You are on page 1of 19

Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

CONTOH KERTAS KERJA

PENTERNAKAN KAMBING SECARA SISTEM INTENSIF


DAN
SEPARA INTENSIF

DI
{Nama dan Alamat Lengkap Syarikat/ Individu}

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

PENGENALAN 3

LATAR BELAKANG SYARIKAT 4

OBJEKTIF

SYARIKAT 4

KERTAS KERJA 5

PEMASARAN 5

PENGURUSAN SYARIKAT 7

STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT 8

HARTA SYARIKAT 8
Asset Tetap 8
Asset Semasa 9

MODAL AWAL PROJEK YANG DIJALANKAN 9

KONSEP PENTERNAKAN 12

SISTEM PENTERNAKAN 12

ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN


UNTUK PEMBANGUNAN PROJEK TERNAKAN KAMBING 16

INFRASTRUKTUR 17

PROSPEK PROJEK 18

RUMUSAN 19

LAMPIRAN 20

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 2


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

PENGENALAN

Permintaan daging kambing negara.

Pada amnya permintaan terhadap daging kambing ini terus meningkat dari tahuan ke
tahun, sepertimana yang ditunjukkan rajah 1.

Pengeluaran Dan Permintaan Daging Kambing

Tahun 2002 2003 2005 2010


Pengeluaran 1.25 1.35 1.50 2.18
Permintaan 15.10 15.60 16.80 21.30
KSD(%) 8.01 8.33 8.93 10.23
Rajah 1

Untuk itu perlunya satu sistem pengeluaran yang produktif dan berdaya maju bagi
meningkatkan bekalan daging kambing tempatan dalam masa yang terdekat untuk
mempertingkatkan pengeluaran tempatan bagi memenuhi permintaan daging kambing
ini. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan impot barangan makanan.

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 3


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

LATAR BELAKANG SYARIKAT

{Nama Syarikat} telah ditubuhkan pada tahun ________. Syarikat ini banyak
menumpukan aktiviti perladangan/penternakan.

Pada masa ini Syarikat mempunyai kontrak {masukkan aktiviti sedia ada syarikat}
pembersihan ladang sawit seluas 17 ekar di Durian Tunggal Melaka.

Syarikat telah memulakan kerja-kerja penternakan kambing pada bulan Julai 2007
dengan permulaan sebanyak 10 ekor. Sehingga pada tarikh ini jumlah kambing yang
dipelihara telah ditambah menjadi 20 ekor kesemuanya.

Oleh yang demikian, syarikat amat yakin bahawa rancangan untuk menceburkan diri
dalam bidang penternakan ini adalah satu tindakan yang boleh mendatangkan keuntungan
selain daripada memenuhi permintaan terhadap daging kambing negara.

OBJEKTIF SYARIKAT

Selama ini syarikat menumpukan pekhidmatan pembersihan lading sawit berjumlah 17


ekar dan lading getah seluas 6 ekar. Walaubagaimanapun pihak syarikat telah membuat
satu pelaburan dalam bidang penternakan dengan membela kambing bagi
mempelbagaikan aktivi dan pendapatan Syarikat.

Pengurusan syarikat, telah melaburkan sejumlah modal dan telah membina kandang
kambing di Durian Tunggal, Melaka. Pada masa kini terdapat lebih kurang 20 ekor
kambing yang dipelihara.

Syarikat bercadang untuk meluaskan dan mengembangkan lagi bidang penternakan


kambing ini dengan menambah bilangan kambing di kandang yang telah dibina yang
boleh memuatkan sebanyak 100 ekor kambing pada satu masa.

OBJEKTIF KERTAS KERJA

Objektif kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapat pinjaman modal untuk
menambahkan bilangan ternakan kambing serta memperbesarkan lagi perniagaan ini

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 4


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

disamping membeli mesin perincih makanan (rumput napier) dan bagi membeli makanan
tambahan untuk kambing (pallet PKC/PKE).

PEMASARAN

Pemasaran ternakan kambing akan dilakukan sendiri. Kriteria yang digunakan bagi
menentukan masa jualan ialah berat hidup. Kambing boleh mula dijual apabila mencapai
berat badan antara 28 - 35 kg.

Keyakinan bahawa daging kambing sentiasa mendapat pasaran adalah tinggi


memandangkan permintaan terhadap daging kambing tempatan yang segar sentiasa ada
dan bekalan di pasaran pula adalah tidak mencukupi.

Selain daripada itu konsep pemasaran seperti berikut juga akan dijalankan bagi menjual
hasil daging kambing.

Pendekatan yang diambil adalah seperti:

a. Jualan sendiri:

Menjual kambing hidup kepada pelanggan yang sedia menawarkan


harga yang baik dan menguntungkan.

b. Melalui Jabatan:

Perhubungan dua hala dengan agensi kerajaan bagi memasarkan


hasil ternakan yang telah matang, seperti FAMA atau Syarikat
Pembeli/Penyembelihan kambing yang besar dengan mengambil
kira kos pengangkutan.

c. Menjual Daging di Pasar/Pasar Tani:

Penjualan dilakukan melalui timbangan berat. Harga kambing yang


dipelihara secara fidlot adalah lebih tinggi daripada kambing biasa,
kerana mutu dagingnya lebih baik.

Contoh pengiraan jualan kambing secara terus :

Harga belian : RM300

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 5


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

Berat awal kambing : 20kg (a)

Berat akhir kambing : 35kg (b)

Kadar kenaikan berat : b – a = 20kg

Harga pasaran : RM16.00 – RM21.00 / kg

Purata harga : RM18.00

Jumlah jualan : RM18.00 x 35 = RM630.00

Kos bagi 6 bulan/ekor = RM100.80

Untung kasar = RM630.00 – RM100.80 = RM529.20/ekor

Untung bersih = RM529.20 – RM300* = RM229.20/ekor

Nota : * anggaran harga belian awal kambing

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 6


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

PENGURUSAN SYARIKAT

Pengurus Besar - Pentadbiran dan Kewangan

Mohammed Farid Sulaiman

Dilahirkan di Melaka, berumur 34 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepj.)


daripada Universiti Teknologi Mara. Bertindak sebagai Pengurus Pentadbiran dan
Kewangan syarikat. Pengalaman beliau dalam bahagian pentadbiran dan kewangan
banyak membantu dalam pelaksanaan projek ini. Selain daripada itu beliau juga
mempunyai pengalaman selama lebih kurang 4 tahun menternak lembu milik keluarga.

Pengurus Projek Ternakan

Halim Bin Amad

Beliau dilahirkan di Durian Tunggal, Melaka, berumur 40 tahun. Mempunyai


pengalaman dalam bidang perniagaan dan pengangkutan. Selain daripada itu beliau
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pertanian dan juga penternakan. Telah
mengikuti kursus penternakan lembu kelolaan Jabatan Haiwan di Pusat Latihan
Vaterinar, Perak.

Pengurus Pemasaran

Suhaimi bin Azlan

Seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda (kepj) Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi
Mara jurusan Pemasaran. Pencapaian akedemik yang amat cemerlang dengan menerima
Anugerah Dekan sebanyak 3 semester. Mempunyai dedikasi yang tinggi untuk
mejayakan projek ini dalam bidang pemasaran.

Komitment Kerja yang tinggi adalah satu kelebihan kepada beliau serta kreatif
merupakan nadi bagi memasarkan produk ternakan kambing ini untuk terus maju dan
berdaya saing.

STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT ARAH PADU


ENTERPRISE

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 7


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

PENGURUS BESAR

PENTADBIRAN PENGURUS PENGURUS


& TERNAKAN PEMASARAN
KEWANGAN

HARTA SYARIKAT

Pada masa sekarang syarikat mempunyai sebuah lori (3 tan) dan sebuah van dan sebuah
Toyota Hilux yang dimiliki sepenuhnya, kandang kambing dan kambing induk dan baka.

ASSET TETAP

Perkara Nilai (RM)

Kenderaan 150,000.00

Kandang kambing 6,000.00

Kambing 9,600.00

Jumlah 165,600.00

ASSET SEMASA

Tunai & Deposit

Baki di bank setiap bulan untuk kegunaan = RM2,400.00 tiap bulan.

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 8


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

Deposit Tetap

Simpanan tetap di bank RM5,000.00

MODAL AWAL PROJEK PENTERNAKAN KAMBING

Pengurusan telah mengambil beberapa langkah inisiatif, dengan mengeluarkan modal


sendiri untuk memulakan projek ternakan kambing. Tujuan modal ii adalah untuk
membina kandang kambing, membeli baka kacukan dan tempatan (induk dan baka) dan
kos-kos makanan.

Sehingga kini syarikat mempunyai sejumlah 20 ekor kambing yang dipelihara.

Perkara Nilai (RM)

Kandang kambing 6,000.00

Belian kambing 9,000.00

Jumlah 14,000.00

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 9


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

UNTUNG RUGI

BULANAN

Perkara Debit/bulan Kredit/bulan

Modal 12,000

Minyak / tol 1,500.00

Gaji pekerja 2,200.00

Telefon 100.00

Servis kenderaan 300.00

Bil bulanan :

i. Kenderaan 900.00

ii. Sewa Rumah 550.00

iii. Pinj. Maybank 1,000.00

iv. Kad kredit 1,800.00

Jumlah 8,350.00 12,000.00

Jumlah bersih 3,650.00

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 10


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

TAHUNAN

Cukai jalan/ Insuran (setahun)

Lori 4,500.00

Toyota Hilux 600.00

Motosikal 100.00

Jumlah 5,200.00

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 11


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

KONSEP PENTERNAKAN

Tujuan

Pihak syarikat memelihara kambing adalah untuk memperolehi baka dan mendapatkan
anak untuk dipelihara dan dijual untuk pengeluaran daging.

SISTEM PENTERNAKAN

Sistem penternakan dijalankan adalah secara intensif dan fidlot serta separa berkurung
dengan dilepaskan dipadang ragut.

Sistem intensif dan fidlot

Sistem insentif dan fidlot memerlukan system kandang yang baik serta sempurna, kerana
kambing tidak dilepaskan meragut secara bebas. Sistem fidlot akan memastikan makan
dan minuman diberi secara teratur dan mengikut jadual. Antara makanan yang diberikan
adalah palet, rumput dan garam jilat. Sistem pemeliharaan ini dilaksanakan untuk
penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut yang luas. Pengurusan
kandang perlu dilakukan secara berjadual oleh kerana tenakan tidak dilepaskan dan bagi
memastikan keadaan kandang sentiasa bersih bagi mengawal penyakit berjangkit.

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 12


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

Sistem Separa Berkurung dan dilepaskan ke padang ragut

Sistem ini membolehkan di lepaskan pada siang hari dan dikurung di dalam kandang
pada waktu malam. Kelebihan sistem ini memberi kebebasan untuk ternakan meragut di
padang ragut yang telah disediakan atau dikenalpasti. Cara ini juga mengurangkan
tekanan atau stress kepada kambing ternakan. Kesihatan kambing mudah dipantau
apabila kambing-kambing ini dihalau masuk kedalam kandang pada waktu petang.

Penyimpanan rekod

Setiap ternakan kambing akan memakai tag telinga yang bernombor untuk mengenal
pasti dan merekod tentang keadaan dan situasi kambing berkenaan. Rekod-rekod
pengurusan juga akan di kemaskini mengikut keperluan bagi memudahkan pegawai yang
akan memberikan perkhidmatan pemeriksaan projek ini. Dengan cara ini sudah pasti
dapat mempertingkatkan lagi prestasi dan kecekapan pengurusan dan mengawal penyakit
berjangkit.

Pemakanan

Makanan merupakan perkara penting untuk memastikan mutu dan kesihatan kambing
pada tahap yang terbaik. Ia menjadi pendorong utama kepada sistem pengeluaran
kambing. Tumbesaran kambing ternakan adalah terletak kepada factor pemakanan.

Makanan seperti palet yang dirumus oleh sebuah syarikat tempatan yang mempunyai
mengandungi nilai nutrigent yang berkualiti tinggi dan sesuai dengan ternakan kambing.
kandungan nutrien adalah terdiri daripada berikut;

Nutrien Kandungan (%)

Bahan Kering 90.4

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 13


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

Protein kasar 18.5


Lemak kasar 3.3
Gentian kasar 8.1
Abu ( Jumlah ) 5.4
Kalsium 0.05
Phosphorus 0.43
T.Metabolaizable Energy (mJ/kg) 12.12

Seekor ternakan dewasa memerlukan pemakanan sekitar 400 ke 500gm sehari, dengan
demikian kos makanan seekor sebanyak 35 sen sehari. Rumput merupakan sumber yang
amat digalakkan untuk menjadi sumber pmakanan ternakan kambing. Rumput Napier
adalah rumput yang disyorkan untuk diberikan kepada binatang ternakan disebabkan
rumput ini mudah untu ditanam dan di pantau tumbesarannya. Selain rumput daun kelapa
sawit mengandungi serat yang tinggi, sesuai untuk diberikan kepada ternakan kambing.

PEMBIAKAN

Pengurusan bercadang untuk menternak kambing dari baka katjang (baka kambing
tempatan) sebagai baka asas di permulaan program. Manakala kambing jantar adalah dari
baka jamnapari yang akan dikacukkan dengan kambing katjang supaya boleh
menghasilkan baka kambing yang berkualiti dan bermutu. Dengan cara ini hasil kelahiran
baka kambing atau anak kambing tadi adalah dari baka yang bermutu yang mempunyai
daging yang amat baik.
Anak kambing yang dikacuk ini boleh mencapai berat sehingga 30 ke 50 kg dalam
tempoh lebih lebih kurang 6 hingga 8 bulan. Oleh itu ternakan kambing ini boleh dijual
dengan harga yang tinggi dan dalam tempoh yang singkat. Jesteru dengan sistem

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 14


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

ternakan ini akan dapat mempertingkatkan pertumbuhan industri ternakan kambing


tempatan.

Baka kambing katjang atau tempatan dipilih kerana beberapa ciri yang terdapat pada baka
ini, dan setelah dikacukkan ciri-ciri ini menyumbang kepada kualiti baka kacukan yang
dihasilkan, diantaranya termasuklah:-

1. Ketahanan penyakit, khususnya jangkitan cacing.


2. Kadar kelahiran yang baik,
3. Pertumbuhan daging yang berkualiti.

ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK


PROJEK TERNAKAN KAMBING

Bagi tujuan untuk memperbesarkan lagi projek penternakan kambing adalah


seperti Jadual 1 di bawah :

Ladang Kambing
Kos Pembangunan Jadual 1
Bil. Unit Kos/Unit Jum Kos

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 15


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

1. PEMBANGUNAN TANAH

i) Penanaman Rumput Napier 3 ekar 700 2,100

2. PEMBAIKAN BANGUNAN LADANG


i) Setor & Rumah Pekerja 1 12,000 12,000
ii) Kandang & pagar 1 60,000 60,000

3. LETRIK & UTILITI 2,500 2,500

4. PERALATAN LADANG 1 3,500 3,500


JUMLAH (A) 80,100

5. PEMBELIAN KAMBING
Baka Pejantan 4 1,500 6,000
Baka Induk Betina 100 500 50,000
JUMLAH (B) 56,000
JUMLAH KESELURUHAN (A+B) 136,100

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 16


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

INFRASTRUKTUR

Kandang kambing dibuat menggunakan kayu serta beratapkan zink. Tinggi lantai
daripada tanah adalah kira-kira 6 kaki. Setiap ekor ibu diberikan keluasan 9 kaki persegi.

Konsep kandang yang akan dibina adalah berdasarkan kepada gambarajah dibawah :-

Masukkan gambarajah dan ukuran kandang kambing yang dicadangkan

Kandang yang baru ini akan dapat menampung antara 100 hingga 200 ekor kambing
pada satu-satu masa.

PROSPEK PROJEK

Bagi pembangunan projek ternakan kambing ini ke peringkat komersil memerlukan kos
yang dianggarkan sebanyak RM100,000 hingga RM150,000.

Ternakan kambing merupakan projek yang berdaya maju dan komersil, berdasarkan
kepada benchmark yang dinyatakan. Saiz minima projek ialah 3 ekor pejantan dan 100
ekor ibu. Modal untuk membangunkan projek yang 100% baru ialah melebihi RM
200,000.00. Kadar pulangan dalaman(IRR) ialah 13% dengan titik pulangan modal
diperolehi pada tahun yang ke 6.

Untuk projek kambing tempatan sedia ada, bagi membangunkan semula projek ke tahap
komersil memerlukan kos sebanyak RM 100,000 hingga RM150,000 sahaja. Bagi projek
transformasi ini Kadar Pulangan Dalaman(IRR) ialah sebanyak 16% dan titik pulangan
modal pada tahun ke 5 juga.

Projek penternakan ini boleh memberi pulangan kepada pengusaha sehingga RM3,000.00
sungguhpun pada tahun pertama dianggarkan pendapatan pada kadar
RM2,500.00/sebulan.

RUMUSAN

Nam Syarikat bercadang untuk menambahkan jumlah bilangan kambing dan


membesarkan keluasan kandang bagi tujuan mencapai tahap komersil yang boleh
keuntungan.

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 17


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

Dengan pembangunan dan penambahan ternakan kambing ini ke tahap komersial dapat
meningkatkan dan mempercepatkan proses pengeluaran daging kambing dengan cara
yang bersistematik. Dengan itu pengurusan berharap agar dapat membantu kerajaan
untuk mengurangkan daging ternakan import yang semakin tinggi pada setiap tahun.

Diharap dengan pembentangan kertas Kerja ini dapat membantu syarikat kami untuk
memperolehi modal tambahan bagi membangunkan projek ternakan kambing yang
merupakan komiditi yang terpenting pada masa kini. Secara tidak langsung dapat
memberi pendapatan yang lumayan kepada usahwan didalam bidang ini.

LAMPIRAN

1. SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT ANDA


2. SIJIL BERKAITAN DENGAN SYARIKAT SEPERTI
KEMENTERIAN KEWANGAN DAN LAIN-LAIN

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 18


Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing

3. SIJIL KELULUSAN PENGURUSAN


4. SIJIL PENYERTAAN KURSUS PERTANIAN OLEH
PENGURUSAN
5. SENARAI PELANGGAN-PELANGGAN

Hak cipta Terpelihara dan dimiliki oleh www.rahsiakambing.com 19

You might also like