Professional Documents
Culture Documents
Forum3 - Suhaila Binti Jamaluddin
Forum3 - Suhaila Binti Jamaluddin
FORUM 3
Terangkan bagaimana anda memupuk inovasi dan kreativiti kepada pelajar anda di
sekolah.
SELAMAT MENJAWAB!
Ts. Dr. Faridah Hanim Yahya
JAWAPAN:
Revolusi Industri 4.0 merupakan pemerkasaan struktur pengurusan, industri dan komersil
yang menekankan pembangunan teknologi digital bagi mengurangkan kos tenaga manusia dan
meningkatkan produktiviti serta kecekapan operasi. Perkembangan Revolusi Industri 4.0 memberikan
kesan secara langsung kepada pelbagai bidang termasuk juga bidang pendidikan kerana bidang
pendidikan adalah asas kepada penyedia tenaga kerja di masa hadapan. Sudah menjadi keperluan
dalam bidang pendidikan untuk menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi keperluan pasaran
pekerjaan berteraskan Revolusi Industri 4.0.
Penggunaan inovasi dan teknologi menjadikan kehidupan sosial dan amalan seharian menjadi
lebih mudah berbanding sebelum ini. Perkembangan sistem digital di tambah pula dengan kemajuan
teknologi secara tidak langsung mempengaruhi sektor pendidikan dalam sesi pembelajaran. Dalam
konteks ini, warga pendidik perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat serta
komunikasi (ICT) bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0. Pendidik perlu mempunyai ilmu
dan kefahaman yang jelas mengenai teknologi terkini untuk menarikkan lagi sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Pada masa kini, teknologi dijadikan sebagai media yang diguna pakai dalam pengajaran
bertujuan untuk memberi impak positif mengikut arus perkembangan. Terdapat sembilan trend
pendidikan era Revolusi Industri 4.0 (Fisk, 2017) yang dikatakan berhasil untuk dipraktiskan oleh
warga pendidik antaranya ialah pembelajaran bergantung kepada masa dan tempat berbeza, belajar
secara kendiri dan pembelajaran berasaskan projek.
Untuk trend pembelajaran bergantung kepada masa dan tempat berbeza, pelajar mempunyai
lebih banyak peluang untuk pembelajaran jarak jauh dan secara kendiri melalui E-learning. E-learning
ialah platform laman web yang memudahkan pembelajaran secara dalam talian melalui penggunaan
internet untuk mengakses bahan pembelajaran, berinteraksi dengan kandungan, pengajar dan rakan
pengajar pada bila-bila masa dan di mana jua.
Seterusnya ialah belajar secara kendiri. Dengan teknologi yang ada seperti tab, telefon pintar
dan sebagainya pelajar boleh dijadikan sebagai bahan bantu pembelajaran dan peralatan tersebut
bergantung kepada kemahiran pelajar. Guru sediakan soalan latihan pengukuhan untuk pelajar
bertujuan untuk proses pembelajaran secara kendiri. Dengan cara ini, dapat menghasilkan pengalaman
pembelajaran yang positif dan kurangkan jumlah pelajar yang kurang motivasi diri terhadap
kemampuan akademik.
Selanjutnya, pembelajaran berasaskan projek. Pelajar masa kini perlu mengadaptasi dengan
pembelajaran yang berasaskan projek. Hal ini agar mereka dapat belajar untuk mempersiapkan diri
mereka dalam jangka masa yang pendek untuk menempuhi pelbagai situasi yang mendatang. Projek-
projek seperti projek sains, projek seni dan projek reka bentuk teknologi sesungguhnya harus di
galakkan dalam kalangan pelajar untuk mereka didedahkan secra tidak langsung dengan revolsi
industry 4.0. Penglibatan dalam pembinaan model formula one (F-1) juga salah satu contoh boleh
digunakan untuk pelajar masa kini. Dengan cara ini, pembelajaran pelajar ditingkatkan dan juga
kawalan kemahiran seperti pengurusan, kolaborasi dan pengurusan masa pelajar juga semakin
meningkat.
Kumpulan: E
Saya setuju dengan pendapat saudari bahawa penggunaan video pembelajaran dan permainan puzzle
boleh diguna pakai oleh guru untuk membuatkan sesi pembelajajaran menjadi lebih menarik dan tidak
bosan. Kaedah intervensi yang menarik juga secara tidak langsung dapat melibatkan pelajar secara
aktif dan memudahkan pelajar untuk mengingati dan memahami sesi pembelajaran.
NO MATRIK: L20222013502
KUMPULAN E
Saya bersetuju dengan pandangan saudari dan saya tertarik dengan maklumat yang diajukan oleh
saudari mengenai penggunaan VR (Virtual Reality). Pada mulanya, VR diperkenalkan dalam sektor
permainan video games, namun tidak dinafikan bahawa ia juga berpotensi untuk digunakan dalam
bidang pendidikan. Sesungguhnya, dengan teknologi ini secara tidak langsung memberi gambaran
yang bagus dan canggih kepada murid untuk mereka mengalami sendiri pengalaman dalam
pembelajaran dan akan menjadi pengalaman manis buat mereka. Sekaligus berjaya mengukuhkan lagi
pembelajaran yang berlaku di luar kelas.
NO MATRIK: L20222015042
KUMPULAN Q
Saya bersetuju dengan pandangan saudari mengenai pembentukan aktiviti berkumpulan dapat
memberi keyakinan kepada pelajar untuk bertukar-tukar pendapat mengikuti kreativiti masing-
masing. Sesungguhnya dengan pertukaran idea ini juga merupakan titik permulaan pelajar untuk lebih
yakinkan diri untuk bertukar pendapat dan pada masa yang sama dapat menimba ilmu dari orang lain.
Aktiviti penggunaan pelbagai jenis media seperti water colour, bahan seperti lidi dan surat khabar
juga dapat melonjakkan kreativiti masing-masing dengan aktiviti yang pelbagai. Hal ini membuatkan
aktiviti P&P berjalan dengan lebih seronok dan meninggalkan kenangan indah.