You are on page 1of 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat sejahtera dan selamat petang

Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan


Pegawai-pegawai Persidangan
Yang Berhormat kerajaan dan Yang Berhormat Pembangkang

Selaku Perdana Menteri, izinkan saya membentangkan usul “Persaingan


Adik-Beradik: Apakah Puncanya".

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,saya usulkan hujah
saya dengan persoalan yang berbunyi

Siapa yang tidak mahukan keluarga yang besar? Sudah menjadi lumrah ibu
bapa untuk memiliki anak yang ramai agar kemeriahan sebuah keluarga
dapat dirasai. Namun begitu, timbul satu persoalan daripada penyataan itu
iaitu adakah anak anda turut mempunyai pemikiran sama seperti anda atau
sebaliknya? Adakah hubungan adik beradik boleh menjadi rapat atau
sebaliknya?
Hakikat memiliki seorang abang, kakak atau adik sebenarnya sangat
menyeronokkan. Ini kerana anak anda sudah mempunyai kawan secara
semulajadi. Hubungan biologi mereka akan menyebabkan keakraban yang
lebih lagi dan sebarang pergaduhan yang mungkin terjadi tidak akan
berpanjangan.Namun demikian, sudah menjadi lumrah adik-beradik akan
bersaing untuk mendapatkan sesuatu dan ini merupakan sesuatu yang perlu
diberi perhatian yang lebih oleh ibu bapa.
Saya, ___________________________ telah menjelaskan definisi konsep usul
persidangan sebentar tadi. Pihak kerajaan akan tampil dengan hujah-hujah
sekukuh Gunung Everest yang teramat sukar digugat oleh pihak
pembangkang. Seribu langkah bermula dengan satu langkah.
Hujah yang seterusnya akan dibentangkan oleh perdana menteri yang lain.

Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Hujah pertama daripada pihak kerajaan ialah tidak lagi istimewa.Sebelum


lahirnya seorang adik, anak pertama anda akan berasa istimewa kerana
mereka merupakan satu-satunya punca kebahagian dan keseronokan ibu
bapa. Namun dengan kehadiran seorang adik, segala keistimewaan seperti
ruangan peribadi mereka telah dirampas akibat pertambahan bilangan
individu di dalam rumah.
Hujah kedua daripada pihak kerajaan ialah dengan timbulnya perasaan
cemburu
Ini merupakan antara punca utama terjadinya persaingan antara adik-beradik.
Sekiranya salah seorang daripada mereka mendapatkan sesuatu yang lebih,
seorang lagi akan berasa cemburu terutamanya jika melibatkan pujian
daripada ibu bapa.

Hujah ketiga daripada pihak kerajaan ialah merebut perhatian daripada ibu
bapa.
Bagi anak-anak, perhatian ibu bapa merupakan perkara yang paling penting
untuk mereka. Kehadiran seorang adik yang baharu pula akan mencuri masa,
tumpuan serta perhatian anda sekaligus menyebabkan anak yang lebih tua
berasa terpinggir.

Hujah keempat kami ialah perlu berkongsi.


Bagi ibu bapa, mainan atau apa-apa barangan yang dibeli adalah untuk
kegunaan bersama. Namun tidak bagi anak-anak. Bagi mereka, mainan atau
barangan merupakan hak persendirian. Disebabkan ini, mereka gemar
bergaduh sesama sendiri demi mendapatkan hak menggunakan sesuatu
mainan atau barangan tersebut.

Hujah yang kelima ialah perbezaan peribadi.


Bagi kanak-kanak, individu yang dianggap sebagai kawan adalah individu yang
mempunyai banyak persamaan dengan mereka. Namun begitu, jika peribadi
sesama adik-beradik sangat berlainan antara satu sama lain, ini akan
mengakibatkan persaingan. Sebagai contoh, jika kedua-dua mereka gemar
menonton rancangan televisyen yang berbeza tapi ditayangkan pada waktu
yang sama, ini tidak langsung akan mengundang persaingan dan pergaduhan.

Hujah yang keenam dan terakhir pada hari ini ialah ketidakadilan.
kanak-kanak merupakan individu yang sangat mementingkan kesaksamaan.
Mereka akan mudah menurut perintah atau arahan anda sekiranya adik-
beradik yang lain juga mendapatkan tugasan yang sama. Namun jika bagi
mereka tugasan tersebut tidak adil dan berat sebelah, ini akan mendatangkan
pergaduhan yang akan mengakibatkan persaingan sesama mereka kelak.
Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,
Air dicincang takkan putus, ini adalah pepatah melayu lama yang
menggambarkan betapa hubungan kekeluargaan terutamanya adik-beradik
tidak akan terputus walau apa pun yang terjadi. Tidak dinafikan ada masanya
kita akan bergaduh, bertengkar, salah faham, bermasam muka, dan berasa
tidak puas hati.Namun percayalah ianya takkan berlarutan dan berpanjangan.
Lama-kelamaan perasaan marah dan tak puas hati akan hilang lalu diganti
dengan perasaan rindu dan rasa bersalah.

Saya, Perdana Menteri Malaysia mohon mengusulkan.

You might also like