You are on page 1of 3

CABARAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN STRATEGIK

Perubahan pesat dalam persekitaran merupakan punca utama timbulnya cabaran kepada
kepimpinan dan pembangunan ekonomi. Antara cabaran yang sering dihadapi pemimpin dalam
membangun ekonomi adalah seperti Pemimpin hendaklah memahami persekitaran ekonomi
dengan tepat. Kajian trend dan teknik ramalan jauh daripada memuaskan. Wawasan, misi dan
strategi bertolak daripada kefahaman ini.
Seterusnya adalah persoalan nasionalisme dibandingkan dengan globalisasi. Dalam sebuah
negara, persoalan ini mungkin sedikit sebanyak telah terjawab dengan seruan Perdana Menteri
kepada penggerak ekonomi untuk menjelajah ke luar negara. Tetapi ramai di kalangan mereka
tidak memenuhi kehendak pemimpin.
Persoalan sama ada organisasi mahu membangun daya saing atau mementingkan keberkesanan
semasa. Untuk menguatkan daya saing masa depan memerlukan pelaburan dalam teknologi,
penyelidikan dan pembangunan.
Peningkatan persaingan bukan sahaja dalam pasaran, tetapi juga dalam perolehan sumber.
Penguasaan atas sumber strategik akan meletakkan organisasi di penjuru kemenangan, atau
perikatan strategik dengan pembekal perlu diadakan.
Penumpuan pengurusan kualiti menyeluruh boleh menguatkan daya saing. Kesungguhan
pemimpin senantiasa diawasi. Pelanggan akan menjadi lebih mendesak dan berfikir dengan lebih
strategik. Perikatan strategik dengan pelanggan perlu difikirkan. Kewujudan blok perdagangan.
Bagaimana syarikat boleh mengambil manfaat daripadanya.
Tekanan daripada negara maju tentang masalah sosial (contohnya kawalan keatas kesatuan
sekerja, buruh kanak-kanak, persekitaran dan lain-lain). Teknologi maklumat (internet,
cyberspace, world-wide web ) merupakan peluang dan cabaran kepada pemimpin untuk
memanfaatkannya. Pembentukan budaya korporat yang positif, suka belajar dan mengikut arus
perubahan. Pembangunan pemimpin pelapis. Tekanan untuk meningkatkan tahap kewajiban
sosial masyarakat.

CADANGAN MODEL UNTUK KECEMERLANGAN ORGANISASI


Daripada perbincangan di atas dapat dicadangkan satu model yang mudah difahami
untuk membantu pemimpin dalam pembangunan ekonomi. Dua faktor penting yang diperlukan
ialah kepimpinan dan pengurusan strategik.Perkara utama yang diharapkan daripada pemimpin
ialah wawasan dan misi yang realistik dan menarik, kreativiti yang membawa idea baru dan
budaya yang menguatkan semangat dengan menyalurkan tenaga. Budaya juga berkait dengan
nilai-nilai murni dan prinsip hidup. Aspek pengurusan strategik pula merangkumi pembentukan
objektif selaridengan wawasan, pembentukan strategi, perlaksanaan strategi
dan selanjutnya pengawalan (penilaian dan pembaikan). Dalam menjalankan semua ini,
pemimpin dan pengurusan strategik perlu peka pada persekitaran luar, terutamanya pelanggan,
pembekal, pesaing dan pemerintah.

KESIMPULAN

Daripada perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat dirumuskan. Pertama,


konsepkepimpinan dan pengurusan strategik itu tidak keseluruhannya seerti. Kepimpinan
lebihmenekankan manusia dan wawasan, sementara pengurusan strategik menekankanstrategi,
perancangan dan sistem.
Untuk mencapai kecemerlangan organisasi, kitamemerlukan kedua-duanya serentak.
Kepimpinan diperlukan untuk membuat peningkatan yang besar. Pengurusan strategik
diperlukan untuk mencapai objektif dengancekap.Kedua, terdapat banyak teori kepimpinan yang
timbul dari Barat. Ada yang mengatakankepimpinan ini ialah sifat kebolehan semula jadi, yang
lain pula kepimpinan inimerupakan suatu kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari melalui
pengalaman danlatihan. Daripada perbincangan dan hasil penyelidikan yang didapati,
nampaknyasebahagian besar daripada ilmu kepimpinan ini boleh diajar dan dipelajari
sebagaikemahiran. Ura-ura cadangan untuk mengadakan Institut Kepimpinan oleh UMNO
patutdiberi sokongan oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, mungkin lebih baik
institusiseperti itu ditubuhkan oleh pemerintah dan dibuka kepada semua rakyat yang
mempunyai potensi.Ketiga, kecemerlangan organisasi di dalam negara akan meningkatkan
kesejahteraanrakyat. Jika kita boleh berjaya menjadikan semua organisasi di Malaysia
sebagaiorganisasi cemerlang atau bertaraf dunia dengan sendirinya Malaysia akan
menjadicemerlang.Keempat, hasil penyelidikan yang menunjukkan pengurus dan eksekutif
Malaysiameletakkan cita-cita lebih tinggi daripada keadilan dan kejujuran untuk berjaya
sebagai pemimpin, agak merunsingkan. Dalam kemelut strategi pembesaran
dan globalisasi,kejayaan pada akhirnya akan memihak kepada mereka yang mempunyai nilai
murni dan berprinsip. Sekarang pun, sudah ada rungutan dan kebimbangan tentang
sesetengah pengurus dan eksekutif Malaysia yang berlagak di negara asing seperti cowboys.
Perkaraini perlu dibendung supaya tidak terlajak menjadi the ugly Malaysian.Kelima,
pengurusan strategik menyumbang kepada prestasi dan kecemerlanganorganisasi. Tetapi untuk
memapankan kecemerlangan, pemimpin perlu memainkan peranan untuk membudayakan
kecemerlangan ke seluruh organisasi. Ini merupakanantara cabaran utama kepimpinan
dengan pengurusan strategik. TQM dapat membantu, berserta dengan pendidikan dan latihan
berterusan.Keenam, memandangkan penyelidikan dalam kepimpinan dan pengurusan strategik
amatkurang sekali di Malaysia, dicadangkan supaya satu institusi atau unit ditubuhkan
untuk mengkaji atau menyebarkan ilmu dalam bidang yang sangat penting ini.Akhir sekali, kita
telah memandang ke Barat dan ke Timur, kita perlu juga menoleh ke belakang (sejarah kita),
sambil kita meramalkan masa depan. Untuk pengurusan strategik dan kepimpinan yang akan
membawa organisasi kecemerlangan kita juga perlu memandang ke bawah (anak buah
dan mereka yang berkepentingan) dan juga ke "atas". Kita cuma berusaha, kejayaan merupakan
hak Allah.
 

You might also like