You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2013 HBSC2103 V2 CHEMISTRY 1

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

NORLITA SIMON 810527126094 810527126094 0148747623 norlitasimon@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM TAWAU

HBSC2103 V2

ISI KANDUNGAN Pengenalan 1.0 1.1 1.2 2. 0 2.1 2.2 2.3 2.4 Struktur Bahan-Bahan Kimia Sebatian Karbon Organik Sebatian Karbon Bukan Organik Ikatan Kimia Pelepasan Elektron Penarikan Elektron Ikatan Ionik Ikatan Kovalen 2.4.1 2.4.2 2.5 3.0 Sebatian Kovalen Raksasa Jenis-jenis Ikatan Kovalen

MUKA SURAT 2 3

6 8 9 11

Ikatan Bukan Kovalen (Lemah) Struktur Dan Ikatan Kimia yang Terdapat Pada Molekul dan Sebatian Karbon

Penutup Rujukan

HBSC2103 V2

Pengenalan Kimia merupakan cabang sains yang berkenaan dengan komposisi, struktur, ciri jirim, dan juga perubahan yang dialami oleh jirim apabila didedahkan kepada jirim yang lain ataupun ketika berlaku perubahan keadaan fizikal di sekeliling jirim tersebut. Kimia merupakan sains fizikal yang melibatkan kajian pelbagai atom, molekul, hablur dan bentuk jirim lain samada diasingkan atau disebatikan. Ia membabitkan konsep tenaga dan entropi berkenaan dengan kespontanan proses kimia. Kimia merupakan sebahagian besar daripada kehidupan manusia. Namun, majoriti ramai yang tidak menyedari akan hakikat ini. Kebanyakan bahan buatan manusia merupakan campuran bahan kimia semula jadi atau sintetik. Barangan seperti syampu, bedak, ubat gigi, alat solek, minyak wangi, dan krim rambut merupakan bahan kimia. Memandangkan bahan kimia banyak mempengaruhi kehidupan, maka bidang kimia ini merupakan satu bidang kerjaya yang amat penting. Ahli kimia diperlukan dalam bidang pemakanan, perubatan, pertanian, serta dalam industri pembuatan. Pelbagai bahan kimia digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian. Diantaranya adalah pakaian sutera , kapasat atupun jaket nilon semuanya dibuat daripada bahan kimia. Malah terdapat bahan makanan yang terdiri daripada bahan kimia. Sehubungan dengan itu, industri kimia kian berkembang maju di Malaysia. Dalam pengeluaran minyak dan petrol, Malaysia juga merupakan negara yang tersenarai sebagai negara yang menjadi pengeluar utama di dunia. Kegunaan bahan kimia akan terus meningkat dan manusia akan sentiasa memerlukan bahan baru. Di sinilah kimia memainkan peranan khususnya dalam industri pembuatan yang menghasilkan benda baru.

HBSC2103 V2

1.0

Struktur Bahan-Bahan Kimia

Struktur kimia yang biasa terdapat dalam sebatian karbon organik dan inorganik. Sebatian ialah sebarang bahan yang terbentuk daripada gabungan kimia dua atau lebih unsur dalam nisbah tertentu. Apabila atom-atom bergabung membentuk sebatian, ia biasanya melibatkan perubahan dalam susunan elektron di petala terluar setiap atom yang terlibat. Elektron ini membentuk hubungan yang dipanggil ikatan kimia antara atomatom. Sebatian karbon (carbon compound) terbentuk daripada kombinasi kimia karbon dengan satu atau lebih unsur-unsur lain. Sebatian karbon wujud di sekeliling kita. Sebatian karbon secara umumnya dikelaskan kepada dua, iaitu sebatian organik (organic compounds) dan sebatian tak organik (inorganic compounds).

1.1

Sebatian Karbon Organik

Sebatian karbon organik adalah sebatian karbon yang berasal dari organisma hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Sebatian karbon organik mengandungi rantai karbon yang terdiri daripada bilangan atom karbon yang banyak. Contohnya, glukosa, C6H12O6, mengandungi 6 atom karbon. Sebatian karbon organik larut dalam pelarut organik seperti alkohol, petrol, eter dan kloroform. Beberapa contoh sebatian karbon organik adalah seperti berikut : a. b. Protein haiwan, sutera, keju, susu, mentega dan kulit yang berasal dari haiwan. Protein tumbuhan, beras, kayu, kapas dan getah yang berasal dari tumbuhtumbuhan. 1.2 Sebatian Karbon Bukan Organik

Sebatian karbon yang bukan berasal daripada organisma hidup dikelaskan sebagai sebatian karbon tak organik. Sebatian ini berasal daripada bahan mineral dalam kerak 4

HBSC2103 V2

Bumi. Struktur sebatian karbon tak organik mengandungi beberapa atom karbon sahaja. Contohnya, karbon dioksida mengandungi satu atom karbon sahaja. Sebatian karbon bukan organik tidak mengandungi rantai hidrokarbon. Ia tidak tidak larut dalam pelarut organik, tetapi larut dalam pelarut tak organik seperti air, asid dan alkali. Sebatian karbon tak organik yang mengandungi unsur karbon termasuklah: a. b. c. Oksida karbon seperti karbon monoksida dan karbon dioksida. Sebatian karbonat seperti kalsium karbonat (batu kapur dan marmar) Sebatian sianida seperti kalium sianida.

Rajah 1 : Sebatian Karbon 5

HBSC2103 V2

2. 0

Ikatan Kimia

Seluruh dunia ini terdiri daripada bahan yang terbentuk hasil dari ikatan kimia . Bahan mineral dalam bumi, sel badan kita , ubat dan berjuta - juta bahan lain. Ikatan kimia merupakan ikatan dalam interaksi gaya tarik menarik antara dua atom atau molekul yang menyebabkan suatu senyawa menjadi stabil. Di dalam pembentukan ikatan kimia, atom-atom akan menukar susunan elektronya supaya dapat mencapai susunan elektron yang sama dengan susuna gas adi. Corak susunan elektron ini dipanggil sebagai Hukum Oktet. Berdasarkan hokum oktet, elektron-elektron disusun supaya dapat mencapai 8 elektron pada petala valensnya dan seterusnya mencapai kestabilan gas adi. Berikut adalah contoh pelepasan dan penarikan elektron.

2.1

Pelepasan Elektron

Suatu unsur akan melepaskan elektron valensinya sehingga membentuk ion positif yang bermuatan sejumlah elektron yang dilepaskannya.

Unsur-unsur yang cenderung melepaskan elektron adalah unsur logam yang berada pada golongan IA, IIA, IIIA (elektron valensi 1, 2, 3)

2.2

Penarikan Elektron

Suatu unsur akan menarik elektron dari luar sehingga unsur tersebut akan bermuatan negatif sebesar elektron yang ditariknya. 6

HBSC2103 V2

Melalui peristiwa pelepasan dan penarikan elektron seperti contoh yang ditunjukkan maka akan terbentuk ikatan kimia.

2.3

Ikatan Ionik

Ikatan ionik merupakan ikatan yang terbentuk antara unsur yang ingin membebaskan elektron dengan unsur yang ingin menerima elektron. Sebatian yang terbentuk melalui ikatan ionik dikenali sebagai sebatian ionik. Contoh satu sebatian ionik yang sering digunakan di rumah iaitu natrium klorida.

Sebatian natrium klorida terbentuk melalui ikatan ionik yang kuat antara ion natrium bercas positif dan ion klorida bercas negatif. Daya tarikan yang kuat antara ion berlawanan cas ini dikenali sebagai daya tarikan elektrostatik.

HBSC2103 V2

Kesanya, semua sebatian ionik mempunyai sifat - sifat berikut : a) Sebatian ionik adalah bertakat didih dan takat lebur tinggi kerana daya tarikan elektrostatik kuat b) c) d) Sebatian ionik adalah pepejal pada suhu dan tekanan bilik. Sebatian ionik adalah pepejal yang keras dan kuat. Susunan ion adalah teratur menyebabkan sebatian ionik membentuk struktur kekisi ion dan ia wujud sebagai hablur. e) Sebatian ionik ada ion oleh itu ia merupakan elektrolit iaitu boleh mengalirkan elektrik dalam keadaan cecair . f) Sebatian ionik boleh larut dalam pelarut air ( akuas ) tetapi tidak larut dalam pelarut organik. Ikatan kimia suatu sebatian mempengaruhi sifat fizik dan sifat kimianya. Kesimpulannya ion terdiri daripada kation dan anion yang diikat bersama oleh daya elektrostatik yang kuat. Ion-ion yang berlawanan cas ini mempunyai susunan teratur dan padat dalam struktur ion raksasa. Oleh yang demikian, semua sebatian ion merupakan pepejalyang mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi pada keadaan bilik. Jumlah tenaga yang tinggal diperlukan untuk memecahkan ikatan ion yang kuat ini dalam struktur ion raksasa.

HBSC2103 V2

2.4

Ikatan Kovalen

Ikatan kovalen adalah berbeza dari ikatan ionik dari segi jenis unsur yang bergabung dan bagaimana ikatan terbentuk antara unsur - unsur tersebut. Sebatian kovalen terdiri dari atom-atom bukan logam yang bercantum secara perkongsian elektron untuk membentuk molekul. Molekul-molekul yang terbentuk bersifat diskrit iaitu berasingan. Sebatian kovalen yang terdiri dari molekul kecil yang bersifat diskrit dikenali sebagai sebatian kovalen molekul ringkas. Molekul ini tidak ada cas dan daya tarikan antara molekul adalah lemah dan dikenali sebagai daya Van der Waals. Kesanya, sebatian kovalen mempunyai sifat-sifat berikut : a) Molekulnya tidak bercas maka ia tidak dapat mengkonduksikan elektrik dalam mana - mana keadaan dan bukan elektrolit. b) Sebatian kovalen biasanya wujud sebagai gas ( atau cecair / pepejal yang mudah meruap ) kerana daya tarikan antara molekul lemah. c) d) Sebatian kovalen biasanya bertakat didih dan takat lebur rendah. Sebatian kovalen adalah pelarut organik , contohnya ester dan aseton.

2.4.1

Sebatian Kovalen Raksasa Namun terdapat sebatian kovalen yang terdiri dari molekul besar yang bercantum

(bukan diskrit). Molekul begini dikenali sebagai sebatian kovalen molekul raksasa. Contoh sebatian kovalen sebegini adalah sulfur dioksida [ (SiO2)x ] , intan ( percantuman atom karbon ) dan polimer seperti kanji , getah dan lain - lain. Sifat utama yang berbeza antara sebatian kovalen molekul raksasa dengan sebatian kovalen molekul ringkas ialah takat lebur dan takat didihnya. Oleh kerana sebatian kovalen molekul raksasa merupakan 9

HBSC2103 V2

molekul besar yang bercantum maka ia bertakat lebur dan takat didih tinggi. Kesannya, sebatian kovalen ini merupakan pepejal yang tidak meruap.

2.4.2

Jenis-jenis Ikatan Kovalen

Berikut adalah tiga jenis ikatan kovalen iaitu : a. b. c. a. Ikatan Tunggal Ikatan Dubel Ikatan Tripel Ikatan Tunggal Perkongsian sepasang elektron antara dua unsur bukan logam.

b.

Ikatan Dubel Perkongsian dua pasang elektron antara dua unsur bukan logam

10

HBSC2103 V2

c.

Ikatan Tripel Perkongsian tiga pasang elektron antara dua unsur bukan logam

2.5

Ikatan Bukan Kovalen (Lemah)

Contoh ikatan bukan kovalen ialah ikatan Hidrogen iaitu air (H2O)

Rajah 2 : Ikatan Hidrogen (H2O)

11

HBSC2103 V2

Ikatan Van der Waals ialah ikatan yang berlaku akibat kedudukan kumpulan kimia yang berdekatan.

Rajah 3: Ikatan Bukan Kovalen

3.0

Struktur Dan Ikatan Kimia yang Terdapat Pada Molekul dan Sebatian Karbon

Karbon merupakan unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol C dan nombor atom 6. Unsur bukan logam, tetravalen yang banyak, karbon mempunyai beberapa bentuk allotropik. Karbon terdapat dalam kesemua kehidupan karbon dan merupakan asas kimia organik. Bahan bukan logam juga mempunyai ciri kimia menarik iaitu mampu mengikat sesama sendiri dan banyak unsur lain, membentuk hampir 10 juta sebatian yang diketahui. Apabila bergabung dengan oksigen ia membentuk karbon dioksida yang amat penting bagi pertumbuhan pokok. Apabila bergabung dengan hidrogen, ia membentuk pelbagai sebatian dikenali sebagai hidrokarbon yang amat penting bagi pengilangan sebagai bahan api fosil. Apabila bergabung dengan oksigen dan hidrogen ia mampu membentuk kebanyakan kumpulan sebatian termasuk asid lemak, yang penting kepada kehidupan, dan ester, yang memberikan perisa kepada kebanyakan buah-buahan. Isotop karbon-14 biasa digunakan dalam penentuan tarikh radioaktif. 12

HBSC2103 V2

Kekuatan ikatan-ikatan kimia sangatlah bervariasi. Pada umumnya, ikatan kovalen dan ikatan ion dianggap sebagai ikatan "kuat", sedangkan ikatan hidrogen dan ikatan van der Waals dianggap sebagai ikatan "lemah". Ini bermakna ikatan "lemah" yang paling kuat dapat lebih kuat daripada ikatan "kuat" yang paling lemah.

Contoh model titik Lewis yang menggambarkan ikatan kimia antara karbon C, hidrogen H, dan oksigen O.

Sebab terdapatnya begitu banyak sebatian karbon adalah kerana unsur karbon mempunyai keupayaan untuk membentuk rantaian karbon yang mempunyai pelbagai panjang dan saiz gelung (katenation). Kebanyakan sebatian karbon amat sensitif kepada haba, dan biasanya terurai bawah 300'C. Sebatian karbon biasanya kurang larut dalam air berbanding garam inorganik lain. Berbeza dengan garam sedemikian, sebatian karbon biasanya lebih mudah larut dalam pelarut organik seperti eter atau alkohol. Sebatian organik terbentuk dari ikatan kovalen (covalent bond).

13

HBSC2103 V2

Kesimpulanya ikatan kimia merupakan daya tarikan yang menyatukan dua atau lebih atom. Ikatan kimia antara atom akan membentuk sama ada molekul atau ion, dan seterusnya sebatian kimia. Jenis ikatan kimia yang dibentuk bergantung kepada perbezaan keelektronegatifan (E) antara atom-atom yang membentuk ikatan kimia itu. Secara amnya, seandainya perbezaan keelektronegatifan adalah sangat besar, ikatan kimia yang terbentuk dinamakan ikatan ion. Jika perbezaan keelektronegatifan adalah sangat kecil, dua kemungkinan ikatan kimia yang akan terbentuk; iaitu ikatan logam atau ikatan kovalen. Sekiranya perbezaan keelektronegatifan adalah sederhana, maka ciri-ciri ikatan ion, ikatan logam dan ikatan kovalen akan ditunjukkan. Ikatan-ikatan ini berbeza dari segi kekuatan. Interaksi lemah antara atom dan molekul boleh terhasil dari kekutuban teraruh (seperti daya London) antara awan-awan elektron. Biasanya ikatan kovalen dan ion dianggap kuat, manakala ikatan hidrogen dan van der Waals dianggap lebih lemah.

Penutup Sumbangan industri kimia khususnya pengetahuan ikatan kimia amat penting terhadap pembangunan negara kita. Industri ini bukan sahaja menyumbang ke arah ekonomi, tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Kini, Malaysia sedang berusaha untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan itu, kita memerlukan tenaga kerja yang mampu menyokong pembangunan industri di negara kita. Hal ini hanya dapat direalisasikan jika kita mempunyai tenaga kerja yang mempunyai asas pengetahuan kimia yang kukuh.

14

HBSC2103 V2

Rujukan Brady, J.E., Holum, J.R. (1993). Chemistry: The Study of Matter and Its Changes, Wiley, N.Y. Briggs, J. G. R. (2003). Science in focus chemistry for GCE O Level. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd. Chang, R. (2002). Chemistry, McGraw-Hill, (7th edition), Singapore. Conoley, C., & Hills, P. (2002). Chemistry (2nd ed.).London: Harper-Collins. Hewitt, P. G. (1998). Conceptual physics (8th ed.). Reading, Massachusetts:AddisonWesley Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru. (1995) Buku sumber pengajaran pembelajaran sains sekolah rendah: Strategi pengajaran dan pembelajaran sains. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. http://shaiksar.blogspot.com/2012/02/soalan-bab-2-struktur-atom-siri-1.html

15

You might also like