You are on page 1of 14

Kimia tingkatan 4

5.4 IKATAN HIDROGEN

Kumpulan 6 : Yasmin Sab, Shahfikah & Sofea Zara


Kelas : 4ST2
Nama guru subjek : Puan Norhidayah
KEELEKTRONEGATIFAN
• Keelektronegatifan adalah kekuatan atom dalam molekul untuk menarik
elektron ke arah nukleusnya.
• Contoh atom elektronegatif adalah klorin, oksigen dan nitrogen.
• Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan, keelektronegatifan unsur
semakin bertambah. Contoh, keelektronegatif klorin lebih tinggi berbanding
natrium.
• Apabila menuruni Kumpulan 17, keelektronegatifan unsur semakin
berkurang. Contoh, Keelektronegatifan klorin lebih tinggi berbanding iodin.
IKATAN HIDROGEN
• Ikatan hidrogen ialah daya tarikan antara atom hidrogen, H yang
mempunyai ikatan dengan atom yang tinggi keelektronegatifan iaitu
fluorin, F, oksigen, O atau nitrogen, N, .
• Ikatan hidrogen adalah tarikan antara atom hidrogen dengan atom
elektronegatif (F, O, N) tersebut daripada molekul yang lain.

Catatan:
Atom elektronegatif yang terikat kepada atom hidrogen mempunyai sifat berikut:
1. Atom mestilah bersifat elektronegatif
2. Atom mesti mempunyai sekurang-kurangnya sepasang elektron yang tidak dikongsikan
3. Atom mestilah agak kecil
Keadaan ini dipenuhi oleh hanya 3 atom iaitu flourin, oksigen dan nitrogen.
IKATAN HIDROGEN
PEMBENTUKAN IKATAN HIDROGEN
ANTARA MOLEKUL AIR
PERANAN IKATAN HIDROGEN
DALAM KEHIDUPAN HARIAN
Terdapat molekul protein yang membentuk ikatan hidrogen antara satu sama lain
dalam struktur rambut.
MENGAPA RAMBUT BASAH AKAN MELEKAT SESAMA
SENDIRI ?

1. Apabila rambut basah, molekul protein tidak lagi


membentuk ikatan hidrogen antara satu sama lain.
2. Molekul protein membentuk ikatan hidrogen dengan
molekul air, H2O.
3. Molekul air, H2O pula membentuk ikatan hidrogen
yang lain dengan molekul protein rambut lain.
4. Ini menyebabkan rambut akan melekat sesama
sendiri.
5. Apabila rambut kering, tiada ikatan hidrogen
terbentuk di antara molekul air dengan molekul
protein. Maka rambut tidak melekat sesama
sendiri
MENGAPA JARI YANG BASAH BOLEH MEMBANTU UNTUK
MENYELAK KERTAS?

1. Apabila menyelak kertas, didapati kertas melekat


sesama sendiri.
2. Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh
membasahkan hujung jari sebelum menyelak kertas.
3. Selulosa di dalam kertas mempunyai atom hidrogen,
H yang terikat dengan atom oksigen,O.
4. Molekul air, H2O pada jari yang basah akan
membentuk ikatan hidrogen dengan selulosa di dalam
kertas.
5. Dengan itu, kertas akan melekat pada jari.
6. Apabila hujung jari kering, tiada ikatan hidrogen
terbentuk antara air dan selulosa di dalam kertas, oleh
itu sukar untuk menyelak helaian kertas.
KESAN IKATAN HIDROGEN
KE ATAS SIFAT FIZIK BAHAN
• Ikatan hidrogen mempengaruhi :
1. Takat didih
2. Keterlarutan dalam air
• Takat didih bagi suatu bahan ialah suhu apabila bahan itu bertukar
daripada keadaan cecair kepada keadaan gas pada tekanan
tertentu.
• Air ialah pelarut berkutub.
• Air mempunyai kutub bercas positif dan kutub bercas negatif.
• Apabila molekul polar dilarut dalam air, molekul polar membentuk
ikatan hidrogen dengan molekul air.
BAGAIMANA IKATAN HIDROGEN MEMPENGARUHI TAKAT
DIDIH?

• Apabila daya tarikan antara molekul dapat diatasi, sebatian dalam


bentuk cecair menjadi gas. Ia telah mencapai takat didih.
• Sebatian kovalen etanol C2H5OH, terdapat ikatan hidrogen yang
terbentuk antara molekul, selain daya tarikan van der Waals yang
lemah.
• Ikatan hidrogen yang kuat menyebabkannya susah diputuskan.
• Lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk memutuskan ikatan
hidrogen serta mengatasi daya tarikan van der Waals yang lemah.
• Takat didih etanol C2H5OH adalah tinggi.
• Molekul klorin, Cl2 yang tidak membentuk ikatan hidrogen
mempunyai takat didih yang lebih rendah berbanding dengan
etanol.
MENGAPA ETANOL BOLEH LARUT DALAM AIR?

• Etanol C2H5OH adalah molekul polar.


• Keterlarutan etanol C2H5OH didalam air adalah disebabkan oleh
ikatan
hidrogen antara molekul etanol C2H5OH dan molekul air, H2O
MENGAPA ETANOL BOLEH
LARUT DALAM AIR ?

Briefly elaborate on what you want to discuss.


MENGAPA AISBERG DENGAN BERAT BERIBU TAN BOLEH
TERAPUNG DI
PERMUKAAN LAUT?
Ketumpatan aisberg rendah berbanding air

MENGAPA AIR LEBIH TUMPAT DARIPADA AIS?

• Dalam air (cecair), molekul air disusun rapat oleh ikatan


hidrogen dan bergerak secara rawak.
• Apabila air membeku (ais), ikatan hidrogen adalah stabil.
Susunan molekul air menjauhi antara satu sama lain.
• Isi padu ais lebih besar daripada air.
• Kesan peningkatan isi padu ais adalah ketumpatannya
menjadi rendah daripada ketumpatan air, maka ais menjadi
lebih ringan daripada air.
• Ais terapung di permukaaan air.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like