You are on page 1of 8

MODULAR DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU TAHUN 3

MINGGU SK SP GABUNGAN
18 3.2 3.2.1 4.2.2
       

MERUNGKAI STANDARD BACKWARD DESIGN BAHASA MELAYU TAHUN 3

Membina dan menulis ;


PERINGKAT 1 : 3.2.1
i) ayat
Hasil Pembelajaran
  Menyanyikan lagu mengikut irama lagu
kanak-kanak dan lagu rakyat serta
4.2.2 menjelaskan maksud bahasa yang indah
  dalam lirik lagu.

THE BIG IDEA : EQ :


Perpaduan 1. Mengapakah kaum Melayu berbeza dengan kaum-
    kaum lain di Malaysia ?
2. Bagaimanakah cara kamu menghormati orang lain ?
3. Bagaimanakah cara untuk kita bergaul dengan orang
    lain ?

PENGETAHUAN : KEMAHIRAN :
Hormat Menghormati Menulis
Budaya Kita Didik hibur
 

TAHAP PENGUASAN :

TAHAP 6 :
Menulis tulisan berangkai secara mekanis dengan betul dan kemas, membina ayat,
menulis jawapan pemahaman, mencatat maklumat, menulis ayat secara imlak, membina
kerangka dan menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif, mengedit serta
memurnikan hasil penulisan dengan betul pada tahap sangat terperinci, konsisten, dan
menjadi model teladan. 
 

BUKTI PENTAKSIRAN : EVIDENS LAIN :


1. Video persembahan 1. Senarai semak
2. Lembaran kerja 2. Lirik lagu
PERANCANGAN PDP

1. Objektif :
a) Menulis empat ayat bagi maksud dalam lirik lagu dengan betul.
b) Menyanyikan empat rangkap lagu mengikut irama lagu kanak-kanak serta
menjelaskan maksud bahasa yang indah dalam lirik lagu.

2. Aktiviti :
a) Murid mendengar lagu kanak-kanak “Tepuk Amai-amai”.
b) Menyanyi lagu kanak-kanak “Tepuk Amai-amai”.
c) Murid diagihkan kepada empat kumpulan.
d) Setiap kumpulan dibekalkan dengan empat set sampul surat yang setiap satunya
mengandungi empat ayat.
e) Murid dikehendaki menyusun ayat menjadi rangkap lagu yang kreatif.
f) Murid menyanyikan lagu mengikut melodi “Tepuk Amai-amai”.
g) Murid berbincang, menyatakan dan menulis maksud ayat yang ditebalkan.
h) Galeri walk - murid menilai hasil kerja kumpulan lain.
i) Murid melengkapkan lembaran kerja ( Buku Aktiviti ms: 80 )
j) Sing Song - Persembahan menyanyikan lagu kanak-kanak dengan lirik lagu yang
telah disusun.

3. Kriteria
a) Menulis sekurang-kurangnya dua daripada empat ayat bagi maksud dalam lirik lagu
dengan betul.
b) Menyanyikan sekurang-kurangnya serangkap lagu mengikut irama lagu kanak-
kanak serta menjelaskan maksud bahasa yang indah dalam lirik lagu.
RASA SAYANG

Rasa sayang hey,


Rasa sayang-sayang hey,
Hey lihat Nona jauh,
Rasa sayang-sayang hey.

Dua tiga kucing berlari,


Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh kucari,
Mana nak sama adik seorang.

Sorong papan tarik papan,


Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak tahu.

Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan
Hormati ibu bapa
Abang serta kakak
Jaga tutur bicara
Sopan sentiasa

Hormati rakan kita


Tanpa kira bangsa
Saling tolak ansur
Hubungan bertambah erat

Hormati jiran kita


Pelbagai kaum dan agama
Bertegur dan menyapa
Hidup akan sejahtera

Hormat-menghormati
Budaya semua kaum
Teguh bermuafakat
Negara kita sentosa
SENARAI SEMAK MURID

REFLEKSI KENDIRI MURID

NAMA_________________________ YA TIDA
KELAS ________________________
(√) K(
MATA PELAJARAN ______________
√)
Saya beri perhatian ketika guru
mengajar

Saya mengikut arahan guru

Saya minta bantuan guru atau


rakan jika saya tidak faham

Saya angkat tangan apabila


hendak menjawab soalan atau
beri pendapat

Kerja saya sentiasa kemas

Saya siapkan tugasan mengikut


masa yang ditetapkan
SENARAI SEMAK GURU

SENARAI SEMAK KENDIRI GURU

BIL PERKARA √ x CATATAN

1 Menyediakan semua bahan dengan


lengkap

2 Memberi arahan / penerangan dengan


jelas

3 Peruntukan masa yang diberi mencukupi

4 90% murid terlibat dalam aktivti

5 Menerapkan unsur KBAT

6 Memberi ruang dan masa kepada murid


untuk berfikir semasa melakukan aktiviti

7 Memberi rangsangan positif semasa


aktiviti

8 Murid berminat melaksanakan aktiviti

9 Objektif saya tercapai

You might also like