You are on page 1of 1

PENGENALAN

Menurut David Crystal (2011:384) pragmatik merupakan kajian mengenai bahasa dari sudut
pandangan pengguna berhubung dengan pilihan yang ada pada mereka, berhubung dengan
kekangan yang dihadapi sewaktu menggunakan bahasa dalam sesuatu interaksi sosial,dan
juga berhubung dengan kesannya kepada peserta dalam sesuatu komunikasi.

Ragam bahasa merujuk kepada variasi bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud
yang sama berdasarkan situasi tertentu. Ragam bahasa merupakan pengkajian terhadap ciri-
ciri bahasa yang berbeza apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu
kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. Terdapat dua jenis ragam
bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Keseragaman bahasa berkaitan dengan
standard bahasa yang digunakan. Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan
keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen. Ia
dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa.

Tema kajian para pengkaji merupakan pragmatik dan para pengkaji telah memilih tajuk ragam
bahasa besar dan bahasa bukan dalam cerpen ‘Aku Anak Kampung ‘ yang merupakan sebuah
cerpen Melayu yang ditulis oleh Dr.Abd Halim Mat Desa dan Ahmad Noh. Cerpen ini telah di
terbitkan pada bulan ogos 2021. Cerpen ini merupakan kisah benar yang pernah menghiasi
diari hidup penulis sepanjang penulis bergelar kanak-kanak .Hanya terdapat sedikit olahan
dari sudut penyampaian cerita bagi memudahkan pembaca memahami jalan cerita ini.

Walaupun cerpen ini telah dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat ,namun tidak banyak yang
mengetahui jenis ragam bahasa yang telah digunakan dalam cerpen ini. Cerpen ‘Aku Anak
Kampung’banyak menggunakan ragam bahasa besar dan bahasa bukan dan berkait rapat
dengan kajian yang dijalankan oleh para pengkaji. Kajian yang telah dijalankan oleh para
pengkaji ialah mengenal pasti dan menyenaraikan unsur bahasa besar dan unsur bahasa
bukan dalam cerpen ‘Aku Anak Kampung’

You might also like