You are on page 1of 2

KUIZ PERNIAGAAN

1. Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung?

A. Menawarkan produk berkualiti tinggi


B. Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
C. Meningkatkan penglibatan semua pihak dalam aktiviti kemasyarakatan
D. Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan

2. Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal?


A. Pemilik menanggung liabiliti terhad
B. Perniagaan kekal berterusan
C. Keputusan adalah hak pemilik
D. Cukai keuntungan dikecualikan

3. Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?


A. Melakukan promosi
B. Melaksanakan penyelidikan produk
C. Menyediakan skim latihan pekerja
D. Membayar fi tertentu kepada francaisor

4. Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer?


A. Luqman menghantar sayur – sayuran ke pasar
B. Haikal menternak udang dalam kolam
C. Sharmimi menjual ketam
D. Athirah memproses ikan dijadikan keropok

5. Sesebuah perniagaan diwujudkan dalam masyarakat bertujuan untuk


A. memastikan ekonomi negara maju terus berkembang
B. menyediakan perkhidmatan percuma kepada masyarakat
C. menawarkan barang dan perkhidmatan
D. memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat

6. Syarikat Nana Supplier merupakan syarikat pembekal sayur - sayuran yang ditubuhkan oleh
Pn Saafa' aina. Syarikat ini membekalkan sayur di beberapa buah negeri seperti Johor, Melaka,
Pahang dan Negeri Sembilan dengan bantuan 15 orang pekerja. Setiap tahun syarikat mampu
menjana jualan sebanyak RM 400 000 setahun.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh Pn Saafa'aina dalam menerajui Syarikat Nana Supplier?

A. Terdapat persaingan yang besar dalam perniagaan


B. Ketidakpastian pasaran barang yang dibekalkan
C. Kos overhed yang tinggi meningkatkan perbelanjaan syarikat
D. Peraturan dan undang-undang kerajaan menjadikan syarikat ini sukar berkembang
7. Pernyataan berikut adalah benar mengenai faktor dalaman trend menurun kecuali
A. gaya pengurusan kurang disenangi
B. sumber manusia tidak produktif
C. tidak menggunakan sumber teknologi
D. pengeluaran yang mencukupi

8. Pernyataan manakah yang merupakan ciri kehendak manusia?

A. Mudah dipenuhi
B. Hidup lebih selesa
C. Mempunyai batasan
D. Sama untuk semua individu

9. Pernyataan manakah yang menerangkan tentang koperasi?


A. Menanggung liabiliti tidak terhad
B. Kawalan perniagaan secara demokratik
C. Semua anggota terlibat dalam pembuatan keputusan
D. Pulangan syer dalam bentuk elaun

10. Maklumat di bawah berkaitan dengan perniagaan perkongsian.

Encik Ismail menyumbangkan modal dalam perniagaan, Beliau tidak melibatkan diri dalam
aktiviti pengurusan perniagaan. Beliau juga menanggung liabiliti tidak terhad

Berdasarkan pernyataan di atas, Encik Ismail merupakan

A. Rakan kongsi biasa


B. Rakan kongsi nominal
C. Rakan kongsi lelap
D. Rakan kongsi aktif

JAWAPAN :

1 C 6 C
2 C 7 D
3 D 8 B
4 B 9 B
5 C 10 C

You might also like