You are on page 1of 2

EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN

KEWANGAN
Selamat sejahtera kepada guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan yang saya
kasihi . Saya Mia Reyhan Safia dari kelas 4 Topaz . Saya memilih ucapan yang bertajuk "
Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan".

Ekonomi negara kita semakin meningkat seiring dengan harga barangan. Menurut
akhbar digital Harian Metro Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6
peratus pada suku pertama 2023 (S1 2023), lebih baik berbanding pertumbuhan negara
serantau seperti Indonesia (5.0 peratus), China (4.5 peratus) dan Vietnam (3.3 peratus).

Pada masa yang sama "Kadar inflasi Malaysia bagi bulan Mac 2023 terus mencatat trend
penurunan kepada 3.4 peratus (Februari 2023: 3.7 peratus), iaitu lebih rendah berbanding
beberapa negara maju yang lain

Hadirin yang dihormati sekalian,

Salah satu kaedah untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara adalah melalui bidang
keusahawanan. Keusahawanan mempunyai konsep untuk pengusahawan ikuti iaitu
mengenalpasti peluang perniagaan,mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan
dirinya sendiri dan orang ramai,mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat
memenuhi keperluan orang ramai dan mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha
memenuhi keperluan masyarakat.

Selain itu, terdapat beberapa jenis pelaburan yang boleh membawa kepada keuntungan besar
seperti pelaburan hartanah yang menjadi strategi perniagaan yang digunakan oleh
sesetengah orang untuk menjana pendapatan. Kebaikan pelaburan hartanah ini ialah
keuntungan yang diterima biasanya dalam jumlah yang besar dan dilindungi daripada inflasi
dan keburukannya ialah proses jual dan beli akan mengambil masa yang lama dan kadar
penyelengaraan dan pengurusan yang tinggi.

Saya juga ingin menyentuh tentang pengurusan kewangan menurut Blogger pengurusan
kewangan yang paling penting ianya kerana terdapat beberapa perkara yang boleh berlaku jika
kita gagal mengurus kewangan kita seperti masalah kewangan boleh menyebabkan individu
yang terlibat dengan masalah kewangan akan sentiasa berasa runsing . perkara ini disebabkan
seseorang itu sering tiada wang dan akhirnya boleh membawa kepada gejala sosial yang tidak
sihat seperti peras ugut, merompak dan lebih serius lagi cenderung untuk membunuh diri.
Justeru uruskan kewangan anda dengan bijak dan rancang perbelanjaan dengan sebaiknya.

Sekian, Terima Kasih.

You might also like