You are on page 1of 17

DESKRIPSI LARAS BAHASA PADA SEPANDUK PARTI POLITIK DALAM PRK KUALA

BESUT
Tuan Nordin Tuan Kechik
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan
Universiti Sains Malaysia
tnordin@kb.usm.my
Abstrak
Kini senario politik semasa di Malaysia mendapat perhatian semula setelah tamatnya
Pilihan Raya Umum Ke-13. Pilihan Raya Kecil terpaksa diadakan sebagai akibat
kematian Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Besut di Terengganu. Kedudukan
kuasa politik yang dikatakan seimbang antara pihak kerajaan dengan pihak pembangkang
menjadikan kempen politik semakin rancak kerana kedua-dua pihak yang bertanding
menjadi semakin terdesak. Pelbagai kaedah digunakan untuk mendapatkan perhatian dan
kepercayaan pengundi di Kuala Besut. Selain aktiviti berceramah, kunjungan dari rumah
ke rumah, sepanduk yang dikibarkan juga memainkan peranan penting dalam menarik
perhatian pengundi. Kajian ini merupakan kajian sosiolinguistik yang memberikan
penekanan terhadap penggunaan laras bahasa yang terdapat pada sepanduk sepanjang
kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut. Kajian ini bertujuan mendeskripsikan fungsi
dan bentuk laras bahasa politik melalui ragam bahasa yang terdapat pada sepanduk
Pilihan Raya Kecil Kuala Besut. Metode kajian yang digunakan dalam pengumpulan data
adalah dengan kaedah catatan dan rakaman terhadap penggunaan bahasa yang terdapat
pada sepanduk pilihan raya. Data yang diperlukan untuk menunjang analisis ini
dikumpulkan, kemudian data dianalisis berdasarkan kaedah padanan subjenis referensial.
Kajian mendapati bahawa tidak semua ragam bahasa yang diutarakan oleh Zaaba dalam
bukunya yang berjudul Ilmu Mengarang Melayu (1965) terdapat dalam laras bahasa
politik yang menjadi bahan kajian ini.

Pengenalan
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah Parlimen Malaysia
dibubarkan pada 3 April 2013. Sekali lagi rakyat Malaysia memberikan mandat kepada kerajaan
Barisan Nasional yang diketuai oleh Dato Sri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri
Malaysia dengan memperoleh majoriti mudah iaitu 133 kerusi daripada 222 kerusi secara
keseluruhannya. Hal ini menunjukan bahawa Barisan Nasional sebagai Parti yang memerintah
hanya memperoleh 59.91 peratus kerusi yang ditandinginya. Keadaan yang dikatakan hampir
seimbang ini menjadikan suhu politik di Malaysia sentiasa hangat. Usaha untuk menjatuhkan
kerajaan sedia ada yang memerintah terus diadakan dengan mengadakan siri demonstrasi jalanan
bagi tujuan melemahkan kerajaan. Parti pembangkang menjadi kuat kerana kelemahan pihak
kerajaan yang memerintah.
Kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr. Abdul Rahman bin Mokhtar pada 26
Jun 2013 membuka ruang Pilihan Raya Kecil diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi ADUN
Kuala Besut yang dikosongkan. Situasi politik di negeri Terengganu hanya kelebihan satu kerusi

bagi Barisan Nasional sebagai parti yang memerintah negeri Terengganu. Kedudukan kerusi
Dewan Undangan Negeri selepas kematian penyandang ialah 16 kerusi pihak kerajaan dan 15
kerusi pihak pembangkang. Oleh hal yang demikian, pihak Pakaran Rakyat berusaha sedaya
upaya untuk memenangi kerusi Kuala Besut yang akan menjadikan kedudukan kerusi menjadi
16:16. Hal inilah yang menjadikan pertarungan di Kuala Besut menjadi suatu pertembungan
yang menarik bukan sahaja kepada pemerhati politik, tetapi semua orang.
Penggunan sepanduk dalam kempen sesuatu pilihan raya telah menjadi suatu perkara yang amat
penting dan sentiasa digunakan pada setiap kali pilihan raya diadakan sama ada Pilihan Raya
Umum atau Pilihan Raya Kecil. Sepanduk memainkan peranan yang penting bagi menyatakan
pandangan, sikap dan pendirian setiap parti politik yang bertanding dan mampu menarik
pengaruh pengundi untuk mengundi mana-mana parti politik. Justeru dalam situasi PRK Kuala
Besut terdapat banyak sepanduk dan poster dipasang di sepanjang jalan utama, kawasan
perumahan dan di kawasan Bandar Kuala Besut. Variasi bahasa yang terdapat pada sepanduk
menarik untuk dijadikan bahan kajian kerana bahasa yang digunakan menunjukkan terdapatnya
pelbagai ragam bahasa.
Bahasa ialah alat komunikasi iaitu alat untuk berinteraksi. Dalam Webster & New Collegiate
Dictionary (1981:225) menyatakan bahawa; Communication is a process by which information
is exchange between individuals through a common system of symbols, signs, or behaviour.
Secara kesimpulan bahasa merupakan sebuah sistem, ertinya bahasa itu terbentuk oleh sejumlah
komponen yang berpola secara tetap dan dapat dikaedahkan. Ciri-ciri yang merupakan hakikat
bahasa itu antara lain ialah bahasa itu sebuah sistem lambang, berupa bunyi, bersifat arbitrer,
produktif, dinamis, beragam, dan manusiawi
Menurut Zaaba (1965) yang nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad dalam bukunya
Ilmu Mengarang Melayu telah memjelaskan bentuk-bentuk ragam bahasa yang terdapat dalam
bahasa Melayu. Menurut beliau dalam bahasa Melayu terdapatnya lima belas ragam bahasa iaitu
ragam sindiran, ragam menggiat, ragam mengejek, ragam terbalik, ragam merajuk, ragam
tempelak, ragam herdik, ragam melampau, ragam merendah, ragam naik, ragam seruan atau
mengeluh, ragam berulang, ragam bertimbal, ragam bukan, dan ragam jenaka.
Tujuan Kajian
Kajian ini mempunyai tujuan seperti berikut:
i. Mendeskripsikan ragam bahasa politik pada sepanduk
ii. Menjelaskan bentuk-bentuk kekhasan bahasa pada ragam laras bahasa politik.
iii. Menguraikan fungsi laras bahasa politik yang digunakan.
Manfaat Kajian
Manfaat yang diharapkan melalui kajian ini adalah seperti berikut:
i. Dapat menambah bilangan kajian ilmiah berkaitan laras bahasa politik.

ii. Dapat menambah pengentahuan dan informasi berkenaan laras bahasa politik.
iii. Dapat merangsang minit pembaca untuk memahami laras bahasa politik dengan lebih
mendalam lagi di samping dapat dijadikan asas untuk penyelidikan seterusnya.
Metodologi
Penyelikian ini dilakukan di Kuala Besut semasa persiapan PRK yang diadakan bagi
menggantikan wakil rakyat Barisan Nasional yang meninggal dunia. Kajian ini merupakan kajian
lapangan. Justru, data yang diperoleh diambil melalui rakaman fotografi dan catatan pada frasa
dan ayat pada sepanduk parti-parti politik yang bertanding pada PRK Kawasan Kuala Besut
dikumpul bagi tujuan analisis. Kemudian, data dianalisis dengan metode padan subjenis
referensial dan translasional.
Batasan Kajian
Kajian ini hanya mengehadkan ragam bahasa Melayu yang didapati pada sepanduk parti-parti
politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala
Besut. Variasi ragam bahasa yang dikemukakan oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba) 1965
melaui karyanya Ilmu Mengarang Melayu merupakan kunci asas terhadap kajian yang
dijalankan.
Landasan Teori
Abdul Chaer dan Leoni Agustina (2010:14) menyatakan bahawa bahasa mempunyai sifat yang
beragam, ertinya meskipun sesebuah bahasa mempunyai kaedah dan pola tertentu yang sama,
namun kerana bahasa itu digunakan oleh penutur yang heterogen mempunyai latar belakang
sosial dan kebiasaan yang berbeza, maka bahasa itu menjadi beragam baik dalam tataran
fonologis, morfologis, siktaksis mahupun pada tataran leksikon.
Daripada Wikipedia (2013), sebuah ensiklopedia bebas menyatakan bahawa laras bahasa ialah
sejenis kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan sesuatu bidang yang diceburi oleh
seseorang. Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa
dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Di
samping itu, setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat
yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu. Hubungan antara bahasa dan masyarakat
begitu erat dan tidak dapat dipisahkan. Semakin luas bahasa digunakan, semakin banyak pula
penggunanya. Bahasa sebagai wahana komunikasi digunakan untuk memperkatakan bermacammacam hal, aspek, bidang dan peristiwa. Konsep laras atau register telah diperkatakan oleh
seorang ahli linguistik barat bernama Reid pada tahun 1956.
Laras bahasa ialah sesuatu variasi bahasa yang mempunyai ciri-ciri khusus dalam
penggunaannya mengikut bidang. Secara umumnya, laras bahasa bermaksud gaya atau cara
bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, maksud dan tujuan sama ada secara
lisan atau bertulis. Ure dan Ellis (1977) telah menyatakan bahawa laras bahasa adalah sejenis
pencorakan bahasa yang kerap kali digunakan dalam sesuatu situasi komunikasi. Manakala
Zaaba (1962) menerangkan laras ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau
mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya atau
bentuk peribahasanya Sementara itu, Halliday (1968) mendefinisikannya sebagai variasi bahasa
berlainan berdasarkan fungsi atau dengan kata yang lebih mudah laras berubah mengikut situasi.

Beliau mendasarkan perbezaan laras yang digunakan kepada dua faktor, iaitu pengguna dan
penggunaan. Variasi bahasa yang timbul yang berkaitan dengan penggunanya, iaitu yang
melibatkan tempat asal seseorang ialah dialek dan variasi bahasa yang berkaitan dengan
penggunaannya, iaitu yang berlainan mengikut kumpulan sosial yang menggunakannya ialah
register atau laras. Manakala Naomi S. Baron (1979) mentakrifkan laras sebagai variasi
linguistik (linguistic variation) yang ditentukan oleh keadaan sosial yang wujud pada ketika
tertentu.
Dwight Bolinger (1981) dan rakannya mendefinisikan laras sebagai bentuk atau variasi bahasa
yang digunakan dalam peristiwa berkomunikasi dan mereka menambah, laras dengan bentuk
bahasa yang digunakan dalam ucapan umum seperti yang digunakan oleh seseorang pemidato
saling berkaitan. D.A. Wilkins (1982) mentakrifkan laras sebagai satu gaya bahasa yang
berhubung kait dengan pekerjaan. Nik Safiah Karim (1982) bersependapat dengan Halliday
kerana setiap anggota masyarakat akan menggunakan beberapa laras yang berbeza mengikut
keperluannya. Brian Seaton (1982) mengeluarkan pendapat bahawa laras ialah satu variasi
bahasa yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina dan tajuk percakapan.
Asmah (1987) pula menyatakan ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang
penggunaannya
Abdullah Hassan (1989) menyebut penggunaan kata-kata tertentu yang sesuai dengan
konteksnya itu, adalah sesuatu yang dikatakan laras bahasa, manakala Raminah Hj. Sabran
(1989) menjelaskan setiap bahasa mempunyai beberapa laras yang tersendiri yang digunakan
dalam situasi atau konteks yang berbeza. Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian dengan
bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa dapat ditakrifkan sebagai ciriciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana digunakan.Contohnya, laras
bahasa doa, khutbah dan upacara. Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Laras
juga dipengaruhi oleh tatabahasa. Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat biasa dan ayat
songsang, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza.Terdapat tokoh bahasa
yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya Halliday melihat laras
daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian
(www.tutor.my).
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan
(laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan
pemujukan (rencana, iklan). Laras khusus pula merujuk kegunaan untuk khalayak khusus seperti
ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar (rencana, laporan, buku). Pembeza
utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah kosa kata, tatabahasa dan
gaya. Laras Bahasa Biasa, tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah
teknikal, kurang kata pinjaman.) Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk
khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan),
pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.Struktur ayat mudah, contohnya: Dilarang memijak
rumput. Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Analisis Data
Berdasarkan data yang diperoleh, maka analisis ini dibuat terarah pada bentuk-bentuk ragam
bahasa yang terdapat pada sepanduk sepanjang Pilihan Raya Kecil di N 01 Dewan Undangan
Negeri Kuala Besut.

Ragam Sindiran
Ragam sindiran wujud apabila terdapatnya perkataan atau istilah yang bersifat sinis dan berkias
yang bertujuan menyatakan maksud kepada seseorang tetapi perkataan tersebut tidak dinyatakan
atau disebut secara tepat.

Data 1

PAS

Siapa Rampas Tanah Orang Melayu

PAS

Siapa Roboh Penempatan Orang Melayu

PAS

Siapa Seleweng Dana PPRT dan Wang Zakat

PAS

Siapa Tipu Peneroka Felda

PAS

Siapa Jual Tanah Rezab Melayu

PAS

Siapa Rompak Royalti Minyak

PAS

Siapa Hapus Tulisan Jawi

PAS

Siapa Khianati Raja-Raja Melayu

Fungsi Ragam Sindiran

Ragam bahasa sindiran bertujuan memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pihak-pihak
tertentu sepaya menyedari bahasa isu-isu semasa yang ada pada hari ini berpunca daripada
kesalahan pihak-pihak tertentu dalam mengurus tadbir sesebuah negara. Hal ini sudah tentu
dapat memberikan daya tarikan kepada pihak tertentu dalam mentafsir setiap persoalan yang
dikemukakan. Dalam konteks tersebut, sudah pasti orang PAS akan meletakkan kesalahan
tersebut bagi pihak kerajaan.

Ragam Mengejek
Ragam bahasa mengejek ditandai dengan adanya perkataan atau istilah yang tepat dengan gaya
yang mengajukan perkataan atau istilah bagi memperlihatkan keburukan seseorang atau
kumpulan tertentu. Di samping itu, terdapat juga perkataan yang mempermainkan seseorang
dengan tujuan melahirkan kebodohan atau jika terdapat orang lain yang mendengarnya akan
mentertawakan orang dimaksudkan tersebut.

Data 2

PAS

Sungguh Malangnya Nasibku, Harga Barang Naik Selalu

Fungsi Ragam Mengejek


Fungsi ragam mengejek ini adalah untuk memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pihak
tertentu terhadap sesuatu yang diperkatakan walaupun kenyataannya belum tentu ada
kebenarannya. Dalam konteks ayat di atas, PAS ingin menyatakan bahawa semasa pemerintahan
di bawah Barisan Nasional harga barang tidak dapat dikawal oleh kerajaan, justeru, harganya
terus naik.

Ragam Memancing
Ragam memancing ditandai dengan adanya perkataan yang membawa maksud memberikan
sesuatu harapan bagi mendapat balasan pada masa akan datang.

Data 3

PAS

Jom Isi Minyak Motor Percuma 23/7/2013 (Selasa) Stesen Minyak Caltex (Hanya 21
Tahun Ke atas Sahaja)

PAS

Turun Harga Keto

PAS

Free Education for All

PAS

20% Royalti Minyak

PAS

16:16 Terengganu Baru

BN

Kenduri Rakyat 1Malaysia Bersama YB. Datuk Haji Ahmad Maslan, Timbalan
Menteri Kewangan, Semua Dijemput Hadir

PAS

Forum: Kenapa Anak Muda Sokong Pas

PAS

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

PAS

Pertandingan Bayi Sihat

PAS

Pertandingan Gubahan Demostrasi Kraftangan

PAS

Motivasi Keluarga Bersama Ustaz Ja dan Abby Abadi

PAS

Malam KebudayaanHadirlah Beramai-ramai

PAS

Air Percuma (20 Meter Padu)

PAS

Percuma Wad Hospital Kelas 2

PAS

Pengecualian Cukai Pintu Rumah Kediaman

PAS

Menambah Sekolah Menegah Agama Di Setiap Daerah

PAS

Mewujudkan semula IntitusiPengajian Tinggi Islam Milik Kerajaan Negeri Yang


Memberikan Keutamaan Kepada Rakyat Terengganu

PAS

Menyediakan 17 Ribu Peluang Pekerjaan dalam Masa 3 Tahun

Fungsi Ragam Memancing

Fungsi ragam memancing adalah untuk memperoleh sesuatu yang dihajatkan dengan
memberikan tawaran tertentu supaya pihak tertentu menerimanya dan akhirnya perkara yang
dicita-citakan atau diingini tercapai. Dalam konteks pilihan raya, sudah pasti kedua-dua belah
pihak memerlukan undi daripada pengundi di Kawasan Kuala Besut.

Ragam Tempelak
Ragam tempelak terjadi apabila terdapatnya unsur-unsur kemarahan seseorang menggunakan
perkataan yang boleh dikatakan sebagai balasan balik terhadap sesuatu perkara yang terjadi.

Data 4

PAS

Awas Pengundi Hantu, Gerak Geri Anda diperhatikan.

Fungsi Ragam Tempelak


Fungsi ragam bahasa tempelak adalah untuk menunjukkan kemarahan serta memberikan amaran
kepada pihak-pihak tertentu agar lebih berwaspada dan tidak melakukan sesuatu yang tidak
diingini. Dalam frasa di atas memberikan maksud bahawa PRK Kuala Besut perlu bebas
daripada pengundi hantu yang dikatakan boleh memberikan keuntungan politik kepada pihakpihak tertentu.

Ragam Melampau
Ragam bahasa ini digunakan untuk membesar-besarkan atau melebih-lebihkan daripada hal atau
kedudukan yang sebenarnya.

Data 5

PAS

Sungguh Malangnya Nasibku, Harga Barang Naik Selalu

PAS

Selamat Tinggal UMNO

PAS

Free Education for All

PAS

Insentif Warga Emas RM 1000.00 Pusat, RM600: Negeri

Fungsi Ragam Melampau


Ragam melampau berperanan memberikan satu gambaran yang berlebih-lebihan daripada realiti
sebenar yang kebenarannya belum dapat dipastikan apabila diberi kuasa kelak.

Ragam Naik
Ragam naik ditandai dengan pemilihan kata-kata atau istilah yang bermula dengan kenyataan
merendah sehinggalah beransur-ansur berubah menjadi lebih tinggi.

Data 6

PAS

Undi Anda adalah Rahsia, Undilah PAS

PAS

Che Long Harapan Generasi Baru

BN

Kita Sokong Barisan 1 Malaysia, BN Menag, Rakyat Senang

BN

N1 Kuala Besut Biru, BN Di hatiku

PAS

Pakatan Harapan Rakyat, 16:16 Kuala Besut Cipta Sejarah

BN

BN Pembela Rakyat

BN

Terima Kasih BN, Penantian Menjadi Realiti, Lulus Brickwater Muara Kuala Besut

BN

Di Mana Bumi dipijak, di situ Langit dijunjung, Malaysia Tetap Di Hati

Fungsi Ragam Naik


Fungsi ragam naik adalah untuk melahirkan perasaan bersemangat, harapan dan keinginan yang
tinggi terhadap sesuatu hal atau perkara.

Ragam Seruan atau Mengeluh


Ragam bahasa yang digunakan ditandai dengan menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa
kekecewaan dialami. Namun rasa kecewa tersebut tidak diluahkan secara sepenuhnya tetapi
orang yang mendengarnya akan memahami bahawa kata-katanya merupakan kata-kata daripada
orang yang kecewa.

Data 7

PAS

Fitnah, Boros, Rasuah, Samseng, Salah Guna Kuasa.

BN

Hentikan Segera Perbuatan Menghina Umat Islam dan Bangsa Melayu

Fungsi Ragam Seruan atau Mengeluh


Ragam bahasa jenis ini berfungsi sebagai bahan melahirkan perasaan kekecewaan terhadap
sesuatu keadaan atau peristiwa yang terjadi.

Ragam Berulang
Ragam bahasa berulang ditandai dengan bahasa atau perkataan dinyatakan secara berulangan.
Hal ini bertujuan memberikan penegasan atau pendirian yang tidak berubah terhadap sesuatu
perkara.

Data 8

BN

Undilah Barisan Nasional

PAS

Undilah Pas

PAS

Anda Perlu Buat Perubahan, Unidilah Pas

PAS

Pas Harapan Rakyat

PAS

Che Long Mudah Baso, Mudah Jembo

BN

Selamat Mengundi Calon Barisan Nasional

BN

Anak Ustaz, Profesional, Ore Mudo

Fungsi Ragam Berulang


Ragam berulang berfungsi sebagai penegasan terhadap sesuatu isu yang diketengahkan. Hal ini
dinyatakan secara berulang kali pada setiap masa dan tempat. Ia juga berfungsi untuk
membangkitkan semangat supaya perkara yang dihajati tercapai.

Ragam Bertimbal
Ragam bahasa bertimbal ditandai dengan penggunaan bahasa yang menunjukkan pertentangan
sesuatu perkara seolah-olah berlawanan.

Data 9

BN

Di Sebalik Sibuk Berpilihan raya, Jangan Dilupa pada Yang Berjasa

Fungsi Ragam Bertimbal


Ragam bertimbal berperanan sebagai satu bentuk bahasa yang memperlihatkan pertentangan
antara satu keadaan dengan keadaan yang lain. Kontradiksi ini bertujuan memperingati antara

satu sama lain bahawa ada perkara yang perlu diperhatikan dan tidak terlepas pandang apabila
kita melakukan sesuatu.

Ragam Jenaka
Ragam jenaka menunjukkan penggunaan perkataan yang mempunyai unsure-unsur yang bersifat
lucu misalnya menggunakan satu perkataan yang membawa makna yang berganda.

Data 10

PAS

Pangkah PAS Masuk Syurga

Fungsi Ragam Jenaka


Ragam jenaka berfungsi sebagai bahan lelucon yang berperanan untuk mengalih pandangan dari
keadaan atau perasaan serius yang berpanjangan ke arah suatu keadaan yang lebih santai dan
menghiburkan.

Ragam Mesra
Ragam Mesra ditandai dengan memilih perkataan atau isilah yang menunjukkan kemesraan
antara satu sama lain.

Data 11

BN

Abe Ku Anok Ustaz, Profesional, Ore Mudo

PAS

Insyaallah Ambo Sekeluarga Pakoh Che Long, Mudah Baso. Mudah Jembo.

BN

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434H

Fungsi Ragam Mesra


Ragam mesra berfungsi sebagai bahan untuk menimbulkan perasaan akrab antara satu sama lain
dengan pemilihan perkataan yang menunjukkan kemesraan seperti Abe (abang), Che Long (kata
ganti nama) dan sebagainya.

Ragam Religi
Ragam bahasa jenis ini ditandai dengan wujudnya perkataan atau istilah yang ada hubung
kaitnya dengan agama. Dengan memasukan perkataan atau hal-hal yang berunsur keagamaan, ia
akan memberikan nilai tambahan meningkatkan keyakinan terhadap sesuatu isu atau perkara
yang dibincangkan.

Data 12

BN

Alhamdulillah, Gerbang Pelancongan Antarabangsa, Harapan Baru Kuala Besut


Baru

PAS

Siapa Yang Tidak Mengundi Kerajaan Islam, Maka Dia Menempah Tiket ke Neraka.

PAS

Insyaallah Ambo sekeluarga Pakoh Che Long

PAS

Insyaallah Ambo Sekeluargo Pakoh Che Long, Mudah Baso. Mudah Jembo

BN

Kami PPP Mahu Orang N 01 Kuala Besut Undi Calon BN- Insyaallah.

BN

Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu
adalah Pesuruh Allah

BN

Rujuk Surah Al-Naim (139) Ketahuilah Bahawa Kesemua Kekuatan Itu Hanya Milik
Allah SWT

PAS

Ya Allah Kurniakanlah Kemenangan Kepada PAS, Kali ini Amin

Fungsi Ragam Religi


Ragam religi berfungsi sebagai ragam bahasa yang dapat memberikan kekuatan, kelebihan dan
keutuhan kepada pihak tertentu kerana ragam religi memberikan pendekatan ke arah keagamaan.
Hal ini penting kerana pengundi di Kuala Besut yang terdiri daripada lebih 90 peratus beragama
Islam. Penggunaan perkataan Ya Allah dan Insya-Allah merupakan frasa penting yang diulang di
mana-mana tempat pada PRK Kuala Besut.

Ragam Dialek
Ragam Dialek ditandai dengan penggunaan bahasa yang ada kaitan dengan dialek setempat atau
dialek kedaerahan.

Data 13

BN

Abe Ku Anok Ustaz, Profesional, Ore Mudo

PAS

Turun Harga Keto

PAS

Insyaallah Ambo Sekeluargo Pakoh Che Long, Mudah Baso. Mudah Jembo.

BN

Ore Mudo, Mudah Baso, Sene Kiro

PAS

Undilah Che Long, Ore Kapo Kito, Mudoh BBasa, Seney JJembo

PAS

Pakak Tulung Che Long

Fungsi Ragam Dialek

Fungsi ragam dialaek adalah untuk meningkatkan rasa kebersamaan antara pengundi dengan
calon yang bertanding dalam PRK Kuala Besut kerana ia memiliki dialek yang sama seolah-olah
kita adalah daripada satu keluarga yang sama. Hal ini sudah pasti akan melahirkan rasa kekitaan
antara satu sama lain.

Perbincangan
Penggunaan laras bahasa politik pada sepanduk parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan
Raya Kecil Kawasan Kuala Besut menunjukkan bahawa kedua-dua parti politik yang bertanding
iaitu Barisan Nasional dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah sedaya upaya cuba memikat hati
pengundi dengan pelbagai cara. Berdasarkan deskripsi penggunaan ragam bahasa, kedua-dua
parti yang bertanding menggunakan variasi bahasa yang beragam. Sama ada disedari atau tidak
oleh parti yang bertanding, data yang diperoleh melalui sepanduk yang dihasilkan mendapati
bahawa tiga belas ragam bahasa yang wujud. Kajian mendapati bahawa tidak semua ragam
bahasa yang dikatakan oleh Zaaba melalui karyanya Ilmu Mengarang Melayu (1965) terdapat
pada sepanduk pada PRK Kuala Besut.

Parti PAS lebih banyak menggunakan ragam sindiran yang bersifat sinis dengan mengemukakan
pelbagai pertanyaan untuk difikirkan jawapannya oleh para pengundi di kawasan Kuala Besut.
Pengundi diajak untuk menilai sejauh mana benarnya kenyataan yang dikemukakan. Hal yang
sama tidak diperoleh pada parti Barisan Nasional. Terdapat hanya satu bentuk ragam mengejek
yang dilakukan oleh PAS, manakala bagi pihak Barisan Nasional tidak terdapat ragam mengejek.

PAS lebih banyak menggunakan ragam memancing bagi tujuan mendapat undi yang lebih
banyak. Kajian mendapai terdapat lebih daripada 17 ragam memancing, berbanding hanya satu
sahaja yang dibuat oleh Barisan Nasional. Hanya PAS sahaja yang terdapat ragam tempelak iaitu
sebanyak satu ayat, manakala tiada ragam tempelak bagi Barisan nasional. Bagi ragam
melampau pula, terdapat empat frasa atau ayat yang menjadi milik PAS, manakala tiada satu pun
ragam melampau milkik Barisan Nasional.

Ragam naik dan ragam seruan atau mengeluh, bagi kedua-dua parti politik yang bertanding
didapati seimbang. Kedua-dua parti menghasilkan ragam naik dan ragam seruan atau mengeluh
pada sepanduk mereka. Hal ini kerana kedua-dua parti yang bertanding ingin menyatakan
ketegasan, perhatian, keperihatinan dan simpati daripada pengundi serta menyatakan pendirian

parti mereka masing-masing. Bagi ragam berulang kedua-dua parti politik yang bertanding
menampakan adanya keseimbangan antara mereka. Frasa seperti Undilah Barisan Nasional dan
Undilah PAS boleh didapati di mana-mana sahaja di Kuala Besut.

Ragam bertimbal hanya didapati pada sepanduk Barisan Nasional sahaja iaitu sebanyak satu
frasa. Frasa Di sebalik sibuk berpilihan raya, jangan lupa kepada yang berjasa. Ragam
bertimbal tidak terdapat pada sepanduk parti PAS. Terdapat satu ragam jenaka yang pada
sepanduk parti PAS itu Pangkah PAS Masuk Syurga. Bagi ragam mesra kedua-dua parti dapat
dikatakan seimbang. Kedua-dua parti ingin menunjukkan kemesraan kepada pengundi Kuala
Besut.

Ragam religi pula menunjukan kedua-dua parti politik gemar mempamerkan frasa-frasa yang ada
kaitannya dengan nilai-nilai keagamaan lebih-lebih lagi pada PRK Kuala Besut yang memiliki
lebih 90% pengundi Melayu beragama Islam. Bagi ragam dialek pula, PAS lebih cenderung
menggunakan dialek berbanding Barisan Nasional yang lebih gemar menggunakan bahasa
standard.

Kesimpulan
Makalah ini memberikan fokus utama terhadap deskripsi penggunaan bahasa pada sepanduk
parti-parti politik yang bertanding pada pilihan Raya Kecil bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri
Kuala Besut. Kesungguhan pekerja parti politik dan pengundi dalam usaha meraih kemenangan
dalam pilih raya tersebut menghasilkan variasi dalam laras bahasa politik pada sepanduk
mereka. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa laras bahasa politik pada sepanduk partiparti politik menunjukkan adanya penggunaan bahasa ragam mengejek, ragam sindiran, ragam
memancing, ragam tempelak, ragam melampau, ragam naik, ragam seruan atau mengeluh, ragam
berulang, ragam bertimbal, ragam jenaka, ragam mesra, ragam religi, dan ragam dialek. Kajian
juga mendapati tidak semua ragam bahasa yang dikemukakan oleh Zaaba terdapat dalam laras
bahasa politik pada sepanduk pada PRK Kuala Besut. Kajian juga mendapati bahawa terdapat
ragam bahasa yang tidak dinyatakan oleh Zaaba terdapat dalam laras bahasa politik iaitu ragam
religi dan ragam dialek.
Bibliografi
Abdul Chaer, Leonie Agustina. 2010. Sosiolinguistik: Perkenalan Awal. Jakarta: PT Rineka
Cipta.
Esti Ismawati. 2011. Metode Penelitian Pendidikan Bahasa dan Sastra. Surakarta: Yurna

Pustaka.
Fierenziana, G.J. 2010. Ragam Bahasa dalam Facebook. Kertas Prosiding Kebahasaan, Sastra
dan Pendidikan, dalam Seminar International Serumpun Melayu V. Fakultas Ilmu Budaya
UNHAS, Makassar, Indonesia
Kridalaksana, Harimurti. 1984. Kamus Linguistik. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.
Nababan, P.W.J. 1984. Sosiolinguistik: Suatu Pengatar. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.
Robert Sibarani. 1992 Hakikat Bahasa. Bandung: Penerbit PT. Citra Aditya Bakti.

You might also like