You are on page 1of 12

BAB 1: JADUAL DAN GRAF

Ciri-ciri dan Kegunaan Jadual


· Mempunyai tajuk, data dan maklumat
· Menghasilkan graf mengikut kesesuaian, melihat perubahan dan pertalian antara dua
set maklumat, lebih tersusun dan menarik
· Kaedah pengumpulan maklumat: pemerhatian( paling mudah, cepat), temu bual(lisan,
berita, pendapat), Banci(jumlah penduduk), soal selidik, rujukan perpustakaan(buku,
majalah, risalah, keratan akhbar, laman web)
Graf bar mudah
· Paksi menegak, paksi mendatar, tajuk petunjuk, bar
· Mempersembahkan data dikira, menunjukkan perbezaan
Graf garisan mudah
· Garisan sambungan antara titik-titik plot. Garisan curam menunjukkan perubahan
besar, garisan landai menunjukkan perubahan kecil
· Menunjukkan perubahan jumlah/nilai berterusan, contoh: min suhu, penduduk,
pengeluaran
Graf gabungan
· Bar mudah dan garisan
· Menunjukkan perubahan dan perbezaan dua perkara yang saling berkaitan. Contoh:
suhu, hujan, jumlah pengeluaran
Tafsiran Graf
Perihal tajuk graf dahulu. Perihal kekerapan tertinggi, kedua tertinggi, terendah berserta
bilangannya(isi tersurat). Perihal sebab dan kesimpulan(isi tersirat).
BAB 2: CARTA PAI
- Maksud: Gambar rajah atau perwakilan grafik yang memaparkan pembahagian atau
pecahan data dan maklumat dalam bulatan yang dibahagikan kepada sector.
- Ciri: Saiz sudut sector mewakili kuantiti, nilai % digunakan, 360°=100%, mempunyai
tajuk, petunjuk, jumlah keseluruhan dinyatakan
- Fungsi: mewakilkan data kepada informasi mudah, menarik. Menunjukkan
perbandingan data yang jelas, menggambarkan taburan data, maklumat. Pembacaan
efektif, memudahkan rumusan.
- Tafsiran: Perenggan 1( Tajuk, Jumlah keseluruhan)
Perenggan 2 ( jumlah paling tinggi dan sebab tersirat)
Perenggan 3 ( jumlah kedua tinggi dan sebab tersirat)
Perenggan 4 ( Kategori seterusnya berserta bilangan dan sebab tersirat)
Perenggan 5 ( Kesimpulan)

BAB 3: PENGARUH PERSEKITARAN FIZIKAL TERHADAP


KEPELBAGAIAN TUMBUHAN DAN HIDUPAN
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=BYJ9-N76mqg
3.1 FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN FIZIKAL YANG MEMPENGARUHI
KEPELBAGAIAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN
LIAR
- Iklim: suhu, hujan, angin, tekanan udara, keadaan awan, kelembapan udara, cahaya
matahari
- Bentuk muka bumi: ciri serta ketinggian daratan dari aras laut
- Saliran: ciri pola saliran sungai, kuantiti air mengairi kawasan
- Tanih: lapisan paling atas permukaan bumi yang terdiri daripada bahan organic dan
bahan bukan organic
3.2 FAKTOR-FAKTOR ANG MEMPENGARUHI KEPELBAGAIAN TUMBUH-
TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
BENTUK MUKA BUMI
TANAH PAMAH
- Hutan Hujan Tropika: MALAYSIA ( tumbuhan: meranti, jelutong, cengal, merbau,
seraya)( Hidupan : gajah, harimau, badak sumbu, monyet, arnab, rusa,
musang), AMAZON(tumbuhan: pokok wimba, Brazilian mahogany, lapuna, ficus, getah)
(Hidupan: puma, jaguar, anaconda, ikan pirana)
- Hutan Monsun Tropika: Thailand, Laos, Myanmar, Filipina, India, Bangladesh
(tumbuhan: pokok jati, cendana, prinkado, damar, mahogani, teak, sal)
-Hutan Konifer: Tasik Great St, Lawrence ( Kanada)
- Contoh: Dataran Siberia Barat, Dataran Manchuria, Lembangan Congo, Lembangan
Ganges-Brahmaputra, Lembangan Murray
TANAH TINGGI
- melebihi 180m dari aras laut
- Banjaran Crocker: Tumbuhan (lumut, orkid, halia liar, kulampair, paku pakis, periuk
kera, rhododendron boxifolium), Hidupan (Tupai tanah gunung Borneo, Summit rat,
Whitehead’s Trogon, beruang matahari, katak pokok Kinabalu, binturong, leopard cat)
- Banjaran Himalaya: Tumbuhan (Barberry, lumut, kulampair, birch, cedar, Himalayan
pine, Juniper), Hidupan (Eurasian brown bear, Asiatic brown bear, Himalayan serow,
Snow leopard, Rhesus monkey, Eurasian kingfisher, Yak)
PINGGIR LAUT
- pulau, pantai berpasir, pantai berlumpur, paya air masin
- Tumbuhan : semak semun, bintangor laut, jemerlang laut, mengkuang laut, pokok
bakau, pokok kelapa, tapak kuda
- Hidupan: ular, siput, ketam, anjing laut, umang-umang
- Malaysia (Pulau Rumbia, Tioman, Redang), Thailand (Pantai Phra Ae, Koh Samui,
Pulau Phi Phi), Indonesia (Pulau Raja Ampat, Kepulauan Bangka Selatan, Pantai Barat
Sumatera), Australia (Pantai Whiteheaven, Teluk Wineglass), Amerika Syarikat (Pantai
Coast Guard, Teluk Hanauma)
SALIRAN
Kawasan bersaliran baik
- Tidak bertakung air, bentuk muka bumi beralun, cerun bukit, tanah pamah, subur,
- Tumbuhan Hutan Hujan Tropika, Hutan Monsun Tropika, Hutan Konifer, Hutan
Mediteranean
- Hidupan: rusa, kijang, moose, badak sumbu, harimau, gajah
Kawasan bersaliran buruk
- tanah rendah sentiasa bertakung air, membentuk kawasan paya air tawar, pinggir laut
berlumpur membentuk kawasan paya air masin
- Tumbuhan: pokok bakau, pokok nipah, mengkuang (memerlukan air benyak, mampu
hidup di kawasan berair sepanjang masa)
-Hidupan: biawak, buaya, memerang, burung shoebill, ular, hidupan yang sinonim
dengan kawasan berair
Negara Hutan Paya Air Tawar Hutan Paya Air Masin
Malaysia Tasik Bera, Delta Rajang, Meludam Teluk Lahad Datu, Teluk Merudu,
Kuala Gula
Thailand Toh Daeng, Lembah Menam Chao Wilayah Phang Nga, Pulau Phi Phi
Phraya
Brazil Patanal Matogrossense Pulau Sao Vicente, Teluk Santos
Australia Barman Forest, Kakadu National Daintree River, Darwin Shore
Park Horthern Territory

TANIH
- Bahan organic terhasil daripada proses pereputan sisa tumbuhan dan bangkai haiwan
manakala bahan bukan organic terhasil daripada proses pemecahan batuan akibat
tindakan luluhawa.
Tanih Chernozem
- Tanah hitam sesuai untuk rumput, bunga, tumbuhan renek. Tanah membeku pada
musim sejuk menyebabkan rumput mengalami iklim Steppe mempunyai akar pendek.
- Kawasan: kawasan padang rumput hawa sederhana, iklim Steppe
-Tumbuhan: Big bluestem grass, buffalo grass, switch grass, feather grass, finged
sagebrush
- Hidupan: Coyote, bobcat, badger, Saiga antelope
Tanih Permafrost
- Tanah beku disebabkan suhu sejuk melampau, kurang subur, membeku sepanjang tahun,
hanya tumbuhan daya tahan tinggi
- Kawasan: Hutan Tundra
-Tumbuhan: liken, lumut, kulampair,willow, birch, health
- Hidupan: Beruang kutub, karibu, musang Artik, arnab Artik, lemming
Tanih Aridisols
- Tanah kering dan tandus. Tumbuhan akar panjang untuk menyerap air di dalam tanah,
menyukarkan pergerakan, menjadikan hidupan kurang aktif terutama pada siang hari
- Kawasan: Gurun Panas
-Tumbuhan: pokok kaktus, pokok akasia, pokok kurma
- Hidupan: unta, rusa gazelle, aryx,musang fennec, tikus jerboa
Tanih Latosol
- berpasir, liat atau lembap serta berwarna merah atau kuning
- Kawasan: Hutan Hujan Tropika, Hutan Monsun Tropika
-Tumbuhan: Pokok jati, cendana mahogany, jelutong ( tumbuh padat, tinggi, pelbagai
spesies)
- Hidupan: Gajah, harimau, beruang, kancil, cerpelai ( menjadi habitat pelbagai hidupan
liar bergantung kepadanya sebagai tempat tinggal, untuk mencari sumber makanan)
Tanih Podzol
- nipis, berasid, beku, tumbuhan akar pendek dan tidak menerjah jauh ke dalam tanah.
Tanah nipis dan beku bawah tanah memudahkan hidupan liar bergerak mencari makanan.
Pokok renek menjadi makanan dan habitat hidupan liar
- Kawasan: Hutan Konifer
-Tumbuhan: Pokok pain, cedar, birch, fir sprus
- Hidupan: Moose, elk, lynx, brown bear, harimau Siberia
Tanih Terra Rossa
- campuran tanah liat, pasir, warna merah atau coklat kemerahan. Menggalakkan
pertumbuhan hutan bangkut, hutan pokok tirus di kawasan tinggi
- Kawasan: Hutan Mediterranean
-Tumbuhan: Rosemary, lavender, laurel, pain
- Hidupan: Serigala, rusa, landak, helang
IKLIM
Gurun Panas
- Kawasan: Asia Barat ( Jordan, Iraq, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab
Bersatu, Yaman)
- Angin: angin timuran dari kawasan darat adalah kering dan tidak membawa hujan
- Hujan: jumlah hujan tahunan kurang daripada 250mm
- Suhu: min(25°C), waktu siang (32°C-36°C) tidak berawan, waktu malam (5°C), julat
suhu tahunan (17°C-20°C)
- Tumbuhan: rumput alfafa, pokok caper, pokok saltbushes, pokok ghaf
- Hidupan: tikus jerboa, oryx, musang fennec, unta, labah-labah, rusa gazelle
Iklim Monsun Tropika
- Kawasan: India, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh, Filipina, Myanmar, Thailand,
Vietnam, Laos, Kemboja
- Angin: Angin monsoon lembap dari laut ke darat menyebabkan hujan semasa musim
panas, Angin monsoon kering dari darat ke laut menyebabkan musim kering nyata
berlaku
- Hujan: hujan lebat, tidak sekata, 1000mm hingga 2000mm
- Suhu: 24°C-27°C sepanjang tahun
- Tumbuhan: pokok jati, paku pakis, pokok buluh, pokok mahogani
- Hidupan: cerpelai, binturong, biawak, gajah, monyet, harimau bontang, burung murai,
burung bangau
Iklim Siberia
- Kawasan: utara Asia( Rusia), utara Eropah (Poland, Jerman)
- Angin: Angin barat daya selatan Siberia membawa udara panas dari Asia Tengah,
Timur Tengah
- Hujan: jumlah kerpasan tahunan 500mm. Musim sejuk, kerpasan turun dalam bentuk
salji
- Suhu: musim panas 15°C-20°C, musim sejuk 6-8 bulan (-17°C)-(-5°C) , musim bunga,
luruh singkat. Julat suhu 30°C-50°C.
- Tumbuhan: Pain merah, paper birch, dahurian larch
- Hidupan: Martens, Mink, beruang kutub, hatimau Siberia, Siberian Wolf, Lynx
Iklim Laurentia
- Kawasan: Kanada Timur, Timur Laut Amerika Syarikat, China(utara), Manchuria,
Korea Utara, Jepun(utara), Patogonia di Amerika Syarikat
- Angin: Arus sejuk merendahkan suhu kawasan pantai Jepun, China, Korea Utara,
Siberia. Angin Monsun Barat Laut dari darat menyebabkan musim dingin kering.
- Hujan: hujan sepanjang tahun, 500mm-1000mm, hujan pada musim panas, salji musim
sejuk
- Suhu: min 9°C-17°C, musim panas sederhana dan singkat 21°C-26°C, musim sejuk
sangat -6°C-10°C, Julat 20°C-30°C
- Tumbuhan: Pokok maple, pokok fir, pokok beech, pokok yellow birch
- Hidupan: wood duck, beaver, Canadian lynx, Canadian goose, northern flicker,
chipmunk

BAB 4: TUMBUHAN-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA

4.1 JENIS DAN TABURAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI


MALAYSIA

Hutan Hujan Tropika

- berlapis-lapis, malar hijau, daun lebar, pokok tinggi, dahan tersebar

- Hujung daun berbentuktirus membolehkan air hujan mengalir mudah dan cepat

- Lantai Hutan: 10m, tumbuhan jarang kerana kurang cahaya matahari, dilitupi daun
kering, dahan reput, tumbuhan saprofit makan bahan reput

- LapisanTengah: 10-20m, pokok kecil, tumbuhan epifit menumpang pokok lain,


tumpuhan parasit memanjat pokok lain untuk mendapat air, garam dan mineral dari
pokok

-Lapisan Kanopi(silara): 20-40m, pelindung cahaya daripada menembusi lantai hutan,


dikenali sebagai silara kerana silaranya kelihatan berlapis-lapis

- Lapisan Renjong (emergen): 40-50m, tumbuhan kayu keras, tumbuh rapat, batang
lurus dan tinggi untuk mendapat cahaya
Hutan Pantai

- pantai berpasir, tumbuhan ketinggian berbeza

- pokok ru(40m, batang lurus, tinggi berbentuk silinder), pokok renek, mengkuang,
jemerlang laut, bintangor laut, kelat jambu laut, pokok kelapa

- Tumbuhan menjalar seperti tapak kuda hidup di sini

Hutan Paya Air Tawar

- bersaliran buruk, sering ditenggelami air sungai dan tasik

- pokok berkayu keras, batang besar, lurus, tinggi, tumbuh bercampur aduk, tumbuh rapat,
tidak mempunyai dahan di bahagian bawahnya

- Akar udara (bintangor laut), akar pneumatofor (perupuk): membantu menyerap


oksigen

- Akar banir (meranti paya), akar jangkang (kelat dan merbulan): menyokong pokok
daripada mudah tumbang di kawasan yang menakung air

- Lapisan pokok renek: tumbuhan jarang, kurang cahaya, lantai dibanjiri hujan

- Lapisan tengah: tumbuhan kecil, sederhana

- Lapisan kanopi(silara): tumbuhan berkayu keras, tinggi, tidak sejajar

Hutan Paya Air Masin

- pinggir laut bersaliran buruk, berlumpur, terlindung tetapi ditenggelami air pasang

- pokok bakau, pokok nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam, ramin, jongkong,
nibong. Berbeza mengikut jarak dari laut.

-Arak ceracak (bakau api-api, perepat): pernafasan, kekurangan oksigen kerana


ditenggelami air masin, keluar menegak dari tanah lumpur

- Akar jangkang (bakau, kurap, bakau minyak): tumbuh di pangkal pokok, masuk ke
dalam lumpur, menyerap udara ketika air pasang, menyokong pokok daripada mudah
tumbang

Hutan Gunung

- kawasan tanah tinggi 1200m dari aras laut, tumbuhan yang mengadaptasi suhu,
kesuburan

- Hutan Montane Bawah (1200-1800m): Hutan daun luruh, pokok 15-33m, pokok oak,
laurel. Tumbuhan epifit seperti orkid, paku langsuyar

- Hutan Montane Atas (1800-2900m): pokok daun tirus, rendah, 1.5-18m, satu lapisan
hutan, lantai hutan lembap ditumbuhi lumut. Pain, sprusm gelam gunung, tumbuhan
epifit(lumut, liken), bunga rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron
- Tumbuhan Hampir Alpain (2900-3500m): campur pokok bantut, rumput, pokok renek
conifer, rumput Low’s Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle, periuk kera

- Tumbuhan Alpain (>3500m): pokok renek, orkid dan lumut

4.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBUH-TUMBUHAN


SEMULA JADI DI MALAYSIA

Bentuk Muka Bumi

- Tanah pamah, kaki bukit: Hutan Hujan Tropika, bersaliran baik, 180m atas aras laut,
akar banir menyokong pokok daripada tumbang

- Muara sungai, pinggir tasik, pinggir laut: berpasir (Hutan Pantai), kawasan
terlindung, muara sungai (Hutan Paya Air Masin), ditenggalami air hujan (Hutan Paya
Air Tawar)

- Tanah tinggi >1200m: pokok kecil, lumut, pokok tumpang, pokok bantut(1800-2900m)

Saliran

- Saliran baik: tumbuhan: pokok cengal, tualang, pokok kelapa, pokok ru. Tempat: Pulau
Sipadan (Sabah), Desaru (Johor), Air terjun Lasir (Terengganu)

- Saliran buruk: tumbuhan: pokok mengkuang, mersawa paya, meranti paya, kempas,
nipah, nibong. Tempat: Tasik Chini, Tasik Bera (Pahang), Delta Labuk-Sugut (Sabah)

Iklim

- iklim Khatulistiwa panas dan lembap sepanjang tahun, min suhu 27°C, hujan tahunan
2600mm

- Suhu tanah tinggi berbeza, 18°C menggalakkan pertumbuhan Hutan Gunung

Tanih
Hutan Tanih Tumbuhan Tempat
Hutan Hujan Aluvium, laterit Cengal, meranti, Kaki Banjaran Titiwangsa
Tropika tualang (Perak), Banjaran Tahan
(Pahang)
Hutan Paya Gambut, Pokok bakau, bakau Laut Matang (Perak), Muara
Air Main alluvium jongkong, bakau api- Sungai Perak, Tanjung Piai
api (Johor)
Hutan Paya Gambut, Nipah, mengkuang, Tasik Chini, Tasik Bera
Air Tawar alluvium terap (Pahang), Delta Rajang
(Sarawak)
Hutan Pantai Berpasir, Tapak kuda, pokok Pantai Irama (Kelantan), Pantai
ru, pokok kelapa Tanjung Rhu (Langkawi)
Hutan Laterit Oak, laurel, paku Gunung Kinabalu, Gunung
Gunung pakis Jerai

4.3 KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA


Kawasan Tadahan Hujan

- Hutan sebagai span berongga menyerap air, mengalir ke sungai, empangan, kolam ,
tasik. Hutan tanah tinggi menjadi kawasan tadahan hujan, air diserap ke dalam tanah
bertindak secara semula jadi menjadi air bersih.

Keseimbangan ekosistem

- saling bergantung antara komponen biotic dan komponen abiotik

Sumber perubatan

- Tongkat Ali (akar), sembong (daun, akar, bunga), senduduk (daun, pucuk, akar), pegaga
(keseluruhan pokok), keremek (daun)

Habitat

- keselamatan, keperluan sumber makanan, keseuaian diri

Sumber bahan mentah

- buluh, rotan (kraf tangan, perabot), kayu bakau (bahan api), cerucuk (bahan binaan),
bahan eksport

4.4 KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP TUMBUHAN-TUMBUHAN


SEMULA JADI DI MALAYSIA

Positif

- Pembangunan hutan

- Penghutanan semula

- Taman Negara

- Hutan Simpan Kekal

Negatif

- Ketikseimbangan ekosistem

- Hakisan tanah

- Kawasan tadahan hujan terganggu

- Kepupusan flora dan fauna


BAB 5: HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=rJD7Yw_C0XU

5.1: HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA

- Hidupan liar ialah spesies haiwan liar atau burung liar sama ada yang dilindungi
sepenuhnya atau yang dilindungi, vertebrata atau invertebrate, hidup atau mati, matang
atau tidak matang dan sama ada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan atau
tidak.

- Contoh: Tapir, Harimau Malaya, Beruang Matahati(beruang madu), Penyu, Dugong,


Enggang, Badak Sumatera, Monyet Belanda, Orang utan, Gajah Pygmy

5.2 KEPENTINGAN HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA

Keseimbangan Ekosistem

- meneruskan kelangsungan hidup, siratan makanan serta melalui baja organic daripada
tinja

Ekopelancongan

- melihat dan berinteraksi, mendidik tentang kepentingan hidupan liar, mewujudkan


peluang pekerjaan

Pendidikan

- penyelidikan dan pembangunan(R&D), kerjaya dalam bidang professional (veterinary,


penyelidik, pensyarah, ahli forensic), melestarikan alam sekitar, mendapat pengetahuan
baharu dan tidak bergantung kepada dapatan dari Negara lain, mengekalkan dan
melindungi biodiversity Negara.

5.3 KEGIATAN MANUSIA YANG MENGANCAM HIDUPAN LIAR DI


MALAYSIA

- Pembalakan: kemusnahan habitat, hakisan, kurang proses sejat peluhan

- Pengkuarian: bunyi bising, pencemaran udara, pencemaran air, banjir

- Pembinaan empangan: kemusnahan hutan, habitat musnah, keseimbangan ekosistem


terjejas
- Pertanian: landskap berubah, rantai makanan terganggu, habitat musnah

- Pengangkutan dan perhubungan: penebangan hutan, habitat terjejas, mati dilanggar


kenderaan

5.4 USAHA PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR DI


MALAYSIA

Undang-undang

- Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pindaan 1985

- Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010

Kempen Kesedaran

- Kempen Save The Day (WWF) menyelamat penyu dan harimau, Kempen We Hug
Tapir 2018 (27April), Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa
Plastik, Hari Tenggiling Sedunia (Sabtu ke-3 Februari)

Pusat Konservasi dan Taman Negara

- Pusat konservasi untuk penyelidikan, pendidikan, rekreasi, ekologi.

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

- Kajian untuk mengenal pasti, meramal, menilai, memberitahu kesan alam sekitar akibat
projek pembangunan dan langkah mengurangkan kesan sekiranya diluluskan

Pendidikan Alam Sekitar

- pembangunan lestari, penyelesaian masalah untuk membuat keputusan masa depan

Pewartaan Hutan Simpanan

- Kawasan hutan diwartakan untuk perhutanan dan ditadbir Jabatan Perhutanan Negeri.
Tidak boleh ditebang, bawah Akta Perhutanan Negara 1984
Bab 6: SUMBER SEMULA JADI DI MALAYSIA

6.1 SUMBER SEMULA JADI DI MALAYSIA

- Bahan atau punca di sekeliling kita

- Sumber boleh baharu: Hutan (hutan hujan tropika, hutan pantai, hutan gunung, hutan
paya), Suria, Tanih (laterit, gambut, alluvium, beris, pasir), Air (sungai, paya, laut, air
bawah tanah, empangan, kolam, tasik)

- Tenaga alternative: tenaga semula jadi, mesra alam, menggantikan bahan api fosil.
Hidroelektrik (Kenyir, Terengganu), Suria (bumbung rumah), Biomas (Miri, Sri Aman
Sarawak), angin (Layang-layang Sabah)

- Sumber tidak boleh baharu: emas, bijih timah, bijih besi, kuprum, bauksit

- Sumber mineral bukan logam: batu granit, gas asli, pasir, petroleum, arang batu,
kaolin

6.2 TABURAN SUMBER BOLEH BAHARU DAN SUMBER TIDAK BOLEH


BAHARU DI MALAYSIA

Air (Empangan hidroelektrik)

- jumlah hujan 2600mm setahun, empangan ialah tambak yang dibina untuk menahan
aliran air. Air diempang dan dilepaskan memutarkan turbin menghasilkan tenaga.

- Empang: Bersia (Perak), Kenyir (Terengganu), Bakun (Sarawak), Tenom Pangi (Sabah)

Hutan

- Hutan hujan tropika: kawasan tengah Semenanjung, pedalaman Sabah dan Sarawak.
Tumbuhan seperti cengal, meranti, merbau, mersawa, jelutong, keruing, orkid. Hidupan
liar seperti gajah, harimau, tapir, landak, kancil, monyet.

- Hutan paya air tawar: Tasik Chini, Bera(Pahang), Sabak Bernam (Selangor), Sungai
Rajang(Sarawak). Pokok mengkuang, nipah, palma, keladi air, meranti jaya. Ikan air
tawar, katak, ular, biawak, buaya, burung, kera

- Hutan paya air masin: Laut Matang (Perak), Kuala Selangor, Pantai Samarahan-
Satong (Sarawak). Pokok bakau minyak, api-api, perepat, tumu. Ikan, siput, ketam, udang,
ular, burung, memerang, kera

- Hutan Pantai: Pantai Tanjung Rhu, Pulau Langkawi, Pulau Sipadan (Sabah), Pulau
Talang-talang (Sarawak). Pokok ru, tapak kuda, mengkuang laut, bebaru, pokok kelapa,
rumput pantai. Burung, tupai, ular, ketam, siput, serangga

- Hutan gunung: Gunung, Kinabalu (Sabah), Pergunungan Iran (Sarawak), Gunung Jerai
(Kedah), Gunung Tahan (Pahang). Rafflesia, periuk kera, pokok renek, paku pakis, lumut,
kulampair. Siamang, ular, burung serangga, musang, harimau dahan
Mineral

- Petroleum; Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak. Menjana elektrik, bahan api


kenderaan, industry petrokimia, bahan bakar

- Gas asli: Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak. Bahan api domestic, Industri
petrokimia, bahan api alternative kenderaan

- Emas; Raub, Kuala Lipis ( Pahang), Bau (Sarawak), Rusila (Terengganu). Jongkong
emas, barangan emas

- Arang batu: Silimpopon, Maliau (Sabah), Bintulu, Mukah, Silantek, Balingian


(Sarawak), menjana tenaga elektrik, melebur besi

6.3 KEPENTINGAN SUMBER SEMULA JADI DAN PEMBANGUNAN


EKONOMI DI MALAYSIA

- Sumber bahan mentah

- Menjana pendapatan Negara

- Pembukaan kawasan baharu

-Kemajuan infrostruktur

- Peluang pekerjaan

You might also like