You are on page 1of 4

BAHAGIAN A:TAKSIRAN INDIVIDU 1

[40 markah]

TEMA: PELANCONGAN

IMPAK EKOPELANCONGAN KEPADA EKONOMI NEGARA

Ekopelancongan merupakan salah satu produk pelancongan yang semakin popular


dewasa ini. Ekopelancongan adalah berkonsepkan alam semula jadi dan melibatkan elemen
pendidikan dan pembelajaran kepada pelancong dan penduduk tempatan melalui kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi serta menyumbang faedah kepada ekonomi
setempat disamping mereka boleh berhibur, merasai keseronokan dan menikmati keindahan
alam. Pelancong dan penduduk setempat akan didedahkan tentang bagaimana mereka perlu
menghargai alam sekitar di samping menikmati keindahannya pada masa yang sama. Di
Malaysia terdapat banyak destinasi ekopelancongan yang telah diwujudkan untuk memberi
pengalaman kepada pelancong sama ada dari dalam dan luar negara menikmati keindahan di
kawasan semula jadi. Antara destinasi ekopelancongan yang popular yang boleh disenaraikan
ialah di Taman Negara Kuala Tahan (Pahang), Taman Negara Pulau Pinang (Pulau Pinang),
Pulau Perhentian dan Pulau Redang, (Terengganu), Taman Negara Gua Mulu (Sarawak),
Santuari Gajah Kuala Gandah (Pahang), Taman Geo Kilim Karst, Langkawi (Kedah), Pulau
Sipadan dan Pulau Mabul (Sabah), Firefly Park Kuala Selangor.

Sumber: Internet
SOALAN

1. Apakah konsep ekopelancongan?

2. Senaraikan destinasi ekopelancongan yang terdapat di Malaysia.

3. Sekiranya anda pengusaha ekopelancongan, apakah yang perlu anda lakukan untuk
menarik lebih ramai pelancong ke tempat anda.

4. Pada pendapat anda, mengapakah industri pelancongan begitu penting di Malaysia?


BAHAGIAN A:TAKSIRAN INDIVIDU 1
[40 markah]

TEMA: SUKAN DAN REKREASI

SUKAN MALAYSIA ( SUKMA )

Sukan Malaysia atau dengan ringkasnya SUKMA adalah satu acara kebangsaan di
bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis-Majlis Sukan Negeri serta Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis
Sukan Polis DiRaja Malaysia. SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-
sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan
atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan Sukan SEA.
Sukan Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur. Temasya
Sukan Malaysia adalah merupakan sukan yang berprestij, Objektif utama SUKMA adalah
untuk mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan
penglibatan secara total dalam sukan yang dipertandingkan. Penyertaan ke Sukan SUKMA
adalah terbuka kepada peserta berumur 23 tahun ke bawah mengikut negeri melalui Majlis
Sukan Negeri masing-masing termasuk Majlis-majlis Sukan Tentera, Polis dan Universiti.

Sumber: Portal Majlis Sukan


Negara
SOALAN
1. Apakah objektif utama penubuhan SUKMA?

2. Apakah syarat penyertaan sukan SUKMA?

3. Jika anda diberi peluang menceburi bidang sukan, apakah jenis sukan yang anda akan

ceburi?

4. Remaja pada hari ini dikatakan kurang berminat untuk bersukan. Pada pendapat anda

bagaimanakah cara untuk menggalakkan golongan remaja bersukan?

You might also like