You are on page 1of 1

XXXXXXXXXXXX

XXXXXXXXXXXXX
Kampung Pantai Dalam
59200 Kuala Lumpur

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya
Jalan Bangkung
59100 Bangsar, Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Guru Kelas 3 Anggerik) 13 JUN 2023

Tuan,

Justifikasi Tidak Hadir Sekolah Bagi xxxxxx bin xxxxx Pada 12 Jun 23 (Isnin)

Berhubung dengan perkara di atas, saya XXXXXXX bin xxxxxx (xxxxxx-xx-xxxx)


adalah bapa kepada xxxxxx bin xxxxx (xxxxxx-xx-xxxx) yang merupakan murid di
dalam kelas 3 Anggerik. Adalah dimaklumkan bahawa murid berkenaan telah tidak
hadir ke sekolah pada 12 Jun 23 (Isnin).

2. Untuk makluman pihak sekolah, pergerakkan murid diuruskan oleh saya dan
isteri setiap hari. Namun pada hari berkenaan, saya ditugaskan ke utara Malaysia
manakala isteri menghadiri mesyuarat di luar kawasan. Justeru, saya memilih untuk
tidak menghantar ke sekolah kerana kesulitan pengangkutan dan keselamatan murid.

3. Pemakluman ini bertujuan untuk justifikasi ketidakhadiran rekod persekolahan


anak saya. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui talian xxx-
xxxxxxx atau emel xxxxx@gmail.com.my Sekian untuk pertimbangan pihak sekolah.

Terima kasih.

Yang Benar,

.....................................
(XXXX BIN XXXX)
Bapa Murid

You might also like