambil jalan mudah dengan membina sebuah kapal tanpa
mempertimbangkankan ciri- ciri keselamatan dan seni bina yang menarik kerana pada
pendapatnya, ‘Untuk apa aku bersusah- payah membina kapal yang indah dan canggih sedangkan
kapal ini bukan untukku.’

Apabila kapal tersebut siap dibina, majikannya memberitahu bahawa


beliau menghadiahkan kapal tersebut kepada jurutera itu atas
perkhidmatan dan jasa baktinya selama ini.

22
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Bersaing mencapai kecemerlangan

AKTIVITI : Karipap

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyatakan dua kebaikan bersaing dalam mencapai
kecemerlangan.

LANGKAH :  Ketua kumpulan menyatakan tentang permainan “Karipap”.


 Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menadah tangan kanan dan
menghulurkannya ke sebelah kanan.
Hujung jari telunjuk tangan kiri diletakkan di atas tapak tangan kanan kawan di
sebelah kiri. (rujuk gambar di bawah).

 Ketua kumpulan memberitahu, beliau akan menyampaikan sebuah cerita,


sekiranya beliau menyebut perkataan “Karipap”, ahli Usrah SUMUR yang
menadah tangan hendaklah cuba menangkap jari telunjuk yang berada di
atas tapak tangannya. Dalam masa yang sama, ahli Usrah SUMUR mesti
mengelakkan jari tangan kirinya daripada ditangkap.

23
 Teks cerita :

Pada suatu hari, ayah meminta ibu untuk membuat kari. Ibu
meminta kakak pergi ke kedai untuk membeli bahan membuat
kari. Kakak menyangka ibu hendak membuat karipap. Kakak
membeli tepung gandum, kentang, rempah kari, dan udang
kering. Setelah pulang dari kedai kakak membantu ibu membuat
kerja. Karipap ibu saya sangat sedap. Ayah saya juga memuji
keenakan karipap ibu saya.

 Ketua kumpulan bersoal jawab denganahli


Usrah SUMUR tentang kepentingan fokus mendengar dan
bertindak.

REFLEKSI : Deria mendengar dan pantas bertindak penting


dalam kehidupan

24
TERAS : Jati Diri

KRITERIA : Tetap Pendirian

CIRI-CIRI : Berani

AKTIVITI : Akronim perkataan “BERANI”


MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas dan pen

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyatakan keberanian dalam menegakkan suatu
kebenaran.

LANGKAH :  Ketua kumpulan mengedarkan kertas A4 kepada setiap ahli Usrah SUMUR.
 Ketua kumpulan memberi penerangan kepada ahli Usrah SUMUR supaya
membuat akronim daripada perkataan BERANI.
 Selepas masa diberi tamat, ahli Usrah SUMUR
dikehendaki menyebut di hadapan semua ahli Usrah SUMUR lain.
CONTOH :
B – best
E – excellent
R – respect
A – action
N – network
I – inspire
 Ketua kumpulan merumuskan semua ahli Usrah
SUMUR begitu berani menyatakan idea masing-masing.
 Semua jawapan ahli Usrah SUMUR adalah tepat berdasarkan hujah
masing-masing.
 Ketua kumpulan mengucapkan tahniah kepada semua ahli Usrah SUMUR.

REFLEKSI : 1. Berani kerana benar.


2. Sentiasa berani kerana Allah SWT.

You might also like