You are on page 1of 20

Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

SOALAN ESEI FOKUS 2023


(RUKUN NEGARA)

PRINSIP RUKUN NEGARA

Objektif dan
matlamat
-
BAHAGIAN 1 Ciri
masyarakat
Malaysia yg
mahu
dibentuk
dlm RN

Ke arah
BAHAGIAN 2
Perpaduan
negara

[Apa itu Rukun Negara]

 Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia.

 Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai
kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara.

 Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian
dan kemakmuran negara Malaysia.

 Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara
Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama. Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia
jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga
berintegriti.

[Untuk Siapa]

 Semua rakyat Malaysia pelbagai kaum dan bangsa

1
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

[Bilakah Rukun Negara mula digunapakai]

 Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu
sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.

KENAPA? /Rasional penggubalan Rukun Negara] FOKUS 2023

 Wujudnya situasi yang menggugat perpaduan negara


 Penularan budaya liberalisasi
 Wujudnya tindakan yang menggugat institusi beraja
 Wujudnya tindakan yang mempersoalkan perlembagaan

BAHAGIAN 1 – Objektif Rukun Negara (STPM U2018- STRUKTUR)


1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan anggota masyarakat.
2. Memelihara satu cara hidup yang demokratik.
3. Melahirkan sebuah masyarakat yang adil.
4. Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap budaya dan tradisi yang pelbagai corak.
5. Membina sebuah masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.

Kepentingan Rukun Negara (STPM 2014 & U2018-ESEI)


1. Membentuk Jati diri.
 Individu yang patuh pada prinsip rukun negara akan sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan
teguh dalam menjalani kehidupan.
 Mempunyai fikiran yang rasional dan boleh membuat justifikasi untuk menjaga kedaulatan negara.
 Taat setia kepada raja dan negara. Individu yang setia kepada raja dan negara tidak akan menjadi
pengkhianat negara.
 Tidak membocorkan rahsia negara.

2. Menguatkan semangat patriotisme/ Semangat cinta akan negara.


 Sentiasa menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.
 Mengutamakan keselamatan rakyat dan kemajuan negara.
 Menentang musuh yang cuba menceroboh negara.

3. Mengamalkan nilai-nilai murni.


 Melalui penghayatan rukun negara kita dapat mendorong dan mengamalkan nilai-nilai murni di
dalam kalangan anggota masyarakat.
 Hasilnya, kita dapat mewujudkan warga yang harmoni di samping negara yang aman damai.
 Mempunyai sikap prihatin untuk membantu orang yang kurang berkemampuan dan tidak
berkeupayaan.
 Penghayatan nilai-nilai murni mendorong setiap lapisan masyarakat menjaga cara berpakaian dan
menghormati orang lebih tua.

4. Melahirkan masyarakat yang menghormati perlembagaan negara.


 Perlembagaan menjadi rujukan kepada semua pihak.
 Hal ini akan menjamin keamanan dan ketenteraman negara berterusan.
 Menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
 Individu yang patuh pada undang-undang tidak akan melanggar undang-undang yang telah
ditetapkan. Mendorong masyarakat menghormati perlembagaan.

2
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

Kesan jika DAPAT dihayati masyarakat (STPM 2019)

1. Mengekalkan cara hidup demokratik.


 Dapat hidup dalam aman dan memilih pemimpin yang disukai seterusnya kestabilan politik dapat
dikekalkan.

2. Mewujudkan masyarakat yang adil.


 Bersikap adil dalam melaksanakan semua tugasan yang diberikan.

3. Mengeratkan perpaduan.
 Memahami dan menghormati masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

4. Menghormati Perlembagaan negara.

Kesan TIDAK menghayati Rukun Negara (STPM 2018U-ESEI)

1. Kedaulatan negara tergugat.


 Terdapat individu yang akan membocorkan rahsia negara kepada pihak luat.
 Mendedahkan maklumat penting kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

2. Jati diri terhakis.


 Semangat patriotisme dan jati diri dalam diri semakin hilang.
 Kurang menghormati sesama masyarakat yang lain.

3. Pembangunan negara terjejas.


 Masyarakat tidak akan menghiraukan pelan pembangunan negara.
 Lebih mementingkan kepentingan diri sendiri berbanding kepentingan negara.

4. Perpaduan tergugat.
 Berlaku ketidakstabilan politik negara.
 Rasa hormat antara kaum semakin hilang.

3
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

Faktor/Sebab Semangat Rukun Negara makin terpinggir:-

1. Kurangnya jati diri masyarakat.


 Individu yang mempunyai jati diri yang utuh dan teguh dalam menjalani kehidupan akan patuh pada
prinsip rukun negara.
 Individu yang tidak mempunyai jati diri teguh akan mudah terpengaruh dengan budaya Barat atau
budaya hedonisme seperti terlalu berteraskan hiburan yang melampau, pergaulan bebas tanpa batas,
dan hilang amalan berbudi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat.
 Waima, Individu yang tidak mempunyai jati diri yang kukuh tidak akan setia kepada raja dan negara
dan akan belot dan menjadi pengkhianat negara.
 Tanpa jati diri yang kukuh menyebabkan sesetengah pihak melupai akan Rukun Negara, sehingga
berlakunya penghinaan kepada institusi beraja dan pelanggaran undang-undang
 Tuntasnya, rakyat yang mempunyai jati diri akan menghayati Rukun Negara kerana adanya perasaan
cintakan negara sendiri.

2. Kurang memahami sejarah pembentukan Rukun Negara


• Tidak mengetahui bagaimana tercetusnya Rukun Negara.
• Juga kurang memahami fungsi dan kepentingan Rukun Negara kepada perpaduan rakyat
• Hal ini menyebabkan tidak ada rasa sayang dan cinta kepada Rukun Negara.
• Menganggap Rukun Negara satu retorik yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi

3. Kurang penekanan daripada institusi keluarga


• Ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka supaya memahami dan menghayati prinsip
Rukun Negara.
• Setiap keluarga perlu memastikan Prinsip ini di hayati dengan memberikan contoh tauladan kepada
anak-anak mereka supaya taat dan setia kepada tuhan, raja dan negara juga undang-undang negara.
• Pemupukan ini yang merupakan asas bernegara sudah semakin hilang dan pupus di telan zaman
seiring dengan zaman yang serba moden yang serba sibuk dan individualistik.

4. Kurangnya pendedahan dan penghayatan terhadap Rukun Negara


 Hanya sekadar lafaz tetapi tidak memahami roh Rukun Negara itu sendiri.
 Hal ini menyebabkan tidak ada penghayatan
 Aktiviti promosi tentang penghayatan Rukun Negara kurang di lakukan pelbagai pihak.
 Pihak Kerajaan juga kurang mewujudkan persekitaran yang boleh mendorong ke arah penghayatan
prinsip Rukun Negara.
 Pihak media massa juga kurang memberi promosi dan jarang menyebarkan maklumat yang menjurus
ke arah penghayatan Rukun Negara.

5. Pengaruh budaya luar.


 Budaya luar yang mementingkan nilai-nilai sekularisasi dan liberalisasi telah semakin menyerap
masuk dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
 Contoh, budaya hiburan ala Hollywood dan Bollywood yang keterlaluan kebanyanyakkannya
bertentangan dengan batas-batas dan norma masyarakat negara ini telah mempengaruhi minda
generasi muda.
 Budaya hidup barat yang individualistik juga telah sedikit demi sedikit menghakis budaya tradisi kita
yang mementingkan semangat kekitaan dan patriotisme masyarakat Malaysia.
 Telah menghalang penghayayatan golongan remaja kepada Rukun Negara.

6. Kurang kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni
 Ramai rakyat yang tidak lagi melihat kepentingan Rukun Negara pada masa ini
 Tidak memahami fungsi Rukun Negara yang mengajak kepada kesatuan.
 Bertindak mengikut prinsip tertentu atas dasar politik, agama mahu pun bangsa hingga lupa kepada
ideologi negara yang mengajak kepada kesatuan.
 Kehidupan tidak berasas Rukun Negara boleh merosakkan usaha untuk mengharmonikan rakyat
Malaysia

4
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

Usaha memupuk kesedaran penghayatan Rukun Negara:

1. Mengadakan program Kesedaran berkaitan Rukun Negara.


 Mengadakan aktiviti / program kesedaran kepada rakyat agar menghayati prinsip Rukun Negara
dengan sepenuhnya. Contoh: Kempen ‘Cintai Rukun Negara’ dan ‘Bersama Menghayati Rukun Negara’
 Program kesedaran boleh diadakan di semua jabatan kerajaan, sektor swasta dan petubuhan bukan
kerajaan (NGO).
 Menganjurkan program yang bertemakan Rukun Negara bagi memastikan rakyat sentiasa menghayati
prinsip Rukun Negara. Contohnya: dengan menganjurkan pertandingan ‘Sketsa Rukun Negara’.
 Menggunakan media massa seperti televisyen, radio dan laman web yang merupakan wahana utama
menyebarkan maklumat kepada semua lapisan masyarakat dari semasa ke semasa

2. Memupuk kesedaran sejak kecil


 Pendidikan awal hendaklah bermula di rumah. Ibu bapa perlu menjadi role model dan teladan kepada
anak-anak mereka terutama dalam aspek kesopanan dan keagamaan.
 Ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka supaya memahami dan menghayati prinsip
Rukun Negara.
 memastikan anak-anak faham dan patuh serta menghayati Rukun Negara sejak dari kecil hingga
dewasa

3. Meningkatkan peranan pelbagai pihak


 Menggalakkan pihak media massa dan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)memainkan peranan mereka
dengan lebih aktif.
 Media massa elektronik seperti televisyen dan internet boleh menyiarkan iklan atau program yang
memberi kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip Rukun Negara
 Media massa bercetak seperti akhbar atau majalah juga boleh menerbitkan artikel tentang
kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara
 Kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta perlu di tingkatkan.
 Memasukkan unsur-unsur Rukun Negara ke dalam program agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan
bukan kerajaan (NG0)

4. Menerapkan dalam sistem pendidikan.


 Bidang pendidikan merupakan medium yang paling berkesan, cepat dan menyeluruh bagi memupuk
perasaan cintakan Rukun Negara dalam kalangan masyarakat.
 Memasukkan unsur-unsur negara ke dalam kurikulum sekolah dan Institusi pendidikan tinggi.
 Memperbanyak program-program di sekolah dan pusat pengajian tinggi awam dan swasta.
 Contoh: Di sekolah - melalui penerapan prinsip Rukun Negara dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.
 Kelima-lima prinsip rukun negara sentiasa dilaung-laungkan melalui pembacaan ikrar dalam
perhimpunan sekolah. Kelima-lima prinsip tersebut juga perlu dipaparkan pada papan kenyataan dan
dinding bangunan sekolah.
 Memperbanyakkan lagi penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah. Selain itu mewujudkan
program-program yang lebih menarik.

5. Memperbanyak/ mewujudkan/ mengadakan pertandingan/persembahan berkonsepkan


Rukun Negara dalam kalangan masyarakat.
 Pertandingan seperti forum, melukis postar, kuiz dan menulis esei secara tidak langsung dapat
menggalakkan orang ramai mengamalkan prinsip rukun negara.
 Bagi pertandingan tersebut. kita dapat mengalu-alukan penyertaan penduduk setempat, terutamanya
para pelajar untuk mengambil bahagian.
 mereka dapat meluahkan pandangan dan pendapat melalui pertandingan-pertandingan tersebut.
Mereka akan lebih bertanggungjawab dengan hal-hal yang berkaitan dengan kenegaraan dan sejarah
awal penubuhan negara Malaysia yang tercinta ini.

5
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai ciri berikut:
1. Melahirkan masyarakat yang mencipta perpaduan yang lebih erat
2. Mencipta satu masyarakat yang adil
3. Mewujudkan masyarakat yang memelihara cara hidup demokratik
4. Membentuk masyarakat yang bersifat liberal terhadap tradisi kebudayaan
5. Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

Ciri Masyarakat Yang Mahu Dibentuk Dalam Rukun Negara

1. Melahirkan Masyarakat yang mencipta Perpaduan Yang Lebih Erat.

 Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara.
 Masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, keturunan
dan kepercayaan masing-masing.
 Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa
mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.
 Pengamalan dan penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan boleh membentuk
semangat kecintaan dan patriotik kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, adat resam,
budaya dan fahaman politik.
 Rukun Negara adalah doktrin penyatuan untuk semua rakyat Malaysia bagi membentuk sebuah
Negara Bangsa yang berdaulat serta bermaruah.
 Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.
 Perpaduan rakyat adalah asas sesebuah negara maju

2. Mewujudkan masyarakat yang memelihara Satu Cara Hidup Demokratik

 Perlembagaan Negara memberi jaminan kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan
berpolitik di negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara.
 Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara perlulah
diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi.
 Kepentingan negara hendaklah diutamakan melebihi kepentingan sesuatu kaum atau pihak atau
kumpulan tertentu sahaja.
 Sekiranya sikap dan kepentingan peribadi serta kumpulan kaum sahaja diutamakan, kestabilan
dan keselamatan negara akan terancam.
 Kesannya, dapat menjamin kestabilan dan keselamatan negara yang merupakan kunci utama
untuk negara yang maju

3. Mencipta Satu Masyarakat Yang Adil

 Supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama
 Semua rakyat tanpa mengira kaum, agama. keturunan dan ideologi mempunyai peluang yang sama
untuk menikmati kekayaan negara.
 Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini sekiranya kekayaan negara dibahagikan dengan
adil dan saksama.
 Pihak-pihak yang kurang berkemampuan akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang
sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju.
 Masyarakat adil yang dicita-citakan akan bebas daripada penindasan terhadap individu ataupun
penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.
 Peluang dan kesamarataan kepada setiap rakyat Malaysia terbuka luas tanpa mengira kaum,
agama dan sempadan geografi.
 Semua anggota masyarakat dilayan samarata dalam semua bidang yang mereka ceburi.

6
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

4. Membentuk masyarakat yang bersifat Liberal terhadap tradisi kebudayaan.


 Satu sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak.
 Bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya.
 Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing
sesuai dengan matlamat perpaduan negara.
 Walaupun terdapat pelbagai adat resam, budaya dan nilai kehidupan, semua rakyat perlu
menerima dan mengiktiraf kelainan ini sebagai suatu kekayaan kepada negara.
 Rakyat perlu bersikap toleransi dan menerima apa jua perlakuan orang lain kerana, kebebasan
menjadi keutamaan untuk semua rakyat terhadap kebudayaan dan cara hidup mereka.

5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.
 Rakyat dan negara perlu bercita-cita mewujudkan sebuah masyarakat progresif untuk mencapai
kemajuan di bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta
dunia tanpa sempadan dan era globalisasi.
 Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam pelbagai bidang
ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.
 Rakyat negara ini digalakkan memperoleh segala kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk
mewujudkan sebuah negara maju yang berdaya saing di peringkat global.
 Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarkat yang bergerak maju
sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah
negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan
menjadikan rakyat Malaysia terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai keagamaan.

Jati diri Rakyat Malaysia yang diharapkan melalui Rukun Negara:


a. Bangga akan tanah air.
b. Setia kepada Raja dan Negara.
c. Penerimaan kehidupan beragama.
d. Mematuhi undang-undang negara.
e. Semangat cinta akan negara.
f. Berakhlak mulia.
g. Liberal/ terbuka dengan cara hidup rakyat pelbagai kaum.
h. Bersatu padu.

Jati diri bermaksud ciri-ciri yang dimiliki oleh setiap individu yang dapat membentuk identiti,
perwatakan dan keperibadian yang unggul.

Cabaran Prinsip Rukun Negara

Cabaran-Cabaran Dalam Pematuhan Ideologi:-


1. Terdapat segelintir rakyat yang melakukan pelbagai kesalahan yang boleh menjejaskan
keharmonian rakyat dan negara, seolah-olah tidak mengamalkan kepercayaan kepada Tuhan
Antaranya ialah melakukan perbuatan jenayah.
2. Terdapat juga dalam kalangan anggota masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Mereka ini
enggan terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, seperti program kejiranan dan bergotong-royong
dengan pelbagai alasan.
3. Terdapat juga dalam kalangan rakyat yang mempersoal kontrak sosial yang berkaitan perkara
sensitif secara terbuka . Tindakan berbalas-balas kenyataan secara terbuka boleh mencetuskan
keresahan di peringkat akar umbi sehingga boleh menyalakan api perkauman.
4. Masih ada dalam kalangan rakyat yang mempersoalkan kedudukan dan kuasa Raja-Raja Melayu.
Perbuatan ini ternyata menyimpang daripada prinsip kesetiaan kepada raja dan negara. Terdapat juga
kalangar rakyat yang memburuk-burukkan Malaysia dari luar negara melalui Intemet.
5. Terdapat juga pihak yang mempertikaikan usaha kerajaan seperti memberikan bantuan-bantuan
kepada usahawan-usahawan kecil atau kumpulan tertentu yang miskin dianggap sebagai tidak telus
atau tidak bebas. Tindakan kerajaan berbuat demikian adalah untuk mencipta masyarakat yang adil
agar kemakmuran dapat dinikmati bersama.
6. Usaha membina masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi menjadi semakin
mencabar dengan kepantasannya. Misalnya, kemajuan ICT perlu ditingkatkan agar perkembangan
ekonomi negara yang berasaskan pengetahuan dapat dimanfaatkan.

7
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

BAHAGIAN 2 – 5 PRINSIP RUKUN NEGARA

5 Prinsip Rukun Negara dalam mengeratkan perpaduan.

Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ni
telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan
aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain.. Ia penting kerana
tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam
sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa
mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan
dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi,
mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara.

1. Kepercayaan Kepada Tuhan


Semua rakyat Malaysia harus mengakui bahawa Tuhan melebihi sebarang kuasa lain. Islam yang dipilih
sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia telah menjadi rujukan dan panduan keseluruhan umat
manusia. Walau bagaimana pun, agama-agama lain boleh dianuti oleh rakyat.

Secara umumnya, seseorang yang patuh dan taat kepada ajaran agamanya mempunyai budi pekerti yang
mulia serta sifat-sifat yang terpuji. Keteguhan imannya dan bersikap tolong menolong kepada orang yang
susah tanpa mengira kaum. Berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa rakyat Malaysia
mempunyai sikap rendah diri dan sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan oleh Tuhan.
Agama boleh meningkatkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Ketiadaan
agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong
sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua
Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri
adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Rakyat dituntut untuk setia kepada Raja dan negara. Prinsip ini secara jelas mengakui bahawa DYMM Yang
DiPertuan Agong merupakan Ketua Negara dan Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Negeri. Raja adalah
lambang kesatuan dan penyatuan rakyat serta pelindung hak istimewa kaum peribumi. Menderhaka
kepada Raja bermaksud menderhaka kepada negara. Setiap rakyat sesebuah negara itu wajib setia kepada
negara sekiranya mereka mengakui diri mereka adalah rakyat negara itu.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan
sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri
pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam konteks perhubungan rakyat dan Raja; rakyat harus mencurahkan taat setianya kepada Raja
sebagai ketua negara manakala Raja atau pemerintah harus menyediakan perlindungan kepada
negara dan seluruh rakyat jelata. Hubungan timbal balas ini meletakkan asas kesetiaan tidak berbelah
bahagi dalam kalangan rakyat lantas membentuk semangat kebangsaan yang boleh menyatupadukan
rakyat semua.

Sebagai contoh, jika seseorang rakyat Malaysia yang berada di luar negara menghadapi kesusahan, maka
kedutaan negara kita sebagai wakil Yang diPertuan Agong bertanggungjawab untuk membantunya.
Peribahasa Melayu berbunyi, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” seharusnya menjadi amalan
rakyat Malaysia. Justeru, setiap rakyat Malaysia sewajarnya mengetahui asal-usul masing-masing supaya
tidak lupa akan kedudukannya di mata pihak lain. Sikap rendah diri dan memahami akan kepentingan
orang lain dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat kita.

8
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

3. Keluhuran Perlembagaan
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara. Oleh yang demikian, setiap warganegara
Malaysia seharusnya patuh akan Perlembagaan dan sebarang tindakan selaras dengan peruntukan
perlembagaan supaya negara menjadi aman dan damai. Dalam konteks ini, tiada individu yang terkecuali
daripada mematuhi Perlembagaan. Perlembagaan bertanggungjawab menjaga hak rakyat serta
menjamin kemakmuran dan perpaduan negara. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.

Oleh itu, Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud
dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Sebagai contoh,
seseorang tidak boleh mempersoalkan kesetiaan seseorang rakyat lain berdasarkan keturunan atau kaum.
Pada hakikatnya, Perlembagaan menentukan bentuk pentadbiran serta melindungi hak asasi manusia
secara keseluruhannya.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan oleh semua
warganegara dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak

4. Kedaulatan Undang-undang
Undang-undang dapat menjamin keadilan serta keamanan kerana setiap rakyat tertakluk pada
perlaksanaan undang-undang. Dengan kata lain, semua rakyat adalah sama di sisi undang-undang.
Oleh itu, sebagai warganegara kita hendaklah menghormati Perlembagaan Persekutuan dan mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-
undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh
institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk
mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang
akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang
kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat.

Di Malaysia, undang-undang yang sedia ada memang cukup baik dan relevan dalam membendung masalah
seperti jenayah, penipuan, penindasan dan sebagainya. Keadaan ini dapat dibuktikan di mana kes-kes
jenayah berada pada indek rendah berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini. Keadaan masih
terkawal kerana setiap rakyat Malaysia memahami situasi ini, aspek keamanan dan keselamatan harus
dipelihara selamanya.

5. Kesopanan dan Kesusilaan


Pengamalan prinsIp Kesopanan dan kesusilaan ini boleh membawa kepada perhubungan yang harmoni
dalam masyarakat kita. Rakyat yang bersopan santun dan bertatasusila dapat membentuk
masyarakat yang bersatu-padu. Prinsip ini sangat penting untuk mewujudkan masyarakat yang
menghormati dan menghargai kepentingan kaum lain.

Sesuai dengan Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk, rakyat harus menghormati dan saling
memahami adat resam dan nilai hidup kaum lain dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Rakyat juga hendaklah mengamalkan budaya dan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian, menyayangi
ahli keluarga, jiran tetangga, harta awam dan alam sekitar

Contohnya, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni dapat membentuk warganegara yang bersopan
santun dan bersusila. Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam
perhubungan pelbagai kaum.

9
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

RUKUNEGARA YANG PERTAMA


(KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN)

Maksud:
 ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ merujuk kepada pegangan hidup dan penghayatan keagamaan yang
menjadi panduan kepada rakyat Malaysia
 Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan
rakyat di negara kita.
 Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti
fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi
unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.
 Merujuk kepada pegangan hidup dan penghayatan keagamaan yang menjadi panduan kepada rakyat.
 Sebagai unsur penting dlm membentuk rohani masyarakat dan asas membina keharmonian dan
perpaduan
 Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan
atau agama lain boleh diamalkan dengan bebas.

Kepentingan Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan:


1. Dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan percaya kepada Tuhan.
 Semua agama di dunia telah mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan.
 Rakyat yang mendekatkan diri dengan Tuhan akan menghindarkan diri daripada gejala yang tidak
sihat seperti terlibat dalam ajaran sesat, rasuah, pecah amanah dan sebagainya.
 Individu yang patuh pada agama tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan untuk
kebaikan dalam semua perkara seperti merampas hak orang lain.
 Jelaslah bahawa penghayatan prinsip ini dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama.

2. Melahirkan individu yang mempunyai jati diri yang utuh/tinggi.


 Individu yang percaya kepada Tuhan akan sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan teguh dalam
menjalani kehidupan.
 Dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan budaya Barat atau budaya hedonisme
 Membentuk individu yang mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik.
 Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang.
 Berbudi pekerti, menghormati orang lain, bertanggungjawab, berdedikasi, bertolak ansur.
 Penghayataan Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dapat melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri
yang utuh.

3. Dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.


 Agama mengajar penganutnya supaya menghormati orang lain.
 Wujud sikap bertolak ansur, hormat-menghormati, tolong menolong walaupun berlainan agama dan
budaya.
 Pergaduhan dan perselisihan faham dapat dielakkan.
 Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

4. Dapat melahirkan keluarga yang harmoni.


 Ibu bapa yang mementingkan ajaran agama dalam kehidupan berkeluarga akan melahirkan keluarga
yang harmoni.
 Anak-anak menghormati ibu bapa, mempunyai akhlak yang baik, bertanggungjawab, mempunyai nilai
kasih sayang yang tinggi.

5. Dapat membendung gejala sosial.


 Amalan dan penghayatan agama akan mewujudkan perasaan bersalah dan berdosa jika melakukan
sesuatu yang bertentangan dengan agama.
 Seperti berzina, pergaulan bebas, “lesbian”, “gay”, jenayah dll.
 Perasan insaf dan bertaubat.

10
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

Kesan jika Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan diabaikan.


1. Pengaruh budaya hedonism/hiburan/ keseronokan
 Mementingkan hiburan/ keseronokan semata-mata.
 Golongan muda kini lebih cenderung mengamalkan budaya berhibur dan berfoya-foya.
 Agama dianggap sebagai amalan ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan jiwa mereka.

2. Ibu bapa kurang mementingkan agama


 Ibu bapa tidak mengamalkan kehidupan beragama.
 Tiada penghayatan beragama, tidak menerapkan agama dalam kehidupan berkeluarga.
 Memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak.
 Anak-anak tiada pegangan agama yang kukuh.

3. Keruntuhan institusi kekeluargaan


 Ibu bapa gagal menjadi suri teladan kepada anak-anak.
 Kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak.
 Keluarga porak peranda, bercerai berai, pengabaian anak-anak.
 Hilang kepercayaan terhadap agama.

4. Perubahan nilai dalam masyarakat


 Masyarakat kini terlalu mementingkan kebendaan dan bersikap materialistik.
 Terlalu sibuk bekerja untuk mendapatkan pendapatan / keuntungan yang lebih.
 Kurang mengamalkan ajaran agama.
 Anggapan agama sebagai anutan semata-mata dan tiada penghayatan.

5. Mudah terpengaruh dengan media massa


 Pengaruh media sosial seperti facebook, instagram, blog, twitter dsb.
 Terpengaruh dengan pemikiran yang menidakkan agama seperti “Free Thinker”, “Atheis” , “Black
Metal”, “Gothic” , golongan LGBT.
 Terpengaruh dengan budaya yang negatif seperti pergaulan bebas, penagihan dadah, minum arak.

Budaya dan amalan seharian masyarakat berteraskan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan.
1. Tekun berusaha.
 Agama mengajar penganutnya tekun berusaha dan mengeji sifat malas.
 Agama juga mengajar sifat tidak mudah berputus asa.
 Sifat yakin dan maju dengan pertolongan Tuhan.

2. Bertanggungjawab.
 Agama menentang amalan rasuah, mementingkan diri sendiri, curang dan sebagainya kerana
ianya berdosa.
 Memikul tugasan sebagai amanah Tuhan.
 Kemajuan dapat dicapai tanpa banyak halangan.

3. Penguasaan Ilmu dan Kemahiran.


 Agama mendorong penguasaan ilmu dan kemahiran.
 Berlumba-lumba untuk menjadi golongan cerdik pandai dan dipandang mulia.
 Berbakti demi kemajuan negara.

4. Mengamalkan budaya penyayang.


 Agama mementingkan sikap menyayangi diri, keluarga, bangsa, negara dan alam sekitar.
 Manusia tidak seharusnya tamak sehingga memusnahkan alam skitar.
 Kesejahteraan negara dapat dikekalkan apabila khazanah alam terus dipelihara.

Tindakan sebagai warganegara/ Peranan rakyat merealisasikan Prinsip ini.


1. Mengamalkan budi pekerti yang mulia serta sifat-sifat yang terpuji.
2. Bersikap tolong-menolong kepada orang yang susah tanpa mengira kaum.
3. Mengamalkan sikap rendah diri dan sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan
oleh tuhan.

11
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

PRINSIP KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

MAKSUD:

 Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan. Seri Paduka
Baginda , Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.
 Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
 Menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat bermaustatin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
 Raja adalah lambang kesatuan dan penyatuan rakyat serta pelindung hak istimewa kaum peribumi.
 Menderhaka kepada Raja bermaksud menderhaka kepada negara.
 Institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Kepentingan Prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara:

1. Membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan cinta akan negara.
 Kerana Raja adalah "payung negara" yang menaungi seluruh rakyat di negara ini.
 Rakyat akan menghormati institusi beraja dan lambang-lambang negara.
 Juga bangga sebagai warganegara Malaysia.

2. Melahirkan rakyat yang sanggup berkorban untuk negara.


 Demi keamanan dan kemajuan negara, rakyat sanggup berkorban dan berjuang habis-habisan
untuk mempertahankan negara.
 Setia, sanggup dan berani mempertahankan negara dari sebarang ancaman oleh kuasa luar.
 Menjadi benteng keselamatan negara.

3. Melahirkan rakyat yang mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan


peribadi.
 Sanggup menyumbang masa dan tenaga untuk pembangunan masyarakat dan negara.
 Rakyat juga mengutamakan negara apabila mereka terlibat dalam bidang penyelidikan
umpamanya.
 Contoh: Kajian terhadap sesuatu penyakit berbahaya.
 Mereka akan bersama-sama pakar luar negara untuk mengkaji sesuatu yang penting demi negara
dan dunia.

4. Melahirkan rakyat yang dapat mengharumkan/ meningkatkan nama negara.


 Rakyat sanggup mengetepikan kepentingan diri semata-mata untuk mengharumkan nama
negara.
 Contohnya melalui sukan yang diceburi seperti badminton,lumba basikal, sukan paralimpik,
rakyat dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
 Dalam setiap pertandingan sukan, rakyat akan berusaha sehingga ke peringkat akhir dan
mengatasi negara lain.

5. Membentuk rakyat yang patuh kepada undang-undang negara.


 Rakyat diperlukan dalam mematuhi undang-undang negara demi kebaikan bersama.
 Rakyat sentiasa memastikan negara dalam keadaan selamat di mana sahaja berada
 Sikap yang patuh pada peraturan dan undang-undang mampu menjadikan negara lebih aman
dan selamat.

12
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

Tindakan sebagai warganegara/ Peranan rakyat dalam merealisasikan prinsip ini.

1. Kita hendaklah mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi.

2. Kita hendaklah mengelakkan penyebaran maklumat yang menjejaskan imej negara seperti
memburuk-burukan negara.

3. Kita hendaklah menghormati institusi beraja.

4. Kita hendaklah menghormati lambang-lambang kedaulatan negara seperti Bendera, jata Negara
dan lagu kebangsaan.

5. Setiap rakyat Malaysia sewajarnya mengetahui asal-usul masing-masing dan bangga sebagai
warganegara Malaysia.

6. Menghormati harta awam

7. Berusaha meningkatkan nama baik negara melalui aktiviti sosial, ekonomi dan politik yang
diceburinya.

8. Sanggup menyumbang masa dan tenaga untuk pembangunan masyarakat dan negara.

9. Setia, sanggup dan berani mempertahankan negara dari sebarang ancaman oleh kuasa luar.

10. Mengutamakan kebaikan masyarakat dan negara tanpa perasaan prejudis dan perkauman

13
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

PRINSIP KELUHURAN PERLEMBAGAAN

MAKSUD:

 Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau


perlembagaan itu sendiri.
 Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi
yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara
4(1) Perlembagaan Persekutuan.
 Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan
kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
 Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang.
 Perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk
semua kaum di negara ini.
 Perlembagaan menentukan bentuk pentadbiran serta melindungi hak asasi manusia secara
keseluruhannya

Soalan:
Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip ketiga Rukun Negara. Penghayatan dan pematuhan
terhadap prinsip tersebut mendatangkan manfaat terhadap masyarakat dan negara. Namun, pengabaian
terhadap prinsip tersebut akan mendatangkan pelbagai impak negatif terhadap pembangunan negara dan
bangsa Malaysia. Bincangkan.

ISU : Keluhuran Perlembagaan dalam Rukun Negara.


Fokus Isu:
1. Manfaat pematuhan terhadap prinsip Keluhuran Perlembagaan terhadap masyarakat dan negara.
2. Pengabaian terhadap prinsip Keluhuran Perlembagaan akan mendatangkan pelbagai impak negatif
terhadap pembangunan negara dan bangsa Malaysia

Manfaat pematuhan Prinsip Keluhuran Perlembagaan:

1. Menjamin hak asasi rakyat.


 Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara
 Mejadi sumber rujukan kepada semua undang-undang
 Menjamin hak asasi rakyat

2. Mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama


 Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk
 Prinsip ketiga Rukun Negara menjamin pemerintahan yang adil dan saksama
 Agihan kekayaan negara secara adil dan saksama

3. Mengelakkan salah guna/pertindihan/ konflik kuasa


 Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen
 Mengamalakan Doktrin Pengasingan Kuasa
 Menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan pembangunan negara

4. Memupuk perpaduan.
 Melahirkan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu
 Memelihara hubungan antara kaum
 Perlembagaan menekankan hak keistimewaan Melayu

14
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

Impak negatif jika mengabaikan Prinsip Keluhuran Perlembagaan.

5. Hak asasi terjejas.


 Pekara 5-13 menjamin hak asasi rakyat Malaysia
 Jika tidak didukung, hak asasi rakyat disekat
 Hak kerakyatan kaum lain yang terjamin dipertikai

6. Berlaku ketidakadilan dalam pemerintahan/ Wujud pemerintahan yang tidak adil.


 Pemerintahan yang tidak adil terhadap semua kaum
 Agihan kekayaan negara menjadi tidak sama rata
 Penduduk pribumi ketinggalan

7. Menjejaskan keharmonian antara kaum/ Perpaduan tergugat.


 Perlembagaan Persekutuan suatu kontrak sosiopolitik
 Isu sensitif kaum diungkit
 Menimbulkan permusuhan antara kaum

8. Ketidakstabilan politik.
 Terdapat pihak yang memanipulasi isu-isu sensitif
 Berlaku provokasi di kalangan parti-parti politik.
 Kebebasan berpolitik dan bersuara disalah gunakan atas nama demokrasi.
 Berlaku huru-hara dan rusuhan dalam negara
 Perlembagaan dan undang-undang negara tidak dihormat.

Peranan rakyat untuk memelihara Keluhuran Perlembagaan negara kita? (STPM 2021)

1. Mematuhi undang-undang negara. Perlembagaan negara merupakan sumber rujukan semua


perkara. Sentiasa berdisiplin. Supaya negara aman dan damai.

2. Mengeratkan perpaduan kaum. Rakyat perlu saling menghormati, menghargai dan memahami.
Negara menjadi aman, makmur dan maju. Kontrak sosial tidak patut dipersoalkan.

3. Menjaga akhlak diri sendiri. Kukuh jati diri bangsa. Tidak terjebak dalam gejala sosial. Menjaga imej
diri, keluarga, bangsa dan negara.

4. Menghormati hak asasi. Perlu menghormati hak asasi setiap individu. Hak dan keistimewaan
dilindungi. Kebebasan masyarakat terjamin. Seseorang tidak boleh mempersoalkan kesetiaan
seseorang rakyat lain berdasarkan keturunan atau kaum.

5. Menyokong dasar-dasar kerajaan. Bekerja dengan telus dan amanah. Berusaha menjawayakn
program atau dasar kerajaan.

6. Menghormati lambang negara. Menghayati maksud lambang negara. Contoh mengibar jalur
gemilang dan menghormati jata negara, lagu negaraku.

7. Mengutamakan kepentingan negara. Rakyat tidak mementingkan diri sendiri. Bekerja dan
berkhidmat demi kemajuan negara.

8. Tidak mempersoalkan perkara sensitif dalam perlembagaan. Rakyat wajib mengelak daripada
mempertikaikan atau membangkitkan isu yang menguris hati pelbagai pihak. Setiap warganegara
Malaysia seharusnya patuh akan Perlembagaan dan sebarang tindakan selaras dengan
peruntukan perlembagaan supaya negara menjadi aman dan damai.

15
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

PRINSIP KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

MAKSUD:

 Undang-undang dapat menjamin keadilan serta keamanan kerana setiap rakyat tertakluk pada
perlaksanaan undang-undang.
 Setiap rakyat adalah sama tarafnya disisi undang-undang negara
 Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, tenteram, stabil dan makmur.
 Keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.
 kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang
dan Perlembagaan Negara.
 Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi
undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
 Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-
undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.
 Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
 undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.
 Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi
undang-undang negara.
 kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.
 Tanpanya, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.
 Menghormati undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta memelihara
kedaulatannya.

Kepentingan Prinsip Kedaulatan Undang-undang.

1. Menjamin kedaulatan negara.


2. mewujudkan masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur.
3. Menjamin keharmonian dan keamanan negara.
4. Menjamin hak asasi rakyat.
5. Mengurangkan jenayah.

Impak negatif jika tidak diamalkan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang.

1. Kedaulatan negara tergugat/ terjejas.


2. Perpaduan negara terjejas.
3. Menjejaskan keharmonian rakyat.
4. Peningkatan kes jenayah.

Tindakan sebagai warganegara?

1. Kita hendaklah menghormati Perlembagaan Persekutuan dan mematuhi peraturan-peraturan


yang telah ditetapkan.

16
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

PRINSIP KESOPANAN DAN KESUSILAAN

MAKSUD:

 Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini bertujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun
dan bersusila.
 amat penting dalam konteks perhubungan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
 prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
 Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti
individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi.
 Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat.
 Menjurus kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang bersopan santun dan bertatasusila.
 Amalan ini dapat memupuk keperibadian yang baik dan menjamin kejayaan dalam sesebuah negara.
 Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam
konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
 Kesopanan dan kesusilaan berperanan penting dalam membina sahsiah seseorang insan.
 Kesopanan dan kesusilaan itu adalah sebahagian daripada budaya masyarakat kita yang harus disemai
di kalangan warga ketika negara menuju untuk mencapai status negara maju.

Kepentingan Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan:

1. Mewujudkan masyarakat yang menghormati/ menghargai kepentingan kaum lain.


 Menghormati dan saling memahami adat resam dan nilai hidup kaum lain.
 Tidak menyinggung perasaan orang lain.
 Saling menghargai antara satu sama lain.

2. Membentuk masyarakat yang bersatu-padu/ Mewujudkan perpaduan kaum.


 Rakyat yang bersopan santun dan bertatasusila dapat membentuk masyarakat yang bersatu-padu
 Pergaduhan dan perselisihan faham dapat dielakkan.
 Menjauhkan sebarang konflik melalui sikap bertolak-ansur.
 Contoh mengamalkan nilai menghormati dan membantu orang lain dari pelabagai kaum.

3. Mewujudkan masyarakat yang yang bermoral dan beretika.


 Kesopanan dan kesusilaan menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat.
 Mewujudkan masyarakat yang memiliki sifaf-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi,
saling memahami dan cintakan kedamaian.
 Sahsiah yang mulia penting dalam hubungan sesama anggota masyarakat.

4. Meningkatkan imej negara.


 Para pelancong menghormati masyarakat tempatan yang berbudi bahasa.
 Negara akan dihormati diperingkat antarabangsa kerana mempunyai masyarakat yang sopan dan
bertatasusila.
 Masyarakat yang peramah dan mesra pelawat dapat menarik hati rakyat negara lain.
 Membantu negara meningkatkan sektor pelancongan.

Faktor pengabaian prinsip Kesopanan dan Kesusilaan:-

1. Kurang pendedahan terhadap Prinsip Rukun Negara.


2. Pengaruh budaya luar.
3. Kurang penghayatan agama dan nilai-nilai moral.

17
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

Usaha-usaha meningkatkan penghayatan Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan.

1. Meningkatkan kesedaran rakyat.


 Memantapkan lagi program kesedaran seperti kempen, pertandingan dan pameran berkatian
Rukun Negara.
 Contoh Kempen:
 Kempen Budi Bahasa Budaya Kita.
 Kempen Penghayatan Nilai-Nilai Murni

2. Memperkukuh penghayatan agama dan nilai-nilai moral.


 Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri individu.
 Memantapkan nilai kerohanian bagi meningkatkan kesedaran.
 Ibu bapa menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan ke dalam jiwa anak-anak.
 Ibubapa perlu menjadi role model.

3. Melalui pendidikan.
 Sekolah merupakan institusi pendiidkan formal yang boleh menerapkan pendidikan.
 Melalui pendidikan agama seperti mata pelajaran Pendidikan Islam boleh mendidik pelajar
yang bersopan.
 Kempen Sekolah Penyayang juga boleh diamalkan.
 Menambahbaik unsur Prinsip Rukun Negara dalam kurikulum sekolah dan Institusi Pengajian
Tinggi.
 Menubuhkan lebih banyak Kelab Rukun Negara bagi menyuburkan amalan nilai murni dalam
kalangan pelajar sekoalh dan universiti.

4. Mempergiat aktiviti kemasyarakatan.


 Berganding bahu dengan agensi kerajaan.
 Mengadakan prosgram kesedaran di bawah Persatuan Rukun Negara.
 Aktiviti kemasyarakatan diperbanyak di semua peringkat kawasan/ masyarakat setempat.

5. Menyebarluas maklumat.
 Memperhebat pelaksanaan program mengenai Rukun Negara melalui media elektronik dan
media cetak.
 Pihak media massa boleh terlibat dalam usaha membentuk nilai kesopanan dan kesusilaan
dengan bekerjasama dengan syarikat GLC untuk mengeluarkan ikaln-iklan tertentu sempena
hari perayaan.
 Dokumentari dan filem berkaitan nilai murni diperbanyak untuk menyebar maklumat
mengenai Rukun Negara bagi mengelakkan salah faham.

Tindakan sebagai warganegara:

1. Rakyat harus menghormati dan saling memahami adat resam dan nilai hidup kaum lain.

2. Tidak menyinggung perasaan kaum lain.

3. Tidak membangkitkan perkara-perkara atau isu-isu sensitif antara kaum berkaitan


kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agama yang
dianutinya.

4. Mengamalkan budaya dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

5. Menyayangi ahli keluarga, jiran tetangga, harta awam dan alam sekitar.

18
Esei Pengajian Am S2, 2023 PA SEM 2 rasahati

Contoh Soalan 1:
Amalan bersopan santun dan bersusila merupakan nilai utama dalam prinsip kelima Rukun Negara.
Peranan pelbagai pihak bukan kerajaan diperlukan dalam usaha memupuk nilai tersebut dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan.

Pendahuluan :
Prinsip kelima Rukun Negara ialah kesopanan dan kesusilaan menjurus kepada pembentukan masyarakat
Malaysia yang bersopan santun dan bersusila.Amalan ini merupakan nilai yang amat penting untuk
memupuk keperibadian yang baik dan menjamin kejayaan dalam sesebuah negara.

Bil Isi/Idea Huraian


Peranan pelbagai pihak bukan kerajaan dalam memupuk Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan
1 Peranan individu/diri  Setiap individu memainkan peranan penting untuk mengubah dan
sendiri memperbaiki perlakuan diri sendiri.
 Usaha individu untuk melakukan amalan yang baik, bersopan
santun dan bersusila amat penting untuk menjadikan diri sendiri
agar diterima dengan baik oleh anggota masyarakat yang lain.
2 Peranan rakan sebaya  Rakan sebaya membawa pengaruh yang penting dalam mengubah
seseorang individu.
 Jika rakan sebaya mempunyai nilai bersopan santun dan bersusila,
mereka dapat membentuk sekumpulan individu lain agar
berakhlak dan bersusila.
3. Peranan institusi  Peranan ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak agar
kekeluargaan lebih bersopan santun dan bersusila dalam perlakuan dan
pergaulan mereka.
 Didikan keluarga bermula sejak anak-anak lahir sehinggalah
mereka menginjak dewasa.
 Didikan keluarga yang baik akan membentuk sikap anak-anak yang
bersopan santun dan mempunyai tingkah laku yang baik dalam
perbuatan mahupun pertuturan mereka.
4. Peranan jiran tetangga  Jiran tetangga turut memainkan peranan penting dalam
menunjukkan tingkah laku yang bersopan santun dan bersusila.
 Amalan yang baik seperti bertegur sapa dengan ramah dan
berhemah serta saling menolong apabila orang lain dalam
kesusahan dapat menjalinkan hubungan yang baik antara jiran.
 Oleh itu, dengan amalan bersopan santun dan bersusila dapat
menjalinkan semangat kejiranan yang teguh sehingga mewujudkan
perasaan saling mempercayai sesama jiran.
5. Peranan institusi agama  Setiap rakyat Malaysia mempunyai pegangan agama dan
kepercayaan masing-masing.
 Meskipun agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi
agama lain boleh terus diamalkan.
 Ajaran agama melalui rumah ibadat masing-masing menerapkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan para penganutnya.
6. Peranan agensi swasta  Pihak swasta turut memainkan peranan penting dalam membentuk
dan Pertubuhan Bukan sikap anak-anak yang bersopan santun dan bersusila.
Kerajaan (NGO)  Pertubuhan seperti Rakan Muda, pertubuhan Belia mahupun
persatuan lain perlu menganjurkan aktiviti yang berfaedah seperti
kem motivasi.
 Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan perlu menjurus kepada
pembentukan tingkah laku yang bersopan santun dan bersusila
dalam kalangan rakyat Malaysia.
Amalan bersopan santun dan bersusila merupakan amalan yang mulia dan perlu diamalkan dalam
kehidupan seharian kita. Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing untuk memupuk
amalan murni ini.

19

You might also like