You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KESANG TUA

LAPORAN AKHIR TAHUN


UNIT HEM 2022

NAMA UNIT 3K KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KECERIAAN

KETUA PN. NURASHIKIN BINTI SHARIF

Pada awal tahun persekolahan, beberapa aktiviti telah dirancang di bawah unit 3K. Antaranya
adalah:-

- Pengagihan pas keluar kelas


- Pertandingan kecerian kelas pada setiap minggu
- Penyediaan token (bintang) bagi memenangi pertandingan keceriaan kelas
- Gotong-royong perdana
- Gotong-royong penutup sekolah

Kekuatan

Setiap aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan.

Pas keluar masuk murid yang baharu bertahan lebih lama.

Kelemahan

Bagi pertandingan keceriaan kelas, acapkali para guru yang ditugaskan untuk memantau
kebersihan dan keceriaan kelas tidak mencerap dan tidak mengisi data di dalam borang yang
telah disediakan secara atas talian. Guru-guru yang bertugas pula kerap kali perlu diingatkan
tentang pemantauan walaupun jadual telah disediakan.

Piala pusingan bagi pertandingan 3K juga perlu digantikan dengan yang baharu kerana
keadaan fizkalnya yang tidak lagi utuh.

Pas keluar masuk murid tidak mencukupi.


Penambahbaikan

Borang yang baharu akan diwujudkan pada sesi akan datang bagi menggantikan borang
secara atas talian. Borang yang baharu ini akan dicetak dan dibukukan. Manakala, untuk
pemantauan dan pengisian markah, akan diserahkan kepada setiap ketua bagi kumpulan guru
yang bertugas secara mingguan. Ketua kumpulan akan melantik salah seorang guru sebagai
pemantau.

Piala pusingan perlu ditempah baharu untuk sesi akademik 2022/2023.

Pas keluar masuk murid akan ditempah lagi bagi memastikan setiap kelas memiliki 2 buah
pas keluar masuk.

DISEDIAKAN OLEH, TARIKH: 15 JANUARI 2022

……………………………………..
(PN. NURASHIKIN BINTI SHARIF)
Lampiran

Penyerahan pas keluar masuk bilik darjah kepada setiap ketua kelas.

Penyampaian piala pusingan dan token kepada kelas-kelas yang memenangi pertandingan
3K.

Pas keluar masuk bilik darjah yang baharu.

You might also like