You are on page 1of 9

| 20221

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PSV TINGKATAN

BAHAGIAN A – Soalan Objektif


Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Pilih SATU jawapan sahaja,
kemudian bulatkan jawapan anda. Sekiranya hendak menukar jawapan, padamkan jawapan yang
telah dibuat, kemudian bulatkan jawapan yang baharu.

1. Abdullah Ariff, Abdul Latiff Mohidin dan Dzulkifli Buyong terkenal dalam bidang
_____________.
A. Arca
B. Catan
C. Cetakan
D. seni reka

2. Siapakah nama tokoh seni halus seperti gambar di atas?


A. Mohamed Hoessein Enas
B. Dzulkifli Buyong
C. Abdullah Ariff
D. Anthony Lau

3. Mohamed Hoessein Enas ialah pelukis aliran ___________


A. Realisme
B. Naturalisme
C. Ekspresionisme
D. Impresionisme

4. Namakan tokoh seperti dalam gambar foto di bawah.

A. Abdullah Arif
B. Redza Piyadasa
C. Syed Ahmad Jamal
D. Mohamed Hoessein Enas

5. Siapakah antara berikut adalah pengasas Angkatan Pelukis SeMalaysia?


A. Peter Harris
B. Zakariah Noor
| 20221
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PSV TINGKATAN

C. Syed Ahmad Jamal


D. Mohamed Hoessein Enas

6. Siapakah nama tokoh seni arca terkenal di atas?


A. Redza Piyadasa
B. Anthony Lau
C. Ibrahim Hussein
D. Juhari Said

7. Siapakah yang diberi gelaran sebagai “Bapa Logo Hari Kebangsaan”?


A. Anthony Lau
B. Zulkifli Haron
C. Haji Hashim Hassan
D. Ahmad Haji Zainuddin

8. Jimmy Choo terkenal dalam bidang reka bentuk _____________


A. Grafik
B. Fesyen
C. Animasi
D. komunikasi visual

9. Garisan merupakan unsur seni penting dalam penghasilan ______


A. rupa dan catan
B. warna dan rupa
C. bentuk dan lakaran
D. lakaran dan lukisan

10. Apakah kesan garisan yang dihasilkan oleh media arang?


A. Garisan halus
B. Garisan kasar
C. Garisan putih
D. Garisan nipis

11. Apakah fungsi garisan berdasarkan gambar foto di bawah?


| 20221
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PSV TINGKATAN

A. Menimbulkan rupa
B. Menimbulkan jalinan
C. Menimbulkan bentuk
D. Menimbulkan pergerakan

12. Berdasarkan contoh-contoh berikut, yang manakah garisan pada alam semula jadi?
A. Tulang ikan
B. Kipas tangan
C. Corak baju batik
D. Lingkaran ubat nyamuk

13. Berdasarkan rajah di atas, pilih jenis garisan yang BETUL.


A. Garisan Tebal
B. Garisan Nipis
C. Garisan Beralun
D. Garisan Berlingkar

14. Apakah nama jenis garisan seperti gambar rajah di atas?


A. Garisan Berpusar
B. Garisan Berlingkar
C. Garisan Berpancar
D. Garisan Melengkung

15. Garisan apakah yang terdapat pada lingkaran ubat nyamuk?


A. Garisan Berserabut
B. Garisan Berlingkar
| 20221
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PSV TINGKATAN

C. Garisan Menegak
D. Garisan Berpancar

16. Pilih pernyataan yang BETUL tentang fungsi garisan seperti gambar di atas?
A. Garisan menghasilkan rupa
B. Garisan menghasilkan jalinan
C. Garisan menghasilkan bentuk
D. Garisan menghasilkan ton

17. Apakah yang anda faham tentang rupa?


A. Rupa ialah kesan ke atas sesuatu permukaan.
B. Rupa ialah pertemuan hujung garisan dengan permulaannya
C. Rupa terdiri daripada rupa illusi dan rupa konkrit.
D. Rupa mempunyai bentuk sisi.

18. Berdasarkan gambar di atas, apakah jenis rupa yang digambarkan?


A. Rupa negatif
B. Rupa positif
C. Rupa gelap
D. Rupa terang

19. Rupa yang diulang boleh menghasilkan _________


A. Corak
B. Bentuk
C. Jalinan
D. Garisan

20. Rupa bersifat ________


A. 1 dimensi
| 20221
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PSV TINGKATAN

B. 2 dimensi
C. 3 dimensi
D. 4 dimensi

21. Apakah jenis rupa yang bersifat bebas dan tidak mempunyai sudut?
A. Rupa positif
B. Rupa negatif
C. Rupa organik
D. Rupa geometri

22. Apakah jenis rupa dalam rajah di bawah?

A. Rupa bebas
B. Rupa organik
C. Rupa tipografi
D. Rupa geometri

23. Huruf yang diolah daripada rupa dikenali sebagai__________


A. Abjad
B. Tulisan
C. Tipografi
D. rupa positif

24. Apakah yang anda faham tentang bentuk?


A. Bentuk mempunyai jisim dan isi padu.
B. Bentuk tidak mempunyai jisim dan isi padu.
C. Bentuk bersifat 2 dimensi.
D. Semua lukisan dipanggil bentuk.

25. Lukisan kereta di atas merupakan contoh bentuk ____________


A. 2 dimensi
B. Semulajadi
C. Konkrit
D. Ilusi
| 20221
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PSV TINGKATAN

26. Buah epal seperti di atas merupakan salah satu contoh bentuk konkrit. Lukisan buah epal
pula merupakan salah satu contoh bentuk ________.
A. Asli
B. Ilusi
C. Lukisan
D. Lakaran

27. Berikut merupakan teknik menghasilkan bentuk KECUALI..


A. Luakan
B. Anyaman
C. Ukiran
D. Lakaran

28. Apakah jenis-jenis bentuk yang terdapat di sekeliling kita?


A. Catan dan lukisan
B. Konkrit dan ilusi
C. Konkrit dan arca
D. Catan dan ilusi

29. Bentuk ilusi bermaksud _________


A. bentuk 2D yang hanya boleh dilihat tetapi kesannya tidak dapat disentuh
B. bentuk 3D yang boleh dilihat dan dapat disentuh
C. bentuk yang hanya boleh disentuh
D. bentuk 3D yang boleh dilihat sahaja

30. Manakah antara berikut, teknik untuk menghasilkan bentuk ilusi?


I Teknik kolaj
II Teknik lorekan
III Teknik ton warna
IV Teknik lipat dan potong
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

31. Kraf origami ialah contoh bentuk yang menggunakan teknik ________
A. Potongan
B. Anyaman
C. Lorekan
| 20221
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PSV TINGKATAN

D. Lipatan

32. Manakah antara berikut merupakan contoh bentuk alam semula jadi?
A. Ukiran kayu
B. Tembikar
C. Rumah
D. Batu

33. Jalinan pada kulit buah tembikai merupakan contoh jalinan ________
A. Sentuh
B. Tampak
C. Bercorak
D. Semulajadi

34. Apakah maksud jalinan?


A. Karya seni yang ada nilai keindahan
B. Objek yang boleh dilihat dan disentuh
C. Kesan yang wujud pada objek alam semula jadi sahaja
D. Sifat permukaan yang boleh dilihat dan disentuh melalui deria.

35. Berdasarkan gambar, apakah fungsi jalinan yang terdapat pada duri buah durian?
A. Sebagai hiasan
B. Untuk perlindungan
C. Untuk penyamaran
D. Menambah khasiat

36. Manakah antara objek berikut yang menunjukkan jalinan tampak?


A. Kulit kayu
B. Tapak kasut
C. Buah durian
D. Buah tembikai
| 20221
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PSV TINGKATAN

37. Berdasarkan teknik penghasilan jalinan di atas, apakah teknik yang ditunjukkan seperti anak
panah di atas?
A. Teknik putaran
B. Teknik ikat dan Tarik
C. Teknik ikat dan celup
D. Teknik gulung dan regang

38. Teknik pualaman di atas merupakan antara contoh jalinan __________


A. Sentuh
B. Tampak
C. Bercorak
D. Berwarna

39. Apakah fungsi jalinan yang terdapat pada badan kuda belang?
A. Penyamaran daripada pemangsa
B. Memudahkan mencari makanan
C. Kelihatan lebih cantik
D. Pertahanan diri

40. Mengapakah jalinan sangat penting pada tayar kenderaan?


A. Memberi kesan cengkaman
B. Memberi kesan keindahan
C. Menambahkan kelajuan
D. Memudahkan bergerak
| 20221
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PSV TINGKATAN

BAHAGIAN B (60 markah)


Anda dikehendaki melukis berdasarkan pernyataan di bawah ;

Gambarkan sebuah pemandangan di sebuah pantai. Kelihatan sebatang pokok


kelapa di tepi pantai. Beberapa biji buah kelapa telah jatuh dan terletak di atas
tanah. Kelihatan juga sebuah sampan yang ditambat berdekatan dengan pokok
kelapa tersebut. Nun dihujung laut juga kelihatan sepasang burung terbang
melewati matahari yang semakin tenggelam dikala senja menjelma.

You might also like